MUKHRIZ TANDING NAIB PRESIDEN, KETUA PEMUDA BAKAL DICABAR

on Tuesday, September 3

Dato' Mukhriz Tun Dr. Mahathir
Saya menerima mesej yang jelas, bahawa peratus Dato Mukhriz Tun Dr. Mahathir Mohamad akan bertanding salah satu kerusi Naib Presiden UMNO semakin terserlah. Sesungguhnya saya tidak terkejut, kerana saya sudah menulisnya dua bulan lalu di sini http://www.al-azharrisiddiq.com/search?q=mukhriz+tanding+naib+presiden .

Pertandingan maha sengit akan berlaku sekiranya Dato' Mukhriz bertanding di mana beberapa nama besar seperti Datuk Seri Ali Rustam dan Tan Sri Isa Samad dikhabarkan akan turut serta. Tiga Naib Presiden sedia ada berkata, mereka akan mengekalkan jawatan mereka. Di Sabah pula DSP Musa Aman belum mengesahkan sama ada akan bertanding Naib Presiden atau tidak.

Sebenarnya, Tun Dr. Mahathir sudah memberi signal melalui tulisan beliau di Mingguan Malaysia baru-baru ini, bahawa untuk kekal relevan dan diterima orang Melayu, UMNO perlu diwajahkan dengan wajah-wajah baharu yang muda, segar dan mampu menarik sokongan kepada UMNO dalam PRU14 kelak. Saya membaca hal ini sebagai merujuk kepada penyertaan Dato' Mukhriz ke dalam salah satu kerusi Naib Presiden UMNO.

JIKA MUKHRIZ MENANG NAIB PRESIDEN, PINTU ANWAR AUTOMATIK TERTUTUP RAPAT
Jika perkara ini menjadi kenyataan, DS Anwar Ibrahim boleh melupakan Rekonsiliasi, Dialog Nasional dan apa jua usaha tersembunyinya untuk menyertai UMNO atau BN.

Sahabat blogger prolifik saya mempunyai ulasan yang lebih detail di sini http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2013/09/mukhriz-bertanding-naib-presiden.html. Saya bersetuju dengan beberapa pandangannya dan kami mempunyai pandangan yang hampir sama.


KJ Berperawatakan Moden-liberalist 
Dan, saya juga tidak hairan seseorang akan mengambil bahagian untuk berdepan dengan YB Khairy Jamaludin, di saat-saat akhir. 

Anda tidak boleh memberi kepastian di dalam politik, bukankah Anwar berkali-kali kali-kali kali-kali berkata "saya tidak akan menentang Tun Ghafar Baba". Akhirnya, apa yang berlaku? Anwar menelan lumat kata-katanya sendiri!

KJ mesti sedar, zaman UMNO sekarang ini bukan zaman Pak Lah. Jika pada masa Pak Lah, walaupun pencalonan Dato' Mukhriz lebih besar berbanding KJ semasa pertandingan Ketua Pemuda dahulu, KJ masih boleh menang dan melompat atas kerusi meja kerana Pak Lah ketika itu masih Presiden UMNO. Itu perkara biasa, jika ketika itu KJ tewas barulah dikatakan luar biasa.

Jika KJ menggunakan semua sumber kewangannya pun, saya masih berkata sukar baginya untuk menang. 

KJ membuat kesilapan demi kesilapan tanpa disedarinya, mengkritik Utusan Malaysia, memalukan Datuk Ibrahim Ali dan ianya tidak membawa keuntungan politik kepada KJ.

KJ lupa, pada zaman ini, UMNO tidak mampu berdiri dengan kaki sendirinya tanpa sokongan dan dokongan Utusan Malaysia, Perkasa, ISMA dan NGO-NGO Islam Melayu yang lain.

Apa pun, UMNO perlu terus ke depan. Bukan statik. Jika statik akan membawa kerugian. Jika wang RM100 statik disimpan di bawah bantal, berpuluh tahun ianya tetap sama RM100, malahnya nilainya sudah pasti menjunam. Sebaliknya jika ianya dilaburkan dan diniagakan ianya boleh membawa keuntungan dan kemashlahatan ummah Islam dan bangsa Melayu.



1 Komen:

sharizal mazalam said...

SAYA RASA KHAIRI MENGHORMATI TDMAHATHIR TETAPI BELIAU TIDAK SANGGUP MERENDAH DIRI PERGI BERJUMPA ORANG TUA ITU..! SAYA RASA KHAIRI LEBIH RELA MEMBERI LALUAN BUAT MUKHRIZ DEMI KEHARMONIAN UMNO..! BIARLAH DIA MENENTUKAN JALAN PERJUANGANNYA SENDIRI..!

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan