BERI PELUANG ONG TEE KIAT & LIOW TIONG LAI KEMUDI MCA

on Wednesday, May 22

ONG TEE KIAT DIKENALI & DISENANGI DI PARLIMEN PANDAN
KEPUTUSAN PRU13 sudahpun menjadi hak milik seluruh rakyat Malaysia, semua parti yang memenangi telahpun membentuk Kerajaan masing-masing. PKR mengetuai kerajaan negeri Selangor, DAP menguasai kerajaan negeri Pulau Pinang, PAS pula membentuk kerajaan negeri Kelantan. Manakala di negeri-negeri lain BN membentuk kerajaan termasuklah di peringkat Persekutuan. Inilah keputusannya, cantik bukan, tidak perlu mengheret rakyat melayan kekecewaan diri kerana tidak dapat menjadi Perdana Menteri.

Ahli PKR Sabah yang baru, Musli Oli mengkritik Anwar, katanya kalau Anwar tidak gopoh Pakatan Rakyat sudah membentuk Kerajaan, malangnya Anwar terlalu sibuk membuat himpunan menolak keputusan PRU13. Kata Mursi Oli lagi, saya menyertai PKR bukan kerana saya sokong Anwar, saya hanya tertarik dengan janji-janji Buku Jingga sahaja kepada negeri Sabah katanya.

Antara lain MusliOli menulis, "Kemerostan populariti BN ini bagaimanapun tidak menguntungkan Pakatan Rakyat, kerana dalam masa yang sama populariti PKR yang diwakili Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang juga merosot"
 
Tambah beliau lagi, "Amat ketara, PKR telah gagal memenangi kerusi-kerusi parlimen sasaran seperti Tuaran dan Beaufort di Sabah. Secara keseluruhan PKR hanya menang satu kerusi melalui Darrel Leiking di parlimen Penampang. Di Sarawak, persembahan PKR juga teruk."

Komen beliau lagi, "Jika dibanding dengan dengan PRU12, secara keseluruhan, pencapaian PKR merosot. Pada 2008, PKR menang 31 kerusi ketika Anwar tidak boleh bertanding, bukan sebagai ketua pembangkang dan Pakatan Rakyat belumpun ditubuhkan"

Tegas beliau , "Saya menyertai PKR pada November 2011 kerana saya tertarik dengan kandungan Buku Jingga. Antaranya royalti petroleum ditambah daripada 5% kepada 20%. Pemulihan kuasa otonomi dengan memberi lebih kuasa kepada kerajaan negeri seperti yang telah dipersetujui dalam Perkara 20".

Pemansuhan Cabotage Policy yang merupakan punca utama 'Vicious Cirle Of Poverty' di Sabah. Di samping komitmen-komitmen lain yang memberi faedah kepada Sabah jika PR menawan Putrajaya.
 
Atas sebab-sebab itulah saya sertai PKR secara aktif dengan harapan rakyat Sabah akan mendapat 'NEW DEAL' daripada kerajaan Persekutuan. Saya tidak menyertai politik untuk menjadi calon, wakil rakyat atau untuk menjadi menteri.

Saya berpolitik kerana memperjuangkan idea, bukan menyokong individu atau pemimpin tertentu dalam parti politik. Saya bukan seorang idealist; walaupun saya seorang penulis politik.

Saya tertarik dengan kata-kata beliau ini, "Sesiapa yang pernah mengikuti tulisan-tulisan saya melalui laman sosial dan blog ini tentu masih ingat saya kerap menulis; "saya bukan ikut Anwar". Tetapi menggunakan pengaruh Anwar untuk mencapai cita-cita rakyat Sabah"

Sambung Mosli Oli lagi, "Dalam keadaan sebegini, beberapa kerusi boleh tinggalkan BN, tetapi di mana Anwar Ibrahim? Anwar terlalu sibuk dengan 'Road Show Black Out' membantah keputusan PRU".
 
 
Sebagai seorang pemerhati politik, pandangan Mosli Oli adalah relevan dan saya mengikuti tulisan-tulisan beliau sejak sekian lama. Malah saya turut membaca artikel-artikel beliau dalam tesis sarjana saya.
 
CADANGAN
Isu sekarang ialah, selepas selesai PRU13, apa perancangan UMNO dan BN untuk mengenalpasti pengundi-pengundi muda dan mereka yang akan menjadi pengundi dalam 5 tahun akan datang (PRU14).
 
Menggembirakan diri dengan kemenangan 133 atau merampas Kedah, atau bersedih dengan kekalahan lagi di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan bukanlah satu tindakan yang bijaksana.
 
Jentera UMNO dan BN seharusnya digerakkan mula dari sekarang dengan mendekati anak-anak muda di kolej dan universiti, terutama di luar negara. Apakah UMNO dan BN ada menubuhkan pasukan untuk mendaftar pelajar-pelajar atau pekerja rakyat Malaysia di California, Las Vegas, New York dan sebagainya. Bagaimana mereka ini ramai pelajar tajaan JPA dan MARA yang tidak mendaftar sebagai pengundi dan tidak mengundi kerana masalah logistik. Bagaimana mereka hendak mengundi jika hendak pergi ke pusat mengundi di Washington DC mengambil masa berjam-jam perjalanan darat dan memerlukan kos kapal terbang jika lebih jauh. Saya fikir, SPR perlu mengkaji juga hal-hal seperti ini.
 
Kenangan Saya Bersama Datuk Seri Liow Tiong Lai, Mantan Menteri Kesihatan Malaysia Seorang Pemimpin Cina Yang Moderat & Sederhana
RAHSIA UNDI CINA
Di dalam negeri, apakah UMNO dan BN ada menggerakkan sayap partinya untuk membuka kaunter pendaftaran pengundi di kolej-kolej Swasta. MCA dan GERAKAN patut menggerakkan hal ini jika kolej-kolej swasta itu seperti UNITAR dan sebagainya dipenuhi pelajar-pelajar Cina!
 
Pada tahun 2008, parti DAP khususnya sayap pemuda dan wanita DAP telah menggerakkan kios-kios bergerak di kolej-kolej swasta dan juga di pasaraya-pasaraya terpilih dengan mendekati golongan muda dan mendaftarkan mereka sebagai pengundi. Target mereka adalah untuk menang pada tahun 2013. Dan ternyata mereka berhasil, di mana mereka berjaya memenangi negeri Selangor dan Pulau Pinang dengan penuh bergaya. Inilah rahsia mereka. Bukan kerana undi Cina swing kepada DAP atau Cina tidak sokong BN semata-mata. Isu ini ialah isu dasar yakni pendekatan kita kepada mereka. 

KEMPEN DAFTAR MULAI SEKARANG
Di pihak agensi kerajaan pula, setiap kali kita mengadakan seminar dan kursus apa sahaja, perlu diwujudkan satu kios bergerak di mana kempen-kempen mendaftar sebagai pengundi ditempatkan di semua kursus-kursus atau seminar oleh mana-mana agensi kerajaan ataupun GLC kerajaan. Dalam hal ini, penglibatan SPR boleh dimanafaatkan kerana kesedaran pentingnya mendaftar sebagai pengundi perlu ditekankan dalam konteks kenegaraan dan demokrasi berparlimen.

Sebagai contoh, kita mendesak kerajaan dan kita bercakap tentang kewajipan mewajibkan Lulus pelajaran Sejarah dalam peperiksaan Awam PMR, SPM dan STPM. Jika kita hendak dasar ini dilaksanakan,ianya perlu dibahaskan di Parlimen dan memerlukan sokongan majoriti dalam Parlimen barulah dasar-dasar seperti ini boleh dicadangkan dan dilaksanakan. Namun begitu, jika jumlah wakil rakyat kita tidak mencukupi, apa dasar pun kita tidak mampu laksanakan kerana kurangnya sokongan.

Begitu juga hal hudud, jika ada kesungguhan, ianya boleh dibentang di parlimen, dibahas dan dibincangkan di parlimen, jika wakil bukan Islam memahami hal-hal undang-undang Islam ini, ianya mudah dilaksanakan. Namun samalah juga bahawa kita memerlukan majoriti yang mencukupi di parlimen.

Bagaimana hendak mencukupi di Parlimen jika kita tidak mendaftar sebagai pengundi berdaftar? 

Kerajaan boleh melaksanakan banyak perkara yang baik kepada rakyat jika kita mempunyai Kerajaan yang kuat. Hari ini, tanpa dua pertiga pun, kerajaan mampu menurunkan harga minya RON97 sebanyak RM0.20 sen tanpa perlu menjerit-jerit di pentas ceramah.

Kita tidak harus meminggirkan masyarakat Cina hanya kerana keputusan PRU13 yang sedemikian rupa. Kita perlu mencari jalan dan melaksanakan lebih banyak program-program Perpaduan, Integrasi Nasional dan Integrasi Internasional (pelajar/rakyat Malaysia di luar negara), Patriotik, Nasionalisme, Kenegaraan dan ketatasusilaan.

Agensi-agensi kerajaan dan NGO-NGO yang berkaitan cinta negara perlu berganding bahu dengan mereka supaya mereka faham keperluan sebuah negara yang aman, sejahtera dan patriotik bukannya sebuah negara yang huru-hara dan tidak sejahtera.

Selamat membaca.


 

DS NAJIB TUN RAZAK - JUSUF KALLA - ANWAR IBRAHIM

on Monday, May 20

ULASAN PRU13: Sebab utama DS Anwar Ibrahim (Anwar) terutamanya menangguhkan persaraan politiknya sebagaimana dua kali dijanjikannya ialah katanya masih ada lagi perkara yang belum selesai hendak diselesaikannya. Perkara itu disebut oleh Anwar sebagai berlakunya penipuan dalam PRU13.

Kononnya kemenangannya telah dirampas oleh pihak kerajaan. Pada saya, jika kerajaan mampu merampas kemenangan Anwar, lebih baik kerajaan merampas kemenangan di Gelang Patah, Permatang Pauh atau di Marang. Tetapi semua orang tahu kerajaan tidak mampu merampas kemenangan sesiapa pun sebab itulah Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan lain-lainnya boleh menang. Jika kerajaan boleh merampas kemenangan negeri pula, sudah tentu kerajaan boleh merampas kerajaan negeri Selangor tetapi rakyat masih memilih Pakatan Rakyat. 

Kepimpinan PAS dan Pemimpin Asing Senada
Walaubagaimanapun, kemarahan Anwar ini sangat-sangat berbeza dengan suara kepimpinan PAS seperti Presiden PAS, Ketua Dewan Ulama PAS, Kerajaan PAS Kelantan, Pengerusi Perhubungan PAS Terengganu dan ramai lagi yang bersuara lembut dengan mengucapkan Tahniah kepada DS Najib, malah mereka menerima kekalahan mereka sebagai takdir.

Di luar negara, pemimpin-pemimpin asing seperti Presiden Amerika, Perdana Menteri Singapura, Presiden China, Perdana Menteri Palestin, Perdana Menteri Britain, Perdana Menteri Australia, Thailand dan banyak lagilah memberikan ucapan tahniah. Malahan, Presiden Barrack Obama secara mengejut menelefon DS Najib untuk mengucapkan tahniah dan seterusnya memaklumkan akan hadir ke Kuala Lumpur untuk persidangan Global hujung tahun ini.

Di samping itu juga, negeri-negeri seperti Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang membentuk kerajaan masing-masing sebagai satu tanda mereka menerima dan mengiktiraf keputusan PRU13. Jika mereka menolaknya, sudah tentu mereka akan memulaukan pembentukan kerajaan di negeri masing-masing.

Himpunan-himpunan selepas PRU13, walaupun bertujuan mengajak rakyat bangun menjatuhkan kerajaan, namun saya lihat ianya bersifat sementara sahaja. Majoriti rakyat pastimenolaknya. Ianya adalah kerana Anwar tidak dapat menerima kekalahan, termasuklah mereka yang tewas seperti Saifudin Nasution dan Mat Sabu oleh kerana kalah maka mereka menghabiskan masa mereka dengan membantu Anwar memanaskan pentas-pentas himpunan.

Rakyat Malaysia Majoriti Senyap
Majoriti rakyat Malaysia sukakan keamanan, kedamaian dan kesenangan supaya mereka boleh hidup bahagia, boleh mencari rezeki di mana di Malaysia anda boleh menjadi lebih kaya daripada sesiapa sahaja asalkan anda rajin berusaha. Mereka mahukan keamanan supaya boleh menghantar anak-anak mereka bersekolah, nelayan dan pekebun gembira menjual hasil mereka, penjual kereta boleh bergembira kerana dapat menjual kenderaan mereka 10 atau lebih dalam sebulan.

Rakyat mahu hari Sabtu dan Ahad serta cuti umum untuk bersama keluarga, beristirehat dengan tenang dan melancong dalam negara dengan gembira. Tidak ada demo sana demo sini yang merosakkan kegembiraan rakyat, yang menyebabkan macet, kekotoran di sana-sini yang menjelekkan mata memandang. Si anak melawat keluarga di kampung, dusun atau sahabat handai yang sudah lama ditinggalkan. Mereka yang melanjutkan pelajaran boleh berdiskusi dengan aman dan selesa di dalam kampus tanpa sebarang gangguan.

Fasa Selepas PRU13
Semasa pertarungan bapak Jusuf Kalla dengan SBJ di Indonesia, kedua-dua mereka menerima keputusan yang kalah dan yang menang, begitu juga Barrack Obama dan Mitt Romney kedua-duanya, begitu juga di Jepun, Australia dan Filipina. Kenapa tidak di Malaysia?

Fasa seterusnya selepas PRU13 ialah parti-parti yang menang akan menubuhkan kerajaan masing-masing di peringkat negeri dan persekutuan. Maka rakyat kembali bersatu untuk bekerja dengan lebih tekun menjayakan diri masing-masing, keluarga, masyarakat dan seterusnya negara.

Fasa berpolitik sudah tamat sebenarnya, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sudah mula memanggil mereka yang berjaya untuk ditemuduga, Matrikulasi dan Pusat Asasi di Universiti sudah mula menerima pelajar awal Jun ini, manakala syarikat-syarikat bisnes mula berurusan dengan pihak Kementerian dan Perbendaharaan untuk mempercepatkan urusan tuntutan kerja mereka, pemandu Teksi menunggu nama mereka ditemuduga untuk urusan permit teksi individu bagi yang belum memilikinya, workshop mula menerima kereta untuk dibaikpulih, peperiksaan semakin dekat, konvokesyen semakin dekat, bulan Ramadan pun sudah mampir.

Maksud saya mudah, Anwar patut berhenti demo. Perkara ini sudah terlalu lama menjadi kebiasaan Anwar sejak awal tahun 1970 lagi ketika berpiket kerana kurangnya penggunaan bahasa Melayu di iklan-iklan kedai di sekitar Kuala Lumpur ketika itu. Sudah lebih 40 tahun Anwar berdemo, kini berdemo untuk menjadi Perdana Menteri.

Jika kita membaca buku mengenai Saidina Umar Abdul Aziz, dalam satu bab dalam buku itu dinyatakan bahawa Umar Abdul Aziz menentang bentuk cara demonstrasi untuk mencapai kekuasaan. Umar Abdul Aziz menyerahkan kepada Allah SWT akan takdir hidupnya dengan memberikan sumbangan yang besar kepada pemerintah-pemerintah sebelumnya, dan akhirnya dia terpilih pula sebagai Khalifah di negara Islam. Lim Guan Eng pada tahun 2008 menyebut contoh Saidina Umar Abdul Aziz ini, Anwar Ibrahim patut malu dengan sindiran Lim Guan Eng ini.

Bagaimana mengurus Anwar?
Mantan Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla, telah bertandang ke Kuala Lumpur pada 5/5/2013 untuk bertemu Anwar kemudiannya pada 7/5/2013 bertemu DS Najib dengan tujuan untuk mendamaikan mereka berdua.

Kita mengucapkan terima kasih kepada Bapak Jusuf Kalla yang sebenarnya kawan lama Anwar dan juga satu kuturunan bangsa dengan DS Najib (Bugis). Dalam hal ini, Senator Ezam tidak bersetuju dengan cara Bapak Jusuf Kalla.

Bagi saya, hanya rakyat Malaysia boleh menidakkan cara Anwar untuk menjadi Perdana Menteri melalui proses jalanan.  Anwar memberi info kurang tepat kepada orang ramai kononnya mereka memperolehi majoriti popular dengan 5.6 juta undi berbanding diperolehi BN dengan jumlah 5.3 juta undi, selebihnya pula milik Calon-Calon Bebas dan Undi Rosak. Kena kira juga walaupun mereka Calon Bebas!  Anwar sengaja tidak melihat hal ini dan tidak hendak mengulas angka 133 dan 89. 

Jika anda melihat statistik PRU13, sebenarnya undi popular PR ialah di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Perak, Kelantan dan Selangor sahaja, yakni di kawasan majoriti Cina yang memberi sokongan kepada DAP. Bukannya di seluruh negara pun, lima negeri sahaja pun.

Di negeri Sabah, Sarawak, Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Kedah, Pahang, Perlis dan Terengganu majoriti popular dimenangi oleh BN iaitu 9 negeri.

Maka, kita jangan terpedaya dengan mainan angka di pihak Anwar. Tetapi sebenarnya, kemenangan 133 kerusi sudah cukup untuk menutup mulut 89 angka.

Saya tidak hairan jika Anwar boleh mengumpul 60 ribu di Pulau Pinang, 20 ribu di Seremban, 30 ribu di Johor atau katanya 100 ribu di Kelana Jaya. Saya tidak akan hairan kerana jentera di belakang kepada semua himpunan itu ialah DAP dan ya juga oleh PKR. Jumlah pengundi dalam PRU13 baru-baru ini melebihi 10 juta orang, malah rakyat Malaysia sudah mencecah 30 juta, saya fikir lebih ramai rakyat Malaysia menolak demonstrasi atau himpunan seperti itu, hanya merekaini silent majority yang tidak suka hiruk-pikuk.

Pada saya, biarkan dia meluahkan kekecewaannya di dalam stadium kerana Akta Perhimpunan Aman membolehkan mereka berhimpuan sesuka hati mereka, dari 8.00 malam hingga 8.00 pagi esok pun tidak mengapa, atau sambung saja 48 jam tanpa henti menjeritlah, cakaplah apa sahaja di dalam stadium kerana Akta Perhimpunan Aman membenarkan. 

Hanyasanya jika berlaku perkara yang bertentangan dengan undang-undang, sudah tentulah tindakan akan diambil sebagaimana ke atas Adam Adli di bawah Akta Hasutan kerana menghasut orang ramai untuk menjatuhkan kerajaan melalui jalanan. Apakah pihak keselamatan akan berpeluk tubuh sahaja jika berlakunya ancaman dan hasutan. Jika di Amerika negara Demokrasi kebangggan Anwar, anda sudah pasti boleh mengagak nasib orang seperti Adam Adli, oh Amerika jauh sekali, baiklah kalau di Singapura apakah agaknya nasibnya?

Sedangkan minggu lalu, Kerajaan Singapura menangkap 21 rakyat Malaysia yang berhimpun menentang keputusan PRU13 dengan 3 orang daripada mereka ditarik balik pass kebenaran bekerja di Singapura! Mana-mana negara akan mengambil tindakan tegas ke atas rakyatnya yang melanggar undang-undang, saya yakin jika Anwar pun menjadi PM akan turut bertindak tegas ke atas mereka yang melanggar undang-undang keamanan, bukan begitu?

Kesimpulan
Benar kata Azmin Ali, ini negara kita maka marilah kita bernegara dengan bijaksana. Kalau begitu, makanya yang menang teruskan tanggungjawab, yang kalah bermuhasabalah. Lihatlah bagaimana Datuk Abdul Azeez Abd. Rahim kalah terok pada tahun 2008 di Baling tetapi boleh menang besar pada tahun 2013.

Di Putrajaya ketika PRU13, jika dilihat kepada poster, banner, bendera, risalah, sms dan ceramah Husam Musa saya kira Husam Musa sudah boleh menang mengatasi Tengku Adnan. Namun, silent majority biasanya tidak suka menunjuk-nunjuk sokongan mereka, akhirnya Husam Musa tumbang bergaya dengan majoriti besar kepada Tengku Adnan. Kemudian lebih malang lagi, Husam tidak dilantik sebagai exco Kerajaan Kelantan. Lebih malang lagi Husam tidak hadir semasa majlis persaraan Dato Nik Aziz Nik Mat. Lebih malang lagi Husam memberi sedikit tekanan kepada MB Kelantan mengenai hal projek-projek ketika dia berkuasa dan lesen pembalakan.

Kabinet sudah dibentuk, rakyat Sabah dan Sarawak mendapat hadiah yang paling besar di mana 25 Menteri dan Timbalan Menteri dilantik dari kedua-dua negeri tersebut. Inilah hadiah atas sokongan yang kuat, dan inilah masa untuk memajukan negeri Sabah dan Sarawak. Saya yakin rakyat di Sabah dan Sarawak akan menikmati pembangunan yang lebih besar selepas ini. Rakyat di Sabah dan Sarawak hendaklah tidak melepaskan peluang ini.

Kini, sudah sampai masanya kita bekerja.Lupakan seketika hal-hal PRU13, mari kita bersama-sama membangunkan negara kita mengikut bidang kepakaran anda masing-masing.




 










TAHNIAH ORANG SABAH JADI TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA

on Wednesday, May 15

Kita mengambil kesempatan mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada Datuk Mohd. Bakri Zinin (gambar) atas perlantikan beliau sebagai Timbalan Ketua Polis Negara yang baru. Ianya membuktikan bahawa kerajaan tidak pernah meminggirkan penjawat-penjawat awam yang berkelayakan untuk menjawat jawatan-jawatan penting di peringkat persekutuan.

Datuk Mohd Bakri, 59, yang berasal dari Penampang, Sabah dan memiliki Diploma Sains Kepolisan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), memulakan perkhidmatan dalam polis pada 6 Nov 1975 sebagai Inspektor Percubaan.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Polis Daerah Kudat, Ketua Polis Daerah Sandakan, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Ketua Polis Daerah Cheras dan Ketua Polis Daerah Dang Wangi.

Datuk Mohd Bakri pernah berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Unit Risikan Jenayah D4 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman sebelum dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sabah pada 2003 dan dalam tempoh dua tahun beliau dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah pada 2005.

Pada 2006, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan dalam setahun beliau dilantik sebagai Pengarah Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman. Pada tahun 2008 beliau dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman. 

Kepada rakan-rakan saya yang berkhidmat dengan pasukan Polis, saya mengucapkan Tahniah dan Syabas. Perlantikan orang Sabah sebagai orang nombor dua dalam pasukan Polis hendaklah dimanafaatkan dengan sebaik-baiknya, dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik.

APA SALAH BERCAKAP SOAL BANGSA DI SISI ISLAM

on Sunday, May 12

DS NAJIB DI CELAH-CELAH UMAT ISLAM DI MASJID NEGARA JUMAAT LALU 11.5.2013

UMNO dan Pas perlu menjadikan penyatuan umat Melayu Islam sebagai satu agenda berterusan demi memastikan agama dan bangsa dapat diperkukuhkan sepanjang zaman.

Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa berkata, untuk itu mana-mana pihak yang menolak kepada penyatuan Melayu Islam adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

"Insafilah bahawa masa depan bangsa dan agama kita sedang mula dirobek. Tetapi, akan ada yang mentohmah kenapa saya memilih pentas bangsa ini. Salahkah kita berbicara tentang bangsa kita? Adakah ia salah di sisi agama?

"Adakah nak tunggu sehingga ranap umat ini baharu nak bicara soal perpaduan? Saya tak boleh terima sampai ada yang kata nak meludah muka yang nak bawa usaha penyatuan Melayu ini. Ajaran agama mana yang kata begitu?" soalnya.

TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD
Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli panel dalam Wacana Post Mortem PRU13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah di sini hari ini.

Wacana anjuran Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung itu turut menampilkan tokoh pendidik, Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arshad dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Noor Abdullah sebagai ahli panel.


JABATAN NEGARA AMERIKA MINTA ANWAR MENGHORMATI KEPUTUSAN PRU13

on Friday, May 10

TIMBALAN PRESIDEN PKR TIDAK BERSETUJU CARA ANWAR HERET RAKYAT LAGI, KALAH MUHASABAH DIRILAH KATA AZMIN
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru rakyat supaya menerimalah keputusan PRU13 dengan sabar. "Terimalah keputusan ini dengan penuh kesyukuran dan kesabaran, yakinlah sesungguhnya janji Allah pasti akan tiba," kata Abdul Hadi sebagaimana dipetik melalui laman Facebook beliau baru-baru ini.

Sementara itu, Datuk Harun Taib yang mewakili Dewan Ulama Pas berpendirian tidak menyokong tindakan Anwar untuk mengadakan demonstrasi dan himpunan membantah keputusan PRU-13.

Sementara itu juga, pemimpin-pemimpin dunia mula menghantar mesej Tahniah kepada DS Najib atas kemenangan beliau menubuhkan kerajaan persekutuan.

Jabatan Negara Amerika menghantar mesej yang jelas iaitu “Kami puas hati melihat rakyat Malaysia pelbagai peringkat terbabit dalam proses pengundian dalam jumlah yang besar dengan semangat yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Amerika turut menggesa semua pihak supaya menghormati kehendak pengundi".

Semua pihak itu termasuk Anwar lah.

Pemimpin-pemimpin dunia lain yang terus menghantar ucapan Tahniah ialah Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad, Duta Azerbaijan Prof Dr Qaley Allahverdiye, Duta Ukraine Ihor V. Humennyi, David Cameron, United Kingdom, Yingluck Shinawatra, Thailand, John Key, New Zealand. Putera Mahkota Abu Dhabi, Jen Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan dan Perdana Menteri Australia, Julia Gillard.


Hari ini sahaja, perutusan Tahniah turut diperolehi dari Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, Perdana Menteri China, Li Keqiang, Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina, Presiden Sri Lanka, Mahinda Rajapaksa dan Duta Uzbekistan ke Malaysia, Shukur Sabitov.

Menjelang pembentukan Kabinet Persekutuan tidak lama lagi, dijangka DS Najib akan terus menerima ucapan Tahniah dan Pengiktirafan dari negara-negara luar.

Jika Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR tidak bersetuju dengan demo Anwar, Jika Presiden PAS Datuk Seri Hj Hadi Awang menyuruh ahli-ahli PAS menerima keputusan PRU13 dengan Sabar, Jika ketua-ketua kerajaan luar negara satu demi satu mengiktiraf dan menguapkan tahniah, malah Ambiga, IDEAS dan lain-lain NGO turut mengiktiraf PRU13 semakin baik...maka apakah Relevannya Demonstrasi lagi?

JANJI ANWAR AKAN MENJADI PENSYARAH JIKA PAKATAN TEWAS 
di http://www.malaysiakini.com/news/206688
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi rancangannya untuk mengakhiri kerjaya politiknya yang menjangkau 30 tahun jika kalah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pilihan raya akan datang.

"Saya akan cuba yang terbaik. Saya yakin kita akan menang. Tetapi jika tidak, saya akan letak jawatan," kata Anwar malam tadi dalam lepak Google yang disiar secara langsung di YouTube.

AFP melaporkan Anwar, yang telah mengajar di Universiti Oxford
dan Universiti Georgetown di Washington, berkata beliau akan kembali kepada kehidupan akademik jika kalah.

"Jika kita tidak mendapat mandat, maka kita harus beri ruang untuk barisan pelapis dalam kepimpinan," katanya semasa program sejam soalan-jawab yang sebelum ini menampilkan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

Anwar pernah menjadi timbalan perdana menteri dalam kerajaan BN yang telah memerintah Malaysia sejak merdeka 55 tahun lalu, tetapi telah berkempen menentang gabungan itu sejak penyingkiran mengejutnya pada tahun 1998.

Empat bulan kemudian, Anwar mengulangi akan bersara jika tewas dalam PRU13 di sini http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WpbZJj


HASSAN ALI BAKAL SUA PAS BARU: DR HARUN DIN MURSYIDUL AM BARU,

on Friday, May 3

BAKAL SETIAUSAHA AGUNG PAS
Saya telah melawat hampir seluruh kawasan Parlimen dari Perlis, Sarawak hingga ke Sabah. Apa yang saya ulas adalah sama apa yang pernah saya tulis mengenai Datuk Hassan Ali dan Datuk Nasharudin Mat Isa sehingga akhirnya mereka menjauhkan diri dari parti PAS.

Jika anda seorang pemerhati yang cekap, anda akan lihat Jentera PAS yang memasang bendera PAS seperti di Kajang, Putrajaya, Bangi, Sepang, di Kedah, Perlis malah di Johor, majoriti jentera PAS tidak mahu memasang bendera PKR berselang-seli dengan bendera PAS. Pasti ada arahan pihak atas. Hanya orang PKR yang terhegeh-hegeh memasang bendera mereka dekat bendera PAS atau memasang bendera PAS di premis/kenderaan mereka.

Di Merotai dan Kalabakan sendiri, sahabat saya Tn Hj Ahmad Dullah yang menjadi calon PAS di Merotai tidak dilayan dengan baik oleh Anwar semasa Anwar ke Tawau. Di atas pentas calon-calon PAS tidak diangkat tangan mereka oleh Anwar walaupun berdiri dekat Anwar. Orang senior seperti ini http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2013/05/breaking-news-pemimpin-pas-akan.html melihat perbuatan Anwar itu kerana membalas dendam ke atas tindakan Hj Hadi tidak mengiktiraf Calon PKR di Damak, Kuantan. Saya tahu awal juga bahawa PKR Kalabakan tidak senang dengan perbuatan PAS Kalabaan yang mengumumkan lebih awal calon-calon mereka dengan mengenepikan PKR dan DAP yang merupakan Pakatan mereka bersama.

Malah di Kota Damansara, Hj Hadi tidak menghalang Jentera PAS untuk membantu calon PAS walaupun di sidang akhbar mereka mengakui calon PKR di Kota Damansara. Begitu juga di Sg. Acheh, calon PKR Chegu Bard bertelagah dengan Calon PAS. Makna di sebalik semua cacamerba ini ialah, PAS sudah bersedia meninggalkan PKR dan Pakatan, saya yakin ianya akan berlaku selepas PRU13. Saya lebih suka jika PAS mufaraqah sebelum 5/5/2013.


MENTERI PENUH DI BAWAH UMNO/BN-PAS
'CERITA PAKATAN KETIGA PAS'
Profesor Dr. Sidek Baba memiliki maklumat jelas mengapa semua rakyat mesti menolak Anwar dan Pakatan Rakyat. Prof. Dr. Sidek Baba sudah menghuraikan banyak, saya tidak hendak ulas itu, saya hendak mengulas yang belum anda ketahui.

Di Parlimen Shah Alam, nama yang sudah dicadangkan ialah Datuk Dr. Hassan Ali sebagai Calon BN. Namun Datuk Dr. Hassan Ali bukanlah kemaruk kuasa seperti Anwar. Jika Datuk Dr. Hassan Ali bertanding dia boleh menang, tetapi apakah keuntungan jangka panjangnya.

Dalam konteks PRU13, Presiden PAS Hj. Hadi Awang mula MENYERANG Anwar walaupun masih berlapik. Kata Hj. Hadi, kita tak mahu Calon jual Pil Kuda PKR. Kita tak mau calon Karl Marx dan Stalin serta Komunisme. Semua itu mengkritik pedas Anwar. Kemuncaknya di Damak, Kuantan Hj Hadi menyeru pengundi untuk mengundi calon Bebas bukan calon PKR!


BAKAL SENATOR DAN MENTERI PENUH 
Selepas PRU13, saya diberitahu Prof. Datuk Dr. Harun Din akan menggantikan Mursyidul Am PAS menggantikan Datuk Nik Aziz Nik Mat. 

Hj. Hadi Awang bakal membawa masuk semula Datuk Nasharudin Mat Isa.

Saya juga diberitahu, beberapa nama besar PAS yang pro-DAP dan pro-Anwar seperti Mat Sabu, Mahfuz Omar akan dikeluarkan. Manakala Datuk Mustapha Ali akan digantikan dengan Datuk Dr. Hassan Ali.

Selepas semua kerangka ini berjaya dilahirkan, maka PERPADUAN PAS-UMNO/BN di dalam BN akan diusulkan dalam Muktamar Agung PAS tahun depan. Dan PAS akan menjadi sebahagian ahli BN.

Apakah maksud saya jangka masa panjang tadi? Maksud saya ialah selepas Datuk Dr. Hassan Ali dilantik SUA PAS, kedudukan Datuk Nasharudin Mat Isa akan dimanafaatkan oleh Perdana Menteri dan kerajaan Perpaduan UMNO/BN-PAS.

Saya dimaklumkan Datuk Nasharudin Mat Isa akan dilantik sebagai Senator dan dijangka menjawat jawatan Menteri Penuh yang akan memegang Portfolio Agama dan Hubungan Antarabangsa (Dunia Islam).

Manakala, Hj. Hadi Awang dijangka turut dilantik sebagai Menteri Penuh.

Kepada Prof, Saya mohon maaf memecahkan Rahsia ini, kerana saya fikir Umat Islam yang cintakan Perpaduan mesti mengetahui cerita ini.

Terima kasih.



Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan