AURA DS NAJIB, KETIKA DI LUAR NEGARA RAKYAT RESAH, APABILA TIBA DI DALAM NEGARA RAKYAT TENANG

on Sunday, December 28

DS NAJIB BERSAMA JEMAAH MASJID AS-SALAM, 
PENGKALAN CHEPA, KOTA BHARU, BAAN TAHLIL DAN YASSIN

BACAAN YASSIN DAN TAHLIL, BERSAMA RAKYAT JELATA
DS NAJIB DI MASJID PUTRA, PUTRAJAYA
SERING SOLAT MAGHRIB DAN ASAR SELEPAS BEKERJA
DS NAJIB MEMBACA SURAH YASSIN DAN TAHLIL
DI MASJID WILAYAH, KUALA LUMPUR
DS NAJIB TABAH TENANG SABAR BERTAWAKKAL KEPADA ALLAH
DS NAJIB DALAM MAJLLIS SALAWAT PERDANA  CINTA RASUL
DS NAJIB DI MASJIDIL HARAM, MAKKAH AL-MUKARRAMAH
HARI PERTAMA DS NAJIB MENJADI PERDANA MENTERI,
SAYA MENYAMBUTNYA (2009)
Pada tahun 2008, saya menulis mengenai DS Najib ketika saya mengunjunginya di rumah kayunya di Pekan, Pahang. Apakah yang menarik di situ, teruskan baca semula di sini .

Selepas 24 jam DS Najib kembali ke Malaysia, suasana politik negara kembali aman, tenang dan bahagia. DS Najib tidak perlu melenting, meninggi suara dan memarahi sesiapa.

Itukah aura Perdana Menteri? 




EKSKLUSIF : KISAH PERDANA MENTERI DI HAWAI

on Saturday, December 27

DS NAJIB BERSAMA MB KELANTAN MENINJAU PERKEMBANGAN BANJIR
SEJAK banjir fasa ke dua melanda negeri-negeri di pantai timur, berita-berita dalam bentuk wassap dan facebook bertebaran bagai halilintar. 

Namun, sesuatu yang paling tragik kerana berita-berita tersebut rupa-rupanya fitnah dan tipu. Apakah tujuannya? Untuk memberi gambaran betapa buruk situasi banjir atau untuk memberi reputasi negatif kepada agensi-agensi yang sedang berkorban sepenuh tenaga mereka? Atau ada niat yang lebih buruk?

Jika itulah niatnya, ia adalah kejahatan yang tidak kena pada tempatnya. 

Barangkali anda ada menerima wassap kononnya sejumlah 10 mayat bergelimpangan di Kuala Krai. Barangkali anda juga menerima wassap sejumlah 40 pesakit mati di Hospital Kuala Krai kerana kekurangan oksigen. Begitu juga barangkali anda ada menerima mesej sejumlah keluarga minum air banjir, membuat susu anak daripada air banjir, tiada makanan selama lebih seminggu dan sebagainya.

Mesej-mesej tidak memberi gambaran yang sebenar, sebaliknya menambah kekeliruan, ketegangan dan keburukan kepada keluarga mangsa dan negara.

Kesannya sangat buruk seolah-olah petugas-petugas di lapangan tidak bekerja. Dalam situasi sebegini, baik mangsa banjir mahupun para petugas, mereka semua terperangkap dalam suasana banjir. Keutamaan para petugas hanyalah menyelamatkan mangsa-mangsa banjir, memberikan kemudahan tempat tinggal yang selamat, dan memberikan makanan yang secukupnya. Sukar bagaimanapun, mereka tetap berusaha. Itulah tujuan murni para petugas.

Banjir kali ini antara yang di luar kebiasaan. Hujan turun tanpa henti, angin bertiup kencang, jumlah air melimpah, dan sebagainya. Jika perjalanan dari Destinasi A ke Destinasi B kebiasaannya hanya 10 minit tetapi semasa banjir besar ini, ianya menjadi 1 atau 2 jam kerana halangan air deras dan sebagainya. Jika lebih buruk lagi, ianya boleh jadi langsung tidak boleh didekati dalam sehari dua.

DS NAJIB BERSAMA MB KELANTAN MENDENGAR TAKLIMAT TERKINI
KISAH PERDANA MENTERI DI HAWAI
DS Najib, Perdana Menteri negara kita telah berada di lapangan banjir seminggu sebelum banjir semakin buruk.

20/12/2014 - DS Najib turun padang di SMK Gudang Rasau, Pekan, Pahang.

21/12/2014 - DS Najib di Kampung Ubai, Pahang melawat suasana banjir.

22/12/2014 - DS Najib menulis di tweeternya bahawa "Kerajaan akan memastikan beban mangsa banjir diringankan dan bantuan sampai kepada mangsa yang memerlukan"

23/12/2014 - DS Najib 11 kali tweet/retweet dalam sehari isu-isu banjir di pantai timur

24/12/2014 - DS Najib mengerahkan supaya semua agensi kerajaan beri tumpuan membantu mangsa banjir

25/12/2014 - DS Najib menghubungi TPM untuk memastikan bantuan kepada mangsa banjir ditingkatkan 

*Menerima jemputan Presiden Barrack Obama bermain golf tidak sampai 60 Minit

*Perjalanan KL-Hawai - kira-kira 9 jam
*Perjalanan Hawai-KL-Kelantan - kira-kira 10 jam

26/12/2014 - DS Najib meluluskan serta-merta peruntukan RM50 juta.

27/12/2014 - DS Najib meluangkan masa 5 jam melawat mangsa-mangsa banjir di Kelantan.

Jemputan oleh Presiden Amerika Syarikat pada 25/12/2014 perlu diterima kerana sebagai Perdana Menteri beliau mempunyai tanggugjawab yang sama penting dalam pertemuan itu, untuk kesejahteraan rakyat Malaysia jua.

Namun, Perdana Menteri membatalkan segala perancangan cuti yang khabarnya sepatutnya berakhir menjelang 31/12/2015. 

Perdana Menteri hanya 24 jam lebih sahaja di Hawai tidak sempat pergi ke mana-manapun melainkan hanya pertemuan dengan Presiden Barrack Obama. Jika ditolak masa penerbangan dan sebagainya, DS Najib tidak sampai pun 10 jam di Hawai!

Apabila Perdana Menteri bercuti, adakah anda berfikir Perdana Menteri benar-benar bercuti? Adakah anda berfikir Perdana Menteri akan duduk berjam-jam menikmati buku baharu, atau shopping berjam-jam, atau bermain golf 24 jam? 

Sebenarnya bukan itu bentuk Perdana Menteri kita sebagaimana yang kita fikirkan. Sebenarnya cuti yang sebenar-benar cuti kepada Perdana Menteri ialah apabila beliau tidak lagi menjadi Perdana Menteri, di mana beliau boleh menikmati rehat yang panjang, bermain dengan cucu dan mengunjungi rakan-rakan lama.
DS NAJIB MENINJAU SITUASI BANJIR DI KELANTAN
Oleh kerana DS Wan Azizah dan suaminya Anwar dan keluarga bercuti di luar negara lebih lama berbanding DS Najib walaupun Kajang banjir setiap minggu, ianya tidak menjadi viral negatif kerana mereka bukan Perdana Menteri. Begitu juga percutian Ketua Menteri Pulau Pinang yang cuba disembunyikan khabarnya di Paris turut tidak menjadi viral kerana dia bukan Perdana Menteri. 

Begitulah suka dan duka kepada sesiapa sahaja yang menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Hari ini, DS Najib sudah berada di Kelantan. 24 jam sebelumnya, TS Muhyiddin turut melawat Kelantan. Tanggungjawab bersama ini diganding secara bersama dengan Menteri Besar Kelantan.

Saya tidak bersetuju serangan tidak adil kepada DS Najib. Beliau sebenarnya membantu tetapi tidak didendang.
DS NAJIB BERSAMA MB KELANTAN DAN MENTERI-MENTERI BERBINCANG 
DS NAJIB DAN MB KELANTAN MELAWAT MANGSA BANJIR




PEJUANG BANJIR

on Thursday, December 25

Wahai Pejuang Banjir di lapangan
Anda adalah Insan mulia
Berkorban diri selamatkan jiwa-jiwa
Tanpa kira makan dan minum
Tanpa hirau tidur di apa-apa sahaja
Tanpa berkira di mana dan ke mana

Teruskan wahai Pejuang Banjir
Rakyat jelata dambakan tanganmu
Menggapai erat jari-jemarimu,
Tiada siapa mereka menanti
Melainkan anda Pejuang Banjir,
Ketika arus menggila
Tatkala air mencanak naik
Semasa runtuh segala macam
Andalah harapan mereka...

Pejuang Banjir tidak didendang
Kerana mereka bukan artisan
Mencari sesiapa sahaja tanpa warna
Di pelusuk seantero negara
Tiada letih bagai alasan
Kerana jiwa sudah diraga
Untuk rakyat jelata yang tercinta...

Pejuang Banjir usah gundah-gulana
Negara mengerti anda Patriot
Rakyat menjiwai andalah Hero,
Bumi ini bumi kita
Banjir ini tidak pernah berdusta
Bahawa di sebalik kegetiran
Ada hikmah memberi senyum
Ukhuwah erat tiada putusnya,
Tanpa ragu tanpa berkira-kira
Kerana kita adalah kita
Satu negara
Satu Malaysia...

Selamat Berjuang Duhai Pejuang Banjir
Tabik rakyat kepada anda
Sepenuh Jiwa dan Raga kami...

Al-Azharri Siddiq,
Kuala Lumpur.









PM GEMBIRA BR1M SUKSES, ADAKAH PM GEMBIRA DENGAN CEUPACS?

on Friday, December 19

2. SEPATUTNYA ELAUN SARA HIDUP (COLA) DIBERIKAN JUGA
KEPADA KAKITANGAN SABAH DAN SARAWAK
Satu perkara yang menjadi cerita lucu ialah "Melayu mudah lupa". Kata-kata itu menjadi taxanomy yang berkesan kepada ramai orang untuk menguatkan hujah dan integriti penulisan mereka. Pihak lawan pun menggunakannya.

Sekiranya anda membaca momokan Rafizi, sepatutnya ASB tidak memberikan Dividen 7.5% kerana gambaran yang diberikan oleh Rafizi ialah tidak lama lagi Malaysia akan bankrap kerana pelaburan 1MDB. Hari ini, sama ada anda melabur 300,000 unit saham di ASB atau pun 10,000 unit saham, si kaya dan si miskin, si kampung dan si bandar menerima dividen itu awal tahun depan.

Saya terkejut kerana artikel saya ini mendapat respon yang tinggi.

BR1M
Di kampung-kampung sekarang, malah di bandar-bandar, mereka yang memerlukan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) menunggu-nunggunya dengan sabar dan penuh pengharapan. Sekiranya kita bertanya hal BR1M kepada Rafizi, Nurul Izzah dan mereka yang sepemikiran dengannya, sudah pasti mereka akan menjawab BR1M itu membazir dan merugikan. Tetapi tidak kepada mereka yang memerlukan.

Cabaran tahun hadapan, lebih besar kerana kita akan berhadapan dengan isu-isu yang kritikal seperti perlaksanaan GST, isu keselamatan, harga minyak yang tidak stabil dan permintaan rakyat yang semakin berskala besar.

Siapa yang tidak mengenali bandar pentadbiran terkenal Putrajaya? Silakan anda membuat pemerhatian bermula 7.30pagi hingga 10.00malam/11.00malam, bulatan Masjid Putra tidak pernah kosong dengan pelancong luar dan dalam negeri. Walhal semasa awal Tun Dr. Mahathir membina Putrajaya, ramai yang mencemuh malah ada yang mahu "Melelong" Putrajaya jika mereka berjaya memerintah.

Begitu juga apabila DS Najib memperkenalkan BR1M ada orang yang berkata ianya membazir. Tetapi hari ini, BR1M menjadi satu keperluan dan kesenangan kepada rakyat jelata yang memerlukan. Jika pendapatan Kerajaan bertambah, saya percaya DS Najib boleh menaikkan jumlah BR1M kepada RM2,000. 

Menjelang fasa kedua pentadbiran DS Najib, saya dapati hasil daripada dasar-dasar Kerajaan sudah mula dinikmati oleh golongan pertengahan dan golongan bawahan. 

Tanggungjawab Cuepacs Yang Dilupakan
Kerajaan sedang mengkaji untuk menaikkan Elaun Perumahan kakitangan awam. Malah kerajaan juga sedang mengkaji cadangan-cadangan dari Cuepacs untuk menaikkan gaji kakitangan awam. Walaupun usaha Cuepacs ini sangat didambakan, satu perkara yang Cuepacs "tidak pandai" mengurus ialah tidak pandai mencadangkan kepada Kerajaan supaya Elaun Cola juga diberikan kepada kakitangan Sabah dan Sarawak. 

Cuepacs juga dalam golongan 'Melayu mudah lupa' kerana Kerajaan yang wujud kekal hari ini adalah kerana sokongan kuat rakyat Sabah dan Sarawak. Saya yakin DS Najib tidak gembira dengan cara Cuepacs gagal menangani isu Elaun Cola kepada kakitangan Sabah dan Sarawak.

Kepada kakitangan Sabah dan Sarawak, pernahkah anda mendengar Cuepacs memperjuangkannya? 

Khabarnya Elaun Perumahan akan dinaikkan pada tahun hadapan. Sekali lagi kita bertanya Cuepacs, mengapakah Elaun Perumahan kakitangan Semenanjung yang bertugas di Sabah dan Sarawak lebih besar, berbanding dengan Elaun Perumahan kakitangan Sabah dan Sarawak yang bertugas di Semenanjung Malaysia? Mereka yang membuat dasar ini bertahun-tahun dahulu sudahpun pencen, kesilapan ini mesti diperbaiki.

Cuepacs tidak boleh menyalahkan JPA dalam isu-isu perkhidmatan awam, kerana idea dan perjuangan perlu ada pada Cuepacs bukan kepada JPA. Cuepacs adalah NGO yang diberi tanggugjawab untuk memperjuangkan kebajikan kakitangan awam di seluruh negara, bukan di sesetengah negeri sahaja. JPA pula merupakan badan profesional kerajaan yang akan berusaha meningkatkan imej dan perkhidmatan awam negara melalui dasar-dasar yang terkedepan. 

Bagi saya, Cuepacs perlu Berani, Berwawasan dan Berdaya. Bukannya lembik, statik dan tepu.

Janganlah menjadi seperti Menteri Besar Selangor, menguar-uarkan kakitangan kerajaan negeri Selangor diberikan 1 setengah bulan bonus, rupa-rupanya hanya 1/2 bulan gaji sahaja. 

Saya mencabar Cuepacs memperjuangkan isu Elaun Cola dan menyeragamkan Elaun Perumahan secara adil dan saksama kepada kakitangan Sabah dan Sarawak.

Saya percaya Perdana Menteri tidak gembira dengan layanan Cuepacs kepada kakitangan Sabah dan Sarawak.

Selamat Berhari Minggu.
KLIA.























1MDB, RAHSIA BESAR NAJIB

on Monday, December 15

Semua OK
Pandangan Profesor Jayum ini bahawa DS Najib masih merupakan Perdana Menteri terbaik negara mewakili semua kaum dan agama sangat menarik.

Isu 1MDB yang dikoreksi tidak akan berhasil menjatuhkan DS Najib jika itulah niatnya. Sebaliknya, ianya menjadi nikmat yang dapat dirasai oleh masyarakat bawahan. 

Mereka yang bercakap berjuta-juta Ringgit sibuk sangat mengoreksi 1MDB barangkali mereka ada kekecewaan peribadi, tetapi bagi saya isunya adakah nelayan di Kuantan berhenti ke laut kerana 1MDB? Adakah pekebun sayur di lereng Kundasang berhenti menanam sayur kerana1MDB? Adakah penjual jagung dan nangka di Pasar Basah sementara Chow Kit berhenti menjaja kerana 1MDB?

Ada yang mengaitkan 1MDB menyebabkan nilai Ringgit Malaysia merosot berbanding Dollar Amerika dan Singapore Dollar. Isunya bukan itu, isunya ialah adakah pembahagian Buku Teks percuma diberhentikan? Adakah orang ramai berhenti membeli kereta dan motorsikal? Adakah umat Islam berhenti menunaikan ibadah Umrah dan adakah jumlah umat Islam mendaftar Haji bertambah kurang atau bertambah banyak?

Marilah kita bercakap hal ekonomi di depan mata, bukannya di belakang mata.Di belakang mata, anda boleh bercakap akaun berjuta billion Ringgit atau Dollar, walhal di hadapan mata kita rakyat biasa hanya memiliki beberapa ratus atau barangkali beberapa simpanan ribu yang sedikit. Teruskan membaca.

Sudahkah anda melawat sempadan Tawau-Nunukan? Adakah aktiviti ekonomi di antara dua wilayah Indonesia-Malaysia ini berhenti? Sudahkah anda melawat Jeti di Pulau Mersing, adakah Feri ke Pulau Tioman, Pulau Besar dan sekitarnya mati kerana 1MDB? Paling tidak pun, anda lihat penjual sayap ayam bakar berasal dari Tawau yang kini sudah menjelajah di segenap pelusuk Lembah Kelang, adakah bisnes kecil-kecilan ini berhenti mati gara-gara 1MDB?

Apabila berlaku bencana alam seperti kebakaran, tanah runtuh, banjir, dan sebagainya adakah Kerajaan berhenti memberi bantuan gara-gara 1MDB? Adakah Kementerian Pendidikan memberhentikan Biasiswa menghantar pelajar-pelajar ke luar negara?

Begitu juga tidak ada yang pelik apabila nilai Ringgit jatuh. Sebabnya sangat mudah, oleh kerana nilai matawang utama dunia seperti Dollar dan Yuan juga tidak stabil, dan ditambah pula oleh kejatuhan harga minyak dunia, bukanlah menghairankan nilai Ringgit kita juga terjejas. Adakah matawang Rupiah, SD, Rupee, Bath dan lain-lainnya tidak terjejas?

Pekerja asing tidak pernah berhenti untuk menyeberang ke Malaysia. Rakyat dari negara China, India, Bangladesh, Nepal, Indonesia, Vietname, Thailand,Timor Leste, Filipina, Pakistan, Myanmar, dan sebagainya berpusu-pusu berusaha menyelinap memasuki Malaysia sama ada secara betul atau tidak betul, kerana apa? Kerana Malaysia negara yang makmur, aman dan bahagia. 

Di kampung-kampung malah di Felda, para peneroka sudah mampu menggaji pekerja kontrak dari luar negara. Mereka menjadi taukeh-taukeh kecil yang hanya akan mengutip hasil di hujung bulan, manakala kerja-kerja berat dilakukan oleh pekerja asing.

Anda berkata Ekonomi Malaysia akan hancur. Bertahun-tahun anda berkata Ekonomi Malaysia akan hancur. Tetapi tidak juga hancur sebaliknya KLIA2 didirikan, Masjid Kampung Baru di Kuala Lumpur semakin besar dan cantik, Perumahan tumbuh bagai cendawan, Universiti luar negara membina cawangan, IPTA membina cawangan di bandar-bandar kecil, rakyat Malaysia melancong sakan ke Bandung, Hanoi, Guangzhou, London, Jakarta dan seanteronya. 

Dan paling ironi, penatara Ekonomi antrabangsa dunia menaikkan taraf Ekonomi Malaysia hampir 5 anak tangga bertambah baik berbanding tahun lalu, meninggalkan Indonesia, Thailand dan Vietname.

Adakah Bank Rakyat, Petronas, TNB, Felda, Felcra, Tabung Haji, ASB dan Kerajaan Malaysia memberhentikan pemberian Bonus atau Dividen gara-gara 1MDB? Adakah BRIM dikurangkan, ditamatkan atau ditambah lagi? Ternyata Malaysia bukan Amerika, kerana beberapa tahun lalu Kerajaan Amerika pernah 'collapse' gara-gara Perbendaharaan Amerika tidak mampu menyediakan gaji kepada kakitangan kerajaannya. 

Begitu juga, tepat pukul 5.00 petang bas Metro, Rapid KL dan sebagainya penuh sesak dengan penumpang. Begitu jua, jika anda lewat ke pejabat Imigresen sudah pasti anda akan mendapat nombor giliran yang panjang kerana ramainya orang mahu membuat pasport antarabangsa. Dan anda pasti tidur di dalam kemah sekiranya tidak membuat tempahan awal di pantai peranginan Port Dickson atau di Hotel Sunway Lagoon. 

Maknanya, isu 1MDB tiada kaitan dengan DS Najib. Jika anda melihat kesilapan 1MDB anda mesti mengkritik pengurusan 1MDB bukannya Perdana Menteri. Jika anda melihat kelemahan 1MDB anda mesti membetulkan kelemahan 1MDB bukannya memburukkan Perdana Menteri. Jika pengurusan 1MDB membawa kerugian bukannya pula mendesak Perdana Menteri meletak jawatan. Anda memberi pandangan yang salah kepada isu yang salah dan kepada orang yang salah. 
No Problem, Semua OK
Kaitkan Tun Dr Mahathir
Tun Dr. Mahathir adalah seorang pemimpin yang rasional pada masa yang sesuai, kepada orang yang betul dan kepada isu yang tepat. Dahulu Khairy Jamaluddin kerap mengkritik Tun Dr. Mahathir, hari ini mereka boleh bekerjasama dengan betul. Tun Dr. Mahathir dilihat mengejutkan ahli-ahli UMNO apabila memberi pujian dan semangat kepada Azmin Ali, Menteri Besar Selangor. 

Dan saya tidak hairan, jika Tun Dr. Mahathir akan memberi pandangan yang positif kepada 1MDB walaupun mengkritiknya kerana pada saya Tun Dr. Mahathir seorang yang 'refleksiologikal'. Kesilapan besar kita ialah mahu melihat Tun Dr. Mahathir bergaduh besar dengan Perdana Menteri, menunjukkan anda lupa bahawa Perdana Menteri sekarang bukan Perdana Menteri Tingkat 4.

Kesimpulannya mudah, DS Najib masih merupakan Perdana Menteri yang betul kepada Malaysia, Perdana Menteri yang sesuai kepada masa yang sesuai, dan Perdana Menteri yang betul kepada isu yang betul. 

Yang salahnya ialah sesetengah kita mentafsir DS Najib dengan hanya menggunakan satu 'taxonomy'. 

Dan kesimpulannya sangat mudah, isu 1MDB hanyalah isu politik bertujuan menjatuhkan Perdana Menteri. Saya bersetuju pandangan Profesor Jayum. 
Nikmat Pendidikan Dikongsi Bersama
Rahmatan Lil Alamin









RCI SABAH: SELESAIKAN ISU STATE LESS

on Wednesday, December 3

Ladang Kelapa Sawit Nadi Ekonomi Negeri Sabah
HARI ini 3 Disember 2014, keputusan RCI mengenai isu kewarganegaraan dan kad pengenalan akan dibentangkan. Penantian seluruh rakyat Sabah terjawab kerana dapatan suruhanjaya ini sangat penting untuk menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan oleh semua pihak sejak bertahun-tahun lamanya.

Walau apapun keputusannya, saya yakin ianya akan memberi keutamaan kepada kepentingan, keselamatan dan masa hadapan Negara berbanding kemahuan sesetengah parti politik dan individu.

Kita berharap kerajaan akan mewujudkan sebuah Jawatankuasa Tetap untuk mengurus kemasukan warga asing sama ada dari Filiphina, Indonesia, China, Taiwan, India, Pakistan, Bangladesh juga dari Nepal. Khususnya kemasukan warga Filiphina dan Indonesia setiap hari sama ada sebagai pekerja, peniaga atau pelawat mesti diselenggara dengan baik kerana sebagai negara bersempadan kita tidak boleh mengelak perkara ini. 

Kemasukan rakyat Siam dari Pattani, Naratiwat, Danok ke Kelantan, Perlis dan Kedah tidak mungkin boleh dihalang kerana sebahagian besar mereka adalah masyarakat Melayu yang menetap di negara berkenaan. Sejarah yang direkabentuk oleh penjajah yang melakukannya.

Di Sabah, oleh kerana Sabah di dalam Malaysia 'makmur dan kaya', maka rakyat sempadan khususnya dari Indonesia dan Filiphina tidak boleh dielakkan memasuki Sabah. Mereka datang membawa hasil pertanian mereka. Mereka menjual segala macam di negeri Sabah seperti barang makanan, pakaian, bahan mentah, perhiasan dan segala macam lagi. Begitulah makmurnya Sabah berbanding negeri mereka. 

Silalah melawat 'Pasar Filiphina' di bandaraya Kota Kinabalu atau di 'Pasar Gantung' di bandar Tawau. Pelancong dari Semenanjung Malaysia pun sangat suka khususnya perhiasan mutiara, ikan kering dan udang kering. Semua barang tersebut berasal dari negara Filiphina dan Indonesia. Tiada siapa boleh menafikannya.

Oleh itu, saya berpendapat Kerajaan perlu menyelesaikan isu warga tanpa Negara, atau lebih jelas ialah warga tanpa Kad Pengenalan (state less). Isu ini pernah dibangkitkan oleh wakil parti SAPP pada tahun 1990an dahulu di dalam Parlimen. 

Permohonan dan kelulusan untuk menjadi warganegara Malaysia sangat ketat. Prosedur yang disediakan oleh kerajaan sangat ketat dan mengambil masa yang sangat panjang, mencecah 10 dan 20 tahun. Oleh itu, sekiranya seseorang yang dilahirkan di Sabah dengan hanya memiliki Sijil Lahir sahaja dan ibu bapanya pula belum menjadi Warganegara Malaysia, maka dia perlu melalui tempoh masa yang panjang untuk menjadi rakyat Malaysia.

Kesannya, jika dia memperolehi keputusan UPSR 5A, atau memperolehi keputusan SPM 10A, dia tidak boleh melanjutkan pelajarannya ke Universiti. Mereka ini tidak boleh balik ke negara asal ibu bapa mereka sama ada di Indonesia atau Filiphina kerana Kerajaan negara Indonesia/Filiphina juga tidak mengiktiraf mereka sebagai rakyat mereka. Mereka menjadi warga 'stateless'. Rakyat tanpa negara. Rakyat dengan status 'Warganegara Belum Ditentukan'. 

Oleh kerana isu tersebut, mereka terjebak dalam sindiket Kad Pengenalan palsu. Kerajaan tidak boleh dipersalahkan dalam kes palsu ini kerana di Amerika Syarikat sendiri, malah di Singapura, Thailand dan China sindiket pasport palsu berleluasa. Ianya adalah perbuatan individu. Malah, Kerajaan sudah menangkap beratus orang yang terlibat dalam sindiket kad pengenalan palsu di negara kita.

Dalam aspek ekonomi negeri Sabah, khususnya dalam aspek perladangan Kelapa Sawit, Koko, Pembinaan, Pembuatan, Perumahan, Perkebunan, Perhutanan dan Perkilangan tanpa pekerja asing saya yakin ekonomi Sabah akan merosot. Saya yakin ramai ahli-ahli perniagaan di Sabah akan mengeluh, merana dan tersiksa. Pendapatan negeri Sabah pasti merudum. Isunya rakyat tempatan di Sabah tidak mungkin mahu bekerja dalam sektor-sektor berat seperti itu dengan gaji yang rendah.
Bendera Negeri Sabah dan Jalur Gemilang
Apakah yang perlu dilakukan? 
1. Kursus Kenegaraan Malaysia mesti dilaksanakan kepada mereka apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan menurut Perlembagaan negara kita, dan undang-undang negeri Sabah.

2. Orientasi. Mereka yang masuk ke Sabah sebagai pekerja asing perlu diberikan orientasi mengenai budaya, bahasa, agama, ekonomi, politik dan sebagainya. Kebanyakan mereka yang bekerja ini akan terus bekerja di Sabah berpuluh-puluh tahun sehingga melahirkan anak mereka di Sabah. Akhirnya mereka tidak mahu balik ke negara asal mereka kerana sudah selesa, dan akhirnya mereka membuat keputusan untuk memohon kewarganegaraan Malaysia.

3. Perjumpaan berkala. Perjumpaan ini perlu dilakukan dengan bantuan majikan dan juga di kampung-kampung setahun sekali atau dua kali setahun untuk melihat perkembangan mereka dan isu-isu baharu yang berbangkit. Sekiranya RCI ada menubuhkan Jawatankuasa Tetap mengenai isu ini, maka jawatankuasa ini perlu berfungsi dengan berkesan.

Parti-parti politik dan NGO hendaklah memainkan peranan penting dengan memiliki pandangan yang jauh untuk keselamatan negara dan negeri Sabah, juga untuk kemajuan ekonomi negeri Sabah. 

Saya percaya, Dr. Jefrey Kitingan (Presiden STAR) sendiri bersetuju dengan saya bahawa jika 100,000 pekerja asing atau pekerja yang mempunyai masalah kewarganegaraan ini dihantar balik sekelip mata, ladang dan kilang Kelapa Sawit di Sabah akan tutup dan bankrap. 

Isu ini tidak boleh diurus dengan pemikiran yang negatif, beremosi dan prejudis. Sebaliknya isu ini hendaklah diurus dengan bijaksana, berpijak di bumi nyata dan berdasarkan peraturan-peraturan dan undang-undang sedia ada.

Salam hormat.
Aramaiti.





Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Bakal Diterbitkan

Yayasan Pendidikan Islam

Buku Tun Mahathir

Pengunjung