TNB, PROTON DAN DS NAJIB

on Monday, December 30

Kenaikan Tarif  Elektrik Bermula 1 Januari 2014
Menjelang pintu 2014 dibuka, kita akan melalui pelbagai cabaran khususnya isu kenaikan beberapa kos hidup seperti kenaikan tarif TNB, cadangan kenaikan tol oleh syarikat konsesi tol dan sebagainya. 

Di peringkat kerajaan tempatan pula seperti di Selangor dan Pulau Pinang masing-masing turut menaikkan cukai-cukai tertentu seperti cukai pintu, cukai hartanah, cukai penjaja/peniaga malah berusaha menaikkan gaji MB dan exco-exco dalam jumlah yang amat-amat luarbiasa. 

Di Kedah sangat menarik apabila Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berjaya memansuhkan Cukai Lesen Penjaja/Peniaga. Mengapa Kerajaan Kedah boleh melakukannya?

Tiada siapa boleh mengelak isu peningkatan kos, dalam hal ini Tun Dr Mahathir mencadangkan supaya kerajaan berusaha mengurangkan kos, bukannya menaikkan kos hidup rakyat. Baca semula ini http://chedet.cc/?p=1153

Namun begitu, DS Najib kelihatannya berusaha mencari alternatif lain contohnya idea-idea seperti BR1M dan terkini DS Najib meminta Bank menangguhkan pembayaran mereka yang terlibat banjir dan membuat tuntutan insuran kepada Bahagian Perumahan jika rumah mereka terlibat.

Saya bukan ahli ekonomi, tetapi pergaulan dengan mereka yang hidup dalam bisnes dan putaran wang, saya dapat menyaksikan betapa keperluan menambahbanyak keuntungan menjadi target utama kumpulan bisnesman.

Sejarah Lembaga Letrik Negara (LLN)
TNB
Namun, saya tidak berfikir begitu, saya berfikir biarlah TNB untung sedikit asalkan rakyat tidak dibebani lagi dengan kenaikan kos tarif elektrik. Malangnya tidak mungkin pemegang-pemegang saham di dalam TNB akan berfikiran begitu. 

Barangkali bagi mereka, tujuan berbisnes adalah untuk mengaut keuntungan. Bagi saya pula, apa guna untung berpuluh juta atau beratus juta jika rakyat menderita. Pertentangan minda seperti ini biasanya akan dimenangi oleh mereka.

Kita kena faham, DS Najib bukan pemegang saham di dalam TNB. Sebab itulah, DS Najib tidak mungkin boleh menahan kenaikan kos khususnya kos bahan mentah di peringkat global, setelah mengambil kira pertambahan kos-kos TNB yang semakin membesar akibat permintaan industri perumahan yang semakin membesar, kilang-kilang industri, kos luar negara dan sebagainya. 

Malangnya hari ini, rakyat tidak mahu mengetahui hal-hal kos yang tanggung oleh TNB, rakyat hanya mahu supaya kos tarif elektrik tidak dinaikkan. Malangnya bermula 1 Januari 2014 kenaikannya sudah pun diiklankan di dalam akhbar.

Orang bisnes tidak akan bersetuju dengan saya, kerana pemikiran saya ialah biarlah kerajaan untung sedikit asalkan rakyat menikmati kebahagiaan. 

Ada banyak idea untuk membantu rakyat. Antaranya, saya sering berfikir, setiap tahun Pusat Pungutan Zakat di mana-mana negeri pun mengumumkan pertambahan jumlah pungutan berjuta-juta ringgit. 

Bolehkah mereka memperbanyakkan lagi penyerahan wang zakat kepada sesiapa sahaja umat Islam yang layak sehingga tidak ada satu pun umat Islam akan menderita kesusahan di dalam negara kita. Semasa zaman Khalifah Uthman Ibnu Affan dan Amirul Mukminin Umar Abdul Aziz penyerahan wang zakat kepada asnaf yang layak telah berjaya memakmurkan negara.

Di bandar besar seperti Kuala Lumpur, jika kita mempunyai pendapatan RM1,000 hingga RM3,000, kita sudah hampir termasuk dalam kategori miskin bandar. Bagaimana hendak mengurus pendapatan sebegitu dengan bayaran kereta, sewa rumah, makanan, kesihatan, minyak, tol, prepaid dan sebagainya? 

Proton 1985
PROTON
Sebagai contoh, dalam rasionalisasi ekonomi untuk bab Kereta, dengan pengambilan Proton oleh Kumpulan Syed Mokhtar Bukhary melalui DRB Hicom, harga kereta-kereta proton berjaya diturunkan. Antaranya kereta Proton Persona http://www.zakiautoworld.com/2013/09/proton-persona-elegance-promosi.html

Inilah antara idea DS Najib kepada industri kereta. Mengapa Proton boleh menurunkan harga dan mengapa TNB tidak boleh menurunkan tarifnya? 

Secara umumnya, saya mendapat tahu bahawa TNB di Sabah (dahulunya SESB) yang telah dimiliki sebahagian besar sahamnya oleh TNB banyak menyumbang keuntungan kepada TNB keseluruhannya. 

Dalam pada itu, saya ingin mencabar pasukan Proton supaya mengeluarkan kereta dengan harga serendah RM20,000-RM30,000. Jika negara India boleh melakukannya, saya tidak fikir Malaysia tidak boleh melakukannya. 

Anda tidak perlu menggaji hanya pakar ekonomi, jurutera, pemasaran dan perbankan sahaja yang mesti berada di dalam kumpulan Proton kerana mereka tidak boleh berfikir bagaimana untuk melojikkan harga Proton serendah RM20,000-Rm30,000. Mereka akan berkata ianya idea gila. 

Bukankah Plato ada berkata, untuk menguruskan hal yang besar tidak memerlukan pakar ekonomi, ianya mesti diurus oleh seorang ahli falsafah (pemikir) sahaja.

DS NAJIB
Ramai orang berfikir DS Najib sebagai Perdana Menteri boleh melakukan silap mata dan boleh meluluskan atau membatalkan sesebuah polisi dalam sekelip mata. Perkara ini tidak benar, pengalaman saya ialah walaupun anda membawa surat permohonan sesuatu projek besar dan diberi sokongan oleh DS Najib, namun ianya tidak menjamin anda akan mendapat projek itu.

Saya tidak ingin menyebut nama sesiapa dan syarikat mana. Sebagai Perdana Menteri, DS Najib amat berbesar hati bilamana ada rakyatnya yang mempunyai gagasan besar untuk memajukan negara dari segi ekonomi. Maka PM akan memberi minit sokongan. Namun begitu, apabila permohonan tersebut melalui prosedur kementerian, maka ianya akan ditapis daripada pelbagai sudut khususnya peraturan-peraturan yang perlu diikuti sebelum dianugerahkan sesebuah projek. 

Seandainya syarikat tersebut gagal memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan, maka projek itu tidak juga diperolehi walaupun mendapat minit sokongan daripada Perdana Menteri. 

Jawapannya mudah, kerajaan ini adalah kerajaan rakyat bukan kerajaan peribadi DS Najib. Dalam hal ini, DS Najib berjaya memelihara amanah dan kebertanggungjawapannya dalam mengurus ekonomi negara.

Contoh kedua, beberapa bulan lalu saya mendapat tahu 3 orang calon untuk ditemuduga untuk satu jawatan jurutera di dalam kerajaan. Dua orang calon itu terdiri daripada seorang anak YB dan seorang anak Timbalan Menteri. Seorang lagi hanya anak guru sahaja. Apabila keputusan temuduga dikeluarkan, kedua-dua anak YB itu tidak berjaya sebaliknya anak guru itu pula yang dapat. Ini menunjukkan bahawa isu-isu kronisme dalam kerajaan sebenarnya semakin bertambah baik.

Kesimpulan
TNB harus berfikir supaya mengeluarkan suatu pakej pemulihan kepada rakyat supaya kenaikan tarif elektrik yang telah diumumkan boleh disesuaikan. Mereka perlu berfikir bagaimana boleh memberikan diskaun 10% atau 50% kepada pengguna yang membayar tepat pada masanya, atau menaikkan diskaun bayaran percuma daripada RM20.00 kepada di bawah RM100.00. 

Begitu juga oleh pengguna berskala besar seperti industri, jika mereka mampu membayar tanpa tunggakan adalah lebih baik berikan mereka potongan daripada mereka langsung tidak membayar dan cabut lari.

Apakah Proton tidak mempunyai idea untuk mencipta sebuah kereta berharga RM20,000 hingga RM30,000 sebuah? Selepas hampir 30 tahun usia Proton, saya tidak percaya mereka tidak boleh memikirkannya?

Saya memilih TNB dan Proton sahaja, insyaallah akan datang kita diskusi jenama lain pula. 









3 Komen:

Anonymous said...

Kekadang kena ada juga ahli pemikir dlm rpoton dan tnb bukan ahli kumpul wang besar ajer...

Anonymous said...

ampu jgn x ampu...kipas kuat2 ya....bagus

Anonymous said...

Sedara bukan ahli ekonomi, tapi macam boleh guna pulak idea you ne, menarik utk difikirkan. Good luck bro

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan