PRESIDEN FAM : TENGKU MAHKOTA JOHOR BELUM SAMPAI MASA

on Sunday, April 20

Sejak setahun yang lepas, segelintir pihak agak celupar, terlepas cakap malah agak kurang hormat kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang menerajui FAM. Isu bolasepak adalah isu nasional, maka saya berminat untuk memberi sedikit pandangan.

Pada awal tahun 1980an dan 1990 ketika bolasepak negara kita gah di persada Asia dan Asia Tenggara, para pengkritik muda ini baharu di bangku sekolah pun. 

Kini, pasukan bolesepak negara kita semakin meningkat dengan memenangi beberapa piala seantero seperti Sukan SEA, Tiger CUP dan sebagainya yang dahulunya dimonopoli oleh pasukan Thailand, Vietnam, Singapura dan Indonesia. Ramai juga pemain kebangsaan bermain dengan pasukan luar negara.

Baru-baru ini, semasa Sultan Pahang menjalani rawatan kesihatan di Institut Jantung Negara (IJN) pun, mereka terus mengkritik dengan kritikan-kritikan keras ke atas Sultan Pahang, walaupun mereka tahu Sultan Pahang tidak mungkin boleh menjawab kritikan-kritikan itu ketika tuanku sedang gering. Apakah ada menteri kita tidak tahu Presiden FAM menjalani rawatan kesihatan di IJN?

Apabila pasukan Malaysia menjuarai pertandingan Piala Tiger dan Piala Sakan SEA mereka berdiam diri, apabila pasukan Malaysia tewas dalam kejohanan persahabatan pun mereka menuntut Presiden FAM meletak jawatan, sebagaimana yang terjadi di Stadium Selayang tidak lama dahulu.

Hari ini kita membaca dalam akhbar jawatan Presiden FAM akan ditandingi juga oleh Tengku Abdullah anakanda Sultan Pahang dan turut juga disertai oleh Tengku Mahkota Johor yang juga presiden PBNJ.

Bagi saya, Tengku Mahkota Johor lebih baik mengundur diri atas beberapa sebab antaranya secara peribadi beliau masih terlalu muda dalam kancah bola sepak di peringkat nasional dan antarabangsa. Pencalonan yang diterimanya pun tidaklah besar walaupun sebelumnya diuar-uarkan kononnya 8 ke 9 negeri akan mencadangkan namanya.

CABARAN TENGKU MAHKOTA JOHOR
Saya akui, JDT adalah pasukan yang hebat kerana berjaya mengumpul pemain-pemain utama negara di samping berjaya memancing pemain bola sepak antarabangsa yang sudah tua seperti Pablo Aimar. Semasa saya belajar di Johor Bahru, Pablo Aimar bermain untuk pasukan belia Argentina di Stadium Larkin. Hari ini, Pablo Aimar membuat kejutan untuk meminta dilepaskan daripada pasukan JDT! Apa sudah jadi? 

Begitu juga cabaran kejurulatihan pasukan JDT yang dahulunya oleh Fandi Ahmad, kemudiannya kini oleh Bojan Hodak dan Rajko Magic. Tidak termasuk isu pasukan penyokong JDT yang hebat itu tetapi sering terjebak dalam pergaduhan oleh/dengan pasukan-pasukan lain. Isu pergaduhan di lorong persalinan pun masih menjadi misteri. Isu-isu seperti ini memerlukan perhatian yang serius oleh kepimpinan JDT.

Bagi saya secara peribadi, individu yang paling sesuai menerajui FAM ialah Sultan Ahmad sendiri, ataupun Tengku Abdullah. Dua personaliti ini bukan kerana mereka Raja atau sudah lama di dalam FAM, tetapi kedua-dua mereka telah berkecimpung lama di dalam pembangunan bolasepak negara sejak lebih 30 tahun dahulu. Kedua-duanya kini telah melakukan transformasi dengan kebanyakan kuasa memilih pemain diberikan sepenuhnya kepada Jurulatih pasukan. 

Saya bimbang, jika FAM diterajui oleh anak muda yang belum lagi berpengalaman luas dalam urusan bolasepak di peringkat nasional, Asia dan dunia, saya bimbang pasukan bolasepak negara kita akan melakukan banyak kesilapan besar. 

Saya sedar Tengku Mahkota Johor mendapat sokongan padu rakyat Johor, namun pasukan JDT hendaklah membuktikan mereka lebih baik dengan menjuarai Piala Malaysia, Piala Liga, Piala Sumbangsih dan piala-piala lain. Kehebatan sesebuah pasukan bukan dikira jika anda berNaib Juara, tetapi hendaklah menjadi Juara terlebih dahulu. Ini adalah cabaran besar kepada JDT dan kepimpinan PBNJ.

Bersambung tajuk kedua, isu Program Pembangunan Bola Sepak Negara kerana saya melihatnya seperti tidak 'sink' dengan FAM!

Selamat Membaca.
Selamat Berhari Minggu.
















2 Komen:

Anonymous said...

Kalau asyik nak kata belum sedia, sampai bila bila bolasepak takkan berubah. Dalam 30 tahun mengemudi FAM, takkanlah tak ada pengganti yang sesuai. Kalau adapun, mesti akan dicantas dengan pelbagai tuduhan yang remeh temeh oleh golongan pengampu dalam FAM. Kurang setuju dengan penulis bila dikatakan TMJ kurang sedia. Okay kalau begitu,saya cadangkan Annuar Musa dibenarkan bertanding sebab pada pandangan saya beliau calon yang amat layak untuk kemudi FAM ke arah kecemerlangan.

Mat Kodiak said...

Jawapan TMJ http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140421/su_02/Saya-sedia-berundur---TMJ ...TMJ tak berminat pun hanya ada orang sorong dari belakang jer tu...

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan