TAHNIAH REEZAL NAINA MERICAN BERJAYA MATIKAN ISU KANGKUNG & SELAMATKAN MARUAH PM

on Sunday, January 19

Saya tidak mengenali YB Datuk Seri Reezal Naina Merican (gambar), Ahli Parlimen Kepala Batas secara dekat. Sekiranya beliau masih mengingati saya, kami pernah bersama-sama di rumah lama (JKR) Pak Lah semasa membantu menyelesaikan masalah parti SAPP dahulu. Bacaan ulangan di sini http://www.al-azharrisiddiq.com/2008/06/perbincangan-dengan-pak-lah.html

Semalam, Datuk Seri Reezal Naina Merican berjaya mengetuai penentangan orang Islam dan orang Melayu di atas penghinaan Lee Khai Loon yang bertindak keterlaluan menyumbat kangkung ke dalam mulut replika gambar DS Najib. 

Apapun fahaman politik kita, DS Najib adalah seorang Islam, DS Najib juga seorang Melayu, sudah pasti orang-orang Islam dan orang Melayu terasa marah dengan perbuatan biadap itu. Lee Khai Loon sudah tentu tidak merasa kebiadapannya, tetapi orang-orang Islam & Melayu amat terasa akan kebiadapannya itu. 

Sepanjang perarakan itu, orang-orang Islam & Melayu membawa pelbagai sepanduk mengecam tindakan ADUN PKR dan kerajaan DAP Pulau Pinang yang membisu dalam isu berkenaan.(U)

Reezal Merican mencabar Lee Khai Loon supaya mengulangi perbuatan biadab tersebut.

Kata Reezal, "Rakyat berasa amat terkejut dengan penghinaan terhadap Perdana Menteri yang dipilih secara sah dalam pilihan raya umum lalu".

Kata Reezal lagi, "Kepada Khai Loon, kalau beliau berani dan benar-benar anak jantan, saya cabar buat sekali lagi. Kita tengok dalam masa sejam, apa yang akan kami lakukan,".

Saya secara peribadi mengucapkan Tahniah kepada YB DS Reezal Naina Merican atas inisiatifnya. Setelah beberapa minggu negara kita dilanda sindrom 'kangkung', akhirnya ianya ditamatkan oleh seorang penggerak yang kepimpinannya telah dibuktikan semasa di GPMS lagi.
Tulang Belakang
Kepada pergerakan pemuda UMNO khususnya yang sepatutnya menjadi tulang belakang kepada orang-orang Islam & Melayu, hendaklah belajar bagaimana untuk mengurus isu (management issues) pada masa yang sesuai (time management) dan kepada massa yang sesuai. 

Semalam semasa saya sedang membaca sebuah akhbar, saya agak pelik apabila seorang exco Pemuda beria-ia hendak pergi ke Eropah, walhal sudah ada biro lain yang lebih sesuai dalam isu-isu luar negara. Ianya tidaklah salah tetapi kurang bijak kerana biro sendiri belum lagi menunjukkan apa-apa kemajuan yang boleh dibanggakan. 

YB KJ sendiri dalam temuramahnya dengan sebuah akhbar menyatakan kekecewaannya bahawa biro tersebut masih belum tersusun. Barangkali inilah yang dimaksudkan syok sendiri, wallahu'alam.

Bantahan pada hari kedua hari ini (19/1/2014) memperlihatkan kemarahan sebenar orang-orang Islam dan Melayu di Pulau Pinang bilamana seorang Cina telah menjadi mangsa kemarahan kerana khabarnya dia telah mengeluarkan perkataan bodoh kepada orang-orang Islam & Melayu di sana. Ini bacaan anda http://www.utaranews.com/2014/01/adun-cina-pkr-machang-bubuk-lari.html

Saya ingin menyejukkan bacaan anda, saya berharap parti-parti berunsur Cina seperti MCA, Gerakan, DAP dan sebahagian PKR supaya menghentikan perkara-perkara berbentuk provokasi melampau sebaliknya menukarkannya dengan elemen perpaduan sesama kita. 

Mari kita mulakan dengan menggunakan bahasa Kebangsaan yang difahami oleh semua orang. Bayangkan jika anda mempunyai dua orang rakan sekerja keturunan Cina, ketika berbual mereka berdua menggunakan bahasa Mandarin dan anda tidak memahaminya. Apakah perasaan anda? 

Pengalaman saya ketika mengajar di Kuala Lumpur dahulu, seorang guru India telah memarahi dua orang pelajar Cinanya kerana menggunakan bahasa Mandarin yang dia tidak faham. Begitu juga, seorang doktor India memarahi pelajar perubatan keturunan Cina kerana menggunakan bahasa Mandarin di hadapannya. Jawapan kepada isu ini ialah, gunakanlah bahasa Kebangsaan. 






0 Komen:

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan