PATRIOTIK |
NEGARA kita Malaysia mempunyai kira-kira 6 tahun lagi untuk sampai ke tahun 2020 iaitu sasaran untuk mencapai status
negara maju.
Saya ingin mengajak YAB Perdana Menteri
supaya memberi fokus kepada menanam nilai-nilai Patriotisme dalam Bajet 2015
nanti. Saya amat bimbang melihat kesedaran Ketatanegaraan rakyat Malaysia
semakin lemah, antaranya disebabkan oleh fenomena global khususnya kesan besar
medium internet.
NEGARA CHINA
Kita ambil contoh negara China bukan
sahaja terkenal kerana Tembok Besar, atau Terracotta, atau negara bangsa yang
dapat kekal sebagai negara komunis tetapi lebih daripada itu. China sejak
dahulu lagi mempunyai maruah yang tinggi sebagai sebuah negara yang mula
mengenalkan mata wang kertas, candu dan gun-powder, tetapi tidak pernah
menakluki negara-negara lain walaupun mereka mempunyai kemampuan berbuat begitu
sejak abad ke-12 lagi setelah berjaya mencipta kompas magnetik untuk kegunaan
navigasi dan serbuk letupan untuk pembuatan senjata.
Admiral Cheng Ho, seorang pelayar China
beragama Islam telah mulakan pelayaran sejak kecil lagi. Bersama armada seramai
lebih 12 ribu orang anak kapal dan menggunakan kapal-kapal besar, mereka dapat
menjelajah sehingga ke negara-negara Afrika dan Sepanyol pada tahun 1403-1405.
Berbanding dengan pelayar-pelayar Barat seperti Magellan dan Vasco da Gama yang
belayar seabad kemudian. Vasco pada tahun 1497-1500 manakala Magellan pula pada
tahun 1519-1522.
Barat menidakkan kejayaan China,
walaupun mereka kemudiannya memperkembangkan teknologi berkaitan wang kertas
kepada wang plastic (kad ATM), candu kepada dadah dan serbuk letupan (gun
powder) kepada senjata pemusnah besar-besaran (WMD). Kejayaan negara China
bukan terhenti di situ sahaja malah terus membangun dengan pesatnya.
Salah satu faktor kehebatan negara China
itu ialah kematangan tamadun dan semangat Patriotisme rakyatnya. Tamadunnya
dikaitkan dengan ilmu-ilmu kefalsafahan, matematik, perubatan, atronomi, sains
dan kesenian. Kejituan patriotisme China pula telah dapat menghasilkan dua
struktur binaan terbesar di dunia iaitu Tembok Besar dan takungan air (dam) dan
hidro elektrik di Sungai Yangtze.
Dari titik mula perkembangan, China diperintah
oleh lebih daripada 20 dinasti beraja sehingga 1911 apabila dinasti terakhir
dijatuhkan dengan munculnya nasionalis China (Guomintang) pimpinan Sun Yat Sen.
Nasionalis China pula dikalahkan oleh "Gong Chang Dang" atau lebih
dikenali sebagai Parti Komunis China, pimpinan Mao Zedong. Jika disusuli secara
kritikal perkembangan sejarah China, kita akan mendapati sejarah China juga ada
menghadapi perpecahan, peperangan, rampasan kuasa dan segala macam konflik,
dari berabad lamanya hingga kepada pendudukan Barat dan Jepun.
Namun China telah bersatu padu dan pada
hari ini juga perpaduan yang digembeling oleh kerajaan China adalah berdasarkan
semangat patriotisme yang tinggi.(Shao Ying)
CADANGAN
1. Memberi tumpuan kepada aspek ekonomi semata-mata boleh memberi malapetaka kepada negara jika melupakan aspek Patriotik. Negara China maju kerana rakyatnya Patriotik.
2. Mengapakah sebilangan rakyat Malaysia menterbalikkan Jalur Gemilang? memijak Jalur Gemilang? dan terkini merosakkan imej DYMM Seri Paduka Baginda YDA Agong sebagai lambang Perpaduan Negara. Walhal ianya perbuatan tidak Patriotik kepada negara sendiri. Jawapannya mudah, kerana di dalam hati mereka tidak mempunyai semangat Cinta Negara, tidak Patriotik dan tiada semangat kekitaan. Mereka tidak dapat membezakan kepentingan Negara dengan kepentingan fahaman politik mereka. Sepatutnya, apabila berhadapan sesuatu isu mengenai Negara sendiri, kita hendaklah bersatu hati.
3. Saya mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan Majlis Patriotisme Negara di mana badan ini akan menjadi badan pemikir cara-cara untuk menyemai, mendidik dan meningkatkan Patriotisme rakyat Malaysia dari aspek politik, sosial dan ekonomi.
Pendek kata, negara boleh hancur jika hanya dengan kekuatan ekonominya tanpa semangat jati diri yang kental.
Tatkala kita menempuhi saat-saat getir dengan tragedi MH370 dan MH17 juga isu keselamatan di Sabah, apakah yang paling penting kepada negara kita? Patriot !
![]() |
Baca Ulangan Ini |
0 Komen:
Post a Comment