TAK MENGHAIRANKAN 100% UMNO SABAH UNDI DS HISHAMMUDDIN, SIAPA TARIK DIRI?

on Thursday, October 3

CALON POPULAR DI SABAH
Dalam tiga artikel saya sebelum ini, ianya mendapat respon daripada ahli-ahli UMNO khususnya. Selain daripada DS Mukhriz Tun Dr. Mahathir dan Akhramsyah Tan Sri Sanusi, saya memberi tumpuan kepada DS Hisyammuddin. 

Calon-calon lain masih dalam penilaian ketat saya. Saya tidak boleh mengadili perkhidmatan seseorang di dalam Kabinet sahaja, tetapi juga di dalam UMNO.

Sebagaimana anda sendiri, saya juga mempunyai asas saya untuk menilai dan memberi sokongan kepada mereka. Pernahkah saya menghina dan memfitnah calon-calon lain dalam tulisan saya?. 

UMNO ialah parti demokrasi, tetapi bukan demokrasi barat, demokrasi UMNO ialah Demokrasi Tradisi (Baca Ucapan Tun Dr. Mahahthir pada tahun 1988 di dalam buku saya Dilema Melayu Sabah). Ulasan makna demokrasi tradisi di dalam ucapan itu.

DS ALI RUSTAM DICADANG YB SENATOR MANAKALAH TS ISA SAMAD PENGERUSI FELDA YANG BERJAYA
TARIK DIRI, SIAPA?
Saya percaya, beberapa calon wajar menarik diri menjelang hari pemilihan tidk berapa lama lagi. Saya tidak perlu mendedahkan siapa dia sama ada calon Ketua Wanita, Ketua Puteri, Ketua Pemuda atau calon-calon Naib Presiden.

Pemilihan UMNO 2013 kali ini sangat seronok kerana tiada kem "team wawasan" sebagaimana zaman Anwar dahulu. Kelihatannya, masing-masing calon bertanding secara sehat dan masing-masing penyokong hightlight calon masing-masing. 

Kedemokrasian dalam Pemilihan UMNO kali ini kelihatannya memberi kecemburuan kepada parti-parti lain khususnya PAS turut menjejaki cara-cara UMNO dengan menekankan integriti dan sebagainya.

Jika beberapa calon Naib Presiden dan beberapa orang Ketua Pemuda UMNO menarik diri, pemilihan akan lebih menarik. Fokus ahli-ahli UMNO untuk memilih akan lebih fokus.

Kita sendiri boleh mengagak siapakah yang akan menarik diri. Mereka yang tidak berkempen sangat, mereka yang kurang berkempen sangat dan mereka yang sering terseyum lebarr bilamana disapa oleh wartawan, saya percaya mereka sedang dilanda keseronokan oleh kehebatan diri sendiri.

Tidak perlu saya memberi nama, kerana kita perlu menghormati sehinggalah mereka mengumumkannya sendiri.

Bukanlah mereka takut atau telah dibeli, tetapi mereka melihat kekuatan UMNO sekarang perlu dipulihara. Mereka sedar UMNO mesti menjadi contoh dan kebanggaan kepada orang-orang Melayu untuk diberitunjuk kehebatanperpaduan di dalam UMNO.

Saya ingin mengucapkan Tahniah peribadi saya kepada DS Ali Rustam kerana berjaya menghabiskan pengajian Sarjana Sejarah beliau di Universiti Malaya, kerana kami satu kelas dan memiliki Profesor penyelia yang sama. Saya hadir semasa DS Ali Rustam mempertahankan thesisnya. Cuma beliau lambat menghabiskan pengajianya kerana kesibukan sebagai Ketua Menteri Melaka.

Sebelum ini, terdapat gossip beliau akan menarik diri daripada bertanding jawatan Naib Presiden UMNO. Namun, ternyata beliau mengisi borang juga. Jika beliau menarik diri sekarang pun tidak mengapa, kerana beliau baharu sahaja dicadangkan oleh DUN Melaka untuk dilantik sebagai YB Senator. Jika sudah menjadi YB Senator, bukanlah sesuatu yang pelik beliau akan dilantik sebagai Menteri pula. Beliau seorang yang sibuk, minggu lalu beliau bersama-sama dengan Persatuan Melayu Bugis Selangor melawat Wilayah Riau di Indonesia.

Bagaimana dengan Tan Sri Isa Samad? Senyap sahaja? Janganlah membuat spekulasi, saya menyebut namanya di sini bukanlah bermaksud beliau akan mengundur diri, nanti orang Negeri Sembilan marah kepada saya.

Apapun bunga tiruan kalau dikias menjadi sangat cantik bukan, walaupun bau nya tidak harum (sebab bunga plastik).

UNDI SABAH SEMAKIN PENTING
PERWAKILAN SABAH 
Nama DS Hishammuddin, DS Shafie Afdal, DS Zahid Hamidi amat popular di Sabah. Namun begitu, jasa Tun Dr. Mahathir kepada UMNO Sabah dan umat Islam di Sabah sangatlah besar, maka mereka mempunyai ingatan yang juga besar kepada anaknya Dato' Mukhriz Tun Dr. Mahathir. 

Saya tidak hairan jika 100% perwakilan UMNO Sabah memberi undi mereka kepada DS Hishammuddin? Saya juga tidak hairan jika perwakilan Johor dan Pahang memberi 100% undi kepada DS Hishammuddin. 

Percayalah UMNO mempunyai magik yang boleh menyebabkan anda sakit jantung ataupun anda akan ketawa terbahak-bahak. Bukankah suatu yang magik bilamana calon popular Pemuda UMNO, Tun Faisal sekelip mata sahaja namanya gugur dari senarai calon walaupun sudah diwar-warkan, sudah berkempen di alam siber dan sudah memiliki poster siber. (sama ada digugurkan, tergugur, berguguran itu sendiri fikir). Sangat magik! Nasib baik Tun Faisal bukan penghisap rokok.

Bukankah juga sangat magik tetiba ada Ketua-Ketua Bahagian di Kelantan menerima surat digantung keahlian ketika kempen pemilihan. Bukankah sangat magik tetiba Dato' Azalina Othman menarik diri, maka berloponglah Wanita-Wanita UMNO yang menyokongnya sebelum ini.

Beberapa komentar sangat tidak bersetuju apabila saya mempertahankan DS Hishammuddin. Manusia memang mempunyai penilaian yang berbeza-beza, dahulu kita mempunyai jurulatih bertaraf dunia Claude Le Roy tetapi kita menyalahkannya dan memecatnya atas alasan dia gagal. Kemudian Claude Le Roy melatih pasukan Cameroon, dan pasukan Cameroon yang serba kekurangan kemudahan dan tidak pernah pergi ke Piala Dunia akhirnya berjaya ke Piala Dunia dan menjuarai juga Piala Afrika. Hari ini FAM sedang berfikir untuk membawa semula jurulatih Peranchis semula. 

UMNO MEMERLUKAN PEMIMPIN SEPERTI INI (MR. CLEAN)
Syor penting: YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, Calon Majlis Tertinggi dari Tawau, Sabah adalah salah satu pemimpin UMNO yang amat menjaga solatnya, kerana beliau memiliki latarbelakang sekolah agama yang baik. 

Semasa ayah saya menjadi Ketua Kumpulan Kursus Islam di Sekolah Islamiah Tawau pada tahun 1970an anjuran USIA (United Sabah Islam Association), YB Datuk Tawfiq ketika itu masih bersekolah sudah menjinakkan dirinya kepada aktiviti-aktiviti Islamiah.

Malah ketika saya masih menetap di Tawau, beliau masih membantu aktiviti-aktiviti berunsurkan dakwah Islamiah. UMNO perlu kepimpinan seperti ini, khususnya di Sabah. Saya syorkan perwakilan UMNO memberi undi kepadanya.

Apapun yang kita sedang bincangkan tentang parti UMNO ini, satu perkara yang mesti kita utamakan, "berusahalah solat lima waktu tepat pada masanya".

















5 Komen:

Anonymous said...

Anda bermimpi di bawah katil.

Anonymous said...

"Pemilihan UMNO 2013 kali ini sangat seronok kerana tiada kem "team wawasan" sebagaimana zaman Anwar dahulu. Kelihatannya, masing-masing calon bertanding secara sehat dan masing-masing penyokong hightlight calon masing-masing."

?

Adoi. Yang Tiga Mangkok (Three Stooges versi Malaysia) ulang-ulang declare mereka bertanding secara berakit tu, apa dia?

Bila kasut tak muat, tak perlulah kita ikat kaki supaya celus. That is to say, no need to contort the truth to fit an argument.

Anonymous said...

Samada Tuan ignorant atau menyorokkan fakta. zahid, hisham & shafie memang berkempen secara berpasukan la, walaupun bertentangan dgn etika pemilihan parti. malah, hisham pernah pengerusikan mesyuarat penyelarasan jentera kempen mereka yg turust dihadiri wakil2 zahid & shafie di pejabatnya di kementerian pertahanan. klu dia nafi memang dia pembohong besar dan saya mohon Allah swt menunjukkan kebenaran ke atasnya. klu nak kempen berakit pun jgn la tipu ahli2 umno. ini transformasi anda? amat memalukan!

Anonymous said...

Hang ni konon cenderung pd agama, siap ingatkan org jgn tinggal solat la bagai. tapi hang sendiri membohong...hang tipu takdak semacam team wawasan dulu. yg tiga org penyandang naib presiden tu menyelaras kempen depa awat? bkn satu team? cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap.

Anonymous said...

I WAS THINKING THIS IDEAS FROM NAJIB. AZHARRI IS ORG NAJIB, THINK WHY NAJIB SEND AZHARRI TO MEET JUSUF KALLA IN JAKARTA, AND COMING SOON TO MANILA. WHAT AGENDA???

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan