BENCANA BANJIR: JANGAN JADI SI LABU DAN JANGAN JADI HANTU

on Wednesday, December 31

BENCANA banjir besar yang melanda negara kita khususnya di negeri-negeri pantai timur meninggalkan kesan yang besar kepada rakyat kita yang ditimpa ujian ini. 

Alhamdulillah kita bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan ujian yang maha besar ini, Kerajaan berjaya melaksanakan misi utamanya iaitu menyelamatkan mangsa-mangsa banjir dan mengurangkan angka kematian.

Semua daripada kita telah melihat sendiri dugaan yang besar ini, ada yang hanya melihat di TV, ada yang hanya mendengar khabar hear say, tetapi ada juga yang hanya melihat kiriman wassap entah benar, entah accurate, entah tepat. Malangnya ianya menjadi sandaran kepada pemikiran mereka, akhirnya melahirkan komen-komen yang sungguh cetek dan kurang berilmu.

Saya tidak pasti adakah Tony Pua misalnya, membaca laporan Natural Disasters: Damage, Lost and Priminilary Needs Assesment. Saya juga tidak pasti adakah Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sudah membaca laporan-laporan bencana luar negara seperti Concerning Disaster Management:National Agency Disaster Management. Saya juga sangat yakin terdapat pengkritik-pengkritik lain yang tidak berpijak di atas bumi kerana mereka tidak faham apa yang mereka kritik, melainkan hanyalah berupa emosi dan persepsi yang tidak disokong dengan kajian di lapangan.

Sebelum banjir besar melanda negeri Kelantan pada 25 Disember 2014, Jabatan Meteorologi telah memberi Amaran hujan lebat peringkat Merah di sini. Malah Majlis Keselamatan Negara (MKN), agensi utama mengurus bencana telah membuat persediaan lebih awal daripada itu dengan membuat pengumuman awal pada 18 Disember 2014 di portalbencana.mkn. Agensi-agensi lain turut terlibat seperti JPAM, Bomba, PDRM, JKM, Penerangan, Rela, Kerajaan Negeri malah penglibatan ATM.

Apakah keutamaan pasukan ini? Tidak lain dan tidak bukan untuk memastikan keselamatan dan nyawa mangsa-mangsa banjir diberi keutamaan. 

Kenapa Mahu Menjadi Hantu?
Saya sering bercakap bahawa kepentingan politik dan kepentingan negara hendaklah dibezakan. Tony Pua bercakap soal darurat, tetapi Tony Pua sendiri tidak memonotori perkembangan banjir dari sejam ke sejam. Pendek kata, Tony tidak berada di hadapan monitor TV untuk mendapat laporan di daerah-daerah jumlah mangsa yang berubah-ubah setia jam dan setiap hari. 

Persoalannya, dalam seminggu banjir besar di Kelantan, adakah anda melihat kelibat Tony Pua di arena banjir sepanjang masa? Kalau tidak ada, bagaimana anda boleh mempercayainya? Pepatah orang-orang Cina lama ada menyebut bahawa, manusia tidak boleh menjadi hantu untuk bercakap kepada manusia semula! Saya tidak faham kenapa Tony Pua mahu menjadi hantu?

Begitu juga, terdapat sesetengah media melaporkan angka-angka yang tidak terkini. Mereka terlalu seronok untuk menyiarkan jumlah mangsa-mangsa banjir dengan angka-angka yang besar. Seolah-olah mereka mahu melihat angka tersebut semakin membesar. Apakah tujuan mereka? Adakah mereka kekurangan wartawan terlatih untuk membuat sedikit rujukan? 

Janganlah mengulangi kesilapan seorang wartawan tidak lama dahulu yang melakukan copy and paste hasil berita orang lain, ianya sungguh memalukan diri sendiri dan negara.

Begitu juga, saya mendapati mereka yang berlagak lebih pandai dalam pengurusan bencana alam ini pun tidak mempunyai ilmu dan pengalaman yang boleh digunakan. Kalaulah dengan hanya melihat dengan mata di depan TV, atau membaca laporan wassap, ia amat-amat tidak boleh digunakan untuk mengurus bencana negara.

Bayangkan jika Kerajaan mengambilkira pandangan mereka yang cuma main agak-agak sahaja, main petik-petik sahaja, sudah pasti keputusan Kerajaan akan membawa musibah yang lebih besar.

Peruntukan RM500 Juta
Saya sering berkata bahawa kita hendaklah memberi keutamaan kepada kepentingan Negara berbanding kepentingan Politik atau kepentingan peribadi. Dengarkanlah semula pandangan saya di dalam Rancangan Bual Bicara ini.

Apabila Perdana Menteri mengumumkan peruntukan RM500 juta diuruskan oleh MKN, saya mendapati serangan ke atas MKN tetiba menjadi-jadi. Ianya tidak pernah terjadi sebelum ini. Ada orang berfikiran untuk mendapatkan peruntukan itu hendaklah dengan menyerang MKN bertubi-tubi dan seterusnya dengan harapan mendapat sesuatu daripada bajet itu dengan cara touch n go, keep in touch, keep warm, first come first serve dan sebagainya.

Jika dilihat semula kejadian bencana banjir di Kelantan baru-baru ini, saya mendapati berita-berita palsulah yang telah mendominasi banyak pandangan tidak masuk akal. Di mana akhirnya, pandangan-pandangan itu tidak relevan dan tidak boleh dipakai. 

Contohnya, DS Anwar Ibrahim dan isterinya wakil rakyat Kajang bercuti panjang di luar negara, amatlah tidak masuk akal sekiranya berita-berita palsu seperti 10 mangsa meninggal dunia, 40 mangsa meninggal dunia, puisi palsu dan sebagainya menjadi sumber untuk tweeternya dari luar negara. 

Saya mendapati di kalangan kita sendiri terpedaya dengan hal-hal tersebut, yang akhirnya kita membuat keputusan mengkritik tidak tentu pasal. Adakah anda mahu menjadi seperti Anwar Ibrahim?

Kesimpulan
Kesimpulan saya mudah, jika anda mahu mengkritik anda patut berkampung di Kelantan bermula 18 Disember 2014 hingga sekarang barulah anda akan merasai suasana banjir yang realistik, bukannya suasana banjir di hadapan handphone anda yang penuh dengan penipuan. Anda ada dua pilihan, menjadi diri sendiri atau menjadi hantu seperti Tony Pua.

Sedikit kerjarumah untuk anda, banjir besar di Kelantan kita telah mencatat 9 angka kematian (30/12/2014). Di Filipina pula 31 kematian dan 10 masih hilang (30/12/2014), manakala di negara India dan Pakistan jumlah kematian di dua negara itu tercatat angka 450 orang (31/12/2014). 

Saya tinggalkan anda membuat sedikit homework angka kematian bencana banjir di Indonesia, Thailand dan China supaya anda boleh membuat refleksi. Silakan.

Selamat Membaca.
Selamat Tahun Baharu 2015.









3 Komen:

Anonymous said...

Mereka berlagak pandai , rasanya kalau mereka diberi tugas tu lagi hancur dgn tak da ilmuntak da pengalaman , tapi tak sedar diri

Anonymous said...

Terbaik bro

Anonymous said...

Jgn garu kau x gatal

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan