BLOGGER BANGANG

on Monday, December 1

Para Blogger tersentak apabila Presiden UMNO menyebut istilah bangang kepada beberapa blogger. Kepada siapakah DS Najib tujukan teguran itu?

Beberapa rakan blogger memang agak vokal apabila mengkritik dasar-dasar Kerajaan khususnya menujukan kritikan itu kepada DS Najib. Mereka mengkritik apa sahaja polisi-polisi kerajaan seperti 1MDB, BR1M, FGVH, GST, Akta Hasutan dan sebagainya. 

Pada pandangan saya, isunya ialah sebagai Ketua Kerajaan dan Presiden UMNO yang menjadi tulang belakang BN, mengapa menyerang DS Najib sepanjang masa? 

Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak mungkin akan menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri semula. Adakah kita tidak sedar bahawa DS Najib telah memberi ruang, membuka peluang malah memberi tempat yang paling banyak dan terbuka kepada Tun Dr. Mahathir untuk bercakap apa sahaja, memberi pandangan apa sahaja malah kritikan Tun Dr. Mahathir bukan alang-alang pedasnya kepada Kerajaan.

Masalah utama kita ialah, blogger melihat kritikan Tun Dr. Mahathir sebagai bangkangan kepada DS Najib. Sebenarnya, seperti yang selalu saya katakan bahawa DS Najib amat-amat menghormati kepada Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Ada yang gagal mentafsir teguran Tun Dr. Mahathir itu dengan bijaksana.

Memang akan berlaku perbezaan pandangan dalam pentadbiran, namun ianya bukan kesilapan yang disengajakan. Sebagai contoh, DS Najib memberi peluang kepada Hindraf mempunyai wakil menteri di dalam kerajaan. Niat DS Najib ialah memenuhi permintaan kumpulan tersebut, dan ianya dipenuhi. Malangnya wakil Hindraf sendiri gagal menggunakan peluang yang sudah diberikan. Dan kegagalannya itu bukan kegagalan DS Najib. Kegagalan itu adalah Hindraf.

Contoh lain, apabila kita mengkritik Saifuddin Abdullah kerana dia sehati sejiwa dengan pihak pembangkang memansuhkan Akta Hasutan, adakah kita dalam kategori bangang? Sama ada dia menyokong pemikiran pembangkang atau sama ada dia rapat dengan DS Najib itu hal lain, tiada kaitan dengan keselamatan negara. Isunya apabila ianya menjadi isu Kenegaraan, Saifuddin Abdullah adalah salah kerana dia gagal membezakan kepentingan peribadi dengan kepentingan dan keselamatan Negara.

Sebaliknya, satu contoh lain, apabila anda berkata DS Najib mesti diturunkan kerana nilai Ringgit Malaysia menjunam berbanding USD atau SD, itu saya fikir yang dimaksudkan oleh DS Najib? Kerana sudah pasti esok nilai Ringgit Malaysia akan naik semula. 

Maka itu, bangang atau tidak bangang, saya fikir balik semula kepada konteks penulisan kita. Kajian yang lebih mendalam perlu dilakukan oleh kita para blogger, supaya maklumat yang kita persembahkan benar dan tepat. 

Cadangan
Saya mencadangkan kepada kerajaan supaya mana-mana keputusan penting seperti kenaikan dan penurunan harga minyak, malah hal-hal kecil seperti kerosakan rumput di Stadium Nasional, perlu dikongsi dengan para blogger. Kerajaan sendiri sudah mengiktiraf para blogger dengan memberikan mereka Pas Media (Blogger/Portal Online).

Sebagai contoh, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil blogger untuk menerangkan polisi-polisi, kejayaan dan kekangan SPRM. Begitu juga Tun Taib Mahmud semasa menjawat Ketua Menteri, memanggil blogger khas untuk menerangkan isu-isu BN Sarawak sebelum PRU-13 dahulu. Pertemuan-pertemuan seperti ini boleh membantu sesebuah organisasi dengan lebih cepat dan berkesan. 

Dalam kajian saya terdapat blog yang jumlah pembacanya melebihi 100,000 orang pembaca sehari, dan ada blog yang mencecah 1 juta sebulan. Sekiranya kita kira dalam bentuk Ringgit, maknanya 100,000 X RM1.50 (harga Utusan Malaysia/Berita Harian) = RM150,000.00 sehari X 30 hari = RM4.5 juta. Malangnya mereka bukan blogger yang dibayar. Memberi saguhati atau hadiah dalam bentuk wang bukanlah gaji atau rasuah, melainkan ianya suatu bentuk penghargaan dan terima kasih. Saya juga mengetahui terdapat blogger yang meraih purata USD3,000 hingga USD5,000 sebulan hasil blognya. 

Saya percaya parti-parti politik pembangkang mempunyai pasukan blogger yang lebih besar berbanding UMNO. Walaupun Red Bean Army nampak semakin perlahan, tetapi pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang sendiri mempunyai pasukan media yang sangat berkesan. 

Saya berpandangan kita para blogger tidak perlu kecewa dengan ucapan DS Najib. Kita perlu terus menulis. Pandangan anda dihargai.































0 Komen:

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan