KJ PERLU BERTINDAK DALAM ISU MURID SEKOLAH DIBINATANGKAN

on Saturday, January 25

Beberapa isu besar yang dihadapi khususnya oleh orang-orang Melayu dan umat Islam telah tidak mendapat tindakan yang sewajarnya oleh Ketua Pemuda UMNO. Saya bersetuju dengan DS Najib dalam Perhimpunan Agung UMNO yang lepas (2013) bahawa tulang belakang kepada UMNO sekarang adalah Pergerakan Wanita UMNO.

Saya melihat perkara ini sebagai sindrom bisu, di mana kelihatannya Ketua Pemuda UMNO sekarang amat berbeza sebelum dan selepas dilantik menjadi menteri penuh. Sebelum dilantik sebagai menteri penuh, beliau sangat peka kepada isu-isu besar yang melibatkan kebajikan orang Melayu, sebaliknya sesudah dilantik sebagai menteri penuh kondisinya kelihatan lembek, bermusim dan banyak membisu dalam hal-hal yang sepatutnya.

Semasa bertemu YB KJ di dalam suatu majlis, saya berkata kepadanya bahawa saya akan mengkritik kepimpinannya jika saya melihat ada yang tidak kena. Walaupun begitu, bukanlah ianya suatu lesen untuk saya terus mengkritik beliau. Saya juga pernah memujinya seperti ini http://www.al-azharrisiddiq.com/2013/07/lim-guan-eng-salah-khairy-jamaludin.html .

Semua ahli UMNO perlu sedar bahawa parti UMNO ini bukan milik sesiapa sendirian berhad, ianya milik semua ahli UMNO dan kita berhak menyuarakan perkara yang kita lihat tidak kena.
Salah satunya ialah insiden seorang guru Cina mendenda anak muridnya dengan suatu perbuatan yang di luar tabie kemanusiaan, suatu bentuk denda yang menghina manusia yang dibinatangkan sedemikian rupa, dan ianya adalah suatu penderaan kepada anak murid itu. 

Saya sangat yakin murid-murid yang diperbinatangkan itu tidak mungkin akan melupakan penderaan dan penghinaan itu sampai mereka besar.

Saya bersetuju dengan sebahagian kenyataan ini bahawa sekiranya ianya melibatkan kaum lain, nampaknya Ketua Pemuda kita ini antara yang tersangat cepat memberi respon dan tindakan.

Sepatutnya, di dalam isu maruah bangsa sendiri, YB KJ hendaklah memberi komen segera bukannya memberi komen dua tiga hari selepas peristiwa itu berlaku. 

Cuba bayangkan sekiranya ianya dilakukan oleh seorang guru Melayu ke atas seorang murid Cina, sudah tentu berhalilintarlah gegak-gempita suara-suara Pemuda DAP, Pemuda MCA, Pemuda Gerakan membelah langit Malaysia ini.

Seperti pernah saya tulis, YB KJ ya agak baik sebagai menteri kabinet sudah tentu kerana pendekatan dan persembahan beliau yang lebih moden dan kebaratan.

Oleh itu, saya mendesak Ketua Pemuda UMNO sendiri keluar dari kepompong, bertindaklah dengan bijak kerana isu ini juga melibatkan penghinaan kepada orang Melayu dan umat Islam. 

Ianya mesti diurus dengan cepat, kerana kita tidak mahu implikasi lain seperti kemarahan orang Melayu tidak dapat dikawal. 

Di samping itu, bantulah Perdana Menteri dengan cara mengembalikan semangat perpaduan, semangat a sense of belonging dan semangat 1Malaysia.

Pemuda hendaklah seorang yang bukan tegap di askar wataniah sahaja tetapi juga gegap dalam berdepan isu yang mencabar bangsanya. 

Seorang pemuda bukanlah hanya pantas di meja pidato sahaja tetapi juga hendaklah selangkah di hadapan ketika melihat bangsanya terhina. 

Dan seorang pemuda tidak akan menjadi lembek ketika dia sudah ternama sebaliknya menjadi semakin keras apatah lagi ketika sudah berada di kedudukan yang mantap. 

Dalam apa jua isu bangsa kita, Pemuda mestilah on time dan ada pemuda yang on call. Barulah Presiden akan mengembalikan kata-kata Wanita tulang belakang kepada Pemuda tulang belakang.

Selamat Berhari Minggu.













1 Komen:

Anonymous said...

Itu sebab kena tutup sekolah aliran cina ni...inilah hasilnya didikan cina kiasu ni....

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan