BONUS SETENGAH BULAN GAJI DIBAYAR JANUARI, 2014

on Friday, October 25

BERSYUKUR
KUALA LUMPUR 25 Okt. - Kira-kira 1.4 juta penjawat awam akan menerima bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500, demikian diumumkan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


Najib yang juga Menteri Kewangan berkata bagi meringankan lagi beban golongan pesara, kerajaan juga akan memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM250.

"Bayaran bonus dan bantuan khas kewangan ini akan dibayar pada awal Januari 2014," katanya ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat hari ini.
Pada Ogos lepas, sebagai persiapan Hari Raya, Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 dan RM250, masing-masing telah dibayar kepada penjawat awam dan pesara.

Bayaran bantuan khas kepada penjawat awam itu adalah untuk Gred 1 hingga Gred 54.

Bagi menghargai sumbangan penjawat awam yang menjadi tulang belakang pembangunan negara, Najib berkata kerajaan juga bersetuju menambah baik sebanyak 81 skim perkhidmatan daripada pelbagai peringkat mulai November ini.

Perdana Menteri berkata pada Julai lepas, kerajaan telah memberi tambahan satu kenaikan gaji tahunan (KGT) melibatkan peruntukan sebanyak RM1.6 bilion.

Di samping itu, katanya kerajaan juga telah memberi tambahan tiga KGT kepada gaji maksimum bagi semua kumpulan perkhidmatan dan telah memanfaatkan 182,434 penjawat awam yang berada pada paras gaji maksimum. - BERNAMA

ISU BRUNEI LAKSANA HUDUD - 137 YB MUSLIM MALAYSIA

on



NAMA AHLI AHLI DEWAN RAKYAT PARTI KAWASAN
Ab. Aziz bin Kaprawi, Y.B. Datuk BN - UMNO Sri Gading
Abd Aziz Bin Sheikh Fadzir, Y.B. Dato' BN - UMNO Kulim Bandar Baru
Abd Rahim Bin Bakri, Y.B. Datuk BN - UMNO Kudat
Abd. Latiff Bin Ahmad, Y.B. Datuk Dr. Haji BN - UMNO Mersing
Abdul Azeez Bin Abdul Rahim, Y.B. Datuk BN - UMNO Baling
Abdul Ghapur bin Salleh, Y.B. Datuk Seri Panglima Haji BN - UMNO Kalabakan
Abdul Manan bin Ismail , Y.B. Dato' BN - UMNO Paya Besar
Abdul Rahman bin Haji Dahlan, Y.B. Dato' Haji BN - UMNO Kota Belud
Abdul Rahman Bin Mohamad, Y.B. Dato' Haji BN - UMNO Lipis
Abu Bakar Bin Mohamad Diah, Y.B. Datuk Dr. BN - UMNO Tangga Batu
Ahmad bin Haji Maslan, Y.B. Datuk Haji BN - UMNO Pontian
Ahmad bin Hamzah, Y.B. Datuk Wira Haji BN - UMNO Jasin
Ahmad Fauzi Bin Zahari, Y.B. Dato' BN - UMNO Setiawangsa
Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah, Y.B. Dato' Seri BN - UMNO Tambun
Ahmad Jazlan Bin Yaakub, Y.B. Datuk BN - UMNO Machang
Ahmad Nazlan Bin Idris, Y.B. Haji BN - UMNO Jerantut
Ahmad Shabery Cheek, Y.B. Dato' Sri BN - UMNO Kemaman
Ahmad Zahid Bin Hamidi, Y.B. Dato' Seri Dr. BN - UMNO Bagan Datok
Anifah bin Haji Aman, Y.B. Dato' Sri BN - UMNO Kimanis
Annuar Bin Musa, Y.B. Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji BN - UMNO Ketereh
Anuar Bin Abd. Manap, Y.B. BN - UMNO Sekijang
Azalina binti Othman Said, Y.B. Dato' Sri BN - UMNO Pengerang
Azizah Binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun, Y.B. Datuk Hajah BN - UMNO Beaufort
Bung Moktar bin Radin, Y.B. Datuk BN - UMNO Kinabatangan
Che Mohamad Zulkifly Bin Jusoh, Y.B. BN - UMNO Setiu
Datu Nasrun Bin Datu Mansur, Y.B. Datuk BN - UMNO Silam
Halimah Binti Mohd Sadique, Y.B. Datuk BN - UMNO Tenggara
Hamim Bin Samuri, Y.B. Datuk Ir. Haji BN - UMNO Ledang
Hamzah bin Zainudin, Y.B. Dato' BN - UMNO Larut
Hasan bin Malek, Y.B. Dato' BN - UMNO Kuala Pilah
Hasbullah Bin Osman, Y.B. Dato' BN - UMNO Gerik
Hilmi Bin Yahaya, Y.B. Dato' Seri Dr. BN - UMNO Balik Pulau
Hishammuddin bin Tun Hussein, Y.B. Dato' Seri BN - UMNO Sembrong
Idris Bin Jusoh, Y.B. Dato' Seri Haji BN - UMNO Besut
Ikmal Hisham Bin Abdul Aziz, Y.B. Dato' BN - UMNO Tanah Merah
Irmohizam Bin Ibrahim, Y.B. Dato' Haji BN - UMNO Kuala Selangor
Ismail Bin Daut, Y.B. Dr. BN - UMNO Merbok
Ismail bin Haji Abd. Muttalib, Y.B. Dato' Haji BN - UMNO Maran
Ismail bin Mohamed Said, Y.B. Dato' Haji BN - UMNO Kuala Krau
Ismail Sabri Bin Yaakob, Y.B. Dato' Sri BN - UMNO Bera
Jailani Bin Johari, Y.B. Dato' BN - UMNO Hulu Terengganu
Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis, Y.B. Dato' Sri Dr. BN - UMNO Rompin
Jamil Khir bin Baharom, Y.B. Dato' Seri BN - UMNO Jerai
Johari bin Abdul Ghani, Y.B. Datuk BN - UMNO Titiwangsa
Jumat Haji Idris, Y.B. Datuk BN - UMNO Sepanggar
Juslie Bin Ajirol, Y.B. Datuk BN - UMNO Libaran
Khairy Jamaluddin, Y.B. BN - UMNO Rembau
Mahdzir Bin Khalid, Y.B. Dato' Seri BN - UMNO Padang Terap
Mansor Bin Abdul Rahman, Y.B. Dr. BN - UMNO Sik
Mas Ermieyati Binti Samsudin, Y.B. BN - UMNO Masjid Tanah
Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz, Y.B. Dato' Seri BN - UMNO Padang Rengas
Mohd Fasiah Bin Mohd Fakeh, Y.B. Haji BN - UMNO Sabak Bernam
Mohd Isa Bin Abdul Samad, Y.B. Tan Sri BN - UMNO Jempol
Mohd Johari Bin Baharum, Y.B. Dato' Wira BN - UMNO Kubang Pasu
Mohd Zaim Bin Abu Hasan, Y.B. Dato' Haji BN - UMNO Parit
Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Y.A.B. Dato' Sri BN - UMNO Pekan
Mohd. Shafie bin Haji Apdal, Y.B. Dato' Seri Haji BN - UMNO Semporna
Muhyiddin bin Mohd. Yassin, Y.A.B. Tan Sri Dato' Haji BN - UMNO Pagoh
Mustapa bin Mohamed, Y.B. Dato' Sri BN - UMNO Jeli
Nawawi Bin Ahmad, Y.B. Dato' Ir. BN - UMNO Langkawi
Noh Bin Omar, Y.B. Datuk Seri Haji BN - UMNO Tanjong Karang
Noor Azmi Bin Ghazali, Y.B. Dr. Haji BN - UMNO Bagan Serai
Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid, Y.B. Datuk BN - UMNO Kota Tinggi
Noraini binti Ahmad, Y.B. Dato' BN - UMNO Parit Sulong
Noriah Binti Kasnon, Y.B. Dato' BN - UMNO Sungai Besar
Normala Binti Abdul Samad, Y.B. BN - UMNO Pasir Gudang
Nur Jazlan bin Mohamed, Y.B. Datuk BN - UMNO Pulai
Othman Bin Abdul, Y.B. Dato' Wira BN - UMNO Pendang
Othman Bin Aziz, Y.B. Dato' BN - UMNO Jerlun
Raime bin Unggi, Y.B. Datuk BN - UMNO Tenom
Razali Ibrahim, Y.B. Dato' BN - UMNO Muar
Reezal Merican Bin Naina Merican, Y.B. Dato' Seri BN - UMNO Kepala Batas
Ronald Kiandee, Y.B. Datuk BN - UMNO Beluran
Rosnah Binti Haji Abdul Rashid Shirlin, Y.B. Datuk BN - UMNO Papar
Rozman Isli, Y.B. BN - UMNO Labuan
Sapawi bin Ahmad Wasali, Y.B. Datuk BN - UMNO Sipitang
Shabudin Bin Yahaya, Y.B. Haji BN - UMNO Tasek Gelugor
Shaharuddin Bin Ismail, Y.B. Ir. BN - UMNO Kangar
Shahidan Bin Kassim, Y.B. Dato' Seri Dr. BN - UMNO Arau
Shahrir bin Abdul Samad, Y.B. Tan Sri Datuk Seri Utama BN - UMNO Johor Bahru
Shamsul Anuar bin Haji Nasarah, Y.B. Dato' BN - UMNO Lenggong
Shaziman Abu Mansor, Y.B. Datuk Seri BN - UMNO Tampin
Tajuddin bin Abdul Rahman, Y.B. Dato' Haji BN - UMNO Pasir Salak
Tengku Adnan bin Tengku Mansor, Y.B. Datuk Seri BN - UMNO Putrajaya
Tengku Razaleigh Hamzah, Y.B. BN - UMNO Gua Musang
Wan Khairil Anuar Bin Wan Ahmad, Y.B. Dato' Ar. BN - UMNO Kuala Kangsar
Zahidi Bin Zainul Abidin, Y.B. Datuk BN - UMNO Padang Besar
Zainudin Bin Haji Ismail, Y.B. Haji BN - UMNO Jelebu
Abdul Wahab bin Dolah, Y.B.Datuk BN - PBB Igan
Ahmad Lai bin Bujang, Y.B. Haji BN - PBB Sibuti
Fadillah Bin Haji Yusof, Y.B. Datuk Haji BN - PBB Petrajaya
Hasbi bin Haji Habibollah, Y.B. Haji BN - PBB Limbang
Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah, Y.B. Dato Sri Dr. BN - PBB Mukah
Nancy Binti Shukri, Y.B. Hajah BN - PBB Batang Sadong
Norah Binti Abd. Rahman, Y.B. Datuk Hajah BN - PBB Tanjong Manis
Rohani binti Haji Abd. Karim, Y.B. Datuk BN - PBB Batang Lupar
Rubiah Binti Haji Wang, Y.B. BN - PBB Kota Samarahan
Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Y.B. Datuk Dr. BN - PBB Santubong
Abdul Hadi Awang, Y.B. Dato' Seri PAS Marang
Ahmad Baihaki Bin Atiqullah, Y.B. PAS Kubang Kerian
Ahmad Marzuk Shaary, Y.B. PAS Bachok
Che Rosli Bin Che Mat, Y. B. Dr. PAS Hulu Langat
Idris Bin Haji Ahmad, Y.B. PAS Bukit Gantang
Izani Bin Husin, Y.B. Dr. PAS Pengkalan Chepa
Kamarudin Jaffar, Y.B. Dato' PAS Tumpat
Khalid bin Abd. Samad , Y.B. PAS Shah Alam
Mahfuz Haji Omar, Y.B. Dato' Haji PAS Pokok Sena
Mohamed Hanipa Maidin, Y.B. PAS Sepang
Mohd Khairuddin Bin Aman Razali, Y. B. Dr. PAS Kuala Nerus
Mohd. Hatta Md. Ramli, Y.B. Dr. PAS Kuala Krai
Mujahid Haji Yusof Rawa, Y.B. Dato' Dr. PAS Parit Buntar
Nasrudin Bin Hassan, Y.B. Haji PAS Temerloh
Nik Mazian Bin Nik Mohamad, Y.B. Dato' Dr. PAS Pasir Puteh
Nik Mohamad Abduh Bin Nik Abdul Aziz, Y.B. PAS Pasir Mas
Raja Kamarul Bahrin Shah Bin Raja Ahmad, Y.B. Dato' PAS Kuala Terengganu
Siti Mariah binti Mahmud, Y.B. Hajah PAS Kota Raja
Siti Zailah binti Mohd. Yusuf, Y.B. Hajah PAS Rantau Panjang
Takiyuddin Bin Hassan, Y.B. Dato' PAS Kota Bharu
Wan Hassan Bin Mohd Ramli, Y.B. Haji PAS Dungun
Abd Khalid bin Ibrahim, Y.B. Tan Sri Dato' Seri PKR Bandar Tun Razak
Abdullah Sani bin Abdul Hamid, Y.B. PKR Kuala Langat
Anwar bin Ibrahim/klik, Y.B. Dato' Seri PKR Permatang Pauh
Azman Ismail, Y.B. Dr. PKR Kuala Kedah
Fauzi Abdul Rahman, Y.B. Dato' PKR Indera Mahkota
Fuziah binti Salleh, Y.B. Hajah PKR Kuantan
Johari bin Abdul, Y.B. Dato' PKR Sungai Petani
Kamarul Baharin bin Abbas, Y.B. Dato' PKR Telok Kemang
Mansor Othman, Y.B. Dato' PKR Nibong Tebal
Mohamad Imran Bin Abdul Hamid (B), Y.B. Laksamana Pertama Haji PKR Lumut
Mohamed Azmin bin Ali, Y.B. PKR Gombak
Mohd Idris Bin Jusi, Y.B. Datuk PKR Batu Pahat
Mohd Rafizi Ramli, Y.B. PKR Pandan
Nurul Izzah binti Anwar, Y.B. PKR Lembah Pantai
Shamsul Iskandar @ Yusre Bin Mohd Akin, Y.B. PKR Bukit Katil
Zuraida binti Kamaruddin, Y.B. PKR Ampang
Mohd Ariff Sabri Bin Abdul Aziz, Y.B. Dato' DAP Raub
Zairil Khir Johari, Y.B. DAP Bukit Bendera 

RAYUAN KEPADA BLOGGER, JANGAN SIAR GAMBAR ARWAH SEMASA TERLANTAR

on Monday, October 21

HUBUNGAN AKRAB MERENTASI FAHAMAN POLITIK
Sebelum PRU13, DS Anwar Anwar) secara terbuka meluahkan keputusannya untuk bersara sekiranya gagal memenangi PRU13. Anwar tidak bercakap satu kali, tetapi Anwar bercakap dua kali untuk meyakinkan rakyat Malaysia akan keputusannya itu.

Namun begitu, selepas keputusan PRU13, Anwar telah lupa akan janjinya untuk bersara sebaliknya kini sedang ligat bergerak ke sana dan ke mari, jelas keinginan beliau untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia masih belum padam.

Kini Anwar harus berfikir perkembangan yang berlaku di dalam UMNO sekarang, di mana orang Melayu dan umat Islam semakin yakin apabila kerusi Parlimen UMNO bertambah daripada 77(PRU12) kepada 88 (PRU13).

Terbaharu pula, pemilihan di dalam UMNO baru-baru ini menunjukkan pemimpin-pemimpin UMNO semakin kukuh dengan deretan kepimpinan yang berterusan. Bermula dengan YAB DS Najib Tun Razak, YAB TS Muhyidin, kemudian 3 orang Naib Presiden YB DS Zahid, YB DS Shafie Apdal dan YB DS Hishammuddin, ditambah pula dengan YB Khairy Jamaludin dan YAB Dato' Mukhriz, saya melihat Anwar harus memuktamadkan cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri menjelang PRU14.

REKONSILIASI KEDUA
Semasa di Amerika Syarikat tiga minggu lalu, Anwar kembali bercakap mengenai rekonsiliasi. Hal ini membuktikan bahawa Anwar juga sedang berfikir apakah peluang beliau untuk menyerap di dalam kerajaan BN sudah benar-benar buntu, atau ada pintu lain yang boleh dilalui.

Jika kita perhatikan politik PKR dewasa ini, ianya sudah tidak lagi segarang dahulu, dengan beberapa orang jeneralnya sudah sejuk dan tidak lagi menyengat. Kita pun tidak pasti mengapa perkara ini berlaku, apakah ianya suatu bentuk rekonsiliasi. Saya ambil satu contoh sahaja, lihatlah portal rasmi mereka http://www.keadilandaily.com/ , berita-beritanya kadangkala basi, kadangkala terdapat satu hari hanya satu berita sahaja sedangkan ianya portal rasmi. 
MENTERI BESAR KEDAH
PRK SG. LIMAU
Saya baharu kembali dari Alor Setar, berjalan-jalan sambil meninjau-ninjau perubahan dan suasana baharu bandaraya Alor Setar selepas kembali semula ke pangkuan kerajaan BN.

Pada 4 November 2013, rakyat di kawasan Sg. Limau akan memilih wakil rakyat baharu kerana kematian arwah Tan Sri Azizan Razak. 

Saya mempunyai dua perkara untuk saya tulis. Pertama mari kita sedekahkan surah Al-Fatihah kepada arwah Ustaz Azizan, mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat dari Allah SWT, diampunkan dosanya, dan diletakkan di kalangan orang-orang yang beriman lagi bertaqwa.

Kedua, saya merayu kepada para blogger, supaya janganlah siarkan gambar arwah ketika arwah terlantar sakit di hospital. Mereka yang memilikinya di Kedah tentu faham gambar yang saya maksudkan. Mari kita hormati arwah Ustaz Azizan dan juga keluarga beliau.

Pada tahun 2009, saya telah menghadiri satu majlis yang akan dirasmikan oleh arwah Ustaz Azizan di Maktab Mahmud. Ketika kami menunggu kehadiran beliau, saya terdengar khabar ketika itu arwah baharu beberapa jam keluar dari hospital. Saya melihat sendiri di tangan beliau masih berbalut plaster kerana bekas cucukan jarum untuk tambah air. Ini menunjukkan semangat dan tanggungjawab walaupun ketika beliau menderita sakit.

Agama Islam mengajar kita supaya ceritalah akan kebaikan-kebaikan arwah semasa hidupnya, supaya menjadi contoh kepada mereka yang masih hidup. Usahlah diungkit barang yang tidak elok, kerana hanya Allah SWT mengetahui akan sesuatu perkara itu.





GAMBAR-GAMBAR EKSKLUSUF DS HISHAMMUDDIN

on Thursday, October 17

BERITA HARIAN 16 OKTOBER 2013
UNTUK NEGARA
MEMBERI SEMANGAT
BERSAMA-SAMA
SOKONGAN PADU
MOTIVASI

BERSATU

DUA HARI RAHSIA BESAR DS HISHAMMUDDIN DIDEDAH

on Wednesday, October 16

BERITA HARIAN 14 OKTOBER 2013
(Sila klik untuk besarkan)
UTUSAN MALAYSIA 14 OKTOBER 2013
(Sila klik untuk besarkan)
BERITA HARIAN 15 OKTOBER 2013
(Sila klik untuk besarkan)

DS HISHAMMUDDIN - BIAR GAMBAR BERBICARA APA ITU SOKONGAN

on Tuesday, October 15



CERITA MENAKJUBKAN DS HISHAMMUDDIN, TIDAK SANGKA

on Monday, October 14

Gandingan Bersejarah
Tatkala Hari Wukuf menjelang tiba
Terkenang berbondong-bondong manusia
Di padang Arafah menadah tangan
Mengalir air mata
Memohon Keampunan Ilahi


Kecekalannya : Sejuk Mata Memandang
Tanah air kita,
Terkenang Air Mata Onn Jaafar
Ketika Ucapan terakhirnya
Mahu supaya UMNO dijaga
Terkenang susah payah Onn Jaafar
Ke hulu ke hilir
Gumbira bangsa Melayu
Seorang pejuang di depan mata
Menghalau 'Malayan Union' tanpa darah
Membunuh penjajah tanpa darah
Tapi dengan bicara sederhana yang bijaksana.
Ketenangannya : Renungannya Hiba Di Hati
Tanah air kita,
Terkenang Kesakitan Hussien Onn
Di bawah laut di dalam kapal selam
Membebaskan Tanah Air dari Jepun durjana
Disangka mati di tengah jalan
Rupanya berjuang di celah peluru
Rakyat gembira Perdana Menteriku
Kerana tenang jiwanya
Tenanglah rakyat membangun,
Kesabarannya : As sabaru minal iman
Tanah air kita,
Cucunda Hisham diberi nama
Bertatih Bertitih dari bawah
Sabarnya umpama gunung Kinabalu
Tenangnya umpama tasik membiru
Tolerannya tinggi melangit di puncak
Rakyat gumbira tiada ketakutan
Rakyat bahagia tiada keraguan
Rakyat hidup demokrasi hidup
Dirinya rakyat jiwanya rakyat
Toleransinya : Setinggi Langit di Ufuk
Mari kita membeli jasa
Dengan harga sebuah senyuman
Hari penentuan bakal tiba
Nama Hisham jangan dilupa
Senangkan hati memberi sokongan
Kerana Allah azza wajalla...

14 Oktober 2013,
Putrajaya.

KEKALAHAN JAMAWI, PETANDA BURUK KEPADA SHAFIE & UMNO SABAH

on Sunday, October 13

APAKAH KEKALAHAN JAMAWI SUATU SIGNAL?
Sehingga 4.00 pagi tadi, untuk jawatan Naib Ketua Pemuda, sdra Khairul Azwan Harun mendapat 14 undi (64 tidak rasmi), manakala sdra Mohamad Iruan Zulkefli memperolehi 6 undi (10 tidak rasmi), sementara Pegawai Khas kepada DS Shafie Afdal iaitu sdra Jamawi Jaafar hanya mendapat 8 undi (22 tidak rasmi). 

Calon kononnya popular dan hebat iaitu sdra. Lokman Noor Adam terperosok hanya 3 undi (4 undi tidak rasmi). Barangkali kerana ahli-ahli UMNO tidak dapat melupakan kelantangannya semasa di dalam PKR.

Kebimbangan saya tentang nasib DS Shafie Afdal dibuktitunjuk dalam keputusan pemilihan Pergerakan Pemuda UMNO ini.

Sebab itulah dalam hati saya terdetik kebimbangan kalau-kalau UMNO bahagian-bahagian di Semenanjung tidak memberi undi mereka kepada DS Shafie.

Jika Jamawi Jaafar secara tidak rasminya memenangi 22 undi, di mana UMNO Sabah mempunyai 25 Bahagian, bermakna DS Shafie kemungkinan besar hanya akan mendapat undi terbanyak di negeri Sabah sahaja. Inilah kebimbangan saya.
 
KERJA KUAT TAPI TEWAS, LENCANA DS SHAFIE MASIH TERSEMAT DI DADA
Bermakna juga, trend UMNO Sabah atau BN Sabah adalah fix deposit kepada UMNO dan BN tidak terpakai dalam konteks pemilihan UMNO di peringkat nasional. Sabah sebagai fix deposit hanya laku dalam konteks pilihanraya umum sahaja.

Kemenangan DS Shahrizat dan KJ turut memberi sinar kemenangan kepada DS Zahid, DS Hishammuddin tetapi saya masih tetap bimbang nasib DS Shafie Afdal. Saya bimbang kerana sebab keduanya ialah, kekuatan pengaruh Dato' Mukhriz Tun Mahathir tidak boleh diperkecilkan begitu sahaja.

Jika calon Naib Presiden dari Sabah tewas, apakah bermakna jasa-jasa UMNO Sabah sebagai fix deposit sudah dilupakan? 







Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan