SPRM MALAYSIA DICADANG TAMBAH PERKATAAN "BEBAS"

on Thursday, January 16

Bersama TS Abu Kassim Mohamed, Ketua Pesuruhjaya SPRM Selepas Sesi Dialog Baru-Baru Ini.
Dalam satu sesi dialog yang berasingan dengan SPRM, saya melihat kesungguhan yang amat tinggi oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed untuk meletakkan SPRM kepada satu tahap yang diyakini, dihormati dan dibanggakan oleh seluruh rakyat Malaysia serta dunia luar.

Beliau mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa SPRM boleh menjadi suatu suruhanjaya yang berkesan sekiranya semua ahli parlimen sama ada blok BN atau blok Pakatan memberi sokongan kepada penambahbaikan SPRM yang akan dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi.


Saya memuji tindakan SPRM kerana kerap mengadakan sesi dialog dengan parti-parti politik dan NGO untuk menyampaikan info terkini SPRM di samping berdialog dengan mereka. Ianya suatu pendekatan yang sangat bijak lagi berkesan di mana pihak media, parti politik, NGO dan individu boleh menghebahkan maklumat terkini SPRM kepada masyarakat.

Saya difahamkan pihak SPRM sudah juga menerima kunjungan wakil-wakil dari Pakatan Rakyat yang diketuai YB DS Anwar Ibrahim dan turut memberi komitmen untuk menyokong sebarang usaha menambahbaik SPRM. Pertemuan dengan YB Lim Guan Eng, YB Lim Kit Siang serta kepimpinan DAP juga telah dilakukan untuk mendengar pandangan mereka.

Walaupun Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah (ICAC) Hong Kong menjadi antara model penting kepada SPRM di negara kita, saya berpendapat SPRM juga boleh melihat kesungguhan Komisi Pembanterasan Korupsi (KPK) Indonesia yang kelihatan bebas dan kelihatan amat menyakinkan rakyat Indonesia.

Barangkali suatu usul yang kecil seperti menambah perkataan "Bebas" menjadi Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah (SBPRM) Malaysia boleh difikirkan. 

Antara rasionalnya ialah, apabila pihak SPRM mendambakan sebuah suruhanjaya yang lebih bebas dan berkesan seperti Suruhanjaya Kehakiman sudah tentu aspek-aspek integriti, kredebiliti dan kebebasan akan menjadi keutamaan.

Rasional yang kedua barangkali sedikit kekeliruan masyarakat di antara Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia yang kadang-kadang tersebut SPR/SPRM adalah sama dengan singkatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ianya hanya sedikit cadangan dari saya, barangkali boleh difikirkan apabila dibawa masuk dalam Parlimen pada bulan Mac nanti.

Berita berkaitan :
Pemuda MCA menggesa semua Ahli Parlimen sebulat suara menyokong cadangan pindaan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang dijadual dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat, Mac ini.
    
Ketuanya Chong Sin Woon berkata wakil kerajaan dan pembangkang perlu mengetepikan kepentingan politik masing-masing dengan menyokong pindaan Akta SPRM 2009 bagi memantapkan pembanterasan gelaja rasuah di negara ini.
    
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan sesi dialog dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed, di ibu pejabat SPRM di Putrajaya semalam.
    
Chong juga berkata Abu Kassim memaklumkan kepada beliau bahawa SPRM akan melantik lebih ramai pegawai SPRM dalam kalangan kaum Cina.
    
Pada 3 Disember tahun lepas, Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) Tan Sri Abu Zahar Ujang mengumumkan bahawa penambahbaikan akan dilakukan terhadap Akta SPRM 2009 dengan pindaan pada Seksyen 23 dan Seksyen 36.
    
Menurutnya, pindaan terhadap Seksyen 23 adalah untuk memastikan anggota pentadbiran dan penjawat awam di peringkat nasional dan negeri tidak memanipulasi sebarang kelemahan yang terdapat dalam peruntukan undang-undang terutama melibatkan pemberian  tender,kontrak, tanah dan projek kerajaan.

Pindaan Seksyen 36 pula bertujuan membolehkan SPRM terus menyiasat pemilikan dan harta seseorang yang disyaki terlibat dengan rasuah tanpa perlu ada siasatan awal sebagaimana peruntukan undang-undang di Hong Kong.

Menurut Abu Zahar pindaan itu memerlukan sokongan Ahli Parlimen pembangkang yang mempunyai 89 kerusi bagi mendapat sokongan dua pertiga.(BERNAMA)

0 Komen:

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan