PEMUDA UMNO SEPATUTNYA MEMPERTAHANKAN PRESIDEN UMNO

on Thursday, September 5

Berita Exco Pemuda Umno yang menawarkan diri untuk jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO melahirkan rasa kecewaannya terhadap UMNO di atas kenaikan harga petrol, amat mengejutkan saya.

Jika beliau Exco AMK PKR, ianya tidaklah menghairankan. Malangnya beliau adalah pemimpin parti UMNO di peringkat Pemuda, kenyataan itu tidak senada dan tidak selari dengan kenyataan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO sendiri.

Adakah perkara ini di dalam atau di luar pengetahuan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO?

Jika kita mendesak Timbalan Menteri dari Hindraf meletak jawatan kerana pandangan yang tidak senada dengan anggota pentadbiran, apa beza dengan kes ini? Komen ini juga tidak senada dengan Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri? Nampaknya, Pemuda UMNO menghadapi kesukaran saluran untuk bertemu dengan Presiden parti bagi menyampaikan pandangan mereka!

Dalam laporan portal Malaysiakini menyebut, 'Menurutnya, ini adalah kali pertama parti itu mungkir janji untuk tidak menaikkan harga petrol yang dibuat sewaktu pilihan raya umum lalu'. Jika benar kata-kata sedemikian, ianya merujuk seolah-olah Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri sebagai mungkir janji.

Pemuda UMNO perlu 'study' dahulu isu-isu yang berkaitan sebelum terikut-ikut dengan komentar orang awam. Kita memang terasa dengan kenaikan harga minyak ini, namun kerajaan mempuyai alasan untuk melakukannya. Bercakap soal turun naik harga barang, adalah berkaitan dengan kos melepas di mana rakyat tidak akan dapat semua dan kerajaan tidak akan berjaya semua.

Adakah anda sudah ‘study’ kegiatan smuggling minyak petrol dan diesel dari  Malaysia di Selatan Thai, sempadan Johor-Singapura, sempadan Sabah-Filipina dan sempadan Sabah-Indonesia? Kerajaan memberi subsidi minyak supaya rakyat Malaysia menikmati harga yang lebih murah berbanding di Thailand, Singapura, Filipina dan Indonesia. Malangnya penyeludupan minyak ke Negara-negara tersebut sukar dikawal menyebabkan kerajaan dan rakyat rugi.

Adakah anda sudah membuat ‘study’ bahawa kerajaan mempunyai perancangan memindahkan subsidi minyak tersebut kepada pembangunan pendidikan, agama, BR1M, sukan dan keselamatan. Jika kerajaan terus memberi subsidi yang besar kepada minyak petrol dan diesel, yang untung adalah speculator dan saudagar-saudagar minyak sahaja. Jika kerajaan membuat rasionalisasi subsidi bahan bakar ini, wang subsidi itu dapat diagihkan kepada rakyat dalam klausa yang lebih besar dan tepat sasarannya. Anda lihat nanti apa pula rakyat akan nikmati melalui BAjet 2014! 

Malaysiakini versi bahasa Melayu menulis bahawa "Beliau menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mencari jalan untuk mengembalikan subsidi itu kepada rakyat, sekurang-kurangnya kepada isi rumah yang berpendapatan RM5,000 ke bawah".

"Sama ada memberikan baucar subsidi petrol tambahan atau pemberian 'fleet card' untuk golongan ini, semuanya terletak pada kebijaksanaan beliau (Najib).(Lapor Malaysiakini)

Nampaknya ada orang lebih bijak daripada Perdana Menteri mengurus negara ini!

"20 sen mungkin kecil bagi sesetengah golongan, namun ia cukup membebankan golongan pertengahan dan bawahan," katanya dalam satu kenyataan.

Selatan Thailand
Anda sepatutnya membuat lawatan ke selatan Thailand, betapa gembiranya pengusaha-pengusaha stesen minyak di sana bilamana kerajaan Malaysia menaikkan harga minyak petrol dan diesel.

Mereka adalah pengusaha Melayu Islam yang mengalami kerugian kerana kegiatan smuggling minyak dari Malaysia yang murah kemudian dijual dengan harga yang tinggi di selatan Thailand (masih murah berbanding harga negara Thailand).

Adakah anda membuat kajian mengapa pernah berlaku kehabisan minyak diesel di Johor, juga angkara kegiatan smuggling yang merugikan rakyat Malaysia dan kerajaan kita. Minyak subsidi yang sepatutnya dinikmti oleh rakyat kita, telah diseludup ke negara jiran Singapura.

Hal-hal berkaitan sempadan negara adalah perkara yang sangat sukar dikawal,   sedangkan negara Amerika yang serba canggih masih gagal menghalang ribuan pendatang Colombia dan Dadah memasuki negara Amerika setiap bulan!

Saya Pilih Pertahan Dasar Kerajaan
Terdapat dua perkara, di mana rakyat boleh menerima keadaan ini. Pertama, harga minyak masih boleh turun jika Kerajaan berjaya mengatasi tekanan ekonomi global, khususnya menjelang kemungkinan Amerika menyerang Syria. Kerajaan pernah menurunkan harga minyak sebelum PRU13, dan kerajaan masih mampu melakukannya selepas keadaan stabil.

Kedua, rakyat perlu menunggu perancangan terkini DS Najib dalam Bajet 2014 yang akan dibentangkan bulan depan. Saya percaya kesabaran rakyat menerima keadaan ini, akan dibalas dalam bentuk lain oleh DS Najib dalam Bajet 2014 itu. Saya sangat yakin, Bajet 2014 akan menutup isu kenaikan harga minyak minggu ini!

Barangkali anda tidak bersetuju dengan saya, adakah anda bersetuju dengan dia?


5 Komen:

sharizal mazalam said...

SAYA SETUJU DENGAN AZHARI DAN SOKONG KEPUTUSAN DSPM NAJIB..! DOA SAYA BELIAU SENTIASA DAPAT MENGAMBIL TINDAKAN YANG TEPAT DALAM APA JUA TINDAKAN DAN PERLAKSANAAN DASAR..!

Anonymous said...

Satu kupasan yg menarik dari sudut yg berbeza, exco pemuda tu tak buat studi thats why bagi statement

sharizal mazalam said...

SAYA SETUJU DENGAN AZHARI DAN SOKONG KEPUTUSAN DSPM NAJIB..! DOA SAYA BELIAU SENTIASA DAPAT MENGAMBIL TINDAKAN YANG TEPAT DALAM APA JUA PERLAKSANAAN DASAR DAN KEPUTUSAN YANG SUKAR..! AMEEN..!

Anonymous said...

Saya setuju pandang saudara tentang masalah penyeludupan dan subsidi hanya layak untuk rakyat Malaysia, Tapi sayangnya, golongan kelas menengah seperti saya amatlah terkesan dengan kenaikan ini walaupun hanya RM0.20! Bayangkan sehari 90km perjalanan untuk ke tempat kerja tidak termasuk kos tol dan lain-lain. Sepatutnya kerajaan membuat kaedah mahupun cara bagi membantu golongan seperti saya sebelum membuat kenaikan harga petrol! dan saya juga tidak layak untuk menerima BRIM. Jadi apakah salah jika exco pemuda UMNO kesal dengan tindakan menaikkan petrol ini. inilah realiti sebenar kehidupan golangan muda di bandar! Saya juga melihat bagaimana kerajaan tidak berhemah dalam berbelanja semasa sebelum PRU13 dan akhirnya golongan spt saya menjadi mangsa!

Anonymous said...

Isu ketirisan berkait dengan penguatkuasaan, tindakan ini hanya menambahkan undi golongan muda bandar kepada pembangkang di PRU14. ini bukan kerana sukakan pembangkang tapi PM sendiri tidak mendengar denyutan nadi golongan muda spt saya dan juga memahami rialiti kehidupan sebenar! Kita mahukan pembangkang mahupun golongan dalam UMNO berani menegur kepimpinan bukan hanya membisu!

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan