AMARAN OH AMARAN

on Monday, October 7

'AMARAN' KEPADA PENGGANAS SULU
'AMARAN' KEPADA KETUA HINDRAF
'AMARAN' KEPADA MALAYSIAKINI
'AMARAN' BERGEGAR KATA MYKMU.
"AMARAN" KEPADA ORIENTAL DAILY"
MSO: "AMARAN" ZAHID
Apabila DS Hishammuddin memberi amaran dengan harapan mereka jangan bertindak berlebih-lebihan ada yang tak faham, apabila DS Hishammuddin memberi amaran dengan niat memberi nasihat di tahap tertinggi kerana mereka adalah rakyat Malaysia jua, ada yang masih belum sampai fikiran mereka, apabila DS Hishammuddin memberi amaran supaya rakyat berfikir semula kesilapan mereka ada pula yang barangkali belum faham.

Mereka mahu DS Hishammuddin seperti Tun Musa Hitam dalam kes Memali. Mereka selalu berfikiran semua maklumat keselamatan perlu didedahkan kepada khalayak umum hatta musuh-musuh negara di luar sana. Mereka selalu berfikiran mereka tahu semua apa yang berlaku di dalam hutan Lahad Datu misalannya.

Seboleh-bolehnya, DS Hishammuddin tidak hendak seorang pun rakyat Malaysia terbunuh oleh kesilapan perkiraan dan keputusan, Seboleh-bolehnya DS Hishammuddin mahu rakyatnya belajar dari sikap Demokratik dan Keterbukaan kerajaan sekarang, Jika boleh DS Hishammuddin mahu rakyatnya sedar betapa kerajaan BN inilah kerajaan rakyat yang maha mendengar dan maha perihatin. 

Kita sering berfikir secara 'one man show", keputusan penting adalah 'keputusan one team'. Sebab itulah dinyatakan dalam Al-Hadis, menyebut daripada 3 orang Hakim, 2 daripadanya tidak masuk syurga dan 1 orang sahaja masuk syurga, kerana kesilapan membuat keputusan.


Terkenang suatu masa dahulu, "...Masa saya mengajar 15 tahun dahulu, bila seseorang pelajar melakukan kesalahan kita tak terus hukum dia sebab dia anak bangsa kita yang perlu kita didik. Maka, Jawatankuasa Disiplin keluarlah 'Surat Amaran Pertama'. 

Lepas itu, dia ulang buat salah lagi, lepas nasihat dan denda berilah pula 'Surat Amaran Kedua'. Tidak lama kemudian, dia buat lagi hisap rokok belakang tandas, panggil lagi buat kaunseling dan macam-macam akhirnya keluarlah "Surat Amaran Ketiga". 

Seterusnya, baharulah bermesyuarat dengan pihak pengurusan sekolah, dengan pihak PIBG, dengan pihak Jabatan Pendidikan Daerah, dengan pihak Jabatan Pendidikan Negeri, barulah boleh dibuang sekolah gitu".

Penyokong DS Zahid Hamidi jangan marah tau, marah-marah sayang bolehlah, ketawa pun boleh tapi janganlah terbahak-bahak, Seronok pula berdiskusi bab "amaran" ini kan.

Mari kita nonton filem 3 Abdul (1964), " Oh Marah Ya...Marah... Oleh kerana anakda marah, mengikut perjanjian, Anakda bertiga akan dijual. Pengawal tangkap mereka, kita jual mereka di pasar".

http://www.youtube.com/watch?v=XEVORFxHMSM


16 Komen:

Anonymous said...

hahaha tajam tajam tajam sindirang hang...

Anonymous said...

hahahahahahaha HAHAHAHAHAHA bijakkk bijakkk

Anonymous said...

pada saya bab keselamatan negara dan bab rukun negara tidak perlu amaran2 kerana itu adalah asas pembentukan negara yang dibanggakan oleh majoriti rakyat. Jika asyIk2 amaran saja, walaupun pelanggaran bab2 di atas di lakukan, itu le jadinya sekarang semuanya di anjing2 oleh mereka yang tidak ada jati diri tanpa hukuman apa2. Sungguh menyakitkan.....

Anonymous said...

Apalah yang nak di pertahan kan si hisyamudin ni?? Pemimpin sebegini hanya sesuai dengan UMNO, tapi bukan untuk memimpin masyarakat Malaysia.

kampong lad said...

tuan2 penasihat masih dok 'enjoy' lagi, bila nak kena lelong?

Anonymous said...

Sebab itu aku dah peringatkan kawan2 yg menyokogn zahid, zahid terlalu yakin zahid naib presiden no 1. tengok la, makin hampir [emilihan, juak2 hisham akan mula balon zahid pasal hisham nak tempat nombor satu. tujuannya supaya najib pilih dia pru14 sebagai timbalan PM dan seterusn ya timbalan presiden umno, bukan zahid. barisan hisham dah ade termasuk naib2 presiden sekali tapi tanpa zahid semstinya!

Anonymous said...

salam tuan,
orang di bawah ni tau menteri mane yg bole bekerja, semakin tuan mempromosi ds hisham semakin orang menyampah, kalau tumbang lah UMNO.. antara sebabnye adalah orang seperti tuan..kepentingan peribadi pemimpin yg di utamakan bknnye kepentingan parti.. semoga Allah memelihara UMNO drpd org spt tuan..

Anonymous said...

Anon, betoi aku ade dengaq nanti las minit jentera hisham ada taktik las minit utk naikkan undi dia. mukin taktik ray simpati supaya org buang undi kat dia dan dgn itu menjejaskan undi zahid. ini politik beb, mcm2 blh jadi!

Anonymous said...

Jentayu samada posting awak yg asik2 mempromo hisham ni dtg dari awak sendiri atau pihak lain, ketahuilah awak sedang menganiaya umno dan ahlinya. bak kata anon di atas, ahli2 umno akar umbi tau siapa boleh buat keje. kami jugak tau siapa yg berlakon semata2. awak promo la lagi hisham banyak2 supaya lagi perwakilan meluat dgn dia!

Anonymous said...

Sekurangnya2 zahid x julang & cium keris kemudian mntk ampun dgn cinabeng..hehehr

Anonymous said...

Kita tynggu zahid keluarkan keris dulu, tengok tumpul atau tak, kalau tumpul bolehla cium dan hisap kemudian sarong balik bila dah lembik

Anonymous said...

Salam. Yang orang bengang dengan Hishamuddin tu, sebab dia pandai bagi amaran memanjang. Tapi tiap kali bila orang tak endahkan maran dia dan buat juga, dia tak up game dia dan ambil tindakan.

Itu beza Hishamuddin dengan Zahid Hamidi. Zahid at least ada masa dia akan ambil tindakan tegas sampai orang terduduk sebab tak sangka dia akan bertindak.

Tapi iyalah, kalau hendak menangkan terompah masjid, terpaksalah twist the facts sikit. Kan.

Anonymous said...

Cubaan yang bagus, at least A for effort, tapi masalahnya, kita tengok dari Bersih sampai ke Bersih 3.0, ada ke Hishamuddin ambil tindakan "buang sekolah" sebab "budak sekolah" dah langgar amaran tiga kali seperti yang tuan cerita kat bawah ni?

Tak ada.

Jadi jangan emosi dan kaitkan orang yang tak suka Hishamuddin dengan orang yang sokong Zahid. Ini bukan kes, you are either with me or you are not. Ini kes seorang Menteri lembik yang sejak pegang Ketua Pemuda, Menteri Belia, Menteri Pendidikan etc, tak ada apa pun track record yang hendak dibanggakan. Macam sepupu dia juga, cakap saja tak ada action.

You wrote:
"Terkenang suatu masa dahulu, "...Masa saya mengajar 15 tahun dahulu, bila seseorang pelajar melakukan kesalahan kita tak terus hukum dia sebab dia anak bangsa kita yang perlu kita didik. Maka, Jawatankuasa Disiplin keluarlah 'Surat Amaran Pertama'.

Lepas itu, dia ulang buat salah lagi, lepas nasihat dan denda berilah pula 'Surat Amaran Kedua'. Tidak lama kemudian, dia buat lagi hisap rokok belakang tandas, panggil lagi buat kaunseling dan macam-macam akhirnya keluarlah "Surat Amaran Ketiga".

Seterusnya, baharulah bermesyuarat dengan pihak pengurusan sekolah, dengan pihak PIBG, dengan pihak Jabatan Pendidikan Daerah, dengan pihak Jabatan Pendidikan Negeri, barulah boleh dibuang sekolah gitu".

sharizal mazalam said...

Tiga pilihan saya sebagai pemenang naib presiden..! 1.DS SHAFIE APDAL 2.DS HISHAMUDDIN TUN HUSEIN 3.DS MUKHRIZ MAHATHIR..!

Hisham takde telur said...

Poodah lah lu. Sekurang-kurangnya Zahid berani bertindak terhadap pengganas Sulu dan mengembalikan kuasa polis utk tahan penjenayah. Harap kan Hishamuddin memang satu apa pun dia tak berani buat. Penakut tak layak jadi Naib Presiden.

Anonymous said...

Aii, Hisham punya fan club dah start buat keja??! Nak hentam Zahid pulak?? Pegidaaahhh...

Rakyat Malaysia ni bukannya bodoohh..

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan