MUKHRIZ TIDAK PERLU RAGU, MESTI TANDING UNTUK SELAMAT NEGARA INI

on Tuesday, September 10

DATO' MUKHRIZ TUN DR. MAHATHIR
Menjelang Perhimpunan UMNO yang semakin dekat, Dato' Mukhriz Tun Dr. Mahathir kembali menghangatkan pentas apabila berkata akan mempertimbangkan kerusi Naib Presiden UMNO. 

Jika dilihat dari momentum sokongan orang Melayu dalam PRU13 baru-baru ini, ianya mesti diteruskan dengan meletakkan calon-calon muda yang segar dan diterima rakyat. Kemenangan Dato' Mukhriz dan UMNO di Kedah memberi penanda bahawa rakyat melihat kepada persepsi itu. 

Malah rakan blogger senior ini memberi jawapan yang paling jelas http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2013/09/survey-calon-vp-umno-some-options-for.html . Perhatikan momentum sokongan rakyat kepada Dato' Mukhriz di bawah

86% KOMENTAR MAHU DATO' MUKHRIZ BERTANDING NAIB PRESIDEN

MALAPETAKA
Jika Dato' Mukhriz tidak bertanding dan memenangi kerusi Naib Presiden UMNO kali ini, UMNO akan berhadapan malapetaka yang besar.

Musuh-musuh UMNO, musuh-musuh dalam selimut UMNO dan mereka yang telah merosakkan UMNO akan mudah menyertai UMNO dan BN. Semuanya bergantung kepada keputusan Pemilihan UMNO hujung tahun ini.

Jika tidak ada atau kurangnya pemimpin-pemimpin UMNO yang berjiwa Islam Melayu yang hebat selepas Pemilihan UMNO kelak, politik UMNO dan politik Malaysia akan berubah secara drastik.

Persoalan saya ialah, apakah UMNO sudah bersedia untuk menerima agenda Liberalisme dalam mempertahankan Islam dan Melayu, apakah UMNO sudah bersedia juga untuk menerima agenda Pluralisme yang semakin menjadi-jadi, dan apakah UMNO sudah bersedia untuk memasuki pasaran terbuka dalam bidang ekonomi dan politik khasnya?

Jika semua masih belum bersedia, maka kita perlu ada seorang pemimpin yang boleh menyelamatkan UMNO dari semua malapetaka ini. DS Najib memerlukan pasukan yang maha mantap, bukan setakat mantap sahaja.

Sejarah memang berulang, pada tahun 1972, Tun Razak telah memanggil Tun Dr. Mahathir dan orang-orang Melayu ketika itu menggelarkan peristiwa itu sebagai "spiderman' kembali ke dalam UMNO untuk menyelamatkan UMNO dan orang Melayu. Tun Dr. Mahathir dilantik sebagai Senator (1973). Dan Tun Dr. Mahathir menang kerusi Naib Presiden UMNO pada tahun 1975.

Sebagai membalas ingatan kepada jasa Tun Razak, pada PRU13 baru-baru ini Tun Dr. Mahathir memberi bantuan yang besar kepada kemenangan UMNO yang besar. Tun Dr. Mahathir memberi sokongan yang terbaik kepada DS Najib Tun Razak.

Dan sebagai timbal balasnya pula, Dato' Mukhriz anak kepada Tun Dr. Mahathir diberi jawatan Menteri Besar Kedah, setelah kemenangan merampas semula Kedah. Itu pun kerana kelayakan Dato' Mukhriz yang diterima baik di Kedah. Anda juga harus ingat, pada tahun 2008, Dato' Mukhriz telah mencadangkan supaya Kerajaan Perpaduan UMNO-PAS dilaksanakan di Kedah. Maknanya pemikiran politik Dato' Mukhriz adalah pemikiran 'perpaduan ummah' dan "Islamik".

UNDI SALURAN 3 4 5
Kajian menunjukkan bahawa pada PRU13, orang-orang Melayu memberikan undi yang sangat besar kepada UMNO dan BN, hatta di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur. 

Statistik yang saya kaji menunjukkan pengundi baharu berusia 20 hingga 30 tahun memberi undi sehingga 90% kepada calon-calon UMNO dan BN. Inilah antara sebab mengapa UMNO boleh menambah jumlah Kerusi Parlimennya khususnya di bandar-bandar besar seperti di ibu kota Kuala Lumpur.

Hanya sedikit generasi 'Reformasi 1998' sahaja yang masih memberi undi kepada Pakatan Rakyat khususnya di saluran 2 dan 3, yakni mereka yang berumur 30 - 40 tahun.

Oleh itu, momentum undi anak muda kepada UMNO dan BN ini perlu diperkukuhkan lagi dengan menonjolkan pemimpin-pemimpin segar dan menyakinkan di peringkat Naib Presiden UMNO.

Sebab itulah, jika kita melihat senario dan kehendak semasa sekarang, saya mencadangkan supaya Dato' Mukhriz mengambil peluang ini untuk mengambil tanggungjawab ini.

Gandingan DS Najib-TS Muhyidin akan bertambah mantap, cantik dan molek dengan kehadiran Dato' Mukhriz dalam kepimpinan tertinggi.















8 Komen:

Anonymous said...

Siapa yg saudara maksudkan musuh UMNO tu...Anwar?atau kawan-kawan Anwar dlm UMNO skrg? Maybe benar kata sedara Anwar sedang memerhati dan masuk jarum dlm PAU kali ini. Kalau Anwar sertai UMNO salah ker? KJ tak halang pun? Zahid halang ker? mereka kan anak buah Anwar masa Anwar Timbalan Presiden dulu kan?

So, nak halang Anwar masuk UMNO sedara cadangkan Mukhriz la yer..oh sedara akan fanatik Tun M.

Bagi saya biarlah Anwar masuk UMNO... hati dia pun memang masih bersama Umno. apa kata sedara tulis Najib offer Anwar sertai Umno!

sharizal mazalam said...

ANWAR BUKAN TAK BOLEH DITERIMA DALAM UMNO TAPI SELAGI MAHATHIR MASIH BERNAFAS PINTU UMNO UNTUK ANWAR MASIH TERTUTUP RAPAT..! TAPI TAK TAHULAH KALAU ADE SESIAPA YANG SEDIA MENERIMA ANWAR..!

sharizal mazalam said...

ANWAR BUKAN TAK BOLEH DITERIMA DALAM UMNO TAPI SELAGI MAHATHIR MASIH BERNAFAS PINTU UMNO UNTUK ANWAR MASIH TERTUTUP RAPAT..! TAPI TAK TAHULAH KALAU ADE SESIAPA YANG SEDIA MENERIMA ANWAR..!

Anonymous said...

Anon di atas terlalu memuja saudara anwar. Hebat...manusia yg rosak akhlak mahu diangkat jadi pemimpin? Seluruh dunia akan ketawakan Malaysia. Selama ini anwar tiada dalam kerajaan ada ke rakyat Malaysia mati kebulur. Saudara Anwar hanya mahu memenuhi nafsu nafsinya sahaja untuk jd PM. Idea pasar tani yg dikemukakan semasa mengemudi kementerian pertanian pun bukan ideanya. Tetapi dicuri drpd pegawai bawahannya. Fikir-fikirkanlah...Hebat sangat ke anwar ibrahim? Hidup tak beri manfaat mati pun tak beri syafaat. Buat apalah diagung-agungkan.

Anonymous said...

Releks la Anon Wednesday, September 11, 2013 ...

Dr. M sendiri banyak mengambil ide orang Korea dan Jepun!

Jadi, apa ada hal kalau menteri ambil ide orang bawahannya...

Bezanya orang bawahan dan orang atasan...

Orang bawahan cuma ada ide tapi tak kuasa nak laksana...

Orang atasan pula mereka ada ide macammana nak guna kuasa laksana!

Anonymous said...

Umno mesti bertanding prn sarawak dan pru 14. Dap, pkr sudah bertanding di sarawak pada prn sarawak dan pru 13 sarawak dan menang beberapa kerusi. Umno bila lagi mahu mara di sarawak.

http://www.tranungkite.net/lama/berita2/sarawak2.htm

Anonymous said...

luahan rakyat sarawak. Akan berlaku penambahan kerusi parlimen di sarawak pada pru 14 dan penambahan dun prn sarawak. Oleh itu Umno mesti bertanding di sarawak. Tidak perlu takut melangkah

http://hilbertmontell-anakmerdeka.blogspot.com/2013/03/saya-lebih-suka-jika-umno-bertapak-di.html

Anonymous said...

http://umnosarawak.blogspot.com/2010/09/hasrat-jpuns-bukan-hanya-propaganda.html

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan