PUISI PERDANA MENTERIKU NAJIB

on Friday, March 21


Ketika mula aku menjadi Perdana Menteri
Aku bersyukur kepadamu Ilahi
Kerana Engkaulah yang menentukan
Qada dan Qadar hidupku
Lalu aku berusaha menjadi
Perdana Menteri terbaik kepada rakyatku,
Aku berusaha memenuhi apa jua
Keperluan rakyatku,
Aku bersungguh-sungguh 
Siang dan malam
Kerana aku mahu rakyatku bahagia
Dan mendapat keredhaanMU
Di dunia dan di akhirat.

Hanya kepadamu Ya Ilahi

Aku mengadu dan berserah
Jiwa dan ragaku
Hidup dan matiku

Ya Allah Tuhan Sekalian Alam

Engkau menguji hambaMU yang terdahulu,
Dengan seribu satu macam dugaan,
Mana mungkin aku tidak diuji
Jua seribu satu macam cabaran,
KepadaMU jua ya Allah
Aku kembali bertafakur berdoa
Semoga Engkau selamatkanlah
Rakyatku di dunia dan di akhirat,

Ya Allah Tuhan Yang Maha Penyayang

Jika segala usaha sudah ku tebar
Andai segala daya sudah ku hampar
Tika segala hayat sudah ku serah
KepadaMU jua aku kembali
Tawakkal Tu Ilallah
Selamat Di dunia dan di akhirat.

Rakyatku yang tersayang

Berat mata memandang
Berat lagi bahu memikul 
Tiada apa ku pinta
Hanya mengajak marilah kita bersatuhati
Berdoa kepadaNYA
Allah Azza Wajalla
Moga dirahmati dikasihi dan disayangi
Kerana dari DIA kita datang
Kepada DIA jua kita kembali

Jika airmatahatiku bisa kau rasa

Jika degupkalbuku bisa kau sentuh
Jika dalam mataku bisa kau lihat
Sesungguhnya aku tidak akan mengalah
Demi rakyatku yang tercinta
Jiwa dan raga aku serah
Kerana kalian adalah kekuatanku
Sejak sekian lama,
Terima kasih rakyatku...

Nukilan:
Hj. Al-Azharri Siddiq Hj Kamunri
Perdana Putra, Putrajaya.
















0 Komen:

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan