DOJ HUGUON SIOU KOMUNITI BUGIS SABAH ?

on Tuesday, April 10

Pertemuan DOJ Dengan YAB DS Najib Berlangsung Dalam Suasana Harmoni 

Minggu lalu saya menulis kisah pertemuan saya dengan Datuk Ghapur Salleh di sini. Di bawah ini adalah kisah pertemuan saya dengan Datuk Osman Jamal (DOJ). Selepas ini saya akan menulis pertemuan saya dengan YAB TS DS Hj. Musa Hj. Aman di sini. Semoga ianya ada pengajaran kepada kita semua untuk kemashlahatan negara kita yang pelbagai etnik ini.

Pertemuan DOJ Presiden Persatuan Komuniti Bugis Sabah (PKBS) dengan YAB DS Najib Tun Hj. Abd. Razak (Najib) telah berlangsung dalam suasana yang harmoni di pejabat YAB Perdana Menteri, Putrajaya.

Saya percaya DOJ berjaya membawa beberapa isu penting yang melibatkan kebajikan Komuniti Bugis di Sabah khususnya dalam bidang pendidikan dan sumbangan komuniti kepada perpaduan nasional di negeri Sabah.

Sembang-sembang Dengan DOJ (2014)

Dahulu, Persatuan Komuniti Bugis Sabah (PKBS) dikenali sebagai Persatuan Kebajikan Bugis Sabah (PKBS). Apabila ianya ditukar kepada Komuniti, saya pada mulanya tidak bersetuju, kerana istilah Komuniti itu merujuk kepada konsep dan terminologi linguistik yang kecil. Namun, apabila saya berpeluang berdiskusi dengan DOJ (2012), beliau telah memahamkan saya bahawa Komuniti itu bermaksud masyarakat Bugis adalah sebahagian daripada rakyat Sabah. 

Secara umum, mereka yang lahir di Sabah, warganegara Malaysia, ibu bapa mereka yang lahir di Sabah, mereka yang keturunannya sudah berada di Sabah sejak tahun 1870an, mereka yang keturunannya sebelum kehadiran penjajahan Belanda dan Syarikat Hindia Timur Inggeris, mereka inilah yang dikatakan Komuniti Bugis Sabah yakni mereka adalah Sabahan, mereka adalah Bumiputera sebagaimana telah dinyatakan dalam mahkamah negeri Sabah (1958) lagi sebelum dipinda oleh pemerintahan kerajaan BERJAYA (1983) dahulu kerana memperkenalkan konsep bumiputera (BI dan BBI).

Komuniti Bugis di Sabah adalah berbeza dengan masyarakat Bugis Indonesia. Orang Cina Tarakan (Indonesia) dengan orang Cina Tawau Sabah (Malaysia) juga berbeza. Orang Melayu Kelantan dengan orang Melayu Patani (Siam) juga berbeza. Orang India Malaysia dengan orang India dari Chennai juga berbeza. Orang Cina Malaysia dengan orang Cina Tanah Besar China juga berbeza. Buku 'Clash of Civilization and The Remarking Of The New World Order' oleh Profesor Samuel Huntington menerangkan dengan panjang lebar permasalahan etnik dan ketamadunan. Antaranya, Hungtinton menyebut sesuatu bangsa itu boleh mempunyai lebih daripada satu negara, tetapi mereka hanya mempunyai satu sahaja tamadun. 
DOJ Bersama YAB Perdana Menteri Di Perdana Putra
Berbalik kepada DOJ, semasa saya masih bersekolah dan menetap di Tawau dahulu, ayah saya dan ayah DOJ adalah ketua persilatan pasukan Seni Silat PKBS yang memenangi Pertandingan Seni Silat Peringkat Negeri Sabah (1989) dahulu. Banyaklah aktiviti lain seperti pertandingan bola sepak dan sebagainya.

Kini, DOJ dilihat berjaya membuktikan wawasannya kepada Komuniti Bugis di Sabah. Kehadirannya semasa sesi RCI di Kota Kinabalu dahulu merupakan suatu keberanian yang terpuji. Beliau berjaya menjelaskan sejarah Komuniti Bugis di Sabah dengan terang dan berjaya menjelaskan isu-isu liar yang kabur. Saya sendiri sempat menghantar emel peribadi menerangkan pandangan saya dalam konteks perpaduan nasional.

Tidak perlu saya menyatakan di sini apakah butir-butir perbincangan DOJ dengan YAB Perdana Menteri. Apa yang saya boleh nyatakan ialah Komuniti Bugis di Sabah dalam meniti cabaran yang semakin kompleks mestilah bersatupadu, bekerja bersungguh-sungguh dan mematuhi undang-undang negara kita. Beberapa isu-isu yang menghalang kemajuan Komuniti Bugis di Sabah khususnya dalam politik boleh diselesaikan jika bersatu padu dan memahami konsep perpaduan nasional.

Menjelang PRU14, apa khabar Bugis Sabah? 

Ipoh, Perak.
10 Mac, 2018.

Bacaan Tambahan http://www.al-azharrisiddiq.com/2017/08/huguan-siou-bugis-sabah.html









4 Komen:

Anonymous said...

Sangkut ka OJ ne bosku

Anonymous said...

TERBAIK DATO

Anonymous said...

DOJ Mantan Presiden PKBS.
Memanglah Bugis di Indonesia berbeza dengan Bugis di Malaysia. Yang jadi isunya, terlalu ramai Bugis dari Indonesia yang jadi warganegara Malaysia melalui IC Projek. Golongan ini yang merosakkan nama Bugis malah mereka inilah yang berlagak seolah2 Tawau ni mereka punya. Bugis yang telah jadi warganegara sebelum zaman merdeka pun tidak berlagak dan tidak suka Bugis IC projek ini. Lipa diri.

Anonymous said...


DOJ Mantan Presiden PKBS.
Memanglah Bugis di Indonesia berbeza dengan Bugis di Malaysia. Yang jadi isunya, terlalu ramai Bugis dari Indonesia yang jadi warganegara Malaysia melalui IC Projek. Golongan ini yang merosakkan nama Bugis malah mereka inilah yang berlagak seolah2 Tawau ni mereka punya. Bugis yang telah jadi warganegara sebelum zaman merdeka pun tidak berlagak dan tidak suka Bugis IC projek ini. Lupa diri.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan