Imbas semula pada
pemilihan parti 2009, Khairy hanya memperoleh 304 undi mengalahkan bekas Menteri
Besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo (254 undi) dan Datuk Mukhriz Mahathir (232
undi).
Calon
Ketua Pemuda Umno, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi berjanji akan meletakkan
jawatannya dengan sebuah badan korporat antarabangsa jika beliau menang pada 19
Oktober ini.
Katanya,
beliau akan menjadi Ketua Pemuda Umno
sepenuh masa dan beliau tidak berminat
dengan sebarang jawatan dalam kerajaan.
“Ketua
Pemuda tak perlu jadi menteri kerana Ketua Pemuda perlu tumpu sepenuh masa kepada pemuda,”
katanya kepada FMT dalam satu wawancara khas dengan beliau di sebuah kelab golf
di sini hari ini.
Akhramsyah
akan berhadapan dengan penyandang jawatan, Khairy Jamaluddin dan tiga calon
lain, Syed Rosli Syed Harman,Irwan Ambak Khalid Izhar dan Abd Karim Ali pada 12
Oktober ini.
Katanya
lagi, beliau sudah berbincang dengan keluarganya bahawa beliau akan memberi tumpuan
kepada politik jika menang nanti.
“Inilah
pengorbanan yang akan saya buat demi Pemuda Umno,” katanya.
Menyentuh
tentang politik wang, Akramsyah meminta perwakilan pemuda yang disogok dengan
wang supaya mengambil wang tetapi jangan mengundi calon yang memberi wang
tersebut.
Katanya,
walaupun perwakilan pemuda hampir 75,000 orang tetapi tidak mustahil politik
wang masih berlaku dalam perhimpunan pemuda Umno pada 12 Oktober depan.
Katanya,
wang yang datang belum pasti datangnya dari sumber yang halal.
“Wang
itu mungkin disamun dari wang rakyat. Oleh itu ambil wang, tetapi undi jangan,” tegasnya.
Walaupun
tak pernah menjadi Ketua Pemuda Umno Bahagian, beliau tidak nampak ia menjadi
penghalang untuk menerajui Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.
“Saya
diminta bertanding Ketua Pemuda Umno Bahagian Langkawi tetapi saya menolak
kerana mahu fokus kepada pertandingan pemuda di peringkat pusat,” katanya.
Beliau
menafikan didesak oleh mana-mana pihak untuk mencabar Khairy Jamaluddin.
Khairy
menang pada tahun 2009 dalam pertandingan tiga penjuru mengalahkan Datuk
Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Dr Khir Toyo.
“Saya
akui lambat buat pengumuman kerana saya ingatkan ada tokoh lain yang mahu
menentang Khairy,” ujarnya.
Beliau
berkata Khairy gagal membawa Pemuda Umno seperti zaman kegemilangan pemuda
dahulu.
Dakwanya,
kegagalan pemuda Umno yang menyebabkan ada “vacuum” yang disi oleh NGO Melayu
seperti Perkasa.
“Oleh
itu saya mahu Pemuda Umno tetap lantang seperti dahulu memperjuangkan hak orang
melayu dan orang Islam,” katanya lagi.
Ditanya
adakah faktor “anak Tan Sri Sanusi Junid” akan memberi kelebihan kepadanya,
Akramsyah berkata nama ayahnya itu memberi keyakinan kepadanya untuk berhadapan
dengan para perwakilan.
“Namun
demikian mereka menilai kemampuan saya secara peribadi dan bukannya kerana anak
Sanusi,” katanya.(fmt)
3 Komen:
Aura penting dalam politik
right wing atau centrist liberalist
telah dinyatakan hala tuju
bukan $$$
pilih la mana nak dipertaruhkan masa depan...dgn bijak
Old Mc Donald had a farm (UMNO dahulu)
Mc D (UMNO sekarang) - out of balance and souless.
Post a Comment