TENGKU RAZALEIGH 'COME BACK', DS NAJIB PETIK JARI

on Friday, September 6

TENGKU RAZALEIGH @ Ku Li hari ini bersuara sama ada mungkin akan mencabar jawatan Presiden UMNO, bergantung kepada keadaan semasa.

Pada tahun 1987, Ku Li hampir menewaskan Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan kekalahan di bawah 50 undi. Akhirnya, beberapa ahli UMNO membawa kes UMNO ke Mahkamah dan seperti semua orang tahu UMNO diharamkan (1988).

Kemudian, suatu insiden Mesyuarat Majlis Tertinggi BN telah dipengerusikan oleh Tun Dr. Ling Liong Sik atas kapasitinya sebagai Presiden MCA, parti senior dalam BN. 

Ku Li dan Tun Dr. Mahathir masing-masing berusaha mendaftarkan parti UMNO Baru. Akhirnya, Pendaftar Pertubuhan meluluskan UMNO Baru. Manakala Ku Li yang gagal menubuhkan parti baru UMNO ketika itu, akhirnya berjaya menubuhkan parti Semangat 46.

JASA KU LI
Salah satu 'jasa' Ku Li ialah menumbangkan Kerajaan UMNO Kelantan di mana Semangat 46 yang bekerjasama dengan PAS berjaya memerintah Kelantan hinggalah ke hari ini.

Manakala di Sabah, tindakan PBS keluar di hari-hari terakhir kempen untuk menyertai Ku Li (Gagasan Rakyat) membawa kemasukan UMNO ke Sabah secara drastik dan serta-merta. Bolehkah kemasukan UMNO ke Sabah juga kerana 'jasa' Ku Li pada tahun 1990.

Kemudian, Ku Li mengambil tindakan berani membubarkan Semangat 46 dan semua ahlinya menyertai UMNO semula. Sudah tentu ini juga satu 'jasa' Ku Li yang besar bukan! Jiwa Ku Li lebih besar dari jiwa Anwar Ibrahim, kerana demi umat Islam dan orang Melayu, Ku Li sanggup membubarkan Semanagt 46 dan bersatu di dalam UMNO. 
DS Najib Atau Ku Li
Di hari-hari terakhir pendaftaran calon-calon UMNO hujung bulan ini, Ku Li muncul memberi komen-komen segar.

Ku Li menyokong DS Najib dalam aspek pengurangan subsidi harga minyak, ianya tidaklah menghairankan kerana kedua-dua mereka adalah lulusan ekonomi dan berpengalaman mengurus ekonomi negara dalam skala yang besar lagi sukar. Mereka faham bab ekonomi dan masing-masing pernah mengurus kewangan negara. Kedua-dua mereka melihat dalam konteks yang besar bukan seperti kacamata sempit ini  https://www.malaysiakini.com/news/240247

Tun Dr. Mahathir dan Pak Lah (Tun Abdullah) masing-masing menyuarakan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan. Bermakna, DS Najib mendapat sokongan yang besar dari kedua-dua tokoh tersebut.
Faktor Anwar
DS Anwar Ibrahim (Anwar), menjadi faktor luar yang akan mempengaruhi pemilihan UMNO kali ini.

Semua orang sudah tahu, bahawa hati Anwar masih ada pada UMNO dan BN. Semua orang tahu Anwar mempunyai keinginan yang tinggi untuk kembali kepada UMNO dan BN. Dan semua orang tahu Anwar berusaha mendekati UMNO dan BN. Kerana melalui UMNO dan BN sahajalah Anwar boleh mencapai impian emasnya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Oleh sebab itulah, Anwar memberikan perhatian dalam pemilihan UMNO kali ini. Sebab itulah Anwar mencadangkan "Dialog Nasional".

Jika Ku Li bercadang meneruskan niatnya untuk bertanding jawatan Presiden UMNO, saya memberikan dua komen. 

Pertama, jangan underestimate DS Najib. Kedua, jangan juga undestimate faktor Anwar. Apakah Ku Li berfikir Anwar akan menyokongnya, walaupun pada awal tahun 1970 Ku Li lah pemimpin Malaysia yang memperkenalkan Anwar kepada Raja Saudi.

Di sebalik semua cabaran ini, DS Najib boleh memetik jari dan sekaligus pantai akan berubah!






4 Komen:

Anonymous said...

JIKA KAMU SAYANG UMNO, TANAH AIR INI, BANGSA INI, SAYA CABAR KAMU DEDAHKAN APA YANG NAJIB 'OFFER' KEPADA ANWAR SEMASA KAMU JUMPA JUSUF KALLA TEMPOH HARI. KENAPA KAMU SEMBUNYIKAN DAN TAK MENULIS? APAKAH KAMU TAKUT NAJIB TEWAS JIKA KAMU MENULISNYA, KALAU KAMU ANAK MELAYU YG BERANI SILA TULIS APA PAK NAJIB NAK BAGI KEPADA ANWAR DALAM PERBINCANGAN KAMU ITU????

Anonymous said...

ohh rupanya Najibbus ada offer pd Anwar yer...

Anonymous said...

Tak ada gunanya kamu pertahan Najib

sharizal mazalam said...

BERULANG-KALI SAYA RENUNGKAN BAHAWA DS NAJIB BUKAN JENIS MANUSIA KECUT TELOR SEPERTI WAR-WAR PEMBANGKANG DAN SIAPA2 YANG UNDERESTIMATE BELIAU..! PERJALANAN BELIAU KE TAMPUK KUASA DENGAN 'PLAY SAFE' BUKTI JELAS BAHAWA DIA BUKAN SEMBARANGAN ORANG..! DS NAJIB SUDAH MENGALAHKAN ANWAR BERKALI-KALI..! KU LI PULA SUDAH PUAS MENCUBA..! SECARA MUDAHNYA DS NAJIB KETIADAAN PENCABAR UNTUK JAWATAN PRESIDEN NANTI..!

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan