SPR DICADANG BENARKAN BAWA MASUK 50,000 ORANG BANGLADESH & MYANMAR KE KAJANG

on Sunday, March 2

PRU13 isu pengundi Bangladesh, PRK Kajang isu pengundi Myanmar pula
Kemenangan DS Najib dan Barisan Nasional (BN) semasa Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) tahun lalu pada mulanya tidak diterima khususnya oleh DS Anwar Ibrahim (Anwar) dengan alasan wujudnya pengundi asing khususnya disebut angka 40,000 orang Bangladesh. Demontrasi bantahan Black 505 hanya terhenti apabila hasil pertemuan eksklusif saya tempoh hari berjaya mematikan dan seterusnya menamatkan isu tersebut. 

Namun demikian, baru-baru ini ada lagi pemimpin PKR yang membuat tuduhan baharu kali ini kononnya terdapat pengundi dari negara Myanmar pula. Ianya sudah dinafikan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).

Sementara itu, Pilihanraya Kecil Kajang terpaksa diadakan tanpa sebab yang munasabah kerana mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang tidak mengalami masalah kesihatan atau pun dihukum oleh mana-mana Mahkamah. Dia pun masih hidup. Oleh itu, sepatutnya tiada sebab dia meletak jawatan.

Satu perkara rakyat Malaysia tidak begitu jelas ialah rupa bentuk wajah orang Bangladesh. Sebab itulah semasa PRU13 terdapat rakyat Malaysia yang hitam gelap diheret dan dituduh sebagai orang Bangladesh. Walhal dia sebenarnya rakyat Malaysia berketurunan India. Seseorang yang berwajah hitam, pendek, rambut separuh berserabut dan sebagainya tidak semestinya merujuk kepada orang India. Janganlah kita menghina orang India. Terdapat ramai orang India yang kacak dan cantik di Malaysia.

Sekarang ini, timbul pula tuduhan pengundi Myanmar di Kajang. Orang Myanmar pun berkulit sawo matang kehitaman, kadang rambut lebat berbadan kecil, ada juga yang gempal sedikit. Kadangkala hampir-hampir sama juga dengan orang India dan orang Melayu.

Cadangan Bawa Masuk 50,000 Orang Bangladesh & Myanmar
Oleh yang demikian, saya ingin mencadangkan kepada SPR supaya membawa masuk 40,000 orang Bangladesh dan 10,000 orang Myanmar ke Kajang. Dengan jumlah kira-kira 50,000 orang Bangladesh dan Myanmar ini, maka bolehlah pihak media membuat rakaman wajah-wajah sebenar orang Bangladesh. 

Rakamlah bentuk tubuh mereka, suara mereka, bahasa pertuturan mereka, cara mereka menulis, cara mereka berdiri dan sebagainya. Kemudian tunjukkanlah kepada pihak PKR wajah-wajah sebenar orang Bangladesh dan Myanmar. Kemudian tanya kepada mereka pula, mana dia 40,000 orang Bangladesh yang disebut semasa PRU13 dahulu? 

Idea ini memang nampak berat, tidak mengapalah kerana inilah satu cara yang mudah boleh dibuktikan kepada PKR rupa bentuk orang Bangladesh yang sebenar. Saya bimbang apabila DS Anwar tewas di Kajang, dia akan menyalahkan pula kewujudan kononnya pengundi Myanmar. Maklumlah pemimpin mereka sudah pun menyebut hal ini.

Di samping itu, rakyat Malaysia keseluruhannya bolehlah meyaksikan dengan mata kepala sendiri wajah-wajah sebenar orang Bangladesh dan Myanmar. Bayangkanlah dalam minda anda wajah-wajah mereka kalaulah benar wujud semasa mengundi dalam PRU13 dan PRK Kajang nanti.

Kos penghantaran pergi-balik mereka sudah tentulah DS Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli dan Tian Chua sudi mengusahakan pembayarannya kerana bukankah mereka yang menimbulkan isu pengundi Bangladesh dan Myanmar? Bukankah mereka yang hendak sangat melihat bukti-bukti orang Bangladesh dan orang Myanmar? Kumpulkanlah mereka di Stadium Kajang. Rakyat Malaysia pun mahu tahu bagaimana rupa bentuk orang-orang Bangladesh apabila dikumpulkan seramai 40,000 orang itu, dan bagaimana karakter pula 10,000 orang Myanmar apabila dikumpulkan.

Pihak SPR tidak perlu mengeluarkan satu sen pun kerana yang mahukan bukti nyata kewujudan orang Bangladesh dan Myanmar ini ialah mereka sendiri.

Bagaimana pandangan anda? Dengan cara ini, SPR tidak perlu lagi asyik menafikan tuduhan mereka, sebaliknya dengan cara ini ianya akan terjawab dengan sendirinya dan dapatlah memuaskan hati mereka yang asyik menimbulkan isu kewujudan pengundi Bangladesh dan pengundi Myanmar. Mereka yang mencipta isu, biarlah mereka pula yang menjawabnya sendiri.

Artikel ini bukan sindiran, dan tidak minta anda ketawa.

Selamat Berhari Minggu.
KLIA, 2/3/2014.

0 Komen:

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan