SAMAN RM2 JUTA : DS NAJIB BANTU HJ. HADI AWANG ...

on Tuesday, February 25

Keikhlasan & Kemesraan Yang Terbuku
KEPUTUSAN Mahkamah Tinggi mengarahkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (TG Haji Hadi) membayar saman berjumlah RM2 juta berikutan penghakiman ingkar yang diperoleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd. Shamsul Mat Amin membawa 1001 macam konotasi. 
Jika saman itu dari UMNO dan BN ianya suatu perkara yang tidak mengejutkan, tetapi oleh kerana ianya datang dari parti sepakatan dan Ketua Umumnya pun tidak menunjukkan semangat a sense of belonging untuk menyelesaikan isu ini di luar mahkamah, maka terdisamanlah TG Haji Hadi sebanyak RM2 Juta itu.
TG Haji Hadi juga diarahkan membayar 5% faedah daripada writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500 setelah kegagalan memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Mohd. Shamsul sebelum ini.
Sebagai Ketua Umum yang paling berkuasa di dalam PKR, sebenarnya DS Anwar boleh memecat YB Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR seterusnya secara automatik jawatan Menteri Besar pun terpecat dengan sendirinya. 

Mudah sahaja bagi DS Anwar jika dia mahu lakukan, hanyasanya apa yang berlaku di Kajang adalah tarik tali antara MB Khalid dan Azmin untuk menyanatijahkan kehendak Anwar sebagai Menteri Besar sahaja. 

Dengan begitu senang sahaja ADUN Kajang berhenti di Kajang tanpa sebab, tanpa sakit dan tanpa keputusan Mahkamah. Ianya adalah dirancang, malahan sehingga ke hari ini mantan ADUN yang berhenti itu tidak memberi alasannya walaupun diminta oleh pihak PAS. 
Maka itu juga, mengapa DS Anwar tidak mengarahkan calon ahli PKR itu menarik balik samannya ke atas Haji Hadi? Mengapa membiarkannya berlarutan sekian lama? Sudah pasti ada tujuannya. Politik adalah seni mencapai tujuan melalui pelbagai cara. DS Anwar boleh menghalalkan apa jua cara untuk mencapai matlamat politiknya, hatta membiarkan TG Haji Hadi terpaksa membayar RM2 Juta itu. 
Akhirnya Menghulur Tangan Menerima Keputusan PRU13
Dalam pada itu, saya telah pernah menulis bahawa DS Najib adalah Perdana Menteri yang mahu menjadi yang terbaik pada zamannya. DS Najib mahu menjadi Perdana Menteri kepada seluruh rakyatnya di mana beliau mahu dikenang sebagai Perdana Menteri yang akan memenuhi keperluan every single person di dalam negara ini, walaupun ianya sukar dan berliku. 

Sebab itu juga, apabila DS Anwar menyerangnya daripada seluruh angel dan di seluruh dunia, akhirnya DS Anwar hadir melutut maruah politiknya di parlimen. DS Anwar akhirnya terpaksa mengakui kemenangan DS Najib dan melupakan pula hasratnya untuk retired dan seterusnya menjadi pensyarah di Amerika.
TG Haji Hadi Berkata "Suatu Hari Mereka Akan Faham Unity Government"
Dalam isu ini, saya ingin mencadangkan supaya DS Najib dan UMNO memberi bantuan dan sokongan moral kepada TG Haji Hadi ketika beliau kini berdepan saman RM2 Juta itu. 
Inilah masa yang sesuai menunjukkan semangat "Rekonsiliasi Nasional" serta konsepsual dan kontekstual "Unity Governmentyang pernah disuarakan oleh TG Haji Hadi dahulu (2009). Jika Allahyarham Datuk Asri Muda boleh bertemu Allahyarham Tun Abdul Razak di Eropah untuk penyatuan dahulu, mengapa kini tidak. 

Saya tidak bercakap soal penyatuan UMNO dengan PAS, atau PAS kepada UMNO, atau UMNO kepada PAS. Kedua-duanya harus terus berjalan, namun apa salahnya kini berseiringan. Islam itu agama persaudaraan.
DS Najib dan TG Haji Hadi kedua-dua pemimpin ini berperawakan sederhana sesuai dengan ajaran agama Islam yang menekankan kesederhanaan. Kedua-dua pemimpin utama ini terserlah keikhlasan mereka dan menghormati keakuran parti masing-masing.
Kepada DS Najib Tun Razak, bantulah TG Haji Hadi...

TG Haji Hadi Awang Tidak Terburu-Buru Merealisasikan "Unity Government"



2 Komen:

Anonymous said...

Tak setuju sehingga beliau menarik balik amanat Hadi yg telah memecah belah umat islam malaysia dan meminta maaf secara terbuka... sanggupkah beliau..

Anonymous said...

Hadi boroi mesti tarik balik kenyataan nya yang mengkafirkan orang islam lain yg tidak menyokong pasyit. Hadi mesti minta maaf dan mengaku kesilapan beliau. Hadi mesti taubat sekiranya dia ikhlas untuk berbaik dgn umat islam dinegara ini. Sehingga itu terjadi, hadi boroi adalah org yg sangat keji saperti najis dan kencing babi dan anjing.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan