DS HISHAMMUDDIN BAYAR HARGA YANG MAHAL

on Tuesday, October 1

HH PRIHATIN
Saya sangat memahami mengapa terdapat pembaca saya begitu geram kepada DS Hishammuddin atas sikapnya yang terlalu bertoleransi dalam banyak isu yang melibatkan kepentingan orang-orang Melayu sebelum ini.

Daripada banyak komentar yang diberikan di dalam artikel-artikel ini http://www.al-azharrisiddiq.com/2013/09/keturunan-ds-hishammuddin-yang-perlu.html dan ini http://www.al-azharrisiddiq.com/2013/09/rahsia-amaran-ds-hishammuddin.html, saya membuat kesimpulan DS Hishammuddin terpaksa membayar harga yang mahal untuk memberikan keamanan dan kesejahteraan kepada rakyat Malaysia dan negara ini.

Sebagai sebuah pasukan, anggota-anggota Kabinet tidak semuanya berwatak tegas, garang sehingga dibenci (ditakuti). Perlu ada menteri yang mempunyai toleransi yang tinggi terutama untuk mengimbangi permintaan pelbagai masyarakat, mengimbangi harapan pelbagai kaum dan mengimbangi tekanan-tekanan dari luar negara. 

Adakah DS Hishammuddin pernah memukul rakyatnya dengan tangannya? Jika anda mempunyai 4 orang anak atau adik-beradik anda, adakah semuanya garang-garang belaka? Atau adakah anda ibubapa kedua-duanya garang dan bengis belaka, sehingga tiada tempat untuk anak bermanja dan merayu.

Tidak semuanya perlu dihadapi dengan pukulan TKO, sebagai sebuah pasukan perlu ada seseorang yang mengorbankan dirinya untuk menjayakan dasar-dasar kerajaan. Kita bercakap tentang kasih-sayang, iaitu kasih dan sayang seorang pemimpin kepada rakyatnya. Inilah dia DS Hishammudin. Saya ulangi semula, pernah anda mendengar DS Hishammuddin memukul rakyatnya?

Saya tidak perlu risau menulisnya, kerana saya ikhlas dan saya menilai dari sudut yang mungkin orang lain tidak dinampak. Bolehkah anda memberi jaminan seorang yang berperawakan mulia, mulus dan anggun memiliki hati yang juga mulia, juga mulus dan juga anggun. 

Terdapat komentar yang mengatakan saya dibayar dan sebagainya untuk ini, anda boleh sms atau forward di tweeter DS Hishammuddin sekarang, artikel saya dan bertanya kepadanya, adakah DS Hishammuddin mengenali saya atau pernah berjumpa saya? Mungkin dia hanya mengetahui nama saya sahaja. 

Di kalangan orang politik, saya hanya pernah bertemu Tun Dr. Mahathir Mohamad, Pak Lah, DS Najib, TS Mohamad Taib dan baru-baru ini bapak Jusuf Kalla. Saya mungkin akan bertemu mantan Presiden negara jiran kita pula selepas ini.

DS Hishammuddin tidak tahu pun saya menulis tentang dirinya, dan DS Hishammuddin pasti terkejut mengapa saya mengetahui banyak perkara tentang dirinya dan politiknya.

Lihatlah, oleh kerana ahli-ahli Parlimen Republikan tidak bersetuju dengan bajet baharu kerajaan Amerika, yang menjadi mangsanya ialah kira-kira 700,000 penjawat awam yang tidak mampu dibayar gaji dan elaun. Perkhidmatan kaunter terpaksa ditutup. Bertindak secara keras dan mengambil keputusan secara kasar, sudah pasti kesannya ada negatif.

Jasa-jasa DS Hishammuddin kepada orang-orang Melayu dan Bumiputera Islam khususnya di Sabah tidak terkira. Apakah jasa-jasa itu, saya tidak hendak huraikan di sini, namun jika ada perjumpaan tertutup ok saya boleh terangkan. Hal ini tidak diketahui oleh kebanyakan orang Melayu khususnya ahli UMNO. Hakikatnya, UMNO Sabah berjaya menang 100% kerusi parlimen dan 99% kerusi Dewan Undangan Negeri.
HH SETIA
BUKAN PERSEPSI YANG MENENTUKAN
Saya berusaha memberi penerangan mengapa DS Hishammuddin tidak mengambil tindakan drastik, keras dan sesegera yang mungkin untuk mengatasi kejahatan parti-parti pembangkang khususnya DAP.

Pakatan Rakyat khususnya DAP telah melakukan "all out" untuk memenangi Putrajaya pada PRU13 baru-baru ini. Jika Gelang Patah boleh dimenangi Lim Kit Siang, sepatutnya tsunami pengundi Cina juga mengalahkan DS Hishammuddin di Sembrong. Namun, didapati pengundi Cina di Sembrong masih memberi sokongan kepada DS Hishammuddin.

Hakikatnya, semasa PRU13 DS Hishammuddin menang di Sembrong dengan jumlah undi 22,841 orang berbanding semasa PRU12 dengan jumlah kemenangan 17.988 undi. Kita bercakap tentang fakta, bukan persepsi.

Saya memberi sokongan kepada DS Hishammuddin kerana saya berpendapat pengorbanan beliau bersikap toleran, memujuk dan sabar telah disalahtafsir. Ianya bukan bermaksud penakut, ianya kerana negara dan kerana rakyat. Kedua, saya berpendapat berlaku ketidakadilan kepada beliau.

Apabila PRU sudah berakhir, dan seseorang telah dilantik sebagai Menteri, maka dia adalah Menteri kepada seluruh rakyat Malaysia. Bukan hanya kepada orang Melayu atau ahli UMNO semata-mata. Kita hendaklah sedar, UMNO tidak akan menang jika hanya diundi oleh ahli-ahli UMNO sahaja. Tetapi UMNO menang juga kerana diundi oleh orang-orang lain yang bukan ahli UMNO.

Orang-orang Melayu dan ahli-ahli UMNO telah sedar bahawa mereka mahu mengajar DAP lagi dalam PRU14 nanti. Bagi saya, bagus, teruskan ajar DAP bahawa inti kepada negara ini adalah Melayu, teras kepada negara ini adalah Melayu, dan sudah tentunya orang Melayu tidak akan membiarkan DAP menggugat survival mereka apatah lagi kesucian agama Islam.
HH TOLERAN
HUKUM KARMA
Jika DS Hishammuddin tidak boleh berkeras dengan rakyatnya kerana sebab-sebab "kenegaraan", sebab-sebab keselamatan, sebab-sebab global dan seantero,kitalah yang ke depan. Bukankah kita sebahagian daripada pasukan ini.

Ada orang menyalahkan Tunku Abd. Rahman sehingga Singapura terkeluar dari persekutuan Malaysia. Hari ini, jika Singapura berada di dalam Malaysia, DAP dan PAP sudah pasti memerintah Malaysia pada tahun 2008!

Ada orang menyalahkan Tun Razak kerana berjumpa Dato Asri Muda (Presiden PAS) pada tahun 1974 di Eropah untuk membawa masuk PAS ke dalam BN. Hari ini bayangkanlah betapa berliku-likunya hendak membuat perpaduan semula sehinggakan Datuk Nasharuddin Mat Isa, Datuk Dr. Hassan Ali dan ramai lagi terpinggir.

Ada orang berkata, Tun Dr. Mahathir "gila" kerana membuat kereta proton saga. Beberapa tahun kemudian, orang yang kata gila itu dia sendiri memakai proton.

Kisah-kisah di atas menunjukkan "sejarah" akan memberi penilaian yang tepat tentang tindakan semasa kita. Tindakan DS Hishammuddin memberi sokongan kepada Tun Dr. Mahathir pada tahun 1998 dahulu berjaya meletakkan UMNO di kedudukannya sekarang. Kuat walaupun "slow slow".

Selamat membaca, boleh memberi komentar.












20 Komen:

raja merah said...

kami meluat dgn insiden cium keris mintak maaf(ckmm)

Anonymous said...

apa yg kao mengarut ni labu..???? Jadi Menteri kenalah jalankan tanggungjawab ... bukan lembik semacam... nak Popular dan glamor jadi artis....lah woiiii...

Undi aku pasti bukan untuk hisham...

Anonymous said...

ASALKAN JANGAN PILIH ISA SAMAD DAN ALI ROSTAM DAN JANGAN LUPA PILIH MUKHRIZ MAHATHIR

Anonymous said...

Saya pernah ternampak dalam TV Isyam garang dan marah dengan bengis sekali pada tuan punya pusat hiburan kerana benarkan murid sekolah ponteng dan dalam premis itu. Dia Menteri Pelajaran masa tu.

RD.

Anonymous said...

memang la tak perlu garang, pukul-pukul. tapi tak perlu la lembik macam tiada pendirian.

Anonymous said...

salam tuan,
di harap tuan dpt memahami cabaran yg umno hadapi kini. sewaktu umno/kerajaan di serang bertalu talu oleh PR sebelum dan selepas pilihanraya di mana suara ds hisham. apakah ds hisham lebih penting dr parti umno itu sendiri? berilah peluang kpd bakat baru utk kebaikan parti. perjuangan kita utk membela rakyat bukannya utk membela pemimpin yg tidak efektif

Anonymous said...

bekas mentri amaran tu x layak pun duduk dlaam barisan kepimpinan Negara...saya ikhlas ni..saya melihat dari sudut yang sipenulis x Nampak :)

Bohong said...

maaf tapi cubaan tuan mempertahankan hisham amat memualkan. bahkan jadi tahap melalut. tak payah panjang2 cerita tuan kami bekas kawan2 hisham yg melihat & menilainya dari dekat kalau ikhlas takkan setuju hisham memikul jawatan lebih tinggi. mudahnya, beliau BUKAN pemimpin. rekodnya memnunjukkan dgn jelas daya kepimpinannya amat rendah. kononnya atas alasan kenegaraan? saya hampair muntah!

Badot said...

apahal tuan semenjak dua menjak ni asik defend hisham? dia ni sepanjang kerjayanya sekadar penumpang (he is just a passenger) dan akhir2 ni kuat menjual nama najib sepupunya. nak cerita sikit, masa anwar berkuasa mana dia terlalu bermain politik sehingga menjauhkan diri drpd keluarga tun razak. tahlil arwah tun razak pun dia jarang hadir sampai kluarga tun razak kecik hati. itu la hisham, seorang pelakon besar.

Labu Labi said...

Jentayu hang ni kena virus apa? Hang kempen utk Hisham ni hang kenai ke dia? Hang pernah tengok dia berhujah dlm bentuk forum ka, perbincangan ka, DEBAT ka? pernah tengok dia articulate visi dan falsafah perjuangan dia secara spontan? sekadar baca teks ucapan budak darjh 3 pun boleh. hang cuba tanya, dia pernah terima jemputan mahasiswa utk berdebat dlm forum di kampus? sejak dia jadi ketua pemuda? bab berdepan dgn mahasiswa, pemuda pembangkang, mahasiswa ni dia tolak kami2 ni...dia majlis hore2, dok mabik gambaq dgn pelajar, ucapan dia sorang2 buleh laaa...

Kenal Hisham said...

Tuan mohon mencelah...memang la hisham dapat undi cina di sembrong pasal awal2 lagi dia bodek cina sembrong. itu la antara sebab sebenar dia berlembut dan senyap atas isu melayu. lama sblum pru 13 dia buat dry run di sembrong dan keputusannya dia menang 500 undi aje. maka dia panic dan kerah segala jentera termasuk special branch/cawangan khas buat kerja politik dia. hujah tuan hisham disalahtafsir juga tak dapat diterima. ringkasnya, hisham dan rekod perkhidmatannya tidak memenuhi aspirasi dan citarasa ahli umno dan org melayu dimasa mrk merasa semakin cemas dan rimas dgn asakan pihak lain. itu saja!

Anonymous said...

everybody mistake...this man ideas from DS Najib.., i think

Anonymous said...

Sy dpt khabar tuan akan ke Manila bertemu Estrada,mesti isu besar? hari tu sudah jumpa JKalla...sy rasa bukan senang nak jumpa org mcm tu, mesti ada negotiation peringkat tertiggi, sy rasa penulis ne bukan sembarang org, dont underestimate, If i not wrong, this boy i heard pernah mendapat latihan psywar di bawah kelolaan FBI dan CIA di Bulgaria, Maybe anon atas betul, maybe idea DS Najib.

arab said...

Aku nk trgelak pon ader baca ko nyer tulisan ni... Pada aku dia ni nk ckp pandai ckp pon tak... Ade ketokohan pemimpin lg lah xnmpk...so kira dia ni atas tiket sedara mara je lah jd menteri.. Aku lg lah xdbayar dr sesapa pon tuk kondemkan mamat ni.. Sekian trime kasih.(bg cash 10k pon aku xhingin nk undi dia ni)faham???

Anonymous said...

Tuan, bawalah juga kita orang ke Manila, nak juga rasa pengalaman sbg blogger jumpa Estrada tu. MP.

Anonymous said...

untuk jawatan naib presiden umno elok diberi kepada dato mukhriz sebab hebat mukhriz dapat tawan negeri kedah. senbrong tu kecil sangat untuk hisham....hisham boleh undur buat sementara waktu. zahid dan syafie afdal boleh kekal. inilah pilihan ahli umno akar umbi skrg ini. lakukan perubahan secara slow slow, kecil...dgn hanya masukkan nama dato mukhriz sebagai naib presiden umno malaysia. saya yakin umno pasti gemilang di masa hadapan.

Anonymous said...

untuk jawatan naib presiden umno elok diberi kepada dato mukhriz sebab hebat mukhriz dapat tawan negeri kedah. senbrong tu kecil sangat untuk hisham....hisham boleh undur buat sementara waktu. zahid dan syafie afdal boleh kekal. inilah pilihan ahli umno akar umbi skrg ini. lakukan perubahan secara slow slow, kecil...dgn hanya masukkan nama dato mukhriz sebagai naib presiden umno malaysia. saya yakin umno pasti gemilang di masa hadapan.

Anonymous said...

untuk jawatan naib presiden umno elok diberi kepada dato mukhriz sebab hebat mukhriz dapat tawan negeri kedah. senbrong tu kecil sangat untuk hisham....hisham boleh undur buat sementara waktu. zahid dan syafie afdal boleh kekal. inilah pilihan ahli umno akar umbi skrg ini. lakukan perubahan secara slow slow, kecil...dgn hanya masukkan nama dato mukhriz sebagai naib presiden umno malaysia. saya yakin umno pasti gemilang di masa hadapan.

Anonymous said...

berape lah hisham bayar mangkok ni untuk tulis artikel puji melambung macam ni.

rahul said...

Zahid dah tua… dah tak kuat lawan

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan