UCAPAN SULTAN LAKSANA HUDUD SEGERA, MAT SABU UMUM PAS TANGGUH

on Sunday, May 11


TITAH SULTAN HASANAL BOLKIAH TERUSKAN HUKUM HUDUD
Sementara itu, berita yang mengejutkan PAS menangguhkan cadangan untuk membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian (private bill) berkenaan pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 Kelantan dalam sesi parlimen akan datang.
Membaca kenyataan media bagi pihak Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata PAS akan bekerjasama dengan kerajaan pusat untuk meniliti semula pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.
“PAS pusat bersetuju dengan cadangan penubuhan satu Jawatankuasa Teknikal antara kerajaan pusat dan dan kerajaan negeri Kelantan untuk meniliti semula pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 Kelantan.
“Oleh kerana itu cadangan membawa Rang Undang-Undang Persendirian di Dewan Rakyat pada persidangan bulan Jun ini tidak akan diteruskan. Ini bagi memberi ruang kepada Jawatankuasa Teknikal untuk merumuskan cadangan dan tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Pusat PAS disini hari ini (11 Mei 2014)
PARTI PAS UMUM TANGGUH
SULTAN BRUNEI PERINTAH LAKSANAKAN HUKUM HUDUD 





1 Komen:

kiasfansuri said...

apa yang saya faham hudud ialah isu politik kerana pas ialah parti politik. setelah sekian lama parti pas dibuli oleh pkr dan dap, isu hudud ini ialah suatu cara untuk menarik keluar pas dari pakatan rakyat. dan untuk memulakan kerjasama dengan umno. untuk keluar begitu sahaja adalah sukar kerana pas kini dikuasai oleh golongan anwarinas dan golongan ulama disingkirkan inilah satu cara pas niatnya untuk kebaikan melayu dan islam. adakah salah tindakan itu? Marilah kita berfikir untuk bersatu.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan