HARAPAN PENCARIAN MH370 : DS HISHAMUDDIN KONSISTEN, ELAK BERMAIN EMOSI, ELAK PERCAYA RUMORS

on Friday, May 23

JANJI DS HISHAMMUDDIN KONSISTEN, PENCARIAN MH370 AKAN DITERUSKAN SEHINGGA DITEMUI
Saya mendapati laporan The Malaysian Insider ini amat meragukan malah tidak dapat diterima bulat-bulat kerana dapatannya hanya mengambil kesempatan daripada emosi segelintir keluarga penumpang MH70. Harus diingat, masih ramai keluarga penumpang yang masih berharap agar kerajaan Malaysia tidak berputus asa sebaliknya konsisten meneruskan pencarian tersebut.

Di dalam hal-hal keselamatan rakyat dan negara, kita tidak boleh bersandarkan emosi dan andaian untuk membuat keputusan yang tepat.

Jika terdapat 3 konsultan kardiologi (cardiologis) berjuang untuk menyelamatkan nyawa seorang patient. Ketiga-tiga cardiologis tersebut sudah pasti memiliki pengalaman dan knowledge yang berbeza-beza, management yang tidak sama, tetapi mereka mempunyai harapan yang sama iaitu menyelamatkan nyawa patient tersebut.

Begitu juga, pasukan tentera (ATM), DCA dan agensi-agensi keselamatan negara sudah pasti memiliki pemikiran dan pendekatan yang berbeza, namun sudah pasti mereka mempunyai satu tujuan yang sama, iaitu menyelamatkan secepat mungkin penumpang pesawat MH370. 

Kita harus ingat, tragedi ini adalah pengalaman pertama negara kita Malaysia, tetapi kita beruntung kerana mendapat sokongan seluruh dunia dalam usaha pencarian pesawat MH370. Ia suatu rekod dan pencapaian yang menakjubkan, dan ianya bukan mudah untuk meyakinkan negara lain membantu negara kita. Dalam hal ini, DS Hishammuddin telah berjaya dan ianya turut diakui oleh pemimpin-pemimpin pembangkang dalam negara kita.

JANJI DS HISHAMMUDDIN
Janji DS Hishammuddin sebagai Menteri yang bertangggungjawab ialah akan meneruskan pencarian ke atas pesawat MH370 sehingga berjaya, walaupun mengambil masa yang lebih lama berbanding kes Air France yang mengambil masa dua tahun itu.

Perdana Menteri turut memberi jaminan bahawa pencarian akan diteruskan sehingga pesawat MH370 tersebut ditemui. Jaminan oleh kerajaan ini hendaklah diterima dengan rasa syukur dan kerajaan tidak meminta apa-apa balasan, melainkan bagi saya marilah kita pula memberi sokongan yang sewajarnya.

Kita juga harus ingat, DS Hishammuddin sebagai Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan telah berusaha siang dan malam, dalam negara dan luar negara, 30 hari pertama beliau tidak pernah memperdulikan rehat dan kesihatan, malah tidak balik ke rumah semata-mata untuk memastikan setiap maklumat terkini dapat diguna dan disalurkan, supaya nasib penumpang dan krew MH370 dapat diusahakan.

Jika kerajaan atau pun DS Hishammuddin berniat untuk menyembunyikan maklumat-maklumat penting kepada keluarga penumpang, saya percaya DS Hishammuddin tidak perlu membuat pengumuman bahawa pesawat tersebut membuat 'turning back'. Bukankah pada ketika maklumat tersebut diumumkan oleh pihak tentera, ramai orang tidak mahu mempercayainya sehinggalah satelit Immarsat dan data-data dari satelit antarabangsa membuktikan kebenarannya.

Pesawat pejuang tentera, di mana-mana negara pun adalah mustahil untuk mengambil keputusan menembak jatuh mana-mana pesawat awam yang dipenuhi oleh  penumpang awam. Dalam sejarah moden, pesawat tentera kuasa-kuasa besar seperti Amerika, China, Britain, Perancis dan Russia tidak akan menembak pesawat awam sewenang-wenangnya apatah lagi ianya pesawat sendiri malah bukannya pesawat tentera musuh.

Di titik pesawat MH370 dikesan hilang dari radar, dan tatkala dikesan oleh radar tentera membuat turning back, kapten MH370 tidak membuat sepatahpun komunikasi dengan mana-mana menara kawalan dengan mana-mana negara yang dilaluinya, atau dengan mana-mana pesawat yang lalu lalang di sekitarnya.

Sekiranya pesawat tentera Amerika atau China berada di kawasan tersebut, dan mengesan kondisi pesawat tersebut, apakah anda memikirkan pesawat itu (MH370) perlu ditembak? Apakah keluarga penumpang pesawat MH370 mengharapkan supaya mana-mana pesawat tentera menembak pesawat MH370 yang tidak diketahui apa kejadiannya ketika itu?

ELAK PRASANGKA BURUK, NEGARA JIRAN TERSINGGUNG LAPORAN RUMORS MEDIA
Kita tidak harus wujud prasangka buruk kononnya ianya suatu 'pelan' untuk menghilangkan pesawat MH370 itu. Jika teori itu ada logiknya, mengapa pula pasukan tentera di negara-negara yang pesawat MH370 itu lalui turut tidak dapat dikesan oleh radar mereka? Apakah anda juga bermaksud negara Vietnam, Laos, Kemboja, Thailand, Indonesia, Singapura dan Australia turut bersekongkol dengan Malaysia untuk menghilangkan pesawat MH370 itu?

Satu perkara yang saya sangat yakin DS Hishammuddin tidak akan lakukan, iaitu mengarahkan pihak tentera menembak pesawat MH370 sedangkan pada masa itu kita yakin ianya bukan pesawat musuh. 

Pada ketika itu, kita yakin ianya adalah pesawat komersial yang sedang terbang dengan operasi biasa, pihak tentera sudah pasti mempunyai alasan kukuh untuk tidak mengganggu operasi terbang pesawat itu. Sekiranya setiap kali pesawat komersial membuat turning back, adakah setiap kali itu pesawat tentera kena mengekori pesawat komersial tersebut? 

Jika anda mempunyai fikiran kerajaan Malaysia menyembunyikan maklumat tentang pesawat MH370, adakah anda juga menuduh negara-negara sekeliling seperti Thailand, Filiphina, Indonesia, Amerika Syarikat dan China turut menyembunyikan maklumat kepada keluarga penumpang?

Sudahkah anda membaca artikel terbaharu Tun Dr. Mahathir Mohamad, beliau mahukan anda tujukan soalan kepada CIA dan Boieng. Ternyata tidak ada jawapan kerana CIA dan Boieng pun turut tidak ada jawapannya! Misteri kehilangan pesawat MH370 ini adalah yang pertama kali berlaku di dalam dunia ini, di mana pakar-pakar penerbangan, pakar-pakar keselamatan turut kebingunan. Namun mereka tidak pernah 'fed up' berusaha, malah mereka juga tidak termakan dengan teori-teori yang bersifat spekulatif dan andaian semata-mata.

Pemimpin kerajaan Indonesia sendiri melahirkan rasa marah apabila terdapat media yang tidak bertanggungjawab melaporkan bahawa "radar tentera Indonesia patut dapat mengesan dan mengetahui pesawat itu terbang di ruang udara mereka", walaupun jika dengan mata kepala logik anda radar tentera Indonesia patut dapat mengesannya kerana perjalanan pesawat itu ke Lautan Hindi melalui ruang udara berdekatan negara Indonesia.

Kerajaan Singapura turut tidak melayan rumors media kononnya "Singapura patut dapat mengesan laluan pesawat tersebut semasa membuat turning back". Kerajaan Thailand dan Vietnam sendiri tidak mempunyai jawapan walaupun titik hilang dan titik turning back pesawat tersebut berada di dalam lingkungan ruang udara mereka.

Sebagaimana yang ditunjukkan oleh DS Hishammuddin, jika beliau mempunyai maklumat terkini, walau dengan hanya sehelai kertas, beliau akan memaklumkannya dengan segera. Malangnya, seperti kata pakar-pakar penerbangan dan pakar-pakar keselamatan dalam negara dan dunia luar, para penumpang mahukan sesuatu maklumat yang tidaka ada. Mereka mahukan maklumat yang advanced sedangkan kerajaan Malaysia tidak mungkin akan menyalurkan maklumat yang samar-samar, maklumat "google search" dan "hear say".

Semasa ditanya dalam program Four Corners, wartawan tersebut bertanya dalam konteks tentera dan DS Hishammuddin menjawabnya dalam konteks ketenteraan itu, yakni tentera tidak menghantar jet pejuang untuk menembak pesawat yang diketahui pesawat komersial.

Pada 8 Mac 2014, sekitar jam 1:21 pagi itu, apabila transponder berhenti memancar signal semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, anda harus tahu DCA dan agensi keselamatan negara kita bukannya tidur, tetapi mereka menghubungi semua menara kawalan dan pesawat-pesawat yang berada di laluan MH370 jikalau mereka ada membuat komunikasi.

Saya bersetuju dengan pandangan DS Hishammudin bahawa, jika DS Hishammudin mengambil keputusan mengeluarkan arahan menembak pesawat komersial MH370 itu, dan semuanya pasti akan mati terbunuh, sudah tentu tidak ada harapan lagi untuk mencari. Dan kesilapan ini akan lebih membunuh masa hadapan negara kita.

Mari kita bertanya diri sendiri, apakah anda bersetuju pesawat pejuang kita menembak pesawat MH370 yang ketika itu membuat turning back dan tidak diketahui pergerakannya hendak ke mana dan tidak diketahui apa yang sedang berlegar dalam minda kaptennya! Bagi saya, DS Hishammuddin memberi jawapan yang sesuai sebagai seorang Menteri Pertahanan.

Sudah pastilah dalam keadaan gawat, dalam kondisi keselamatan penumpang MH370 diutamakan, pelbagai idea dan langkah dicadangkan dan dilaksanakan secepat yang mungkin. 

Sudah pastilah DCA turut meminta bantuan pihak tentera selepas segala mekanisme dan prosedur asal keselamatan awam dan antarabangsa telah digunakan. Bukan sahaja kepada pihak tentera, kita turut meminta bantuan para nelayan, pemancing ikan dan orang-orang kampung sekiranya mereka ada melihat kejadian pelik pada subuh 8 Mac itu. 

KESIMPULAN 
Kepada keluarga penumpang MH370, yakinlah bahawa kerajaan Malaysia tidak pernah berhenti walau sesaat pun dalam usaha mencari pesawat MH370 dan penumpangnya. Kerajaan Malaysia tidak pernah memikirkan soal kewangan kerana keutamaan kerajaan sekarang ialah mencari pesawat MH370 tersebut sehingga ditemui.

Rumors yang meragukan boleh membunuh harapan anda. Ketua pembangkang Malaysia pernah membuat rumors dan tuduhan kononnya kerajaan memadamkan data kargo pesawat MH370, apabila kerajaan mendedahkan data-data kargo pesawat MH370 itu baru-baru ini, beliau sudah tidak boleh bercakap lagi.

Begitu juga tinjauan oleh Merdeka Centre tidaklah boleh dipakai 100% kerana mereka adalah entiti yang tidak bebas sebaliknya sejarah menunjukkan mereka sering memberi laporan yang berat sebelah dan tidak adil. Terdapat banyak laporan negatif mengenai Merdeka Centre, maka kebolehpercayaannya adalah dipertikaikan.

Memainkan sentimen dan emosi keluarga pesawat MH370 yang hilang memang mudah membakarnya, namun sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, melayan rumors dan spekulasi yang tidak bersandarkan fakta lebih buruk kesannya kepada keluarga penumpang MH370 dan masa hadapan negara kita.

Bagi saya, DS Hishammuddin telah berusaha sebaik yang terdaya, sebagai seorang manusia biasa beliau memahami emosi dan harapan keluarga penumpang pesawat MH370, sebagai seorang Menteri beliau membawa nama baik negara dan rakyat Malaysia. Jika baru dalam tempoh tiga bulan kita belum berjaya menemui MH370, adalah tidak bertanggungjawab jika sebuah portal menyalahgunakan emosi keluarga penumpang untuk memberi gambaran awal kononnya usaha tersebut sudah gagal sedangkan kerajaan tidak pernah berhenti.

Sepatutnya, sebagai sebuah warganegara yang bertatanegara, patriotik dan mempunyai semangat 'a sense of ownership', kita hendaklah bersatu hati memberi sokongan kepada usaha pencarian pesawat yang paling sukar dalam sejarah dunia ini sehingga berjaya. 

Nasehat saya, janganlah mendahului ketentuan Tuhan. Kita bukan Tuhan untuk mengetahui dengan detail apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Tangggungjawab kita ialah meneruskan pencarian sehingga berjaya menemui penumpang dan pesawat MH370. 






1 Komen:

Anonymous said...

Jawapan yg menarik.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan