SASTERAWAN SAKIT, ORANG MALAYA MENYINGGUNG RAKYAT SABAH & SARAWAK

on Saturday, September 7

YANG TERSIRAT: SANG SAKA MALAYA, KAMI ORANG MALAYA KAMU ORANG SABAH SARAWAK
KONFLIK Sasterawan Negara A. Samad Said baru-baru ini tidak perlu diberi perhatian yang melampau-lampau. Jika anda tidak mengenali Pak Samad, anda akan tertipu dengan helah dan politik sasteranya. Karyanya, orangnya, gayanya dan pemikirannya memang dikagumi, namun politik sasteranya sangat menjelekkan khalayak sastera.


PAK SAMAD & SINGAPURA

Secara ringkasnya, Pak Samad lahir dari kebobrokan kehidupannya semasa kecil remaja di Singapura. Ketika zaman Perang Dunia Kedua, Pak Samad membesar dengan wajah-wajah kehidupan manusia di depannya yang penuh kerosakan dan kejelekan. 

Di hadapan matanya, Pak Samad menyaksikan kemiskinan yang melampau, kegiatan pelacuran, hikpokrasi, kejahatan penjajah, ketidakadilan pemerintah penjajah sehingga hidup Pak Samad kecelaruan.

Semua itu digambarkan dalam novel hebatnya "Salina" dan "Hujan Pagi". 


PAK SAMAD & MOGOK SENI

Pada tahun 1980an, Pak Samad melancarkan mogok seni. Ketika itu saya masih bersekolah tetapi sudah membaca beberapa karya besar sasterawan negara seperti SN Abdullah Hussain (Terjebak), SN Dr. Anwar Ridhwan (Hari-Hari Terakhir Seorang Tua Di Kaki Gunung), dan juga Novel hebat dari Indonesia (Keluarga Gerilya) karya Pramodya Ananta Toer.

Pak Samad khabarnya ketika itu melancarkan mogok seni kerana karya-karyanya yang tidak mendapat perhatian dari DBP, kemudian kelewatan dibayar honorarium novelnya juga oleh DBP dan ketidakpedulian DBP dalam beberapa isu mengenai dirinya.

Lama kemudian, saya sendiri mendapati Pak Samad hanya berdiam diri apabila diberi gelaran "Sasterawan Negara" dengan segala macam kemudahan dari kerajaan. Kemudahan hospital, penerbangan, penerbitan, hadiah wang tunai dan sebagainya layak diberikan sesiapa yang bergelar Sasterawan Negara.

Kemudian, saya dapati sendiri, apabila Pak Samad tidak lagi dipanggil mendeklamasi puisi-puisinya oleh agensi kerajaan dan swasta, Pak Samad kembali menimbulkan keributan. Anda harus faham, kebiasaannya pendeklamasi sajak dalam majlis-majlis besar bukan mendeklamasi dengan air liur sahaja. Pengalaman saya ialah, ada di antara mereka diberi bayaran sejumlah RM2,000, RM5,000 dan RM7,000 mengikut kepada taraf kesasteraan dan nama mereka. 


ORANG MALAYA

KENANGAN BERSAMA PAK SAMAD 2003


Saya juga mendapati, Pak Samad melibatkan dirinya dalam politik tanah air, mensasterapolitikkan sastera negara, mempolitiksasterakan institusi Sasterawan Negara dan terkini menyinggung rakyat Malaysia dalam isu bendera Sang Saka Malaya. Semuanya itu berlaku apabila Pak Samad tiada siapa ambil peduli lagi.

Soalan saya, selama ini di manakah Pak Samad mengundi? Apakah Pak Samad mengundi pada PRU 1955 hingga PRU 2013?

Bagi saya secara peribadi, Pak Samad sebenarnya mengidap penyakit sastera. Sasterawan Sakit.

Jika Sasterawan Sihat, seseorang SN boleh membezakan di antara bendera Jalur Gemilang dengan bendera Sang Saka Malaya! Apakah orang Cina dan orang India serta bumiputera Sabah Sarawak gembira dengan acara "menunjuk-nunjuk" bendera Sang Saka Malaya.

Apakah maksud Pak Samad negara Malaysia ini mesti ditukar kepada Malaya, guna semula bendera Sang Saka Malaya! 

Kalau begitu orang-orang di Sabah dan di Sarawak sudah pasti tersinggung dan sakit hati. Oh rupanya perjuangan mereka hendak meMalayakan Sabah dan Sarawak. Oh rupanya Sabah dan Sarawak tidak penting dalam Malaysia sebab itu mereka menghidupkan organ-organ Malaya. Bukankah Malaya itu maksudnya tanpa Sabah dan Sarawak!

Apakah perbuatan Pak Samad yang lupa diri itu bermaksud rakyat Sabah dan Sarawak boleh belah...boleh merdeka...boleh keluar dari Malaysia!

Saya yakin rakyat di Sabah dan Sarawak tidak gembira dengan nama Malaya atau bendera Malaya, malah akan menambah kebencian kepada orang Semenanjung bilamana mereka memainkan isu Sang Saka Malaya dan nama-nama Malaya!

Kata rakan saya di Kota Kinabalu, "kamu lihat orang Malaya, mereka mahu monopoli negara ini, mereka mahu mengubah negara ini menjadi negara Malaya, sebab itu mereka perjuangkan Sang Saka Malaya...bukannya bendera Malaysia Jalur Gemilang".

Apa jawab kamu orang "Malaya"? (dituju kepada Hishamudin Rais dan Pak Samad). Kamu mahu negeri Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia kah? Kerana ego dan sombong kamu mengungkit-ungkit nama Malaya...Malaya...Malaya...Orang Malaya Orang Semenanjung..Orang Semenanjung Orang Malaya...bukannya Malaysia lagi!

15 Komen:

Anonymous said...

Bagus dan tepat, aku org Sarawak benci dgn org Malaya..asyik asyik Malaya malaya sudah lama merdeka pun masih mau cakap hal2 Malaya.Bagus kita keluar saja

Anonymous said...

AKU JUGA BENCI ORG MALAYA...KAMU INGAT KAMI ORG SABAH SUKA KA SAMA KAMU ORG MALAYA..BOLEH JALANLA..SIAL SAMAD SAID NE

Anonymous said...

Kepada DUA EKOR anon diatas...klu kamu benci MALAYA kenapa tidak kamu sahaja yg keluar dr MALAYA ini....MALAYA tidak perlukan kamu......

Anonymous said...

kepada anon Sunday, September 08, 2013 .. fuck ur ass, suck ur own dick..fuck u forever! u is more beruk dari dua anon yg ko caci2 maki tu...eh beruk Malaya..pegi mampus la ko..do u think malay is so special? without political support from Sabah & Sarawak..u malay will be extinct. period!

Anonymous said...

As-salam al-Azharrisiddiq...

Berdasarkan komen-komen di atas, bagi saya tulisan saudara kali ini bertujuan mengapi-apikan sentimen Malaya - Borneo...

Kita sepatutnya memperakui bahawa sentimen Malaya - Borneo ni selamanya tak sihat bagi negara Malaysia...

Kadang-kadang sentimen ini juga sangat melucukan...

Saya teringat satu ketika dahulu rakyat Malaysia dari Borneo Utara yang kuat sentimen Malaya - Borneo nya mempertikaikan mengapa pasukan bolasepak Malaysia digelar Harimau Malaya bukannya Harimau Malaysia?

Mereka ini akan tetap tak berpuas hati walaupun berkali-kali diterangkan tidak wujud dalam dunia malah dalam Malaysia ini harimau malaysia, tapi harimau malaya ada...

Dan ini tidak boleh dinafikan bertitik tolak dari sentimen Malaya - Borneo tadi...

Mujurlah sekarang ni pasukan bolasepak Malaysia berada di rangking ke 160 FIFA...

Barulah isu ini reda sikit...

Tengoklah nanti bila pasukan bolasepak Malaysia menduduki rangking di bawah 100 isu Harimau Malaya ni akan timbul balik!

Anonymous said...

DIA TELAH HILANG KEWARASAN DAN KECERDIKAN..SEMUANYA TELAH DIRENTAP ALLAH DAN JADILAH BELIAU MANUSIA TANPA PEGANGAN....BELIAU GAGAL BERSYUKUR PADA MANUSIA APATAH LAGI NAK BERSYUKUR PADA PENCIPTA....DI SAAT USIA SEMAKIN LABUH BELIAU SEWAJARNYA DISANJUNG DAN LEBIH DIHORMATI OLEH KHALAYAK...TETAPI SAYANG BELIAU MEMILIH JALAN HANYIR DAN KEJI DAN KEJI JUGA YANG BELIAU DAPAT PADA USIA SEBEGINI.....SUNGGUH MALANG SI TUA KERING...SUDAHLAH KERING IDEA MALAHAN HATI DAN BUDI BELIAAU JUGA TURUT KERING SAMA........APA BOLEH BUAT JALAN KEBODOHAN JUGA YANG DIPILIH OLEH PAK SAMAD....yang ikhlas ABE MUD.

Anonymous said...

Ayooo sabah dan sarawak keluarlah dari malingsia.

From : indonesia

Halim Hamdian said...

Malaya tetap MALAYA... Banyak betul putar belit dalam blog ini... bukan bermaksud saya pro mana-mana pihak, tetapi beberapa kenyataan dalam blog ini sendiri pun SUDAH CUKIUP MENYINGGUNG PERASAAN warganegara Sabah dan Sarawak... KEPADA POLITIKUS MALAYA, adakah ini cara baru untuk memutar belit kenyataan dan menambahkan kepeningan RAKYAT MALAYA sendiri mengenai APA ITU MALAYSIA yang ORIGINAL?... Fikir kembali... Jika kamu gelar seorang Sasterawan Negara dari MALAYA sendiri sebagai SASTERAWAN SAKIT, pemilik blog ini juga sama... mungkin boleh dipanggil BLOGGER SAKIT?...

Cukuplah anda di Malaya ditipu mentah-mentah oleh pihak Majlis Perosak Negara dan sebagainya mengenai sejarah Malaya... JANGAN DILIBATKAN kami Negara Sarawak dan Negara Sabah dalam KANCAH KEBODOHAN dan KRISIS IDENTITI negara anda hasil daripada kebobrokan minda sesetengah pihak daripada kalangan anda sendiri...

*Jika pemilik blog ini mengatakan Sasterawan negara ini boleh menyebabkan rakyat Sarawak dan Sabah BENCI MALAYA kerana "MEMALAYAKAN Sabah dan Sarawak, sebenarnya dalam keadaan SEKARANG pun adalah DUA KALI LIMA kerana dalam perlembagaan persekutuan versi 1976, Sarawak dan Sabah diturunkan menjadi negeri DALAM MALAYA cuma nama MALAYA itu ditukar menjadi MALAYSIA... jadi, apa bezanya?

**Dalam formasi yang ASLI, Sarawak dan Sabah adalah TERPISAH daripada SEBELAS NEGERI-NEGERI MALAYA, layaknya sebagai DUA NEGARA MERDEKA yang bersama MALAYA dan SINGAPURA membentuk PERSEKUTUAN MALAYSIA pada 16 September 1963. Namun, setelah Singapura DIBUANG pada 1965, itulah bibit permulaan PEMALAYAAN SABAH dan SARAWAK...

THINK....

WE CHOOSE TO PART COMPANY WITH MALAYA be whatever happen to Malaya.

DUM SPIRO SPERO | PERGO ET PERAGO

Anonymous said...

Ketiadaan bendera negara malaya yg membuatkan pak samad ingin membuat bendera sendiri sedangkan negara sabah sarawak masih segar dalam ingatan rupabentuk asal bendera negara Sabah & Sarawak... Oleh yang demikian pak samad berasa malu kerna Negara Malaya yg disanjung tinggi tiada bendera... Bendera malaysia hasil penggabungan 3 negara iaitu malaya + sabah + sarawak... Bagi malayan yg ego2 belaka bagaimanakah rupabentuk negara malaya????

Anonymous said...

Saya sokong Pak Samad. Kalau Malaysia di Malay kan, sabah dan Sarawak kembali menjadi 2 buah negara berdaulat. Tak pun kembali kepada ke bawah daulat kesultanan Brunei Darussalam. Sebelum sumber dan hasil bumi borneo kering si makan malaya baik angkat kaki.

Anonymous said...

bagus bah itu, ada beda nya tetap Sarawak & Sabah. Malaya tetap Malaya

Anonymous said...

Sudah tiba masanya dan inilah waktunya rakyat negara Sabah dan Negara Sarawak mengembalikan maruah bangsa.. dengan mengkaji perlembagaan versi 1976 dikembalikan kepada yang asal penubuhan Malaysia. Pulangkan status ini "YANG DI PERTUA NEGARA SABAH" kalau tak silap saya sewaktu sekolah dahulu 'Yang Di Pertua Negara Tun Ahmad Raffie, bukan begitu?

Az Za said...

salam Perpaduan,

Hal Malaya, Sabah n Sarawak x elok di bincang dlm kotak 'monitor komputer yang kecil' ini..cakupannya terlalu kecil dan bersifat pribadi..malah saya sendiri boleh menulis tanpa di edit penerbitannya..

Tidak kisah lah isu Malaysai..kerana 'Rumah kita' ini berbumbungkan atap nipah..mmg ada yg bocor di satu tempat dan ada yg kering di tempat lain..tapi hasilnya x pernahkah anda terpikir, itulah tempat kita meneruskan kehidupan..'rumah' asas yg lengkap bertiang, berbumbung, berpintu, berdapur, berbilik, berlantai ber serambi..jika saya di tempat ada 'dapur' punca rezeki, saya hndak keluar dan bawa dapur saya ke tempat lain, saya akan kerugian..kerana dapur saya tida ada 'pintu' yg di jaga rakan negeri lain. tidak 'berbilik' yg di jaga rakan lain, tidak 'bertiang' yg di jaga rakan lain..malah saya mungkin 'dapur' saya akan 'ceroboh' org lain kerana tujuan tempat sumber rezeki tadi..tiada pertahanan 'pintu', 'bumbung' dan lain2...
lebih elok kita kekalkan 'rumah' kita yg lengkap ini..kerana rumah yg lengkap akan mudah 'org luar' kenali n mbantu jika ada musibah menimpa..berat sama di pikul, ringan sama di jingjing....wasatiyaah dalam segala tindakan wahai rakan2..

az swk

Orang Sabah said...

Apa kah Sabah itu negara atau negeri.
Baca dalam blog :
http://www.negara-sabah.blogspot.com

Ashraf Fikri said...

Malaya Tu Tidak Akan Hidup Tanpa Sabah Dan Sarawak...Hidup Merempat Lar Kamu ...Bagus Kamu Malaya Makan Tahi...Tanam Jagung...Hidup Sabah Selamanya...

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan