UMAT ISLAM KECEWA HUDUD DITANGGUH

on Thursday, May 15

CALON BEBAS DI BUKIT GELUGOR BAWA PERJUANGAN HUDUD
BILA JAWATANKUASA PUSAT TEKNIKAL HUDUD AKAN MULA? BOLEHKAH HUKUM HUDUD DIBENTANG SEPTEMBER, 2014?

JAWATANKUASA TEKNIKAL berkenaan Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Negeri Kelantan atau lebih popular disebut Hukum Hudud dtangguhkan oleh parti PAS dengan alasan memberikan peluang kepada Jawatankuasa Teknikal tersebut memperhalusi dan mempermudahkan perlaksanaan Hukum Hudud di negeri Kelantan.

Oleh itu, PAS Pusat mengambil keputusan untuk tidak meneruskan cadangan membawa Rang Undang-Undang Persendirian di Dewan Rakyat bulan hadapan.

Ramai ahli-ahli PAS terkejut dan semacam tidak percaya dengan keputusan mengejut itu. Ada yang marah, ada yang malu dan ramai juga yang wala' dengan alasan kepimpinan PAS Pusat lebih mengetahui apa yang sesuai. Timbalan Presiden PAS adalah orang yang paling mengembirakan DAP di atas kejayaan menangguhkan cadangan Hudud ke Parlimen.

Isunya kini sampai bila hendak tangguh? Selepas PRK Bukit Gelugor? Selepas PRK Telok Intan? Tahun hadapan?

Menteri Besar Kelantan adalah orang yang paling kecewa dengan politiking PAS di peringkat pusat ini, kerana beliau sudah bersungguh-sungguh untuk melaksanakan Hukum Hudud selepas pertemuan dengan DS Najib dan pemimpin-pemimpin Kerajaan Pusat. 

Fasiliti seperti Mahkamah Syariah sudah pun siap di Kota Bharu, malahan Kerajaan Kelantan sudah mempunyai senarai nama Hakim-Hakim yang berkelayakan untuk melaksanakan Hukum Hudud di Kelantan. Kerajaan Pusat pula sudah sedia ada pasukan keselamatan seperti PDRM di Kelantan untuk membantu perlaksanaan Hukum Hudud di Kelantan. Pendek kata tidak ada sebab ditangguhkan.

Maka itu, seluruh umat Islam mahu Jawatankuasa Teknikal antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Kelantan menyegerakan kerja mereka. Jangan lagi bertangguh-tangguh. Tak kanlah Jawatankuasa Teknikal ini mengambil masa berbulan-bulan untuk melaksanakannya?

Apa yang tidak cukup di negara kita? Hakim-hakim Islam ramai, peguam-peguam syariah melambak, tetuan-tetuan guaman berlambak, angggota Polis berlambak, Menteri Besar Kelantan tidak ada masalah, Kerajaan Pusat tidak ada masalah. Pendek kata dari segi kewangan untuk membayar gaji sudah sedia ada, Mahkamah Syariah yang paling indah tersergam sudah siap, Apa yang tidak cukup?

Oleh kerana PAS meletakkan seolah-olah Jawatankuasa Teknikal inilah penyebab kepaada ditangguhnya cadangan membentang Hukum Hudud di Parlimen bulan hadapan, seluruh umat Islam yang cintakan Islam mahu isu ini diselesaikan dengan segera.

Janji Presiden PAS ialah apabila sudah selesai cadangan-cadangan oleh Jawatankuasa Teknikal mengenai Hukum Hudud ini, maka mereka akan membawa Cadangan Persendirian Hukum Hudud ke Parlimen. Jika tidak sempat persidangan Parlimen bulan Jun ini, ianya boleh dicadangkan semasa sidang parlimen bulan September 2014. 

Tak kanlah Jawatankuasa Teknikal ini tidak boleh memutuskan sesuatu sehingga bulan September, 2014?

Umat Islam mahukan jawapan, Umat Islam mahu melihat kesungguhan, bukan alasan dan retorik politik. 

Rayuan sudah dibuat di sini 

3 Komen:

Anonymous said...

Penangguhan dibuat oleh PAS di atas dasar politik semata-mata. Ramai pemimpin PAS yang tidak bermoral merasa gerun dan takut dengan bayang-bayang sendiri. Dulu diuar-uarkan dan dijadikan modal bahawa perjuangan murni ini ditentang oleh UMNO. Tetapi, sejak 5 tahun kebelakangan ini, hati pemimpin PAS sudah mula bergetar apabila gula-gula mereka selama lebih 20 tahun untuk melaksanakan hudud sudah tidak lagi diterima bulat-bulat oleh rakyat. Sementelahan pula UMNO berterusan memperbetulkan fakta fitnah oleh PAS dan apabila hal ini dihidu, pemimpin PAS mula cari nyawa baharu iaitu menukar tajuk perjuangan kepada negara berkebajikan.

Mutakhir ini, apabila UMNO memberi signal positif, pemimpin PAS yang rosak akhlak mula jadi kacau-bilau. Matilah kali ini! Bagaimana hendak berdepan dengan rakan Pakatan yang terang-terang menentang. UMNO mendorong cadangan oleh PAS dan membentuk jawatankuasa yang akan melihat kepada hal-hal bagi perlaksanaan hukum Islam ini. PAS segera setuju dan dapatlah mereka talian hayat yang terakhir untuk menangguhkan cadangan. Bolehlah mereka terus bersuka-ria membantu rakan Pakatan yang sebenarnya musuh abadi di dua pilihanraya kecil terdekat ini.

Anonymous said...

BIAR UMNO SAJA YANG MEMBAWA USUL HUDUD DI PARLIMEN. WAHAI NGO-NGO DAN PENDOKONG-PENDOKONG ISLAM, AYUH MULAKAN GERAKAN KESEDARAN DI SELURUH NEGARA DAN KEMUKAKAN MEMORANDUM KEPADA KERAJAAN BARISAN NASIONAL UNTUK MENYEGERAKAN TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANA YANG TELAH DITUBUHKAN.

SANGAT JELAS, ORANG MELAYU TIDAK BOLEH BERHARAP KEPADA PAS UNTUK MEMULAKANNYA. BENARLAH KATA-KATA NEGARAWAN SELAMA INI BAHAWA PAS MENGGUNAKAN UGAMA UNTUK KEPENTINGAN POLITIK SAHAJA DAN MEREKA SANGGUP TUNDUK KEPADA NAFSU DAN KEHENDAK PAKATAN SYAITAN.

Anonymous said...

Aku hairan dengan UMNO hari ni. Semasa Dr. Mahathir jadi PM, sudah jelas dia kata huhud PAS tak adil, tak islamik. Memang aku setuju dan semua orang UMNO setuju. Now, hukum yang sama, diluluskan waktu Mahathir PM, disokong oleh UMNO. Munafik! besar! Melayu makin jadi taleban. Jangan buat statement bodoh - kalau tak buat salah tak perlu takut hudud. Masala nya bukan buat salah, bodoh. Masalahnya ialah menipu atas nama Allah. Hukum yang tak adil dikatakan dari Allah. itu saja sebab aku tak setuju. Munafik punya UMNO hari ni..

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan