BEZA DS HISHAMUDDIN KETIKA BERDEPAN WARTAWAN

on Thursday, April 10

TRAGEDI MH370 kini menjadi satu lembaran sejarah yang paling tragis dalam dunia moden hari ini, khususnya kepada negara kita, apatah lagi tragedi ini melibatkan pesawat negara kita dan juga penumpang negara kita, dan negara lain.

Saya ingin berkongsi dengan pembaca tentang pemerhatian saya ketika DS Hishammuddin Tun Hussien (DS Hishammuddin) berhadapan dengan ratusan wartawan dan media dalam serta luar negara. Perkara ini penting kerana ianya berkaitan masa hadapan negara kita.

Di hadapan ratusan wartawan dalam dan luar negara, di hadapan percikan cahaya kamera, sportlight yang sudah pasti panas, soalan bertubi-tubi, soalan provokasi, mikrofon, stesen-stesen TV dan radio antarabangsa, ketika berjuta-juta dunia menghala ke arah anda. Cuba bertanya adakah anda mempunyai kekuatan minda, kekuatan stamina dan kekuatan kenegaraan selama lebih 30 hari, hampir setiap hari, untuk berhadapan kondisi ini.

Dalam kalangan wartawan senior, anda mungkin tidak mengetahui bahawa dahulu ada seorang bekas Menteri apabila anda hendak mengemukakan soalan anda mesti menyediakan skrip soalan terlebih dahulu, tidak boleh menyoal soalan yang sukar, sebaliknya hendaklah soalan yang senang dan memberikan berita yang baik, malah khabarnya kaki anda akan dipijak sekiranya anda cuba menyoal soalan yang boleh menjatuhkan imejnya. 

Malahan, jika anda menyoal perkara yang membangkitkan kemarahannya, anda akan dimarahi, sebab itulah ada yang keluar perkataan, "jika you ulang, i saman". Sebenarnya, ugutan-ugutan seperti ini sangat-sangat tidak demokratik kepada wartawan dan rakyat. Tatkala anda bercakap tentang kompeten, transperancy dan keterbukaan sebaliknya anda diugut dengan saman menyaman. 

Berbeza dengan DS Hishammuddin, apabila seorang wartawan luar negara bertanya, "adakah Menteri sepupu kepada DS Najib?". DS Hishammuddin tidak menengking wartawan itu dan tidak juga mengugut untuk menyamannya, sebaliknya beliau menjawab dengan tenang. Satu Malaysia tahu DS Najib adalah bersepupu dengan DS Hishammuddin sejak dahulu lagi. Akhirnya wartawan itu memalukan dirinya sendiri. 

Di Malaysia, anda tidak akan bertanya kenapa DS Anwar, Nurul Izzah dan isterinya Dr. Wan Azizah sekaligus menjadi wakil rakyat? Ramai orang berkata macam tidak ada orang lain? Baca ulangan di sini . Siapakah yang menuduh kerajaan KKN (Kronisme, Korupsi, Nepotisme)? Dan siapakah kini yang mengamalkan KKN?

Bahasa Inggeris
Perkara kedua ialah penggunaan bahasa Inggeris DS Hishammuddin lebih lembut dan lancar berbanding seorang bekas Menteri yang berpengaruh itu. Keupayaan menggunakan bahasa Inggeris, memahami laras-laras bahasa seperti bahasa Diplomasi, bahasa Politik, bahasa Provokasi dan sebagainya akan memberi mesej yang jelas. Dalam hal ini, DS Hishammuddin berjaya menguasai kehendak para wartawan, walaupun terdapat wartawan yang mengemuka soalan yang belum ada jawapan. Contohnya, apakah perbualan di dalam kotak hitam itu? 

Namun, kepada saya, kekuatan DS Hishammuddin sebenarnya terletak kepada keikhlasannya, kejujuran dan keberanian. Beliau memberi maklumat yang sama kepada keluarga pesawat, wartawan, pemimpin kerajaan dan pembangkang, pemimpin luar negara dan tidak menyembunyikan maklumat-maklumat penting.  

Bayangkan, ketika beliau sedang membuat press conference di atas pentas, tiba-tiba beliau dihulurkan sekeping kertas bertulis tangan mengenai maklumat terbaharu, beliau tidak membuang masa terus membaca maklumat itu malah menunjukkannya kepada para wartawan yang dahagakan berita eksklusif.

Ketika DS Hishammuddin berkejar ke Hawai untuk mewakili negara dalam persidangan antarabangsa Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN, juga pertemuan dengan Menteri-Menteri Pertahanan daripada kuasa-kuasa besar, hasilnya kita berjaya mendapatkan bantuan berharga daripada kerajaan Amerika dan Britain dalam usaha SAR di Lautan Hindi. Adakah anda berfikir cukup dengan menelefon dan menghantar sms untuk memohon bantuan kepakaran kuasa-kuasa besar itu? Diplomasi pertemuan DS Hishammuddin di Hawai tempoh hari ternyata membuahkan hasil, bukan untuk dirinya, tetapi untuk pesawat MH370 dan negara kita.

Oleh yang demikian, tidaklah mengejutkan kepada saya apabila rata-rata rakyat termasuklah penyokong pembangkang mula memerhatikan potensi beliau. Bagaimana pula pandangan anda?

Selamat Membaca. 
Selamat Berhari Jumaat.

#PrayForMH370
#DoaUntukMH370
#MH370 











19 Komen:

Anonymous said...

Steadylah Bro, kita samalah ! Hargai kehebatan pemimpin Melayu

Anonymous said...

Kewibawaan Hishamuddin adalah mimpi ngeri bagi Pakatan. Kita tunggu tindakan gila babi Pakatan lepas ini .

Anonymous said...

Saya sudah melihat Dato Seri H2O sebagai pemimpin masa hadapan. Namun begitu saya berharap beliau dapat memperteguhkan ketegasan dalam menangani isu - isu sensitif yang melanda hari ini. Beliau kena ingat bahawa kemenangan tipis beliau dalam pemilihan agung UMNO yang lepas telah memberikan isyarat bahwa beliau berubah dan bertindak sebagai pemimpin berjiwa rakyat sekiranya mahu memimpin Malaysia pada masa hadapan

Anonymous said...

Keupayaan Hisham terserlah. Sebenarnya masa aku Pemuda dan Hisham ketua Pemudapun mmg nampak keupayaannya. Cuma untuk pemilihan baru baru ini, Hisham diwar warkan sebagai gagal . Aku rasa org UMNO juga yang merosakkan reputasi Hisham. Tapi sekarang semuanya dah terjawab dengan jelas.

balqis chris said...

Harapan saya semoga DS Hisham juga mampu membawa UMNO kembali kpd zmn kegemilangan nya spt 1 masa dahulu

luncai emas said...

Steady la Bro...sebulan lebih kes ni tergantung tp lu tetap steady & x pernah mengeluh.... keep it up Hisham

aisya Adam said...

Fikirlah sendiri mcm mane Malaysia boleh dpt bantuan dri 26 negara luar kalau bukan sbb org yg lead tu

rose putih said...

Cara Hishamuddin berdepan dgn wartawan seluruh dunia mencerminkan imej negara.. baik caranya, maka baiklah imej yg dicerminkan oleh beliau

Rabbit said...

Satu perkataan sahaja untuk H2O: PROFESSIONAL

Bukan FOFESYENEL macam 'MB bayangan' dari Selangor tu...

Anonymous said...

Yes...setuju dgn 'Rabbit' ...

Anonymous said...

Hati-hati saudara...

Begitu jugalah kerajaan kenalah berhati-hati...

Memang semua negara yang membantu tak minta balasan...

Nampak macam ikhlas, nampak macam baik...

Namun berhati-hatilah...

Baik ada makna tu...

Contohnya PM S'pura datang, mintak keretapi laju dapat...

Itu baru 'sandiwara' di depan tabir....

"Sandiwara' di belakang tabir kita rakyat jelata tiadalah mengetahuinya...

Negara-negara lain pulak belum mintak lagi...

Kalau depa dah mintakpun manalah kami rakyat jelata ni tahu...

Itukan rahsia negara?

Tiadalah rakyat jelata seperti kami layak mengetahui rahsia negara!

Pres. USA khabarnya nak datang bulan ni...

Dua kali pulak tu...

Ntah apalah pulak 'sandiwara'nya samada di depan tabir mahupun di belakang tabir?

Anonymous said...

Wa salute lu Bro Hisham!

OrangJohor said...

wah, byk tol org mesia puji hisham ni yer.. satu dunia pun tgh puji dia... ehehe.. tapi korang tau tak apa sebab hisamudin ni kena puji byk woo skrg??? Jeng3x.. "omputeh takkan puji org melayu kalau xdak sebab". Lu pikir la sendiri... Buktinya?.. tungguuu! Korang faham nanti...

Anonymous said...

Sekarang - kurang nya ade jugak usaha drpd yg dok ckp je tp x de usaha membantu langsung

Anonymous said...

X perlu goyang dgn media... mata pena hanya tajam 0.5-0.7 je jika nk dibandingkan dgn ketajaman akal fikiran manusia

Anonymous said...

Ni la die...kehebatan kepimpinan Melayu..

Anonymous said...

Hisham ni memang nampak seorang yang bijak & terlatih untuk menjadi seorang pemimpin

Osaka_uyu__ said...

Teruskan keperibadian yang sebegini, insha Allah beliau akan terus & lebih disegani orang ramai pada masa akan datang

Anonymous said...

Kematangan yang semakin menyerlah dalam keperibadian dan kepimpinan Hisham

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan