RAYUAN KEPADA BLOGGER, JANGAN SIAR GAMBAR ARWAH SEMASA TERLANTAR

on Monday, October 21

HUBUNGAN AKRAB MERENTASI FAHAMAN POLITIK
Sebelum PRU13, DS Anwar Anwar) secara terbuka meluahkan keputusannya untuk bersara sekiranya gagal memenangi PRU13. Anwar tidak bercakap satu kali, tetapi Anwar bercakap dua kali untuk meyakinkan rakyat Malaysia akan keputusannya itu.

Namun begitu, selepas keputusan PRU13, Anwar telah lupa akan janjinya untuk bersara sebaliknya kini sedang ligat bergerak ke sana dan ke mari, jelas keinginan beliau untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia masih belum padam.

Kini Anwar harus berfikir perkembangan yang berlaku di dalam UMNO sekarang, di mana orang Melayu dan umat Islam semakin yakin apabila kerusi Parlimen UMNO bertambah daripada 77(PRU12) kepada 88 (PRU13).

Terbaharu pula, pemilihan di dalam UMNO baru-baru ini menunjukkan pemimpin-pemimpin UMNO semakin kukuh dengan deretan kepimpinan yang berterusan. Bermula dengan YAB DS Najib Tun Razak, YAB TS Muhyidin, kemudian 3 orang Naib Presiden YB DS Zahid, YB DS Shafie Apdal dan YB DS Hishammuddin, ditambah pula dengan YB Khairy Jamaludin dan YAB Dato' Mukhriz, saya melihat Anwar harus memuktamadkan cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri menjelang PRU14.

REKONSILIASI KEDUA
Semasa di Amerika Syarikat tiga minggu lalu, Anwar kembali bercakap mengenai rekonsiliasi. Hal ini membuktikan bahawa Anwar juga sedang berfikir apakah peluang beliau untuk menyerap di dalam kerajaan BN sudah benar-benar buntu, atau ada pintu lain yang boleh dilalui.

Jika kita perhatikan politik PKR dewasa ini, ianya sudah tidak lagi segarang dahulu, dengan beberapa orang jeneralnya sudah sejuk dan tidak lagi menyengat. Kita pun tidak pasti mengapa perkara ini berlaku, apakah ianya suatu bentuk rekonsiliasi. Saya ambil satu contoh sahaja, lihatlah portal rasmi mereka http://www.keadilandaily.com/ , berita-beritanya kadangkala basi, kadangkala terdapat satu hari hanya satu berita sahaja sedangkan ianya portal rasmi. 
MENTERI BESAR KEDAH
PRK SG. LIMAU
Saya baharu kembali dari Alor Setar, berjalan-jalan sambil meninjau-ninjau perubahan dan suasana baharu bandaraya Alor Setar selepas kembali semula ke pangkuan kerajaan BN.

Pada 4 November 2013, rakyat di kawasan Sg. Limau akan memilih wakil rakyat baharu kerana kematian arwah Tan Sri Azizan Razak. 

Saya mempunyai dua perkara untuk saya tulis. Pertama mari kita sedekahkan surah Al-Fatihah kepada arwah Ustaz Azizan, mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat dari Allah SWT, diampunkan dosanya, dan diletakkan di kalangan orang-orang yang beriman lagi bertaqwa.

Kedua, saya merayu kepada para blogger, supaya janganlah siarkan gambar arwah ketika arwah terlantar sakit di hospital. Mereka yang memilikinya di Kedah tentu faham gambar yang saya maksudkan. Mari kita hormati arwah Ustaz Azizan dan juga keluarga beliau.

Pada tahun 2009, saya telah menghadiri satu majlis yang akan dirasmikan oleh arwah Ustaz Azizan di Maktab Mahmud. Ketika kami menunggu kehadiran beliau, saya terdengar khabar ketika itu arwah baharu beberapa jam keluar dari hospital. Saya melihat sendiri di tangan beliau masih berbalut plaster kerana bekas cucukan jarum untuk tambah air. Ini menunjukkan semangat dan tanggungjawab walaupun ketika beliau menderita sakit.

Agama Islam mengajar kita supaya ceritalah akan kebaikan-kebaikan arwah semasa hidupnya, supaya menjadi contoh kepada mereka yang masih hidup. Usahlah diungkit barang yang tidak elok, kerana hanya Allah SWT mengetahui akan sesuatu perkara itu.





2 Komen:

sharizal mazalam said...

AZHARI BERCERITA TENTANG HARAPAN..! INSYAALLAH..! JIKA UBN ADIL DAN BERBAIK DENGAN RAKYAT AKAN SENTIASA DI A.B.U-ALLAH BERKATI UMNO..!

Anonymous said...

Ore Pas, Baguih hati ente, harap ore Umno pun mcm ente jua. Assalamualaikum.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan