LAPORAN RCI: NGO BUGIS PERLU NYATAKAN SOKONGAN

on Saturday, December 13

SELEPAS dua minggu Laporan RCI dibentangkan, pelbagai bentuk reaksi diberikan oleh masyarakat di Sabah, ada yang pro dan ada juga yang kontra.

Sebagai sebuah masyarakat yang matang, kita hendaklah menerima baik reaksi-reaksi itu. Masing-masing memberikan fakta mereka, bagi saya sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi, semua pandangan tersebut hendaklah diraikan dengan bijaksana.
MENTERI BESAR SELANGOR MENGIKTIRAF BUGIS
Reaksi PKBS dan PRBM
Persatuan Komuniti Bugis Sabah (PKBS) dan Persatuan Perpaduan Rumpun Bugis Melayu Malaysia (PRBM) merupakan dua NGO masyarakat Bugis yang berdaftar. 

Sebagai sebuah persatuan yang berdaftar, kita hendaklah mempunyai pendirian yang tegas semasa membela masyarakat masing-masing. Baharulah kita akan dihormati.

DSP Salleh Said Keruak yang mengetuai United Sabah Bajau Organisation (USBO) merupakan sebuah contoh NGO berani mengutarakan pandangan mereka walaupun ianya kritikal. Beliau merupakan seorang pemimpin politik, kerajaan dan NGO yang berkesan. Kami mempunyai pandangan dan emosi yang sama untuk memajukan negeri Sabah.

Begitu juga NGO lain kepada masyarakat Kadazan Dusun Murut (KDM), Persatuan Suluk Bersatu Sabah (PSBS) dan lain-lainnya, masing-masing memiliki aspirasi memperjuangkan masa hadapan masyarakat mereka.

Berbalik kepada NGO masyarakat Bugis di Sabah iaitu PKBS dan PRBM. Walaupun saya duduk jauh di Kuala Lumpur, tetapi saya mengetahui perkembangan dan aktiviti-aktiviti kedua-dua NGO ini. Kedua-duanya aktif dalam membantu kebajikan masyarakat Bugis dalam aspek pendidikan, kebajikan, keagamaan, kebudayaan dan perekonomian.

Namun begitu, hasrat masyarakat Bugis di Sabah sebenarnya lebih besar daripada itu. 

1. Generasi baharu masyarakat Bugis di Sabah mahukan mereka mempunyai wakil di dalam Parlimen dan tambahan kerusi di dalam Dewan Undangan Negeri Sabah. Ianya bukannya suatu hasrat yang pelik, kerana sebelum UMNO memasuki Sabah, masyarakat Bugis pernah mempunyai dua orang wakil dalam DUN Sabah iaitu di Kunak dan Merotai, berbanding sekarang hanya satu sahaja di Pulau Sebatik. Ianya tidak seimbang dengan jumlah masyarakat Bugis Sabah yang semakin ramai.

2. Generasi baharu masyarakat Bugis di Sabah mengharapkan mereka mempunyai seorang wakil di peringkat persekutuan. Sekurang-kurangnya seorang Senator di peringkat Persekutuan supaya penglibatan masyarakat Bugis dalam membangunkan negeri Sabah boleh diserlahkan.

Dalam hal ini, saya telah menyatakan sejak 2 tahun lalu bahawa kita mesti memberi sokongan yang kuat kepada kerajaan khususnya dalam isu RCI ini. NGO masyarakat Bugis perlu tampil menyatakan sokongan secara terbuka, berdasarkan perkara-perkara berikut:

1. Laporan RCI ini akan membersihkan isu-isu yang melibatkan masyarakat Bugis di Sabah khususnya dalam isu Kad Pengenalan. Selama ini, masyarakat Bugis di Sabah dituduh dengan pelbagai tuduhan yang tidak berasas, maka dengan adanya Laporan RCI ini maka masyarakat Bugis di Sabah boleh meneruskan kehidupan mereka dengan lebih baik dalam aspek ekonomi, sosial dan politik.

2. Perbuatan jenayah sama ada kolar putih atau kolar biru berlaku kepada semua masyarakat. Dalam hal ini, Kerajaan telah mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang melakukan kesalahan sehingga menerima hukuman ISA, penjara, tindakan tatatertib termasuk pembuangan kerja. Kerajaan telah menghukum lebih 100 orang dalam kes tersebut.

Kesimpulannya, saya mengajak masyarakat Bugis di Sabah supaya memberikan sokongan kepada Kerajaan dalam Laporan RCI ini.

Kita tidak perlu berasa bimbang dan takut berhadapan dengan isu-isu yang sengaja dimainkan oleh pihak-pihak tertentu. Sekiranya kita patuh kepada peraturan dan mengikuti prosedur yang betul, mengapa perlu berasa takut?

Kita mesti menzahirkan tahap Patriotik dan Nasionalisme yang unggul kepada Negara. Saya telah dua kali bercakap hal Patriotisme dan Nasionalisme di TV, saya berharap kita menunjukkan kesetiaan yang tidak berbelah-bahagi kepada Negara kita.


Selamat Berhari Minggu.
Pulau Pinang.





3 Komen:

Anonymous said...

Tepat sekali pok, Ngo Bugis patut memberi sokongan, malangnya mereka tidak ada berani, barangkali takut2...sepatutnya janganlah takut2 kalau takut maknanya ada yg tidak beres tu..berani kerana benar..ini kalilah

Anonymous said...

Deggaga mamekko maneng penggawa ugi mitau maneng malimpuno ka mita penggawa Ugi,

Anonymous said...

Pandangan bernas. Hopefully Bugis NGO's will take action. Please don't sleep!!!

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan