PRU-14, KE MANA HALA TUJU MASYARAKAT BUGIS SABAH, UMNO ATAU PAS?

on Sunday, December 7

Kerajaan British North Borneo Mengiktiraf
Artikel ini akan menyambung semula isu ini kerana saya melihat selepas pengumuman RCI baru-baru ini, pelbagai komuniti masyarakat di Sabah seperti masyarakat Bugis, Cina, India, Suluk, Tidung, Pakistan, Arab, Banjar, Jawa dan sebagainya kini boleh meneruskan hidup mereka dengan aman dan harmoni sebagai rakyat Malaysia yang merdeka.

Pertama, masyarakat Bugis di Sabah perlu mempunyai satu new value ketika berhadapan dengan era yang mencabar. Generasi masyarakat Bugis di Sabah sama ada ketika era Puado sebagai Penghulu di Tawau pada tahun 1870an dahulu, atau pun ketika era merdeka 1963 hingga sekarang (2014), kesetiaan mereka kepada negara tidak boleh dipertikaikan.

Pilihanraya Umum ke-14 akan menjelma tidak lama lagi sekurang-kurangnya tahun 2018, atau barangkali lebih awal lagi. Apakah persediaan masyarakat Bugis di Sabah? Adakah cukup berpuashati dengan satu sahaja kerusi DUN di Sebatik? 
Undi Calon PAS mencecah 3,957 
Di dalam politik tidak ada yang kekal. Sebelum kemasukan UMNO, masyarakat Bugis pernah mempunyai dua wakil di dalam DUN Sabah iaitu di Kunak (allahyarham Datuk Salim Bacho) dan di Merotai (allahyarham Datuk Hj. Said Senang dan Datuk Dr. Patawari Patawe).

Saya berpendapat UMNO khususnya perlu memberi ruang dan peluang yang lebih besar kepada masyarakat Bugis di Sabah kerana jumlah mereka yang besar memerlukan tambahan wakil di peringkat pusat dan parlimen, supaya mereka boleh memberi pandangan yang lebih jelas.

UMNO Kalabakan sejak beberapa tahun telah menuntut semula kerusi Merotai supaya diserahkan semula kepada mereka atas dasar ianya sudah lama dipinjamkan kepada LDP. Ianya langkah yang baik.

Saya pernah menyuarakan supaya masyarakat Bugis diberikan Senator . UMNO dan BN Sabah tidak rugi apa-apa pun kerana sebagai sebuah masyarakat yang semakin membesar, UMNO dan BN Sabah akan bertambah kuat dan stabil.

Apakah yang tidak ada dalam masyarakat Bugis di Sabah? Pilihlah sesiapa sahaja Peguam, Doktor perubatan, Doktor PhD, Engineer, Ustaz, Guru, Pegawai Tinggi Kerajaan, Bisnesman, Pensyarah, Pengurus Ladang, NGO dan ramai lagi. 

Dalam PRU-13 baru-baru ini, undi yang diperolehi oleh parti PAS di Parlimen Kalabakan dan DUN Merotai, Tanjung Batu dan Sebatik sangat tinggi. 

Dua Calon PAS dan Bebas Mendapat Undi Yang Tinggi
Masyarakat Bugis Berpecah
Kajian saya mendapati, masyarakat Bugis telah berpecah dalam PRU-13 di mana majoriti yang berpendidikan telah memberi undi mereka kepada parti PAS. Mereka semakin bijak menilai calon. Walaupun terdapat calon Bebas dari masyarakat Bugis semasa PRU-13, ianya tidak mempengaruhi masyarakat Bugis untuk memberi undi kepadanya. Persaingan sebenar adalah antara calon UMNO dan calon Bugis PAS.

Sebaliknya, masyarakat Bugis generasi lama dan yang duduk di kampung-kampung masih memberi undi mereka kepada UMNO dan BN. Adakah jaminan ianya akan berkekalan?

Dari satu segi, kita tidak boleh menyalahkan UMNO 100% kerana masyarakat Bugis nampak berada di dalam zon selesa. Mereka selesa dengan apa yang mereka nikmati. Mereka tidak keluar dari kepompong!

Dalam PRU-14 nanti, jika PAS meletakkan calon Bugis yang berkaliber, berpendidikan dan diyakini saya percaya UMNO akan berhadapan cabaran yang lebih sukar.

Calon PAS mendapat 3,228 Undi
Semasa pertemuan singkat saya dengan YB DSP Ghapur Salleh (UMNO/Kalabakan) baru-baru ini, beliau nampaknya berfikiran terbuka. Semasa UMNO dalam proses memasuki Sabah, Ahli Jawatankuasa USNO Bahagian Tawau semasa mesyuarat terakhirnya (1990), tidak ada seorang pun yang bersetuju untuk menerima Datuk Ghapur menjadi ahli UMNO Bahagian Tawau. 

Namun begitu, ayah saya mempunyai pemikiran yang berbeza, pandangan ayah saya ialah atas dasar Perpaduan Melayu dan Islam, mencadangkan supaya Datuk Ghapur diterima sebagai ahli UMNO di Bahagian Tawau. Cadangan itu pun tidak ada yang menyokong, maka ayah saya sendiri terpaksa menjadi penyokong. Adakah ahli-ahli UMNO hari ini mempunyai pemikiran sedemikian rupa?
Undi UMNO di Sebatik turut disaingi oleh parti PAS
Hari ini, generasi baharu masyarakat Bugis yang terpelajar sudah mempunyai pemikiran yang berbeza. Kesetiaan mereka tidak lagi kepada UMNO dan BN, sebaliknya mereka mempunyai penilaian yang berbeza. Kesenangan dan kemakmuran yang mereka kecapi hasil daripada bantuan kerajaan bukan lagi suatu jaminan kesetiaan.

Inilah demokrasi, kita tidak boleh menghalang pendapat dan pandangan yang berbeza-beza. Zaman sudah berubah.

Secara peribadi, saya mencadangkan kepada UMNO supaya memberi perhatian di dalam isu ini. Pertama, melantik seorang Senator di kalangan masyarakat ini supaya mereka turut sama boleh memberi sumbangan kepada negeri Sabah dan negara. UMNO dan BN Sabah tidak rugi apa-apapun dengan perlantikan itu, malah akan menguatkan lagi parti dan kerajaan.

Kedua, kerajaan Negeri Sabah sepatutnya lebih terbuka dengan memberikan pengiktirafan yang sewajarnya supaya mereka turut sama boleh memberi sumbangan kepada ekonomi negeri Sabah. Sekali lagi, kerajaan dan negeri Sabah tidak ada apa-apa kerugian pun dengan pengiktirafan itu. Malahan ramai masyarakat Bugis di Sabah sudah memiliki Sijil Anak Negeri sebelum ianya diberhentikan.

Ketiga, sekiranya kita gagal memahami isu ini dengan betul, saya bimbang masyarakat Bugis di Sabah mempunyai pilihan kepada parti lain sebagaimana yang berlaku dalam PRU-13. Tawaran yang hebat tidak pernah berhenti. Komentar anda dihargai.

Selamat Berhari Minggu.
KLIA.

Gambar Lama:
Penghulu Puado, Tawau, 1870
Penghulu Puado Di Sebelah Residen British di Tawau, 1870
Kg. Bugis, Tawau, 1870-1915
Jika anda memiliki gambar-gambar lama masyarakat Bugis di Sabah, mohon jasa baik emel kepada saya di alamat jentayu.abaka@gmail.com Terimakasih.










5 Komen:

Anonymous said...

Saya setuju artikelmu ini, semoga usahamu dlm penulisan akan berjaya dan dirahmati.

Anonymous said...

Boleh bah kalau kau

Anonymous said...

Pkbs atau Prbm sepatutnya jadi Pendesak. Malang sekali karena mereka bagai dicucuk hidung, kurang kebijakan. berpuluh tahun saya ikut Pkbs tidak berpikir jauh. Hanya dipergunakan sahaja, hanya bermegah-megah sahaja, Saya masuk Prbm lagi terok. Susah bah ketua kita yang lama2 ini, pikiran lama, caranya un cara lama, mau orang baru cara baru, barulah ngam...sekian, sekadar pandangan orang bekerja sendiri. KK.

Anonymous said...

Ambil pendekatan cara baru d gabungkan dgn cara lama yg mana masih relevan sudah pasti akan memberi peremajaan bangsa yg sudah pasti d idam idam kan oleh anak bugis d sabah yg selama ini d cari2 yg boleh memberi impak kepada anak2 bangsa bugis yg diam selama ini..mereka belum temui apa itu bugis sabah yg sebenarnya..indentiti yg masih berteraskan daripada indonesia secara keseluruhannya..

Anonymous said...

Saya tidak fikir sebelum ini ada 2 ADUN berbangsa bugis dan sekrang ada 1 ADUN berbangsa bugis di Sabah diletakkan di situ kerana kerana mereka berbangsa bugis atau wakil kepada masyarakat bugis. Mereka berada di situ sebenarnya adalah wewakili seluruh masyarakat Melayu Islam. ADUN mewakili setiap kawasan kepada semua bangsa dan utk suku Bugis saja. Tanggapan beginilah yang menyebabkan melayu Islam berpecah. Nanti semua suku mahu ada wakil dalam DUN & Parlimen. Baliklah kepada perjuangang melayu Islam. Bangsa dan agama lain senang hati tengok Islam kita berpecah2..

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan