SURAT KEPADA KJ

on Thursday, January 9

Assalamualaikum Warahmatullahih Wabarakatuh,

Saya menulis surat terbuka ini kerana kebimbangan yang sangat mendalam saya kepada kemajuan pasukan siber di bawah Pergerakan Pemuda UMNO. Secara peribadi, kita harus mengakui bahawa pasukan siber UMNO oleh Unit Media Baru (UMB) yang terdahulu sudah meletakkan asas yang kukuh dalam membantu kemenangan besar UMNO dalam period 2008-2013. 

Dalam pada itu,sebenarnya ada beberapa lagi pasukan siber yang pro UMNO/BN bergerak di luar pasukan UMB di mana mereka juga memiliki pasukan yang berkesan. Tidak perlu saya nyatakan siapakah mereka, namun mereka semua turut memberi sumbangan yang besar kepada kejayaan UMNO/BN semasa period 2008-2013.

Saudara harus ingat, jika saudara sahaja yang hebat, saudara sahaja yang kedepan, saudara sahaja yang menonjol, UMNO/BN tidak akan ke mana dan tiada jaminan UMNO/BN akan menerajui semula kerajaan persekutuan dalam PRU14.

Oleh hal yang demikian, kita perlu sebuah pasukan siber yang hebat, besar dan berkesan. Kita perlu sebuah pengendali yang pantas, mahir dan boleh diterima oleh semua pasukan siber di dalam UMNO, komponen BN dan individu-individu yang menyayangi kerajaan ini.

Selepas satu bulan Perhimpunan Agung UMNO (Disember, 2013), saya tidak nampak suatu gerakan oleh pasukan siber Pemuda yang ampuh, bertenaga dan berpandangan ke hadapan. 

Kita tidak boleh lambat berfikir dan lambat bertindak kerana setiap hari isu-isu baharu akan muncul dan kita tiada masa untuk menunggu. 

Apakah saudara berfikir pasukan siber DAP/PKR/PAS akan berhenti rehat sekejap (take five)? Adakah saudara berfikir jika saudara seorang one man show pun sudah boleh mengatasi isu-isu ini berseorangan? Saya yakin saudara akan keletihan, dan keletihan itu akan membawa kepada kekalahan. Saudara tidak akan cukup tangan untuk menangani isu-isu dalam parti, luar parti, parlimen, global, nusantara dan isu-isu besar yang lain.

Sepatutnya, UMB itu diupgrade. Kelihatannya sekarang ianya mengundur kebelakang tanpa adanya perancangan yang tersusun sehingga tahun 2018 (PRU14). Sepatutnya kekuatan dan kelemahan UMB digarap supaya menghasilkan sebuah pasukan siber yang lebih mantap dan berkesan.

Kita tidak boleh membiarkan pejuang-pejuang siber yang sedia ada bergerak sendiri tanpa sokongan. Kita mesti membantu mereka dengan kadar segera, sudah tentulah orang yang boleh membantu mereka ialah orang yang berpengalaman dan berpengetahuan di dalam bidang peperangan siber, teknik dan solusi. 

Ianya bukan sekadar instagram, lifestyle, tweeter, FB, portal dan blog semata-mata. Medium peperangan siber ini luas dan perlu mendapat sokongan daripada minda baharu dan minda lama, media konvensional dan media baharu.

Janganlah saudara kelihatan sudah menang Ketua Pemuda maka menjadi slow di dalam parti. Sebagai Pengerusi Pergerakan Pemuda BN, apakah saudara sudah menggerakkan suatu usaha menubuhkan pasukan siber BN yang meliputi Gerakan, MCA, MIC, PBS, PBB dan lain-lain komponen BN. Saya tidak nampak adanya usaha ke arah ini? UMNO sebagai parti teras di dalam BN hendaklah menggerakkan usaha ini, percayalah kita tidak boleh mengharapkan parti-parti komponen yang menggerakkannya.

Sebab itulah amat penting memilih pemimpin yang berkualiti, berpengalaman luas dan berfikiran luas untuk memimpin sebuah gerakan siber yang berkesan. 

Saya perlu memberikan kritikan kerana kita tidak mahulah pasukan siber UMNO kelihatan lemah, longlai dan tidak bermaya. Jika kritikan dilihat sebagai penentangan, hasilnya ialah dendam kesumat dan kebencian. Jika kritikan dilihat sebagai ubat, jawabnya ialah cemerlang, gemilang dan terbilang (meminjam slogan Pak Lah).

Saya menulis surat ini kerana saya dapati tiada siapa berani menyuarakan kebimbangan mereka, kelihatan orang yang saudara lantik telah dipertikai oleh majoriti khalayak siber, saya juga mengesan pasukan siber DAP/PKR/PAS tidak ada rasa ketakutan dan gerun kepada pasukan siber yang ada sekarang. 

Bagaimanakah mereka hendak gerun jika bloggers UMNO sendiri tidak respect dan tidak yakin kepada pemacunya. Janganlah biarkan kita terus ditertawa.

Sekian, Salam hormat.

Yang Ikhlas,

Al-Azharri Siddiq.
Kuala Lumpur.



















5 Komen:

Anonymous said...

Sebuah kritik yg berani, pedas tetapi ikhlas utk kemajuan Pemuda UMNO. Tahniah bro, i know u ikhlas.

Anonymous said...

Thanks for finally writing about > "SURAT KEPADA KJ" < Loved it!

Here is my page :: customer
database

Anonymous said...

Kritikan yang berani Tuan

rezqeen hill said...

Mohon copy n paste :D

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Silakan untuk kebaikan. TK.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan