TUJUH CARA BAGAIMANA KERAJAAN BOLEH TOLONG RAKYAT

on Friday, January 17

CONTOH RUANG KECIL PEJABAT DALAM RUMAH
1. BEKERJA DARI RUMAH
Cadangan ini bukanlah baharu, cuma kita belum lagi mempunyai garispanduan yang jelas untuk memulakannya. Kerajaan dicadang supaya segera menyediakan dasar dan peraturan yang sesuai kepada mana-mana jabatan kerajaan yang bersesuaian menggunapakai sistem ini.

Contoh mudah, mereka boleh bekerja seperti biasa, bermula seawal 8.00pagi, kehadiran boleh dibuktikan melalui sistem elektronik atau suatu mekanisme mudah. Arahan kerja boleh dikemaskini dari semasa ke semasa melalui sistem perhubungan di antara ibu pejabat dengan pekerja melalui sistem emel/whatapps/sms dsbnya.

Apakah kelebihan idea ini? Di antaranya mengurangkan masalah parking, mengurangkan kos elektrik, telefon, fax dan sebagainya. Di samping itu, kerajaan dapat membantu kakitangannya yang berada ditahap kritikal dari sudut kewangan untuk bekerja dengan seronok di rumah. Hikmah-hikmah yang lain dari sudut kekeluargaan, keibubapaan, keselamatan dan sebagainya tentulah lagi banyak. 

Mereka yang berpendapatan tinggi atau mempunyai kemudahan pengangkutan, tol, telefon dan sebagainya tentulah tidak terasa sangat dengan kos hidup yang semakin tinggi di bandar-bandar besar.

Saya sedar beberapa syarikat swasta dan mereka yang bekerja sendiri sudah lama mengguna pakai atau mengubahsuai sebahagian ruang bilik mereka untuk tujuan tersebut.

CONTOH KEMUDAHAN KEPADA RAKYAT
2. SAMAN KENDERAAN
Kerajaan hendaklah mengeluarkan satu garispanduan yang lebih bersifat 'kekitaan' di mana saman-saman yang dikeluarkan ke atas kenderaan, pemandu, terlanggar lampu isyarat, tersalah parking, parking sekejap di bahu jalan, kemalangan dan sebagainya boleh diberikan rebat/diskaun melalui mekanisme 'win-win sitution'. Yakni kerajaan tidak rugi dan rakyat tidak merasa rugi.

Kita hendaklah mendidik rakyat bahawa saman adalah untuk tujuan pendidikan bukannya sebagai sumber pendapatan kerajaan. 

Pemikiran sebahagian besar rakyat bawahan ialah, contohnya jika seseorang hanya berpendapatan bersih RM1,000 ke bawah sebulan di mana saman perlu dibayar mencecah RM300.00, sudah tentu rakyat akan terasa tersiksa dan automatik mereka akan membenci kerajaan. Sebaliknya, jika kita mempunyai suatu cara yang lebih bersifat 'kekitaan' dan bertolak-ansur sudah pasti rakyat boleh menyayangi kerajaan sebagaimana yang diharapkan.

SUASANA SEBUAH HOSPITAL DI NEGARA ARAB
3. MENGGALAK RAKYAT BEKERJA DI LUAR NEGARA
Lulusan dan kemahiran rakyat Malaysia dari institusi pengajian tempatan adalah diiktiraf oleh negara luar. Beberapa contoh, antaranya lulusan doktor perubatan dari UM dan UKM sangat laku di Singapura. Jurutera-jurutera dari Malaysia sangat diperlukan di Arab Saudi, Eropah dan Amerika Syarikat. Manakala guru-guru dan pensyarah dari Malaysia sangat diperlukan di Brunei dan negara-negara Arab.

Untuk mengurus semua ini, kerajaan perlu mewujudkan Kementerian Tenaga Kerja yang khusus sebagaimana di Filipina dan Indonesia.

TAN SRI HARRIS SALLEH, JASANYA DIINGATI 
4. BERI PERALATAN SEKOLAH PERCUMA
Suatu masa dahulu, ketika negeri Sabah diperintah oleh kerajaan parti BERJAYA, Datuk Harris Salleh sangat disayangi oleh majoriti rakyat Sabah. 

Selain aspek ekonomi, Datuk Harris Salleh telah melaksanakan sistem pendidikan percuma. Antaranya pakaian sekolah percuma dua kali setahun (awal tahun dan pertengahan tahun). Pakaian sekolah meliputi Baju Sekolah Lelaki & Perempuan/Stoking/Kasut/Tudung serta alat tulis seperti Buku Latihan/Pen/Pensil malah kertas lukisan. Semuanya diberi percuma bermula Darjah 1 hingga sekolah menengah.

Kementerian Pelajaran di peringkat persekutuan perlu memikirkan hal ini dan mencari mekanisme yang bersesuaian. 

ROKOK DAN JANTUNG
5. MAKANAN & ROKOK
Laporan ini http://beta.malaysiakini.com/news/181284 memberi indeks kemewahan bahawa di Asia Tengggara dan Asia, rakyat Malaysia merupakan antara yang tergemuk. Apabila menyebut gemuk, tafsiran majoriti ialah rakyat kita berkemampuan dalam bab makanan. Tidak perlulah saya menghurai bab obesiti dan keburukannya, ianya boleh dibaca dari sumber lain.

Memandangkan kos hidup semakin meningkat khususnya di bandar-bandar besar, adalah dicadangkan supaya kita mengubah cara makan. Contoh mudahnya, jika selama ini kita biasanya memilih lauk dua tiga jenis kurangkanlah. Jika selama ini kita biasa makan di restoran berjenama apa salahnya bertandang di warung jika tidak berkesempatan ke rumah. Jika selama ini kita tidak berpuasa sunat Isnin/Khamis bolehlah mengamalkannya. 

Jika selama ini kita merokok, berhentilah merokok. Jika harga rokok RM10 sehari X 30 hari = RM300.00 sebulan untuk rokok jika diganti dengan beras Wangi boleh mendapat 60Kg yang boleh dimakan selama kira-kira dua tiga bulan.

Namun begitu, adalah lebih baik membawa bekal makanan dari rumah sekiranya berkesempatan. Inilah masa ibubapa di rumah melipatgandakan pahala.

SISTEM PENGANGKUTAN DI KUALA LUMPUR UNTUK KESELESAAN RAKYAT 
6. PENGANGKUTAN
Di Malaysia, sistem pengangkutan adalah yang terbaik di Asia. Maknanya, sekiranya selama ini kita menaiki kapal terbang untuk ke Langkawi atau Johor Bahru dari Kuala Lumpur. Apa kata ubah kepada menaiki bas ekspres atau pun keretapi.

Tol adalah suatu hal yang tidak boleh dielak, di dalam hal ini saya mengajak syarikat-syarikat Tol supaya memberi rebet dan diskaun kepada pengguna tetap lebuhraya mereka atau yang mengggunakan sistem touch n go di mana penggunaan pekerja tol dapat dikurangkan, yang bermaksud syarikat boleh menjimatkan penggunaan pekerja. Sebaliknya, rakyat boleh diajak menggunakan kenderaan jimat seperti Hybrid, kereta cc kecil dan mengggunakan gas NGV menggantikan minyak.

BUKU GAJI YANG BAGUS DIBACA
7. PINJAMAN DALAMAN
Di negara Britain dan Komanwealth, terdapat suatu amalan di mana pekerja boleh meminjam atau memohon sebahagian gaji mereka ketika di pertengahan bulan.

Sebagai contoh, jika seseorang itu berpendapatan bersih RM1,000 sebulan pada 25hb setiap bulan. Dia boleh memohon pinjaman kepada majikannya untuk meminjam/memohon RM500 gajinya pada pertengahan bulan iaitu pada 15hb setiap bulan. Baki R500 lagi akan diperolehinya pada hujung bulan seperti biasa.

Tujuan sistem ini ialah supaya pekerja yang mempunyai keperluan terdesak di pertengahan bulan boleh menggunakan wang tersebut tanpa menunggu hujung bulan. Keperluan terdesak itu seperti sekiranya ada kematian, anak sakit, kereta rosak dan sebagainya.

Namun begitu, sistem ini bukanlah paksaan atau kemestian, ianya adalah pilihan terkawal sahaja.

Salam Jumaat.
17 Januari 2014.
KLIA.




2 Komen:

Anonymous said...

Salam, Bab Rokok tu yang tak tahan baca tuan...hehe

Anonymous said...

Good idea

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan