DS HISHAMMUDDIN : TEGAS, TENANG & TIDAK TERPENGARUH PROVOKASI

on Saturday, March 15

SUASANA di Hotel Sama Sama KLIA khususnya di tempat Sidang Media MH370 bukanlah tidak teratur, hanya apabila ratusan wartawan dalam dan luar negara memenuhi kawasan tersebut sambil menanti Sidang Akhbar ianya bagaikan semut berjumpa gula. 

Sebagai pemerhati, saya amat berbangga dengan ketegasan DS Hishammuddin mengendalikan sidang akhbarnya. Rata-rata wartawan media yang saya temui berpuashati dengan cara DS Hishammuddin memberi jawapan. 

Mereka kata oklah kerana DS Hishammuddin tidak memberikan harapan palsu, tidak melayan berita palsu dan DS Hishammuddin berjaya membawa mesej utama kerajaan bahawa Keutamaan Kerajaan ialah "Berusaha Menyelamatkan" penumpang pesawat MH370.

Walaupun beliau diprovokasi oleh segelintir wartawan dengan membawa berita-berita daripada pelbagai sumber, DS Hishammuddin menjawab dengan tegas, tenang dan meyakinkan.

Sebeum itu, saya telah menghantar mesej kepada DS Hishammuddin bahawa, dalam berhadapan dengan wartawan pelbagai negara dan pelbagai persoalan yang ditimbulkan, saya katakan "kalau boleh Datuk Seri mesti berada setiap hari di Press Conference tersebut". 

Saya sampaikan mesej kepada DS Hishammuddin bahawa isu ini melibatkan nyawa manusia, nama baik negara dan beliau mesti berada di hadapan. Pihak DCA, MAS dan Angkatan Tentera Malaysia juga penting tetapi yang lebih penting ialah DS Hishammuddin berjaya menjadi 'jurucakap' yang berkesan.

Apabila wujud spekulasi oleh wartawan bahawa benarkah pesawat tersebut masih terbang 4 jam selepas dikesan hilang? DS Hishammuddin menjawab dengan tegas ianya tidak benar dan memberitahu bahawa syarkat Boeing Rolls-Royce sendiri menafikannya. 

Begitu juga apabila diasak dengan pertanyaan wartawan yang seolah-olah tidak percaya tentang pesawat tersebut 'turning back'. Beliau berkata ya, radar tentera mengesannya berpatah balik dan akhirnya pasukan-pasukan dari luar negara turut mengesahkannya pesawat tersebut membuat 'turning back'.

DS Hishammuddin juga berjaya menjawab dengan tenang tetapi meyakinkan berkenaan isu terjumpa tumpahan minyak, pintu kapal terbang, rakit penyelamat malah rumors kononnya satelite China mengesan imej pesawat tersebut ternyata tidak benar. 

Sehingga ke hari ini, DS Hishammuddin tidak pernah mengatakan pesawat tersebut terhempas, ianya masih kekal dengan status hilang. Hilang tidak bermaksud terhempas. Kita masih berusaha supaya menemui pesawat dan penumpang tersebut.


Lebih daripada 10 buah negara, dengan beberapa negara masih menawarkan bantuan seperti Iran dan Bangladesh. Ianya operasi yang sangat besar dalam dunia. Malaysia sendiri mengerahkan semua aset tenteranya mengesan pesawat MH370. Jika Amerika negara kuasa besar dengan segala macam teknologi dan kemampuan insfratuktur ketenteraan juga tidak mampu mengesan pesawat MH370, mengapa merendah-rendahkan usaha negara sendiri.

Saya tidak setuju Ketua Operasi diberikan kepada negara luar khususnya Amerika. Operasi ini mesti diketuai oleh Malaysia kerana pesawat MH370 itu milik Malaysia dan didaftarkan di Malaysia. 

Kepada DS Hishammuddin, teruskan berada di Hotel Sama-Sama, KLIA setiapkali adanya maklumat penting. Kita tidak boleh benarkan negara luar menentukan masa hadapan rakyat kita dan negara kita.

Kepada rakyat Malaysia, yakinlah dengan Malaysia!







0 Komen:

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan