![]() |
WALAUPUN KELETIHAN, DS HISHAMMUDDIN MELAYAN BAIK TEMURAMAH DENGAN CCTV WALAU BERDEPAN KERENAH WARTAWAN LUAR NEGARA |
SEJAK 8 Mac, 2014, sekiranya anda memerhatikan kelibat DS Hishammuddin, saya percaya beliau tidak pernah cukup rehat dan tidak pernah tidur lena memikirkan keselamatan para penumpang MH370. Kita boleh saksikan mata beliau keletihan ketika sidang media, tetapi beliau tetap setia berdiri menjawab apa jua soalan wartawan dalam dan luar negara, walaupun soalan yang tiada kaitan sebagaimana yang ditanya oleh seorang wartawan dari negara Perancis.
Kini kita tahulah bukan semua wartawan luar negara bijak, ada juga yang mendedahkan kebodohan diri sendiri. Apabila Air France terhempas dan semua penumpang terkorban, kita tidak bertanya soalan kepada Presiden Perancis adakah dia mempunyai skandal dengan Naomi kerana ianya soalan nakal yang tidak berkaitan. Barangkali wartawan itu tidak pernah belajar Etika Kewartawanan sebab itu juga dia tidak tahu berpakaian sopan di negara timur seperti Malaysia.
Adakah apabila sesi Press Conference DS Anwar Ibrahim, dia akan bertanya kenapa anak kamu, isteri kamu dan kamu sendiri semua hendak jadi Ahli Dewan Rakyat dan ADUN? Adakah anak-anak kamu yang lain akan turut bertanding dalam PRU14? Agaknya wartawan itu akan bertanya perkara yang sama tak kepada Lim kit Siang ataupun Lee Kuan Yew?
Sebagai Menteri yang berpengalaman, DS Hishammuddin tidak pernah mengaitkan isu kepartian krew MH370 kerana bukan itu prioritinya. Keutamaan DS Hishammuddin ialah keselamatan dan nyawa penumpang MH370 tanpa mengira warna kulit, agama, bahasa, negara dan fahaman politik.
Keutamaan DS Hishammudin juga ialah menjawab sebaik mungkin dan setepat yang boleh soalan-soalan yang dikemukakan wartawan. Walaupun soalan sebodoh wartawan Perancis itu ianya dijawab dengan jujur.
Ada orang bertanya maklumat kerajaan lambat berbanding info dari luar negara dan penyiasat persendirian. Dalam hal ini, beliau telah menerangkan bahawa Kerajaan sebagai petanggungjawab lepada rakyat tidak boleh menerima bulat-bulat berita yang tidak disahkan, berita ragu-ragu atau berita yang hanya untuk menyenangkan hati keluarga penumpang pesawat MH370. Kerajaan akan mengambilkira semua pandangan tetapi Kerajaan juga mempunyai mekanisme ketat untuk memeriksa semula maklumat-maklumat tersebut sebelum disahkan dan dimaklumkan kepada orang awam.
Begitu juga, dengan isu yang ditimbulkan oleh segelintir YB pakatan, di mana DS Hishammuddin boleh juga memberi penerangan berkenaan isu MH 370 sebagaimana kepada BNBBC sekiranya ada permohonan daripada pihak pakatan rakyat. Dalam hal ini, semua pihak tidak perlu ragu-ragu kerana sepanjang saya mengikuti DS Hishammuddin beliau adalah seorang ahli politik yang telus, bertanggungjawab dan bercakap yang benar sahaja.
Bersambung...
17 Komen:
Aku suka cara Hishamuddin menjawab soalan. Tepat dan tak pernah emosi. Aku rasa wartawanpun perasan kemampuan Hishamuddin
Mantap ! Terang dan nyata
Sebahagian drpd ciri pemimpin ialah bersedia lakukan pengorbanan
Ada org bertanya nak tahu ada org bertanya nak nguji. Ds dah lulus cemerlang ujian ini. Tabikkk..
Sejak zaman tun m eartawan luar selalu cari kelemahan pemimpin kita. Dgn Tun mereka gagal dengan datuk hisham juga mereka tak berjaya
Bro..aku terkejut tgk Hishamuddin oo memang nampak amat terampil dan mantap. Alhamdulillah
Wartawan2 ni kadang2 memalukan jugak.. tanya soalan2 bodoh...mcm X blaja... mujur Hisham ni bijak, berpendidikan & menggunakan akal dlm menjawab setiap soalan
Sedih & terbaru bila baca paper harini kate Hisham punyalah berusaha demi kes ni smpai X sempat balik rumah lansung sejak hari pertama hilangnya pesawat ni.. Allah, teruskan beri kekuatan kpd pemimpin kami ni Ya Allah
Konsisten, tegas dlm kelembutan, tepat & berwibawa...itulah DS Hisham
Respect dgn ketabahan Hisham...Wa salute lu Bro...
Sensitive, berwibawa, bijak, tenang & berjiwa rakyat....tahniah Hisham
Hisham berkorban apa saja demi MH370, kami rakyat Malaysia berkorban apa saja menyokong perjuangan Hisham
Walaupun kadang2 diaju soalan2 x masuk akal, Hisham x pernah mengeluh & melenting malah memberi respon dgn sopan
Kami pun sanggup berkorban apa sahaja demi membantu anda Hisham....
Sejuk je tgk muka Hisham walaupun Jauhari disudut hati die, Tuhan je yg tau ape yg die tanggung skrg
Mungkin dari dulu org dok nmpk Hisham ni lembik or boleh ambil endah x endah je that's why ade reporter suka2 hati tnye soalan bodoh
Hebat....beliau memang seorang yang hebat
Post a Comment