CERITA MENAKJUBKAN DS HISHAMMUDDIN, TIDAK SANGKA

on Monday, October 14

Gandingan Bersejarah
Tatkala Hari Wukuf menjelang tiba
Terkenang berbondong-bondong manusia
Di padang Arafah menadah tangan
Mengalir air mata
Memohon Keampunan Ilahi


Kecekalannya : Sejuk Mata Memandang
Tanah air kita,
Terkenang Air Mata Onn Jaafar
Ketika Ucapan terakhirnya
Mahu supaya UMNO dijaga
Terkenang susah payah Onn Jaafar
Ke hulu ke hilir
Gumbira bangsa Melayu
Seorang pejuang di depan mata
Menghalau 'Malayan Union' tanpa darah
Membunuh penjajah tanpa darah
Tapi dengan bicara sederhana yang bijaksana.
Ketenangannya : Renungannya Hiba Di Hati
Tanah air kita,
Terkenang Kesakitan Hussien Onn
Di bawah laut di dalam kapal selam
Membebaskan Tanah Air dari Jepun durjana
Disangka mati di tengah jalan
Rupanya berjuang di celah peluru
Rakyat gembira Perdana Menteriku
Kerana tenang jiwanya
Tenanglah rakyat membangun,
Kesabarannya : As sabaru minal iman
Tanah air kita,
Cucunda Hisham diberi nama
Bertatih Bertitih dari bawah
Sabarnya umpama gunung Kinabalu
Tenangnya umpama tasik membiru
Tolerannya tinggi melangit di puncak
Rakyat gumbira tiada ketakutan
Rakyat bahagia tiada keraguan
Rakyat hidup demokrasi hidup
Dirinya rakyat jiwanya rakyat
Toleransinya : Setinggi Langit di Ufuk
Mari kita membeli jasa
Dengan harga sebuah senyuman
Hari penentuan bakal tiba
Nama Hisham jangan dilupa
Senangkan hati memberi sokongan
Kerana Allah azza wajalla...

14 Oktober 2013,
Putrajaya.

15 Komen:

hisambudin said...

kah kah kah kah kah! Lawak betol ko ni!

Anonymous said...

datuk dengan ayah pejuang melayu sejati, tapi anak pondan hakiki!

pondan has no place in UMNO.Period!

raja merah said...

transformasi konon.puii kat hang!

Anonymous said...

Tuan yg budiman, engkau tak kenal hisham, tlng la jgn cuba tampilkan dia sebagai warak lagi zuhud. nanti klu didedahkan engkau kata serangan peribadi...tapi kenyataannya mcm langit dan bumi bebbb!

Anonymous said...

wpun meka menghina, sy hendak memuji,anda sorng yg bersifat positif, melihat yg positif, org jadi positif,good man,teruskan...

Anonymous said...

ramai yg cemburuuu dan saket hati...kesian meka

Anonymous said...

Abis nape tak muji Anwar Ibrahim, Nurul Izzah, Hj Hadi, nik aziz, lim guan, eng, lim kit siang, karpal singh? nape tak lihat positif supaya mereka semua termasuk penjenayah2 ganas jadi positif? Bikin kena serupa cakap laaa!

Anonymous said...

Engkau tampilkan yg bohong bebbb. Org komen berdasarkan kenyataan bkn spin atau hayalan engkau. sakit hati la, cemburu laaa...dangkal la bro. yg kena tipu dgn hisham engkau bkn kami yg nampak siapa hisham sebenar la dolll!

Anonymous said...

Teruskan bro...i tahu u bw suara PM, sokong PM sokong Hisham, KJ menang Hisham menang...

Anonymous said...

hmmm persembahan yg menarik tapi kamu suka sgt melawan arus.

Anonymous said...

hmmm jadi kena senantiasa main selamat dan ikot arus la ye? akal fikiran yg Allah swt anugerahkan tu letak kat lutut? apa jugak yg dihamburkan oleh badot2 kena la menyeringai mcm monyet? baru jadi ahli umno yg baik? lingkop la umno mcm niii

Anonymous said...

Dengan izin, you are complicit to condemning umno to a mediocre leadership, at best. I can hazard a guess as to the succesion plan and it doesnt look good nor inspiring. An honest and critical appraisal of the character you are promoting, albeit the PM's choice, will surely conclude in the negative. But thats not your concern is it? Your horse at all cost, UMNO & its members, malays & the party be damned!

Anonymous said...

Tuan bila nak jawab soalan saya ni? Nape Zahid ambikalih kdn skejap aje ahli umno, org melayu & rakyat terbanyak merasa amat yakin dgn ketegasan & keberaniannya berdepan dgn penjenayah & pembangkang? Nape hisham satu penggal kelihatan lembik & penakot? PENDEK kata, nape zahid boleh buat hisham tak boleh?

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Salam, terimakasih kepada semua komen yang positif dan negatif, ianya bagus kerana UMNO parti Demokratik, jika di PAP dan DAP,jika anda memberi komen negatif,kamu akan dipulaukan dan seterusnya dibuang. Dalam PAS, jjika kamu komen kamu akan menerima nasib seperti Datuk Nasha dan Datuk Hassan Ali.

Saya melihat dari sudut sejarah,kedua saya melihat dari sudut kesan positif kepada UMNO dan Kerajaan BN di atas keputusan tindakan DS HH yang sy nilai sebagai bertoleransi, sederhana, sabar dan tenang.

Saya tidak boleh menyentuh kehidupan bukan politik DS HH, apakah kamu fikir saya tidak tahu? Saya bukan tidak menyokong DS Zahid atau DS Shafie, tetapi saya akan memberi sokongan kepada DS HH dan Dato Mukhriz. Ini adalah parti demokratik, kita bebas memberi pandangan masing2, penilaian dan penilitian kita berbeza-beza.

Secara peribadi, DS Zahid pun tidak mampu melaksanakan tindakan secara direct keras dan tegas, ia bermula dengan amaran juga, sehingga kini berapa banyak sudah amaran DS Zahid laungkan.http://www.al-azharrisiddiq.com/2013/10/amaran-oh-amaran.html . Apabila isu terkini "shoot first"...kelihatan DSZahid mundur ke belaakang sedikit, dengan berkata saya tidak menyebutnya, begitu juga hal tiga line, saya tidak menyebutnya. Jika gambaran2 kehebatan selama ini diwark2kan usah mundur bahh..teruskan ajer..Namun inilah namanya politik, sometimes you hae to mundur ke belakang satu dua langkah...

Jika ada diskusi yang sesuai,masa yg sesuai saya boleh menghuraikan apa yang saya pertahankan dan tuliskan kepada DS HH.

Hal-hal tegas, berani, lembik, panakot tu persepsi sahaja. Ramai orang dok kata PM Najib lembik, jawapan kepada tuduhan lembik dan tuduhan tunduk kpd Cina itu dijawab oleh DS Najib dgn dasar2 kehadapan Ekonomi Bumiputera..lain2 tak kanlah secret polisi harus didedahkan di sini?

Sekiranya ada org kononnya terpalighebat, bagguslah alhamdulillah,...apa kata kembalikan ISA! Adakah berani...Penjenayah, pembangkang yang tidak peduli undang2 hanya takut kepada ISA.

Kesimpulan saya ialah, as a team, kita tak boleh bertindak dan berfikir as a one man show. Contohnya jika kamu bergaduh dengan seseorang, adalah bijak jika kita akan cari org yang lemah lembut toleransi sabar dan tenang untuk selesaikan pergaduhan..kita tidak akan cari org yang terus angkat tangan lempang kerna ianya tidak akan menyelesaikan masalah.

Wallahualam. Saya jarang menjawab komentar, namun begitu, saya fikir adalah lebih baik saya jawab mana yang harus dijawab.

Anonymous said...

SUNGGUH MELOYAKAN

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan