ISU ELAUN COLA : CUEPACS TIDAK BOLEH DIHARAP, WAKIL RAKYAT SABAH DIMINTA BERSUARA

on Wednesday, October 8

Pada 23 April, 2014 saya telah menulis hal Elaun Cola kepada kakitangan Sabah di sini. Selepas enam bulan, apabila kita periksa laman web Cuepacs di sini tiada langsung perjuangan mereka untuk membantu Elaun Cola ini. Ianya sungguh menyedihkan.

Kakitangan Sabah/Sarawak yang merupakan tunggak kekuatan Kerajaan BN dinafikan hak mereka sewenang-senangnya tanpa ada usaha yang serius. Saya percaya Cuepacs tidak ada idea dan tidak ada perjuangan untuk memperjuangkan Elaun Cola kepada kakitangan Sabah/Sarawak.

Alasan biasa yang sangat kuno diberikan, selalunya memberi alasan lapok kononnya kakitangan Sabah/Sarawak sudah mempunyai Elaun Wilayah! Apakah Cuepacs tahu sejarah pemberian Elaun Wilayah dan perbezaannya dengan Elaun Cola? Silalah ke Arkib Negeri Sabah untuk membuat rujukan.

Cuepacs tidak langsung menyelami kata-kata YAB Perdana Menteri, bahawa apa jua keperluan dan permintaan rakyat Sabah/Sarawak hendaklah diberi perhatian dan dijayakan. Mengapakah YAB Perdana Menteri berkata sedemikian selepas PRU-13, sudah tentu kerana YAB Perdana Menteri bersyukur, berterimakasih dan mengenang budi rakyat Sabah/Sarawak yang memberi kemenangan kepada Kerajaan BN untuk kekal memerintah. Cuepacs tidak tahukah akan hal ini?

Rakyat Sabah/Sarawak tidak boleh menyalahkan YAB Perdana Menteri kerana beliau sudah memberi bayangan dan sokongan supaya ianya diselesaikan segera, namun amat malang apabila mereka yang diberi amanah dan tanggungjawab berfikiran jumud dan 'lidut'.

DISKRIMINASI BERTERUSAN, CUEPACS BERDIAM-DIRI
Isunya, jika anda tidak membuat perbincangan meja bulat bagaimanakah Elaun Cola boleh diberikan kepada rakyat Sabah/Sarawak? Jika anda tidak ada pun membuat kertas kerja kepada pihak YAB Perdana Menteri, apakah justifikasi yang hendak digunakan oleh JPA dan YAB Perdana Menteri? 

Kepada Cuepacs, jika asyik membandingkan Elaun Cola dan Elaun Wilayah, mari kita mengambil satu contoh bidang pekerjaan. Kita sama-sama membuat perbandingan. Contohnya, dalam bidang pendidikan , berapa ramaikah Pengetua/Guru Besar orang Sabah/Sarawak di Semenanjung? Saya yakin untuk mendapatkan 10 orang pun barangkali tidak ada? Kemudian anda bandingkan berapa ramai Pengetua/Guru Besar dari Semenanjung di Sabah/Sarawak? Maknanya, jangan anda persoalbandingkan Elaun Cola dan Elaun Wilayah sebagai timbal balas untuk menjawab isu ini.

Pak Lah diingati kerana memberikan kemudahan tiket wilayah setiap tahun kepada kakitangan Sabah/Sarawak yang berkhidmat di Semenanjung. Begitu juga di sebaliknya, kakitangan Semenanjung yang berkhidmat di Sabah/Sarawak turut menerima kemudahan yang serupa.

Kita berharap DS Najib juga akan memberikan ole-ole kepada kakitangan Sabah/Sarawak dalam Bajet 2015 nanti supaya menjadi ingatan sampai bila-bila.

Nampaknya, jika hanya berharap Cuepacs bersuara, barangkali kena tunggu DAP memerintah Malaysia! Barangkali dalam PRU-14, DAP akan meletakkan Manifesto mereka akan memberikan Elaun Cola kepada kakitangan Sabah/Sarawak juga. Yang salah dan yang 'lidut' siapa? Yang menikam Kerajaan BN dengan isu ini siapa? 

Kepada Cuepacs, bangunlah dari tidur! Mari berdebat dengan saya jika kamu tidak setuju dengan artikel saya ini. Sayugia saya ingatkan, apa yang saya tulis adalah luahan hati kakitangan Sabah/Sarawak dalam kumpulan wassap saya. Mereka adalah suara rakyat, pengundi dan penyokong Kerajaan yang mesti disampaikan kepada YAB Perdana Menteri.

Usahlah menanam bibit kebencian di hati mereka kepada Kerajaan sedia ada.

Kepada Wakil Rakyat Sabah/Sarawak, saya bagi pihak kakitangan Sabah/Sarawak merayu agar YB mengangkat isu ini dibincangkan, diperjuangkan dan dijayakan di dalam Parlimen. Kita tiada harapan kepada Cuepacs lagi! 

Bersambung soalan tambahan kepada Cuepacs, "Mengapakah Elaun Perumahan di Sabah/Sarawak lebih tinggi berbanding Elaun Perumahan di Semenanjung sedangkan bahan mentah di Sabah jauh lebih murah berbanding di Semenanjung?" Anda membiarkan Diskriminasi berterusan dalam sebuah negara merdeka di tahun 57!







4 Komen:

Anonymous said...

Saya pikir Cuepacs tidak tahu berurusan dgn Kerajaan. Jika tahu, dah lama isu ini akan selesai. Cuepacs diskrimasi pekerja Sabah Sarawak dengan org Semenanjung. Apa yg ditulis adalah realiti.

Anonymous said...

Ceupacs tak dak telor kata org Malaya, org Sabah bilang ndakda skul itu Cuepacs. Diskriminasi macam Sabah ini bukan orang Malaysia!

Anonymous said...

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Bumiputera Sabah dan Sarawak di Bangunan Perdana Putra di sini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, beberapa menteri Kabinet, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beberapa isu berkaitan hal ehwal Bumiputera di Sabah dan Sarawak dijangka dibincangkan dalam mesyuarat tersebut termasuk perkembangan isu penjawatan awam, projek-projek pembangunan dan tanah Hak Adat Pribumi (NCR).

bharian 7/7/2014.

sebenarnya dah ada saluran yang lagi besar tapi sejauh mana keberkesanan CM sabah dan sarawak membawa isu2 penjawat awam.

Anonymous said...

SALAM BRO..

rupanya ada alasan kenapa epw di sabah dan sarawak berbeza..kenyataan bertulis MP

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Seri Shahidan bin Kassim]: Tuan Yang di-Pertua,
sebelum itu saya hendak mengalu-alukan kawan-kawan dari Perlis yang datang begitu ramai, malah
yang teramai, paling ramai yang pernah hadir di Parlimen ini iaitu enam buah bas seluruh Perlis [Tepuk]
Tahniah. Mereka meraikan Hari Perpaduan tapi dibuat di Kuala Lumpur. Kira hebatlah puak Perlis. Kita
juga mengalu-alukan kawan-kawan dari Netherland. Tuan Yang di-Pertua akan sebut, saya tidak ada
senarai. From Holand, Netherland [Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi menjaga kebajikan penjawat
awam, kerajaan dari semasa ke semasa akan membuat semakan ke atas gaji serta elaun penjawat
awam supaya sejajar dengan kos sara hidup. Bagi membantu penjawat awam dalam menangani kos
sara hidup, pegawai yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak termasuk mereka yang bertukar wilayah
layak dipertimbangkan Elaun Perumahan Wilayah (EPW) dan Bayaran Insentif Wilayah (BIW).
Bayaran perumahan wilayah yang ditetapkan mengikut lokasi dan berasaskan kadar sewa pasaran
yang ditinjau oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan. Penentuan
kelayakan kadar adalah berpandukan kepada bandar atau kawasan dan mengikut gred 11 hingga
pengurusan tertinggi di mana letaknya pegawai-pegawai. Sebagai contoh di Kota Kinabalu, kadar EPW
adalah antara RM330 hingga RM2,500. Di Kuching dan Kuala Lumpur, kadar EPW antara RM500 hingga
RM2,500. Di Kangar, kadar EPW antara RM250 hingga RM2,500.
Sementara itu bagi Bayaran Insentif Wilayah (BIW), kadar bayaran mengikut peratusan daripada
gaji yang diterima iaitu di antara 12.5% sehingga 25%.

http://docs.jpa.gov.my/docs/pekeliling/pp02/bil04/Lampiran-C8.pdf

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan