MENYOKONG ARGENTINA |
Menteri
Belia & Sukan negara kita menyarung jersi negara lain ketika perlawanan
akhir bolasepak Piala Dunia di Dataran Merdeka.
Memanglah Malaysia tidak masuk
ke Piala Dunia, maka sebab itulah sebagai menteri sukan perlu memberi aspirasi hebat,
semangat kuat, jatidiri unggul lebih-lebih lagi patriotik mega kepada anak-anak muda. Maka
lebih baiklah, malah sebenarnya lebih cantik dipandang seandainya Menteri Belia & Sukan negara Malaysia menyarung jersi pasukan
Malaysia.
Presiden
Korea Utara yang lebih muda itu, tidak menunjukkan kepada rakyatnya kepentingan
Argentina dan German dalam konteks negarabangsa di Korea Utara. Kenapa? Ada
banyak jawapan, tetapi itulah juga sebabnya Amerika mahupun Israel tidak ada
keberanian menyentuh Korea Utara bukan!
Dengan
dihadiri kira-kira 20,000 penonton di Dataran Merdeka semalam, ianya cukup manis sekiranya
simbolik Dataran Merdeka itu yang menjadi lambang dan sejarah kemerdekaan
negara pada malam 31 Ogos 1957 diambil kesempatan dengan memberikan nilai patriotik yang sesuai.
Kalaulah semalam menteri kita menyarung jersi Malaysia, sudah pasti respectable rakyat Malaysia kepadanya akan meningkat, berbanding menyarung jersi pasukan yang kalah, apatah lagi dikaitkan dengan Yahudi pula yang sedang mengganas di Gaza sekarang. Penasihat menteri patut lebih peka berfikiran out site the box dan new politic. Istilah new politic telah digunakan semasa Perhimpunan Agung UMNO tahun lalu.
Pada
31 Ogos 2014, negara kita akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 57 tahun.
Sepatutnya semua pihak hendaklah peka dan memandang ke hadapan, khususnya dalam
konteks patriotisme. Jika Menteri kita
tidak menunjukkan kePatriotismenya, siapa lagi yang hendak dicontohi.
Allahyarham Sudirman Haji Arshad sudah lama meninggalkan kita, seorang
penghibur dan insan berjati diri yang sangat hebat.
Negara
kita tidak akan menjadi kuat hanya dengan memiliki jumlah simpanan dan aset berbillion USD atau SD. Negara kita tidak akan menjadi kuat hanya dengan adanya menteri yang
berkelulusan Oxford atau Harvard. Negara kita tidak akan menjadi kuat hanya dengan seseorang
yang berkahwin dengan anak pembesar negara.
Tetapi
negara kita perlu kekuatan emosi, rohaniah dan intelektual. Jika emosi rakyat
tiada cinta yang kuat kepada negara, maka berlakulah bendera Jalur Gemilang koyak rabak
tetapi masih dikibarkan di luar negara. Jika rohaniah rakyat kita tidak mantap maka berlakulah Jalur Gemilang dikibarkan dalam kedudukan terbalik. Jika rakyat
kita tidak berilmu pengetahuan, maka berlakulah insiden Jalur Gemilang dibakar
dan dipijak-pijak.
Bendera Dalam Sejarah Islam
Apa pentingnya bendera dalam sejarah Islam? Dalam satu peperangan (Perang Mu’tah,Tahun ke-8 Hijrah) di antara pasukan tentera Islam (3,000 orang) melawan tentera Rom dan sekutunya (200,000 orang), Rasulullah SAW telah berpesan sekiranya berlaku sesuatu kepada panglima Zaid ibnu Harithah, maka Jaafar ibnu Abu Talib akan menggantikannya. Jika Jaafar gugur digantikan pula oleh Abdullah ibnu Rawahah.
Apa pentingnya bendera dalam sejarah Islam? Dalam satu peperangan (Perang Mu’tah,Tahun ke-8 Hijrah) di antara pasukan tentera Islam (3,000 orang) melawan tentera Rom dan sekutunya (200,000 orang), Rasulullah SAW telah berpesan sekiranya berlaku sesuatu kepada panglima Zaid ibnu Harithah, maka Jaafar ibnu Abu Talib akan menggantikannya. Jika Jaafar gugur digantikan pula oleh Abdullah ibnu Rawahah.
Dalam
peperangan itu, Zaid ibnu Harithah telah gugur syahid kerana tubuhnya ditembusi
sebatang tombak. Bendera Rasulullah SAW seterusnya dipegang oleh Jaafar ibnu
Abi Thalib, seorang pemuda yang baru saja berusia 33 tahun. Akhirnya Jaafar
ibnu Abu Talib terkorban di mana tubuhnya terbelah dua syahid. Bendera
Rasulullah SAW seterusnya disambar oleh Abdullah ibnu Rawahah yang terus
menungggang kuda di tengah-tengah musuh. Beliau turut syahid dan bendera
Rasulullah SAW itu dipegang pula oleh seorang sahabat iaitu Tsabit ibnu Arqam
yang kemudiannya menyerahkan kepada Khalid ibnu Al-Walid yang baharu sahaja
memeluk Islam ketika itu.
Oleh
kerana Menteri Belia & Sukan kita mempunyai cita-cita yang tinggi dalam
politik negara, saya ingin memberi nasihat supaya memberi penekanan yang lebih
dalam aspek patriotisme yang mendalam, jatidiri yang kebal, nasionalisme yang
hebat.
Semasa saya bertemu beliau suatu masa dahulu, saya berbisik kepada beliau bahawa saya akan mengkritiknya jika berlaku sesuatu yang tidak kena, dan beliau mengagguk-anggukkan kepalanya. Bacaan ulangan anda di sini .
Bagi saya, jika kita hanya tahu merapati menteri tanpa memberi idea yang luarbiasa, sebenarnya kita akan membiarkan dirinya banyak melakukan kesilapan, dan seterusnya akan membunuh masa hadapannya.
Jika saya diberi peluang memberikan pandangan, saya akan mencadangkan kepada Menteri Belia & Sukan supaya beliau memakai jersi Malaysia dan menyediakan satu pasang untuk YAB Perdana Menteri. Kebetulan ada pihak mahu menubuhkan Negara-Ku, maka kita tubuhlah pula MALAYSIA-KU.
Bersetuju atau tidak bersetuju dengan saya, atau anda ada pandangan yang berbeza?
1 Komen:
Kitol ni .. BERFAHAMAN LIBERAL ..
ISTERI PUN TERLIBAT DENGAN .. SIS.. TALI BARUT BARAT ..
Post a Comment