TENTERA SIBER YB KJ PASIF, PEMUDA UMNO DILANDA TSUNAMI AKHRAMSYAH

on Saturday, September 21

Akhram : Semakin Yakin
Saya agak hairan mengapa pasukan siber YB Khairy Jamaluddin kelihatan pasif dan agak statik. Adakah YB KJ tidak memerlukan mereka? 

Saya belum jumpa mana-mana artikel totok yang berani menyokong KJ secara berterus-terang baik oleh Exco-Exco Pergerakan Pemuda UMNO seperti artikel ini http://merdeka-online.com/home/lim-guan-eng-salah-khairy-jamaludin-betul/ . 

Hanya satu-satunya dari sahabat blogger saya ini http://brojinggo.blogspot.com/2013/09/ketua-pemuda-umno-akramsyah-ukurlah.html , itu pun sejak 18 September 2013 dan satu-satunya ini sahaja sehingga ke hari ini, itu pun hanya mengkritik Akhramsyah tanpa menghuraikan apa KJ buat selama ini di dalam Pemuda UMNO. Tiada data atau statistik perjuangan YB KJ sebagai Ketua Pemuda dibentangkan.

Mengkritik dengan perasaan marah, benci dan emosional boleh membawa imej buruk kepada KJ jika anda adalah dampingan KJ. Pernahkah saya 'tutuh' KJ dalam artikel saya. Saya menulis lebih 10 artikel mengenai KJ, sedangkan saya baharu menulis 4 artikel mengenai Akhramsyah. Saya masih berat sebelah.

Tiada blogger yang menghuraikan dasar-dasar KJ sebagai penghulu Pemuda, Aspirasi KJ dalam UMNO, world view KJ kepada Pemuda UMNO, malah pertanyaan saya tentang moto KJ pun tiada siapa berjumpa KJ bertanya dan menghuraikannya. Seruan saya supaya KJ berdebat dengan Akhramsyah turut didiamkan. Maknanya KPI YB KJ sebagai Ketua Pemuda tidak dapat dibentangkan. Ianya akan menjadi persoalan besar oleh ahli-ahli Pemuda UMNO.

Apakah KJ tidak bersedia menerima pukulan politik TKO?

TSUNAMI AKHRAMSYAH MELANDA PEMUDA
Sebaliknya, Akramsyah menerima sokongan semulajadi tanpa diminta dan tanpa bayaran malahan bloggers kelihatannya tanpa disuruh menyatakan sokongan dan keinginan mereka kepada Akramsyah. Semuanya sukarela, senang hati, rela hati membantu Akhramsyah. Mereka datang tidak disuruh, mereka datang tidak dipaksa, tidak di-sms, mereka dilanda "tsunami Akhramsyah".


Akhbar The Malay Mail yang berpengaruh turut memberi ruang kepada Akramsyah di sini dalam sesi soaljawabnya http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/making-umno-youth-relevant .

Akhbar dan portal pro-pembangkang turut memberi fokus kepada Akhramsyah. Tidak perlu saya beri link-nya, anda boleh search sendiri.
Saya dan KJ
SEDUTAN PRESS CONFERENCE AKHRAMSYAH
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera, Salam Satu Malaysia,

Terima Kasih atas kehadiran semua di sini pada hari ini, baik dari kalangan wakil media dan terutama sekali kawan-kawan yang sudi melepaskan diri dari tugas harian untuk bersama-sama.

Nama saya Akhramsyah Muammar Ubaidah bin Sanusi, lazimnya dikenali sebagai Akhram sahaja. Sebagai pengenalan, saya seorang anak kelahiran DEB (Dasar Ekonomi Baru).

Pendidikan awal saya di Maktab Rendah Sains MARA Balik Pulau, Pulau Pinang sehinggalah berjayanya saya menggenggam segulung ijazah Sarjana Kejuruteraan Kimia dari Imperial College, London semua hasil dasar kerajaan pimpinan UMNO yang berlandaskan Dasar Ekonomi Baru.

Dengan bermodalkan ilmu tersebutlah, saya berjaya menarik perhatian sebuah syarikat minyak antarabangsa yang terkemuka mengambil saya sebagai seorang profesional.

Selama 16 tahun saya bertugas sebagai seorang jurutera, konsultan sehingga kini mencapai peringkat pengurusan syarikat tersebut. Dalam masa itu, saya berpeluang bekerja di luar negara, menimba ilmu serta pengalaman teknikal mahupun organisasi, untuk kemudian di bawa pulang demi memajukan negara bangsa.

Segala peluang serta kejayaan ini bertitik-tolak dari perjuangan UMNO, dan saya bersyukur atas pengorbanan pemimpin-pemimpin Melayu yang berjasa terhadap kami generasi muda.

Namun, sejak kebelakangan ini, telah tertimbul rintihan pada peringkat akar-umbi parti, terutama sekali pada golongan muda, yang UMNO terlihat seperti tidak dapat lagi menjaga kebajikan mereka.

Segala usaha serta dasar kerajaan yang baik dilancarkan, tetapi kurang mengena sasaran, dan ini menimbulkan kerunsingan. Rintihan akar umbi Pemuda juga timbul tentang sentuhan kepimpinan yang dikatakan tak cukup kerap sampai ke bawah.

Dan lebih parah lagi, ada orang muda yang kini menuduh Pemuda sebagai tidak lagi mendesak, tidak lagi menjulang obor perjuangan Agenda Melayu.

Oleh itu, memandangkan rintihan kawan-kawan, jiran-jiran serta penyokong tentang perlunya perubahan kepimpinan Pemuda, saya dan keluarga saya telah mengambil keputusan mengorbankan kerjaya saya untuk menawarkan diri, dengan rendah diri, sebagai calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Agenda yang akan saya bawa insyaAllah sekiranya terpilih sebagai Ketua Pemuda yang baru adalah menghidupkan kembali agenda perjuangan Melayu yang seharusnya menjadi tanggungjawab Pemuda UMNO. Oleh itulah, laungan Pemuda haruslah tidak lain dari HIDUP MELAYU!

Terima Kasih. 

Saya membuka majlis kepada soalan...


Ikhlas dari Calon Anda, 
Akhramsyah Sanusi.








12 Komen:

Anonymous said...

Mereka tunggu ringgit turun agaknya. Pasal tsunami Akram tu sy tengok ya, harap2 perwakilan Umno buangkan politik wang legasi Anwar, jika mereka beri wang ambik isi minyak bayar top up, tapi undilah kepada yang jelas kpd perjuangan Melayu, bukan perjuangan diri sendiri. Tidak mengapa mengkritik secara sehat seperti saudara kerana kita dlm keluarga Umno. Apapun good luck to Akram.

Anonymous said...

Kalau sy seorg blogger politik pun sy akan highlight pd akram..sbb sy sndiri x suka kj. Cukup2 lah beliau dgn kisah budak tkt 4 tue.. :D

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Secara jujur, cuba kita pertimbangkan kedudukan suara Pergerakan Pemuda UMNO sejak di pimpin oleh Hishamuddin Tun Hussein Onn dan kemudiannya di ambil alih oleh menantu Tun Abdullah Badawi, mantan PM ke 5, Khairy Jamaludin.

Apakah Pergerakan Pemuda UMNO sebagai tunjang kekuatan parti UMNO dengan pelapis kepimpinan parti UMNO di peringkat nasional masih dihormati oleh parti parti komponen BN seperti MCA, MIC dan lain lainnya?

Apakah Pakatan Pembangkang seperti DAP, PKR dan PAS gerun terhadap Pergerakan Pemuda UMNO sejak dipimpin oleh dua pemimpin Pemuda yang mempunyai pertalian darah dan kekeluargaan dengan mantan2 Perdana Menteri Malaysia terdahulu seperti Tun Hussein Onn dan Tun Abdullah Badawi?

Penzina tegar seperti Presiden MCA Chua Soi Lek pun tak hairan dengan KJ dan selamba sahaja menghina kedudukan Agama Islam yang menjadi teras kehidupan kita semua didalam Malaysia ini!

Adakah KJ berani menegur Chua Soi Lek supaya jangan kurang ajar serta biadap terhadap kedaulatan Islam di bumi tanahair kita?

Jawapan nya saudara sendiri tahu bahawa KJ belum terakam didalam lipatan sejarah sebagai seorang Ketua Pemuda UMNO menyuarakan sebarang bantahan atau memberi amaran terhadap Chua Soi Lek berhubung kenyataan celupar Presiden Parti MCA tersebut!

Begitu juga dengan segala macam penghinaan terhadap Agama Islam, Bangsa Melayu dan Raja serta Sultan2 Melayu yang menjadi teras jatidiri kita di bumi Semenanjung Tanah Melayu ini oleh pemimpin2 parti pembangkang seperti DAP, PKR dan juga PAS yang bersekongkol dengan penghina2 Islam dari DAP!

Maruah Pergerakan Pemuda UMNO seringkali di calar balarkan oleh pemimpin2 DAP seperti Karpal Singh dan anaknya Gobind Singh Deo serta oleh Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng!

Apakah saudara mempunyai bukti KJ selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO telah mencabar malaon2 terbabit dan mempertahankan maruah Agama Islam kita? Bangsa Melayu? Raja dan Sultan2 Melayu?

Tak ada!!!

Makanya sudah tentu masyarakat Melayu didalam negara kita mahukan perubahan pada pucuk pimpinan parti tunjang Barisan Nasional!

Kita semua tahu bahawa PM sekarang Najib Tun Razak seringkali sujud kepada desakan desakan yang berterusan dari masyarakat Cina dan menganaktirikan kaum Melayu sendiri dengan terus tunduk kepada permintaan2 tak munasabah dari Persatuan Dong Zhong Sekolah2 Cina dan begitu begini!

Pemimpin2 lemah seperti Najib dan KJ ini harus di gantikan dengan orang orang seperti Tan Sri Muhyiddin Haji Yassin dan Zahid Hamidi di peringkat tertinggi kepimpinan UMNO dan oleh orang orang lain di peringkat Pemuda, Wanita serta Puteri!

Akhramsyah Sanusi tak ada membayar walau setegah sen sekalipun kepada blogger seperti saya dan lain lain untuk menyampaikan sebarang berita tentang kesediaannya untuk merubah keadaan PEMUDA UMNO dari letih dan lesu seperti sekarang ini suaya kembali gagah perkasa, bertaring dan berwibawa untuk terus membela maruah dan jatidiri Melayu!

INI TANAH MELAYU!!! TAK ADA LAGI DI BUMI ALLAH INI TEMAT LAIN UNTUK MELAYU BERDIRI MEGAH DAN BERANI MENGHADAPI SEGALA SERANGAN MUSUH AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR INI SELAIN BUMI SEMENANJUNG INI!!!

Melayu perlu pemimpin2 baru jika mahu terus ujud sebagai suatu bangsa yang memounyai harga diri dan cemerlang di persada dunia ini dan di akhirat nanti!

Tanpa perubahan kepimpinan di Majlis Tertinggi dan Exco Pemuda serta Wanita dan Puteri, maka Melayu seMalaysia akan terus dihina dan di injak injak di arena politik dan kekuasaan di Malaysia!

Lukah dilabuh di batang jati,
Lukah baru berkarang rotan;
Patah tumbuh hilang berganti,
Tuah Melayu berbilang zaman.

Jangan biarkan bangsa mu hancur,
Kelak menyesal tidak bersudah!

Anonymous said...

Lambat sokong kata tunggu ringgit. yang masuk masuk artikel terus sokong akkhramsyah tu tak ke nampak macam dah diberi ringgit???

Anonymous said...

sdra al azharri ,izin saya masuk

100 dalil mengapa KJ tidak layak menduduki apa apa jawatan dalam UMNO atau kabinet. Sudah135 hari , umum kenal di mana sebenar nya hati jiwa pandangan pemikiran hala tuju nafsu angan angan dan rangkaianya.

ABK ASALKAN bukan kj
tolak kj.tolak kj.tolak kj
tolak Ajib GOR GONG
Jangan tunggu lagi.Mulai kempen Carpe diem.
Kita perlu PM Baru.
Ada orang kata KJ tu Intelligent
1.Dia punya intelligent dari osmosis bukan natural ,sebab dia oxon,liberal,moderate,SIL,dan 40 tahun dulu bapa nya kerja dengan KBS(duu nama apa ya )ada reginnalee.
2.ada cover boy majallah GQ,pandai tulis surat kapada majallah economist UK,ada sahbat rapat Pork chop jason jonathan, sahabat AA Tony FFFF,dan peminat nya nombor satu dari 7.05.13 adalah Lim kit siang,yang kerap minta ah jib gor gong kasih sama KJ jawatan tinggi.
3.Yang paling utama sekali, sebab KBS ada bajet 789.000.000(RM) untuk di agihkan,tak masuk 1M punya dan ,hanya dengan melaungkan Endless Possibilities , maka intelligent lah,liberal lah,moderate lah,centrist lah,KJ.world view lah kj.
maka jerit lah ah jib gor gong,the best is yet to come,endless possibilities,high income nation.
4.kita perlu perdana menteri baru.
5.kita tak mau slogan demi slogan.
6.kita tak mau konsultan.
7.kita mau idris jala berhenti.
8.kita tak mau pemandu.
Tolak Ah jib tolak kj.
9.KJ ADALAH PROXY KAPADA AH JIB GONG GOR dan JURUCAKAP Peribadi Kapada AH JIB GOR GONG.
Agar tidak di malukan di khalayak umno,saya usulkan Khairi letak jawatan sebelum PAU.
10.Kalau mau bertanding,make sure PRU 14 ,kj tidak menang.
11.KJ sudah tak ada aspirasi melayu, dan hanya aspirasi ikutan kepala bapak kucing bapak sekolah vernakular.KJ KLONE suami FLOM.
12.KJ bolih tubuh parti sendiri .
Presiden parti itu, Ah Jib gong Gor.
KJ bolih pilih sendiri apa jawatan ,sultan ,emperor ,ceasar oxon klab,sahabat
jonathan fan club,Tony ffffff fan klab presiden, dan CEO selaku majikan regina.ex dapster gangstar
13.umno akan untungi dengan ketiaaadan Ah jib gong,penyokong tegar Foon Yew High school, dan juga KJ.
14.KJ semua jawatan wannabe pandai semua serba bolih,termasuk KLONE Ah JIB GOR GONG.
15.Baru 135 hari makan duit rakyat, lagak sombong takabur lagak angkuh, pem wannabe,ikut ah Jib bapak sekolah vernakular.
gong.
16.Ah Jib Gong Gor,masih tak sedar lagi dan masih umbang ambing kemelayuan nya setakat halwa maskat dan rendang…
17.KJ pula bidas Utusan Melayu kerana Ah jib tak pernah bidas Utusan.KJ menjadi proxy agar Ah JIb look GOOD.
18.Ah Jib jenis Devils advocate, arah budak suruhan try test trial lab….campak isu ketengah dan sendiri pandai ulas…lihat isu MAS,suruh idris jala.
19.Isu disel subsisdi suruh malik ayam, isu gabung parti, suruh t adnan…pandai devil s advocate ah jib gong.. .
20.Isu apa lagi cina mau-Kj jadi ayam sabung bagi pihak Ah Jib.
21.Amalan Devils advocate di pelupori olih Idris jala,dan dah muncul serpihan nya dalah Endless Possibilities.
22.ENDLESS POSSIBILITIES memberi chek kosong kapada Ah Jib
Gong,sebagai subset mind games.

maksud Endless Possibiilties:
1.Tiada sempadan,batasan
2.Tiada komitmen
3.Tiada undang undang
4.Tiada sekatan.
5.Tiada check and balance.
6.Tiada accountability
7.Tiada pengawasan,tiada oversight.
8.Tiada halangan
9.Tiada panduan
10.Tiada matlamat ,hanya cara saja.ideologi open ended
11.Kebebasan tanpa had saperti lgbt dan kesamarataan agama dll…….
bolih di evolve kapada legalised anarchy dan social disharmony dan civil disorder……..
12.Tiada kesudahan.
13.Tiada adat resam.
14.Tiada siapa bendung.
tiada beza dengan PR …..sama aja…
Endless possibillties perlu di bendung,kerana lebih superkiasu liberal dari liberal.Contoh terbaik KJ. Tak peduli apa siapa di mana ,asal kan dapat,itu nafsu .
Atas dasar kepentingan keselamatan negara,ENDLESS POSSIBILITIES yang sudah mula di Pemuda UMNO,mesti di bendung.
arjuna waspada
changkat lobak

Anonymous said...

Masih segar diingatan kita "dosa2" budak2 liberal tingkat empat yg mengganas memporak-poranda campurtangan dlm pentadbiran negara ketika dol sdg lena tidur. Cukuplah. KJ cuba cermin muka kau, ingat tak penglibatan kau beli saham sejurus sebelum GLC Avenue Bhd ditelan ECM Libra ? Jika di negara lain, kesalahan insider trading sebegitu akan menjadikan kau seorang BANDUAN.

Anonymous said...

PM Najib mmg akan terus memerintah Malaysia. Tapi jika kita mempunyai barisan pelapis yg betul2 berjiwa Melayu serta tidak takut & tidak apologetik kepada bangsa lain, maka insyaallah agenda Melayu masih dapat diteruskan dan akan terpelihara.

Dicadangkan print dan photostat press statement Akhram dan komen Mahaguru di atas dan edarkan kepada semua ahli UMNO. Anggaplah ini sumbangan kita utk kembali memartabatkan Islam & Melayu di bumi Melayu yg tercinta ini.

Pastikan juga undi ditumpukan kepada Akhram dan tidak kepada calon2 lain supaya undi tidak berpecah.

Anonymous said...

Akhramsyah... jangan kata kau tak pernah bayar orang untuk promote diri kau!!!

HIDUP KJ!!
HIDUP KJ!!
HIDUP KJ!!
HIDUP KJ!!
HIDUP KJ!!
HIDUP KJ!!
HIDUP KJ!!
HIDUP KJ!!
HIDUP KJ!!
HIDUP KJ!!
HIDUP KJ!!

Anonymous said...


KJ !!! KJ !!! KJ !!!

PEMUDA SOKONG KJ !!!

Anonymous said...

Sungai Petani, 21 Sept 2013: Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) mendakwa calon Ketua Pemuda UMNO Kedah, Akhramsyah Sanusi tidak pernah menjadi ahli atau presiden persatuan itu seperti yang didakwanya sebelum ini.

Sehubungan itu, Presidennya, Mohd Hazri Mohd Hadzir, meminta semua pengerusi MAYC negeri segera membuat laporan polis bagi membolehkan perkara itu disiasat.

Beliau juga mengarahkan 30,000 ahli MAYC di seluruh negara tidak memberi sokongan dan bantuan politik kepada anak bekas Setiausaha Agung dan Naib Presiden UMNO, Tan Sri Sanusi Junid ketika bertanding menentang Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin pada pemilihan akan datang.

Katanya, beliau terkejut apabila membaca kenyataan Akhramsyah dalam laman blog dipercayai miliknya yang mendakwa beliau adalah bekas Presiden dan ahli MAYC sebelum membuat siasatan lanjut.

“Berdasarkan pemeriksaan dan siasatan, saya dapati Akramsyah tidak pernah menjadi ahli mahupun presiden MAYC.

“Sehingga kini sembilan laporan polis sudah dibuat di seluruh negara terhadap kenyataan Akramsyah itu.

“MAYC juga mahu Pendaftar Pertubuhan (ROS) membuat penjelasan mengenai kedudukan Akhramsyah bagi membersihkan nama persatuan ini,” katanya selepas merasmikan mesyuarat Agung MAYC Kedah, di sini semalam.

BERITA HARIAN
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MAYCnafiAkhramsyahpernahjadipresiden/Article/

Aku bukan penyokong KJ pun tapi kalau dari segi integriti dan kredibiliti, akramsyah patut jawab dakwaan MAYC ni. Kenapa berdiam diri selama 4 hari. Janganlah tunggu blogger2 utk jawab bagi pihak diri sendiri.

Kalau dakwaan seperti ini tidak boleh dijawab dengan kadar segera, macamana orang Melayu UMNO nak letakkan kepercayaan kepada anak Sanusi Junid ni.

Aku tak nampak pulak budak akramsyah ni kumpul kawan-kawan bantah Anwar hina pemimpin UMNO, cina hina Islam. Mungkin bantah dalam hati je atau TUNGGU MENANG DULU KP UMNO dulu buat bantahan. Masa rusuhan BersHit 1.0,2.0 3.0 dulu budak Akramsyah ni kat mana. Melanggok kat rumah je ke?

Wenger Khairy said...

Semua tak sokong KJ lah bro. Aku pun rasa menyesal kerana dulu sokong KJ. Dalam 5 tahun yang lepas ni apa yang KJ buat untuk memartabatkan bangsa Melayu.

Cuba siapa2 jawab pekara ni dulu.

Hidup Melayu!

Anonymous said...

Sokong KJ... terjun bangunan!

Hidup KJ... dalam kedaifan!

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan