DS HISHAMMUDDIN DI SINI 11.00 MALAM INI

on Wednesday, October 9

Apabila seorang wartawan menulis di akhbar The Star baru-baru ini bahawa adanya pihak Istana menyokong penuh DS Hishammuddin dalam pemilihan UMNO tahun ini, saya fikir tiada salahnya malah bagus. Ianya adalah kesinambungan dari sejarah silam, UMNO dan Raja berpisah tiada.

Kalau kita lihat ke belakang, orang yang paling berjasa kepada institusi pemerintahan di Tanah Melayu ialah Dato Onn Jaafar Klik, ketika itu beliau adalah salah seorang Ahli Majlis dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu 1948-1951.

Sebelum tahun 1948, pentadbiran negeri-negeri di Tanah Melayu terpecah kepada Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-Negeri Selat. Pentadbiran di negeri-negeri tersebut dikuasai oleh seorang Residen British atau Penasihat British atau Gavernor NNS.

Semua negeri-negeri di Tanah Melayu ketika itu tidak ada Mentri Besar kecuali negeri Johor.
Raja & Rakyat Berpisah Tiada
Dato' Onn Jaafar telah mendesak Kerajaan Penjajah British supaya semua negeri-negeri hendaklah mempunyai Menteri Besar bagi negeri-negeri yang ada Raja dan Sultan.

Manakala, negeri-negeri yang tidak ada Raja dan Sultan hendaklah dilantik seorang Gabenor. Jasa Dato Onn Jaafar hari ini dinikmati oleh semua kita dalam negara moden Malaysia. Hari ini, cucu kepada Dato' Onn Jaafar sedang melalui rentetan peristiwa yang akan mendewasakan kepimpinan beliau pada masa-masa akan datang.

Selanjutnya saksikan Wawancara bersama DS Hishammuddin, Calon Naib Presiden UMNO di http://tengoktvonline.blogspot.com/2013/04/tv3.html  
(RABU/9 OKTOBER 2013/ 11.00 MALAM).


Selamat Menonton.

10 Komen:

Anonymous said...

Adakah sdra. diarah Presiden UMNO untuk membawa mesej Presiden UMNO supaya perwakilan faham apa yg kamu tulis skrg ini adalah arahan Presiden UMNO? Sdra tak patut guna hubungan sdra dgn Presiden UMNO untuk memastikan sepupu dia Hisham kekal di jawatan NP. Adakah sedara juga diarah secara diam menaikkan nama Mukhriz dan Akhram? Apakah serangan2 Malaysiakini ke atas DS Zahid itu satu secret planning?

Veteran UMNO Melaka.

Anonymous said...

haah jwb, apasal diam??? kita ingin tahu

Anonymous said...

I am very sure a direction from PM Najib. Full stop.

Anonymous said...

Saudara tulis

Apabila seorang wartawan menulis di akhbar The Star baru-baru ini bahawa adanya pihak Istana menyokong penuh DS Hishammuddin dalam pemilihan UMNO tahun ini, saya fikir tiada salahnya malah bagus.

Nampaknya saudara tak faham sejarah pembentukan Persekutuan tanah Melayu dan kemudiannya Persekutuan Malaysia. Raja-raja setuju memberikan rakyat mentadbir sendiri kerajaan (atau dalam bahasa Inggerisnya people rule).

Istana boleh guna pengaruh dan kedudukan Sultan untuk menasihati tapi untuk Sultan berkempen dalam pemiliehan UMNO, jelas itu campurtangan dalam politik dan merendahkan martabat raja!!!

Sila kaji sebelum menulis main hentan....

Anonymous said...

Bagi saya ok kalau Sultan nak sokong sape dlm pemilihan Umno kali ini, kalau SUltan nak jadi ahli Umno pun tak pa, sebab Umno dah byk bantu sultan sejak dulu, peraturan Sultan tak leh masuk politik tu peraturan usang, zaman dah berubah daripada Sultan2 sokong diam2 baik sokong terang2, bagi sy lah kalau nak hadapi DAP PAP Komunis Yahudi zaman skrg mana2 Raja or kuarga Raja nak joint UMNO silakan elok saya rasa.

Anonymous said...

Sultan Pahang khabarnya menyatakan sokongan terbuka kpd Hisham, ada sapae nak marah or nak saman or nak kata tindakan Sultan Pahang sokong Hisham tu salah? Dia Raja dia punya suka ler nak sokong sape. Skrg dunnia dah terbalik dah..kadang rakyat biasa lebih kaya drpd Sultan, pendtg Cina lebih kaya raya dari SUltan, so Sultan nak pi mana nak dptkan sokongan..kpd Umno jugaklah, so biarlah Sultan nyatakan sokongannya. Saya dok pikir sejarah lama dah tak relevan dah, sejarah people rule tu pun dah usang dah, anak2 Raja pun dah banyak masuk politik kan.

Anonymous said...

Stuju skrg ne dah takde dah konsep raja rendah martabat jadi ahli politik, kalau Raja nak relevan, nak hadapi cinabeng masuk jer dlm politik sambil kekal di singgahsana di Raja, bukan undang2 Allah pon, undang2 manusia boleh ubah dan berubah ikut keadaan.

Anonymous said...

Stuju dah sampai masanya Raja2 kita tunjuk sokong politik, pasal cinabeng DAP makin kurang ajar, nak tunggu depa memerintah baru nak suh Raja masuk campor ker..tu dah lewat dah tu

Anonymous said...

tuan,
nak sokong DSH,walaupun tak layak?..cuma kerana keturunan atau menghormati jasa orang tuanya?.kelayakanya letak di kebolehanya diri DSH sendiri,
(zaman telah berlalu) ..atau kerana......padaidi seppo?.....

Anonymous said...

CKMM lembik ni memalukan la.. Tidak mewarisi ketokohan bapa & datuknya..Adalah lebih baik beliau jadi ahli perniagaan atau Pengerusi syarikat GLC.. Maaf cakap la.. Kalau begini la cara Najib utk menaikkan CKMM utk menggalas jawatan PM selepas beliau,memang akan republik Malaysia ni tanpa perlu Anwar berkuasa.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan