ULAMA DR. YUSOF AL-QARDAWI SOKONG NAJIB PERDANA MENTERI MALAYSIA

on Sunday, April 28

DR YUSOF AL-QARDAWI SOKONG NAJIB RAZAK
ULAMA terkenal dunia Dr. Yusof Al-Qardawi memberikan sokongan terbuka kepada DS Najib Tun RAzak sebagai Perdana Menteri Malaysia. Beliau menyertai gelombang sokongan dunia ke atas DS Najib Razak terutama bilamana Najib menjadi satu-satunya Pemimpin Islam Bukan Arab melawat Semenanjung Gaza baru-baru ini.

Pengiktirafan Dr. Yusof Qardawi kepada DS Najib dijangka meningkatkan lagi sokongan rakyat Malaysia khususnya umat Islam menjelang hari pengundian pada 5 Mei 2013. Baca seterusnya di sini http://www.theaustralian.com.au/news/world/islamic-scholar-supports-najib-razak/story-e6frg6so-1226595911018 .


Semalam di TV Hijrah, Timbalan Presiden JATI menghuraikan dengan panjang lebar kesan besar kepada umat Islam jika memilih parti yang salah. 


Semalam juga, Timbalan Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez menggesa Bukan Islam supaya tidak mengundi PAS. Beliau menuduh PAS sebagai ahli yang hikpokrit di dalam Pakatan Rakyat. Baca lanjut di sini http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2013/04/johor-cannot-gamble-and-risk-its-future.html


Semalam juga, Presiden PAS membuat Kejutan di Pahang apabila menyokong Calon Bebas DUN Damak, menyebabkan PKR mengamok. Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh berkata tindakan Hadi itu bertentangan dengan semangat Pakatan Rakyat apabila PAS menyokong kempen calon Bebas. Katanya lagi, “Kami akan mengkaji isu ini secara mendalam dan akan membawanya ke peringkat pimpinan pusat,” 


Manakala di Permatang Pauh, Calon BN ialah mantan Pengarah Pilihanraya PAS Pulau Pinang. Khabarnya jentera PAS di Permatang Pauh ditutup. Terus baca ini http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2013/04/ini-pakatan-bodoh-ke-hadi-awang-sabotaj.html

BN SABAH: TATAP BAH

on Wednesday, April 24

DS NAJIB DI KUALA PENYU
Sebelum PRU13, saya telah menulis beberapa artikel penting mengenai Sabah. Ianya berkaitan dengan sambutan-sambutan lawatan DS NAjib 2 hari ke Sabah bermula semalam dan hari ini. Dua di antaranya ialah
http://www.al-azharrisiddiq.com/2012/12/menjatuhkan-musa-aman-bagaikan.html dan
http://www.al-azharrisiddiq.com/2013/04/ds-najib-sudah-bersedia-sambung-tugas.html juga ini http://www.al-azharrisiddiq.com/2012/08/gaya-ketua-menteri-sabah.html

TENOM (24.4.2013)
Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan status Sabah sebagai simpanan tetap Barisan Nasional (BN) tidak pernah berubah termasuk pada pilihan raya umum akan datang.

Perdana Menteri berkata, keyakinan itu berdasarkan kepada sambutan hangat yang diterimanya sepanjang mengadakan lawatan dua hari ke negeri ini bermula semalam.

"Siapa kata simpanan tetap kita sudah cair? Tidak, masih kekal... Simpanan tetap kita masih kekal dan kukuh lagi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan 10,000 rakyat yang menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Daerah Tenom dan Kemabong di Padang Pekan Tenom, di sini hari ini.

BONGAWAN (23.4.2013)
Najib yang menggunakan telefonnya sendiri untuk menghubungi Datuk Abdul Rahman Dahlan, yang merupakan calon BN bagi kerusi Parlimen Kota Belud, beberapa kali meminta maaf kerana tidak dapat hadir menemui kira-kira 10,000 masyarakat Kota Belud yang menanti beliau sejak tengah hari.

“Saya kini di Bongawan, cuaca buruk dan pesawat saya tidak boleh terbang. Oleh itu saya minta maaf semua difahamkan ada 10,000 orang di sana.

“Saya yakin dan percaya insya-Allah yang datang ini semua menyokong BN. Saya juga rayu jentera BN semua supaya bekerja kuat untuk pastikan kita berjaya menubuhkan kerajaan yang kuat di peringkat nasional dan negeri,” katanya  disambut sorakan mereka yang hadir.

KOTA BELUD - APLIKASI TELEFON BIMBIT (23.4.2013)
Perbualan beliau didengari secara terus ribuan hadirin apabila Abdul Rahman menguatkan speaker dan mendekatkan telefonnya ke mikrofon.

Kepada masyarakat Kota Belud, Najib mengulangi mesej jelas agar mereka menolak pembangkang dan membuktikan calon pembangkang bukan pilihan rakyat Sabah pada Pilihan Raya Umum Ke-13, 5 Mei ini.

“Terutama selepas insiden di Lahad Datu, rakyat Sabah harus sedar bahawa hanya kerajaan BN yang mampu untuk menjamin keamanan dan kedaulatan negara ini.

“Saya juga beri jaminan pembangunan yang lebih pesat akan kita laksanakan jika rakyat Sabah terus beri sokongan kepada BN,” katanya.

Mengakhiri bicaranya dengan sekali lagi meminta maaf kepada penduduk yang hadir, Najib menarik sokongan rakyat dengan sorakan “Hidup BN” dan “Tatap BN” yang disambut mereka yang hadir.

Mengulas perubahan keadaan itu, Abdul Rahman berkata walaupun dikesali, tetapi mereka faham dan mengambil berat bahawa keselamatan perdana menteri diutamakan.

“Saya percaya penduduk Kota Belud faham keadaan ini,” katanya dan jelas  perdana menteri kedengaran sedih kerana tidak dapat datang ke situ.

Abdul Rahman turut menyampaikan pesanan pemimpin masyarakat di situ bahawa perdana menteri mesti kena ‘sogit’ atau dikenakan ‘denda’ kerana tidak datang.

“Ini tradisi tempatan…beberapa pemimpin masyarakat membisikkan bahawa perdana menteri mesti kena ‘sogit’, untuk memastikan kejayaan cemerlang dalampilihan raya ini bagi kerusi parlimen dan negeri,” katanya dalam gurauan.

Untuk membayar denda ini, kata Abdul Rahman, perdana menteri mesti memastikan beliau mengunjungi semula Kota Belud selepas PRU13 sebagai perdana menteri yang berjaya.

“Mereka berjanji untuk memberikan kemenangan (kepada BN) tetapi mereka mahu perdana menteri datang semula sebagai pemimpin yang berjaya selepas pilihan raya,” katanya.

Najib yang kini dalam rangka lawatan dua hari ke Sabah, dijadual menghadiri majlis makan malam Gabungan Persatuan Cina Sabah di Dewan Hakka, Kota Kinabalu.


Makkah TV

on Saturday, April 20




Siaran Langsung di Makkah Al Mukarramah

IMAM MASJID NABAWI, MADINAH AKAN BERTEMU PM NAJIB

on Friday, April 19

TAHUN 2011 DS NAJIB BERSAMA IMAM MASJIDIL HARAM MEKKAH,  TAHUN 2012 BERSAMA ULAMA MASJIDIL HARAM MEKKAH, TAHUN 2013 BERSAMA IMAM MASJID NABAWI, MADINAH...ALHAMDULILLAH
Petang tadi Imam Masjid Nabawi, Madinah mendarat di Lapangan Terbang Kuala Lumpur International Airport (KLIA). Imam Masjid Nabawi terus pergi ke Masjid Sultan Zainal Abidin (dikenali) Masjid Besi, Putrajaya.

Di antara tempat-tempat yang dijangka beliau lawati ialah sekitar Pusat Pentabiran Putrajaya, Masjid Negara di Kuala Lumpur, Masjid Putra di Putrajaya. Beliau juga dijangka akan memberi ucapan di Universiti Islam Antrabangsa di Gombak dan di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Beliau dijangka mengakhiri lawatan di Malaysia pada 3 Mei 2013. Berita baik kedatangan Imam Masjid Nabawi, Madinah ini amat mengembiraakan umat Islam di Malaysia. Mudahan berkat kedatangan beliau di Malaysia tidak disia-siakan oleh umat Islam di Malaysia.

Minggu depan, beliau turut khabarnya akan menemui ke bawah DYMM SPB Yang Dipertuan Agong dan turut juga mengunjungi DS Najib di Bangunan Putra, Putrajaya.

Saya pernah menulis beberapa kali betapa DS Najib bersungguh-sungguh menjadi PM Islam yang dinamik, toleran dan sederhana kepada rakyat Malaysia. Antaranya, saya menulis di sini http://www.al-azharrisiddiq.com/2012/04/ds-najib-semakin-islamik.html yang dibaca ramai pembaca blog ini. 

Juga yang ini http://www.al-azharrisiddiq.com/2013/04/najib-akan-menang-kerana.html dan yang ini http://www.al-azharrisiddiq.com/2013/04/pru13-yab-perdana-menteri-kini-mengadap.html

Sebelum itu, mantan Pengarah Pilihanraya PAS negeri Pulau Pinang menyertai UMNO di sini http://zamkata.blogspot.com/2013/04/dakwaaan-ancaman-sah-anwar-ibrahim.html . Manakala mantan YB PKR yang juga Timbalan Speaker DUN Penang meletak jawatan dan bertanding Bebas  di http://www.malaysiakini.com/news/227306

Politik adalah seni, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

DATUK MARY YAP TAWAU

on Wednesday, April 17

STATISTIK PARLIMEN TAWAU 2008
Di Sabah, kebanyakan calon-calon BN merupakan muka-muka lama yang akan membawa cabaran BN. Ianya dilihat sebagai satu percaturan untuk mengekalkan kemenangan 100% BN Sabah. 

Datuk Mary Yap merupakan mantan tokoh pendidik di peringkat nasional, dan pemilihannya sudah diketahui lebih awal. Semasa saya masih mengajar dahulu, Datuk Mary Yap pernah memberikan kursus grooming kepada kami. Juga semasa perasmian Novel saya "ABAKA" di sebelah, beliau turut hadir sebagai tetamu kehormat dan memberikan sokongan. 

Selepas dari itu, beliau menjemput saya ke rumahnya dan kami berbincang hal-hal berkenaan buku dan pengalaman beliau dalam pendidikan. Malangnya saya tidak sempat melakukannya, iaitu apabila beliau meminta bantuan saya untuk menulis idea-idea pendidikannya 8 tahun dahulu (2005). Saya pernah menulis mengenainya di sini http://www.al-azharrisiddiq.com/2012/05/sila-semak-nama-anda.html .

Dalam politik di Tawau, Datuk Mary Yap bukan tokoh guru pertama berkecimpung dalam politik, sebaliknya mantan Pengetua SMK Kuhara, Tawau Encik Albert Chia turut berjinak-jinak dalam politik PBS selepas beliau bersara (awal 1990) walaupun tidak berjaya.

Melihat kepada Sejarah Parlimen Tawau, mana-mana calon BN mempunyai kelebihan untuk menang. Dahulu, Datuk Chua Soon Bui, Shim Paw Fatt dan Goeffrey Yee memenangi dengan mudah atas tiket BN. 

Apapun saya amat bimbang kerana Datuk Mary Yap seorang yang masih baru dalam politik, beliau tidak mempunyai pengalaman berhadapan dengan rakyat.  Datuk Mary Yap harus mengubah penampilannya, bahawa beliau bukan lagi seorang Pengetua Cemerlang, beliau bukan lagi seorang ketua dalam organisasi pendidikan yang pernah dinikmatinya. Kini beliau akan berdepan pelbagai macam rencam rakyat dan pelbagai masalah yang tidak dialaminya semasa menjadi Pengetua cemerlang. Kedua-dua bidang ini sangat berbeza. 

Pada tahun 2008, Datuk Chua Soon Bui (SAPP/BN) mendapat undi 13,943 undi, manakala Chan Fong Hin(DAP) mendapat 9,076 undi dan Berhan@Birhan Ruslan (PKR) memperolehi 3,278 undi. Jika PKR dan DAP meletakkan hanya satu calon kali ini, maka ianya akan menjadi rumit. Datuk Chua Soon Bui dengan majoriti 4, 867 undi.

Di DUN Apas dan Balung di kawasan Parlimen Tawau, saya mempunyai keyakinan BN akan mengekalkan kedua-dua kerusi tersebut. 

Pemikiran saya ialah, DS Najib memerlukan Kemenangan 2/3 dalam Parlimen. Saya mahu DS Najib memenangi PRU13 ini dengan sokongan 2/3 Majoriti dalam Parlimen supaya beliau boleh mengurus negara ini dengan lebih kukuh, berkesan dan lancar.

Walau apapun 'game' dan "politiking" yang berlaku dalam PRU13 kali ini, fokusnya ialah memberi kemenangan 2/3 kepada DS Najib. Politik seperti kata Tun Dr Mahathir, "hari ini menjadi kawan, esok menjadi musuh, lusa menjadi kawan semula, tulat bermusuh lagi", kata Tun Dr. Mahathir lagi "dalam politik kadang-kadang kawan jadi lawan, kadang-kadang lawan pula jadi kawan".



SESIAPA NAK BELOT, PELAJARI KISAH DSP PAIRIN KITINGAN

on Sunday, April 14

DETIK BERSEJARAH PBS KEMBALI SEMULA KE DALAM BN
DSP Pairin Kitingan merupakan Pemimpin Utama dan Huguan Siou masyarakat Kadazan di Sabah, malah pernah memimpin Kerajaan Negeri Sabah bermula tahun 1985-1994. Satu peristiwa yang rakyat Malaysia tidak dapat lupakan ialah semasa DSP Pairin membuat tindakan Drastik keluar dari BN beberapa hari sebelum hari pengundian pada tahun 1990.

Keputusannya PBS berjaya menang 14 Kerusi Parlimen dan bakinya 6 dimenangi USNO. Pada 23 Januari 2002, DSP Pairin mengambil keputusan untuk kembali semula ke pangkuan BN. Ramai yang tidak mengetahui bahawa DSP Pairin telah melakukan kunjungan hormat ke atas Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika itu masih Perdana Menteri.

Walaupun DSP Pairin menikam BN dan Tun Dr. Mahathir dari belakang (1990), tetapi sepanjang pertemuan itu (2002), Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi layanan First Class yang menyentuh hati DSP Pairin. Tun Dr. Mahathir tidak sekalipun mengungkit perbuatan DSP Pairin, malah sehabis pertemuan itu, Tun Dr. Mahathir mengirigni DSP Pairin sampai ke pintu luar pejabat Perdana Menteri. Perkara tersebut menyebabkan DSP Pairin menitirkan air mata. DSP Pairin tidak menyangka betapa mulianya hati dan budi pekerti Tun Dr. Mahathir Mohamad, jika dibandingkan perbuatannya yang terdahulu.

Apabila saya membuat penyelidikan sarjana saya mengenai politik Sabah, saya mendapati keputusan DSP Pairin pada tahun 1990 itu bukanlah keputusan peribadi beliau. DSP Pairin tidak melakukan keputusan "one man show". Rupa-rupanya ianya keputusan Ahli Majlis Tertinggi PBS pada malam itu di Seri Gaya, di mana sebagai Presiden, DSP Pairin memegang keputusan secara konsensus. Bukannya kuasa veto.

Hari ini, DSP Pairin menerima penghormatan yang tinggi di dalam kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, juga sangat dihormati dalam Barisan Nasional dan di Parlimen. DSP Pairin kini menghampiri taraf kepimpinan Tun Fuad dan Tun Datu Mustapha. Inilah kerana kesabaran beliau selepas belajar daripada kesilapan tahun 1990 dahulu.

Walaupun DSP Pairin hanya sebagai Timbalan Ketua Menteri sedangkan beliau pernah menjawat jawatan Ketua Menteri Sabah, namun sifat "negarawan" beliau terserlah di peringkat negeri dan nasional.

Saya percaya, jika sesiapa sahaja yang tidak dicalonkan tiba-tiba bertindak akal pendek, saya percaya mereka akan menyesal di kemudian hari.

Makanya, seperti kata DS Najib, memanglah amat memilukan dan menyakitkan bilamana tidak dicalonkan semula, namun bolehlah merajuk dalam 24 jam, dan kemudiannya bersatulah semula, demi masa depan anak cucu dan negara kita.



PEMUDA UMNO DI ZAMAN KHAIRY JAMALUDIN

on Saturday, April 13

BERKARISMA
SABAH adalah deposit tetap kepada UMNO dan BN untuk meneruskan kesinambungan pembangunannya. Jika anda membaca buku Lee Kuan Yew, anda akan mendapati satu bahagian yang menyentuh tentang hak pembangunan negeri Sabah yang dipinjamkan kepada Singapura. 

Hak itu ialah hak pembangunan. Secara ringkasnya Lee Kuan Yew menulis, oleh kerana Sabah, Sarawak, Singapura sudah bersetuju bergabung untuk membentuk Persekutuan Malaysia maka Rancangan Malaya bertukar nama kepada Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970). Rancangan Malaya Kedua (1961-1965) ketika itu berlakunya pembentukan Malaysia.

Dalam Rancangan Malaysia Pertama, Lee Kuan Yew mendesak supaya Bajet Pembangunan untuk negeri Sabah dipinjamkan dahulu (didahulukan) kepada Singapura. Dalam buku Lee Kuan Yew, tidak dinyatakan apakah Tun Mustapha atau Tun Fuad Stephen membantah atau tidak perbuatan Lee Kuan Yew itu.  Saya sudah terangkan lama di sini http://www.al-azharrisiddiq.com/2008/10/singapura-penyebab-sabah-mundur.html dan pernah didebatkan di forum-forum Sabah. 

Kadang kala saya berfikir, oleh kerana artikel saya rupanya menarik minat pembaca sehingga menarik minat ramai orang termasuk rakan-rakan di Jabatan Ketua Menteri Sabah, seperti ini http://www.al-azharrisiddiq.com/2013/03/500000-keturunan-bugis-sabah-di.html dan http://www.al-azharrisiddiq.com/2012/02/bugis-sabah-diiktiraf.html , maka saya mesti menerangkan supaya pembaca dapat menerimanya. Namun, ianya bukan mudah.
KARISMA TUN MUSTAPHA DAN TUN DATU MUSTAPHA
Semasa PRU12 (2008), tidak dinafikan Pak Lah menerima tekanan yang sangat luar biasa dari dalam dan luar negara. Tekanan-tekanan ekonomi seperti kenaikan harga minyak dan lain-lain, sebaliknya tekanan-tekanan dalam negeri khususnya oleh pembangkang, namun Pak Lah masih berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan walaupun kehilangan beberapa negeri.

Tahun ini (2013), saya tidak fikir sesuai untuk menulis hal Khairy Jamaludin di sini, namun kelihatan Khairy Jamaludin sedang berusaha memperbaiki keadaannya, persepsinya dan berusaha menyesuaikan perjuangan politiknya. Baru semalam saya terbaca di Harakah, bertanya mengapa Khairy Jamaludin kelihatan senyap di media arus perdana. 

Apabila saya bertanya seseorang, katanya, "Pemuda sebenarnya sedang bekerja di bahagian grassroote tanpa laporan media".
LEE KUAN YEW MERAMAL KEDUA-DUA MEREKA
Jika begitu persepsinya, apakah nasib orang-orang Khairy Jamaludin yang menang besar semasa Pemilihan Pemuda UMNO dahulu. Pada tahun 2008, Pemuda UMNO menikmati peluang yang sangat lumayan di mana wakil-wakil Pemuda ramai menjadi wakil rakyat. 

Namun begitu, DS Najib mempunyai pemikiran yang praktikal dan mudah. Tidak kira jika anda Pemuda, Wanita, Puteri, AJK Bahagian atau sekadar ahli biasa jika anda memenuhi kriteria calon boleh menang, anda pasti terpilih. Dua kriteria calon boleh menang bakal menjadi pertimbangan utama Barisan Nasional (BN) iaitu kebolehan diri sendiri pemimpin tersebut dan juga penerimaan para pengundi di kawasan yang diwakili dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). (http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130410/px_63/PRU-13-2-kriteria-calon-boleh-menang-BN-diutamakan---PM#ixzz2QM3gGap0)

Jika anda selalu mengikuti Perbahasan Khairy Jamaludin, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Dato Razali Ibrahim (sekadar beberapa nama) di Parlimen dan dalam dewan seminar, sememangnya mereka memiliki keampuhan yang diperlukan oleh sebuah parti yang besar seperti BN dan UMNO. Isu sebenarnya adakah tahun 2013 berpihak kepada mereka lagi? 
RUMURS BAKAL MENTERI BESAR KEDAH
Kesimpulannya, dalam PRU13, jika nama anda tidak dicalonkan, DS Najib berharap anda akan merajuk setakat 24 jam sahaja. Selepas itu, kembalilah semula memberi sokongan kepada calon-calon BN.

Saya yakin, DS Najib tidak pernah mengenepikan kepimpinan Pemuda. Seperti kata Khairy Jamaludin, dalam masa PRU lah untuk menunjukkan kesetiaan yang sebenar kepada parti walaupun tidak dicalonkan

CALON-CALON WANITA SABAH

on Tuesday, April 9


Barisan Nasional (BN) dijangka meletakkan lebih ramai calon wanita di Sabah pada pilihan raya umum ke-13 ini selaras dengan dasar parti untuk meningkatkan penyertaan kaum hawa dalam politik.

Menurut sumber yang dipercayai, antara calon yang dikatakan telah disenarai pendek ialah: 

Ketua Wanita Umno negeri Datuk Armani Mahiruddin, 
Ketua Wanita MCA negeri Datuk Agnes Shim, 
Tokoh guru Datuk Mary Yap Kain Ching, 
Jornah Mozihim (Parti Bersatu Sabah - PBS), 
Ketua Wanita Umno Semporna Manis Muka Dara, 
Ketua Wanita Umno Silam Saleha Abdul Wahid, dan 
Ketua Puteri Umno Kalabakan Noraini Abdul Ghapur.

Pada pilihan raya umum 2008, BN meletakkan enam calon wanita termasuk dua bagi kerusi parlimen iaitu Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (Umno) dan Datuk Chua Soon Bui (Parti Maju Sabah - SAPP) yang masing-masing bertanding di Papar dan Tawau.

Empat calon yang bertanding bagi kerusi dewan undangan negeri ialah Datuk Melanie Chia (SAPP/Luyang), Datuk Jainab Ahmad (Umno/Karambunai), Datuk Hamisa Samat (Umno/Tanjung Batu) dan Anita Baranting (PBS/Tandek).
Bagaimanapun Chua dan Melanie bersama pemimpin SAPP bertindak keluar daripada BN pada 17 Sept 2008.

Pada 2010, BN meletakkan Datin Linda Tsen Thau Lin daripada PBS untuk bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi dan beliau menang dengan majoriti 6,359 undi. Kerusi itu kosong susulan kematian penyandang Datuk Edmund Chong Ket Wah yang juga suami Tsen.

Sementara itu, Ketua Wanita PBS Senator Datuk Jamilah Sulaiman berkata beliau optimis lebih ramai calon wanita akan bertanding di Sabah pada pilihan raya.(Bernama)

NAJIB AKAN MENANG KERANA KESEDERHANAANNYA, KATA AHLI PAS

on Friday, April 5

SEMALAM saya bersama beberapa rombongan pemimpin negeri Sabah berhari raya di rumah DS Najib Tun Razak, di rumah terbukanya di Pekan. Hampir 4 jam perjalanan ke Pekan, dan baliknya pula mengambil masa 5 jam kerana saya tersesat jalan balik ke KL, berpusing sejam antara Kuantan - Pekan.

DS Najib seorang yang sederhana kerana rumah separuh kayu-separuh konkritnya itu retak dan pecah-pecah belaka,jika nak banding rumah DS Anwar Ibrahim di Segambut, atau rumah Azmin Ali, rumah MB Selangor, saya rasa rumah DS Najib jauh lebih sederhana.
Di mana-mana sahaja DS Najib Solat Berjamaah 
Saya bercerita dengan pembantu di rumah DS Najib akan rutinnya, pembantunya menceritakan DS Najib akan bangun seawal 5.30 pagi, selepas solat Subuh, beliau akan bersenam sama ada di dalam rumah atau di luar rumah, katanya untuk mengekalkan kecergasan. 

Begitu juga rumah Pak Lah, lebih-lebih lagi sederhana, rumah tahun 1960-an yang dibaiki sahaja. Jika nak dibanding rumah pemimpin-pemimpin PKR , rumah Pak Lah sangatlah sederhana.
DS Najib ketika di Kota Suci Makkah & Madinah
Baru-baru ini, DS Anwar yang kaya-raya itu, menyangka akan dapat menjatuhkan Kredebiliti ekonomi negara di sebuah Forum di Hong Kong. Fakta yang Anwar kemukakan ternyata salah, kerana pengaliran FDI dari Malaysia sebenarnya bukan boleh diertikan sebagai 'Capital Flight. Ianya adalah pengaliran keluar Dana oleh syarikat-syarikat Transnasional Malaysia secara Terancang.

Ini membuktikan aliran keluar (82% atau A$10 Billion) dan masuk sebenarnya Positif dengan pengaliran keluar mengatasi pengaliran masuk.

Oleh itu, jika Anwar ingin menyerang Kerajaan, Anwar sepatutnya mengingatkan dirinya bahawa dia penyebab Ketidaktentuan politik yang menyumbang kepada pengurangan pelaburan dari luar.


Nampaknya Anwar masih taksub dengan teori Yahudi Amerika Adam Smith? ataukah Anwar sudah berubah selepas bekerjasama dengan Kumpulan Soros,Kumpulan Cohen, Kumpulan Dubai dan Kumpulan Darul Ehsan.


Nota: Artikel ini ditulis pada 20 Oktober 2008, ini adalah siaran ulangan sempena PRU13 khususnya kepada sesiapa yang tidak sempat membacanya.

Ulasan, baru-baru ini saya duduk minum bersama-sama rakan saya seorang penyokong tegar PAS. Tiba-tiba terkeluar dari mulutnya, "Najib ne seorang yang sederhana, Dia akan menang kerana Kesederhanaannya itu".

Saya terkejut. Saya terpaksa tambah satu lagi gelas besar Kopi O Nipis Suam Gelas Besar.Tapi saya sangat kasihan kerana pekerja mamak ini terpaksa bertanya lagi nak minum apa, " Kopi O Nipis Suam Gelas Besar" - 6 Perkataan.


SURUHANJAYA PILIHANRAYA DIHARAP TIDAK ULANGI KESILAPAN 2008

on Thursday, April 4

KEPUTUSAN PRU12


Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) yang diberi tanggungjawab mengurus Pilihanraya di Malaysia perlu memberi perhatian ke atas kesilapan-kesilapan lama yang tidak ditangani dengan bijak pada masa itu.

Jika kita imbas semula keputusan PRU12 (2008) di negeri Perak kemenangan sebenarnya berpihak kepada BN iaitu menang 28 Kerusi, berbanding PAS 6, DAP 18 dan PKR 7 dan BEBAS 2.

Oleh kerana SPR tidak memiliki "knowledge plus ecperience" dalam situasi-situasi tersebut, SPR telah melakukan kesilapan bilamana mengumumkan kemenangan di pihak pembangkang sedangkan ketika itu Pakatan Rakyat belum ditubuhkan secara Undang-Undang.

Kemenangan yang sebenarnya ialah kepada BN dengan jumlah besar sebanyak 28 Kerusi

Perkara yang sama berlaku di negeri Selangor, bila mana BN memenangi 20 Kerusi berbanding PAS 8, DAP 13 dan PKR 15. Pada ketika itu, gabungan parti-parti pembangkang tidak berdiri di atas satu "partai". 

Hanya beberapa minggu selepas mereka sendiri menyedari kekurangan itu, barulah mereka bersepakat, berusaha mengemukakan "satu partai" dan akhirnya membenarkan secara tidak "gentleman" membentuk kerajaan di atas non-kerajaan. Faham tak maksud saya?

Apa pun, semua itu sudah menjadi sejarah. UMNO dan BN tidak lah kemaruk sangat untuk membawa isu besar ini ke Mahkamah pada ketika itu, kerana UMNO dan BN ketika itu (2008) pun tidak menyedari hak kemenangan mereka sendiri.

Menjelang PRU13 ini, saya ingin mencadangkan kepada Suruhanjaya Pilihanraya supaya tidak terburu-buru membuat keputusan khususnya apabila melibatkan kes-kes seperti di atas tadi.

(1) SPR hendaklah mempunyai Jawatankuasa Khas yang ditangani oleh Pakar Undang-Undang dan Pakar Pilihanraya untuk menyelesaikan isu-isu seperti ini.

(2) SPR perlu bersedia dengan Kebocoran Maklumat kerana nampaknya pelbagai NGO berdaftar atau tidak berdaftar, Portal, Media dan individu membuat "Portal Keputusan PRU" masing-masing. Apakah SPR boleh menjamin Keputusan di Pusat Daerah Mengundi di semua kawasan tidak di SMS kepada pengendali portal masing-masing?

(3) SPR hendaklah meneliti semula peranannya dalam "penubuhan" sesebuah kerajaan jika situasi sama berulang, melainkan sesebuah parti jelas memenangi sesebuah kawasan/negeri dengan Majoriti besar

(4) Apakah SPR mempunyai "persediaan" terhadap sikap ganas dan menghuru-harakan yang khabarnya sudah menjadi kebiasaan kepada parti pembangkang. Rujuk YB Datuk Zulkifli Nordin di mana-mana media tentang persedian pembangkang menghuru-harakan PRU13.

Saya tidaklah berniat untuk campur tangan dalam hal Suruhanjaya Pilihanraya, malah saya amat yakin dengan pengalaman mengadakan PRU sejak tahun 1959, SPR sudah matang dan bersedia. 

Hanyasanya, sebagai rakyat, kita bimbang kesilapan tahun 2008 akan berulang. Ianya sangat "menganiaya" rakyat di negeri Perak dan Selangor. 

Lihatlah penderitaan rakyat Selangor, akibat "kesilapan" pembentukan kerajaan negeri pada tahun 2008, rakyat Selangor menderita masalah air, lampu jalan sekejap hidup sekejap mati, janji kepada Ibu Tunggal yang tidak mampu ditunaikan sehingga sekarang, pemecatan Dr. Hassan Ali kerana mempertahankan kesucian Islam dan banyak lagi yang caca-merba dan akhirnya rakyat Selangor termenderita.

*Nota : Semak keputusan Majoriti di laman rasmi Suruhanjaya Pilihanraya untuk memuaskan hati anda.

GAMBAR YAB PERDANA MENTERI SEBELUM PEMBUBARAN

on Wednesday, April 3


Rabu, 3 April 2013 - YAB Dato' Sri Mohd. Najib Tun Hj. Abd. Razak kini berada di Istana Negara bagi mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Sekumpulan wartawan telah menunggu sejak pukul 7 pagi lagi untuk menunggu ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Istana Negara hari ini.

Tepat pukul 8.25 pagi, kenderaan dinaiki Perdana Menteri tiba di Istana Negara untuk mengadap Yang di-Pertuan Agung, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Sebenarnya adalah menjadi rutin kepada YAB Perdana Menteri untuk melawat dan mengadap kepada DYMM SPB Yang Dipertuan Agong pada setiap hari Rabu, namun ianya dilihat sebagai lawatan luar biasa untuk mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong bagi membubarkan Parlimen.

Di Pintu Masuk Bangunan Perdana Putra di Putrajaya pula sekumpulan Wartawan sejak awal pagi lagi telah mengambil kedudukan yang strategik untuk merakam peristiwa penting hari ini, di mana desas-desus pembubaran Parlimen akan diadakan hari ini.


Semalam, YAB Perdana Menteri di dalam Tweeter dan Facebook beliau telah meuar-uarkan tentang persediaan rakyat Malaysia untuk menuju masa depan yang lebih cemerlang bersama-sama beliau.

SABAH-SARAWAK SUMBANG 50/53 KERUSI PARLIMEN

on Tuesday, April 2

BERGAMBAR KENANGAN BERSAMA YAB PEHIN SRI TAIB MAHMUD,
KETUA MENTERI SARAWAK

Sarawak

Pertemuan Eksklusif dengan YAB Pehin Sri Taib Mahmud 3 hari lalu di pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menjawab beberapa tanda-tanya politik kepada seluruh rakyat Malaysia menjelang PRU13.

Ramai memberi congak berapakah BN akan memenangi Kerusi Parlimen kali ini. Sebelum ini, saya meletakkan angka 157 akan dimenangi oleh BN, yakni melebihi 2/3 untuk membentuk Kerajaan Persekutuan. Bacaan ulangan anda di sini http://www.al-azharrisiddiq.com/2013/02/rahsia-musa-aman.html

Saya mencabar diri saya untuk membuat kajian lebih mendalam lagi. Yang terkini, dalam Pertemuan Eksklusif dengan YAB Pehin Sri Taib Mahmud, saya bertanya berapakah jumlah kerusi yang boleh dimenangi oleh BN Sarawak. Dengan keyakinan yang diberitunjuk oleh rakyat Sarawak, beliau dengan yakin memberikan angka 27 Kerusi Parlimen bakal dimenangi BN, namun beliau turut membayangkan akan mengulangi pencapaian memenangi 29 Kerusi Parlimen seperti tahun 2008 dahulu.

Keyakinan beliau bersandarkan sokongan rakyat dan perpaduan di kalangan parti komponen BN Sarawak yang semakin terserlah. Beliau turut melihat parti SUPP bakal menikmati semula sokongan masyarakat Cina akibat daripada kegagalan parti DAP melaksanakan tanggungjawab dan aspirasi kepada rakyat Sarawak. Beliau optimis dan tidak teragak-agak untuk memberikan peluang dan kepercayaan kepada masyarakat Cina untuk memberi semula undi kepada SUPP. 


PAGI TADI PM DS NAJIB TUN RAZAK MEMBAYANGKAN KEYAKINAN BELIAU UNTUK MENERUSKAN  KERJA-KERJA PERDANA MENTERI MALAYSIA
Sabah

Bercakap tentang Sabah, kita perlu berpijak di bumi nyata. Menjelang PRU13 parti-parti yang dahulunya menyokong Pakatan Rakyat kini telah diketepikan oleh Anwar Ibrahim. Parti SAPP dan parti STAR oleh Dr. Jeffrey Kitingan telah diketepikan oleh Pakatan Rakyat dalam pembahagian kerusi.

Orang Kanan Anwar Ibrahim iaitu Azamin Ali menyatakan SAPP telah dikeluarkan dari rundingan dengan Pakatan kerana permintaan SAPP tidak munasabah kata Azmin Ali.

Yong Teck Lee menuntut supaya kerusi-kerusi DUN Sabah diberikan kepada parti-parti tempatan Sabah, sebaliknya parti-parti dari Semenanjung seperti PKR, DAP dan PAS mengambil kerusi-kerusi Parlimen. Namun, ianya tidak dipersetujui oleh Anwar Ibrahim melalui jurucakapnya Azmin Ali.

Manakala Dr. Jefrey memperjuangkan konsep Borneosisasi dengan membayangkan keperluan bertanding di 60 kerusi DUN dan 25 kerusi Parlimen. Pihak pembangkang menuduhnya ego di sini http://kelapamawar.blogspot.com/2012/04/star-sapp-petualang-pakatan-rakyat-di.html, namun itulah perjuangannya.

Menjelang PRU13, rakyat Sabah kelihatan semakin bersatu hati untuk terus memberikan undi kepada BN terutama selepas insiden Pencerobohan Lahad Datu yang tidak dijawab oleh Anwar Ibrahim ini http://politik.blog.my/2013/03/lahad-datu-butir-butir-penglibatan-anwar/ dan ini lagi http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/55331-the-untold-story-of-the-lahad-datu-incident

Di kawasan parlimen Tawau, saya sangat yakin BN akan kembali menguasai parlimen Tawau. Semasa YB Datuk Chua Soon Bui mewakili BN 10 tahun dahulu, saya sering membantu beliau dalam aktiviti-aktiviti beliau seperti Kejohanan Bola Sepak, Bantuan kepada Sekolah, Bantuan kepada penduduk Kampung, isu-isu penting untuk dibawa ke Parlimen dan sebagainya. Saya tahu, jika SAPP masih bertanding di kerusi Parlimen Tawau, kemenangan sudah berada di dalam genggaman BN.

Parlimen Sepanggar yang dimenangi oleh BN pada tahun 2008 turut diyakini akan dimenangi semula oleh BN. Saya turut yakin Parlimen Beoufort akan kembali kepada BN.

Jika YAB DSP Musa Aman telah menunjukkan 2 penggal memenangi hampir 100% kerusi DUN Sabah dan Parlimen Sabah (2004 dan 2008), saya sangat yakin kecemerlangan BN Sabah akan berulang semula dalam PRU13 nanti. 

Saya menunggu masa untuk bertemu YAB DSP Musa Aman pula, namun seawalnya saya memberikan angka 23 untuk Parlimen Sabah, dan 60 untuk DUN Sabah.

Maknanya, negeri Sabah dan Sarawak akan menyumbangkan paling sedikit 50 Kerusi Parlimen kepada BN. Hanya memerlukan sedikit sahaja kerusi tambahan di Semenanjung Malaysia.

Saya yakin dengan matematik saya kerana saya sudah berjalan sejak tahun 2008 untuk mengumpul maklumat perubahan demi perubahan politik yang memberi kesan kepada mana-mana parti politik.

Bacaan tambahan di sini http://www.al-azharrisiddiq.com/2012/12/menjatuhkan-musa-aman-bagaikan.html



Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan