CADANGAN HARI JUMAAT CUTI UMUM, TIDAK MUNGKIN YB ISLAM PAKATAN MENENTANG

on Sunday, November 10


Sebelum Tun Dr. Mahathir Mohamad bersara sebagai Perdana Menteri pada tahun 2003, beliau telah mengisytiharkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam, fundamental Islam yang akan mengikuti syiar Islam pada masa hadapan.

Kemudian Pak Lah memperkenalkan slogan Islam Hadhari sesuai dengan latarbelakang Pak Lah yang dekat kepada syiar Islam.

Dalam masa pentadbiran DS Najib sebagai Perdana Menteri, dasar-dasar Islamisasi semakin mendapat tempat di dalam kerajaan. Antara program yang sudah berjalan seperti pengenalan TV Al-Hijrah yang memaparkan program-program berbentuk Islamik sepanjang masa.

Manakala pelbagai lagi polisi Islamisasi berjalan lancar baik dalam pendidikan, ekonomi dan politik. Umat Islam di Malaysia berpeluang melaksanakan kehidupan Islam dalam kehidupan mereka tanpa halangan.

Saya ingin mencadangkan supaya kerajaan mengkaji cadangan supaya hari Jumaat diisyhtiharkan Hari Cuti sebagai menghormati kemuliaan hari Jumaat dalam Islam. Ianya akan memudahkan umat Islam menunaikan solat Jumaat tanpa berkejar-kejar dan sebagainya. 

Selain itu pelbagai aktiviti seperti kelas mengaji, tazkirah, ceramah dan sebagainya boleh dilakukan. Sebenarnya sebagai penghulu hari, sungguh banyak kelebihan hari Jumaat yang boleh dihuraikan oleh para alim yang faham.
.
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Hari paling baik di mana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaat, pada hari itu Adam Alaihissallam diciptakan, dan pada hari itu pula Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga, pada hari itu juga kiamat akan terjadi pada hari tersebut terdapat suatu waktu di mana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintaannya.”(HR. Muslim)

Selain daripada negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu, dahulunya negeri Johor juga menjadikan hari Jumaat sebagai hari cuti. Apakah negeri Johor akan kembali semula menjadikan hari Jumaat sebagai hari cuti? Saya fikir di peringkat persekutuan ianya patut dipertimbangkan.

Maka terserlah jugalah negara kita ini sebagai negara umat Islam atau negara Islam.

Jika cadangan ini dibawa oleh UMNO ke parlimen, tidak mungkin Ahli Parliman Islam dalam PAS, PKR dan DAP menentangnya? 

Bagaimana fikiran anda?
 


5 Komen:

Anonymous said...

Salam.
Cadangan yg baik. Setuju.

Anonymous said...

Cadangan yang baik. Hari Jumaat dan Sabtu cuti. Hari Khamis setengah hari atau sampai pukul 3ptg. Suatu permulaan ke arah perlaksanaan Syiar Islam yang lebih luas spt Hudud.

Anonymous said...

Harap ada lah pemimpin UMNO yang tega mencadangkannya nanti...

Cuma sedikit terkilan la, suatu ketika dahulu Perlis dan Johor elok-elok cuti hari Jumaat pemimpin UMNO jugak la yang gatai tangan gatai mulut pi ubah ke hari Ahad...

Bila orang kampung bisin-bisin selamba badak ja depa kata kalau tak tukaq nanti negeri tak maju?

Anonymous said...

Hello there! I could have sworn I've been to this website before but after checking through some of the post I realized it's new to me.
Anyways, I'm definitely delighted I found it and I'll be bookmarking and checking
back frequently!

Feel free to surf to my webpage; tennis

Anonymous said...

Not really like it. Confusing.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan