ANWAR MAHU PENSYARAH UNIVERSITI TEMPATAN, SEBUT UITM & UKM

on Saturday, January 18

Anwar & Ihsan
Selepas Pilihanraya Umum ke-13, saya akhirnya gembira kerana pemimpin-pemimpin oposisi khususnya DS Anwar Ibrahim (Anwar) tidak lagi menentang keputusan PRU13 di jalanan. Beliau sudah boleh menerima kekalahan dengan hati yang terbuka walaupun sedikit terluka, agaknya.

TS Zainudin Maidin (Zam) berkata buat masa ini belum ada yang layak untuk menggantikan DS Najib di sini. Zam juga berkata perlunya Tun Dr. Mahathir menyertai semula kerajaan di sini. Jika Tun Dr. Mahathir kembali dalam kerajaan, saya percaya Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim akan sesak nafas. 

Sebelum PRU13, Anwar berjanji untuk mengundur diri dan menyatakan hasratnya untuk menjadi pensyarah di sini. Saya tidak fikir Anwar akan mengotakan janjinya itu, ianya hanya janji politik sahaja dalam period PRU13 ketika itu. 

Namun begitu, jika ada universiti tempatan menawarkan tempat kepada Anwar sebagai pensyarah, saya percaya Anwar akan berfikir semula. Hasrat Anwar itu di sini.
Anwar Ketika Di Institut Teknologi Bandung 
ANWAR SEBUT UITM & UKM
Ramai di kalangan kita terlepas pandang untuk menyelami akan kemahuan Anwar bahawa beliau mahu menjadi pensyarah. Sebagai pensyarah beliau mahu melontarkan seribu satu macam ideanya yang terbuku tentang demokrasi, kesamarataan, sistem Presiden dan sebagainya.

Sudah sampai masanya Anwar diberi peluang menamatkan khidmat politiknya melalui kepartian. Sudah sampai masanya Anwar mengotakan hasratnya untuk menjadi pengwacana ilmu, pengucap umum, pembicara isu dan sebagainya.

Soalnya universiti tempatan mana hendak menawarkan kepada beliau jawatan pensyarah? pensyarah jemputan? profesor barangkali? Anwar sudah pernah menerima anugerah Doktor Kehormat dari luar negara antaranya dari Mindanao (1988), Khartoum (1995) dan Manila (1996). Saya tidak pasti jika Universiti Selangor (UNISEL) sudah pernah menganugerahkan Doktor Kehormat kepada Anwar.

Sekiranya Anwar bersara dari politik, sudah pasti PKR akan dipimpin oleh generasi baharu seperti Azmin Ali, Nurul Izzah, Tian Chua dan barangkali Ihsan yang khabarnya akan mewarnai PRU14.

Saya percaya jika Anwar ditawarkan oleh universiti tempatan, Anwar akan menolak tawaran dari universiti luar negara khususnya dari Amerika dan Indonesia.

Barangkali anda tidak bersetuju. Silakan pemikiran anda.















3 Komen:

Anonymous said...

bidang apa yg sesuai utk dia tu? asshology?

Anonymous said...

kih kih kih...

asshology tu pungkok hang ka?

Anonymous said...

Kalau mengajar penyampaian dalam pemasaran dan pengiklanan mungkin boleh, kerana kemahirannya berpidato. Tapi masalahnya, kepakaran teknikal DSAI ni berkaitan akademik masih boleh dipertikai. DSAI untuk ilmu praktis? boleh. Ilmu akademik? tidak. Tokoh akademik, Kassim Ahmad menggelar Anwar sebagai 'bodoh'.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan