TNB PERLU KREATIF ATASI ISU BIL ELEKTRIK YANG MENGGILA-GILA

on Monday, June 16

TNB (Tenaga Nasional Berhad) merupakan salah sebuah syarikat di bawah seliaan kerajaan. Baru-baru ini, kita didedahkan isu IPP (Syarikat Pengeluar Tenaga Swasta) yang diwujudkan kerana ketidakmampuan TNB memberi perkhidmatan tenaga elektrik yang semakin tinggi pada setiap masa.

Isu yang lebih besar ialah, kenaikan Tarif Elektrik pada awal tahun 2014 baru-baru ini kini mula dirasai oleh seluruh rakyat. Semuanya marah termasuklah kakitangan kerajaan sendiri, jiran-jiran, khususnya mereka yang duduk di pinggir bandar, bandar-bandar dan kosmopolitan seperti Kuala Lumpur. 

Pada pandangan saya, TNB perlu lebih kreatif untuk mengatasi isu kenaikan Bil Elektrik akibat daripada kenaikan Tarif Elektrik. Tidak ada gunanya TNB membentang Laporan Tahunan setiap tahun dengan sekian jumlah keuntungan dan sekian jumlah peningkatan kos seandainya rakyat terbeban.

BELI SAHAM IPP
Saya tidak ingin mengulas isu IPP, jika saya menjadi wakil rakyat, saya akan cadangkan kepada Parlimen supaya kerajaan membeli semua saham-saham IPP dan serahkannya kepada TNB atau sebuah perbadanan tenaga yang lebih efisyen. Malangnya saya hanya seorang penulis sahaja.

Saya juga tidak hendak menulis tentang harga yang terpaksa TNB beli daripada IPP, ianya memang tidak masuk akal. Itu urusan TNB dan IPP, tetapi jangan membiarkan isu ini berpanjangan kerana rakyat sekarang sangat cerdik, malah mereka boleh mendapat maklumat dalaman TNB dengan mudah. 

CADANGAN
Saya hanya mahu mencadangkan supaya TNB merombak cara membayar Bil Elektrik yang dibebani oleh pengguna isi rumah. 

1. Pembayaran Bil Elektrik hendaklah dipermudahkan. Contohnya, jika Bil Elektrik seseorang pengguna itu RM500.00 selepas kenaikan Tarif Elektrik baru-baru ini. Sudah tentu mereka yang bergaji di antara RM1,000 hingga RM3,000 sebulan di bandar-bandar menghadapi masalah kerana mereka juga perlu membayar Bil Air, Bil Astro/Bil Unifi, Minyak Kereta, Sewa Rumah, Ansuran Rumah, Ansuran Kereta, sekolah anak, Bil Handphone dan pelbagai lagi.

Jika TNB boleh memberi diskaun bayaran Bil Elektrik kepada kakitangannya, mengapa rakyat tidak boleh diberi diskaun? Oleh itu, semua pengguna mesti diberikan diskaun Bil Elektrik bukannya RM20.00 tetapi sama dengan apa yang dinikmati oleh kakitangan TNB, sama ada RM80.00 atau RM100.00 atau angka lain sesuai dengan perkiraan yang seadilnya. 

2. Kaedah membayar secara ansuran mengikut kemampuan pengguna perlu diperkenalkan. Contohnya, jika Bil Elektrik pengguna naik mendadak kepada RM300 atau RM500, mereka hendaklah diberi kebenaran membayar sebanyak dua kali. Manakala Bil Elektrik bulan seterusnya dibawa ke hadapan. Format ini boleh diselaraskan untuk tempoh setahun, di mana pengguna diberi peluang menjelaskannya dalam tahun tersebut sahaja. Manakala untuk tahun akan datang, ianya dikira semula dengan Bil Elektrik bulan Januari.

3. TNB hendaklah mempunyai perasaan kemanusiaan yang tinggi kepada rakyat. Saya mendengar terdapat banyak pasaraya-pasaraya, gudang-gudang dan kilang-kilang yang liat membayar Bil Elektrik walaupun sudah mencecah jutaan ringgit

Malangnya, TNB tidak dapat memaksa mereka atau memotong elektrik mereka kerana terdapat halangan-halangan yang tidak dapat diatasi oleh pihak TNB. Tidak perlulah saya detailkan halangan-halangan itu di sini. Begitulah juga dengan pengguna persendirian, TNB perlu lebih bertimbangrasa dan membantu mengurangkan bebanan mereka.

Saya ingin membantu TNB dan saya ingin membantu kerajaan, maka inilah cara saya, supaya rakyat boleh membayar Bil Elektrik mereka dengan tidak rasa terbeban dan lebih bertanggungjawab.

TNB patut membuka mata, jangan membiarkan rakyat menyalahkan Perdana Menteri dan kerajaan kerana Perdana Menteri sudah memberi kepercayaan kepada TNB untuk mengurus isu tenaga dengan bijaksana. 

Kita mesti berani memberi Laporan yang tepat kepada Perdana Menteri walaupun buruk atau pahit, kerana setiap laporan yang kurang tepat akan menghasilkan tindakan yang silap. Yang akan menerima kesannya ialah rakyat dan kerajaan. Manakala TNB seperti dahulunya LLN (Lembaga Letrik Negara) boleh diberhentikan bila-bila masa dan digantikan dengan perbadanan lain yang lebih efisyen.

Jika TNB tidak berjaya menguruskan isu Bil Elektrik yang sedang menggila sekarang, saya bimbang ianya akan menjejaskan kemaslahatan negara kita.

Saya mohon mencadang.
Bagaimana pandangan anda?









3 Komen:

Anonymous said...

Sangat-sangat setuju, jika TNB membisu dengan idea ini sy percaya kerajaan Najib akan keilangan 50% undi semasa PRU14 nanti dan kerajaan BN pasti akan berkubur. Good idea bro, tapi jgnlah takut mendedahkan angka-angka, hehe

Anonymous said...

Yg tak difahami apa kena mengena pengguna dgn pemotongan olih TNB sebanyak 1.6% Kumpulan wang Tenaga Bolih Baharu...cu cita sikit..dah lah takrif gila gila..Jangan sampai jadi macam Mesir pula..

Anonymous said...

Bagi saya isu sebenarnya ialah orang di peringkat atasan Tenaga National nak merasionalkan bonus jota-jota hengget yang diperolehi setiap tahun maka dia perlulah tunjuk prestasi kewangan yang meningkat dari setahun ke setahun...

Kalau prestasi kewangan mendatar sahaja pemegang saham mana yang rela bagi bonus kepada mereka tu...

Maka cara termudah nak tingkatkan prestasi kewangan dah tentulah naikkan tarif elektrik...

Perniagaan monopolo seperti Tenaga National menjadikan lebih mudah operasi naik tarif ini dilaksanakan...

Yalah, pengguna bukannya buleh sesuka hati beli bekalan elektrik dari tempat lain...

Berdasarkan pengalaman penswastaan Malaysia, inilah akibat yang perlu ditanggung oleh pengguna akibat dari dasar penswastaan yang dilaksanakan suatu ketika yang tak berapa lama dahulu...

Saya nak bertanya kepada penulis...

Ketika penswastaan badan-badan kerajaan seperti LLN menjadi TNB dulu, adakah pihak kerajaan begitu bodoh hingga tidak memegang sebahagian saham syarikat baharu tersebut?

Tak kiralah jika pegangan saham tersebut dibuat melalui MoF Inc. ataupun Khazanah Hldg, sebagai pemegang saham sudah tentulah ada menerima dividen dari keuntungan berbilion hengget setiap tahun...

Bagaimana kalau pihak kerajaan gunakan sebahagian dari dividen tersebut untuk menurunkan kadar tarif elektrik?

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan