JAWAPAN NAJIB KEPADA ANWAR

on Thursday, January 30

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pelan perdamaian nasional yang diusahakan kerajaan akan berasaskan empat teras iaitu sosial, politik, kerajaan dan hubungan antarabangsa.

Najib dalam kenyataan dikeluarkan Rabu, berkata dalam mesyuarat kabinet hari ini, para anggota telah meneliti satu pelan untuk membangunkan dan menggalakkan persekitaran kondusif untuk dan dapat membantu menggalakkan perdamaian nasional menerusi perpaduan dan konsensus di dalam negara.

Beliau berkata pelan diusahakan kerajaan itu adalah berasaskan prinsip-prinsip demokrasi.

Najib, bagaimanapun menegaskan pelan itu tidak termasuk penubuhan sebarang bentuk kerajaan perpaduan. "Kami telah diberikan mandat besar oleh rakyat untuk mentadbir pada pilihan raya umum lepas dan kami berhasrat melakukannya.



Bagaimanapun, kami perlu lihat untuk menjadi lebih inklusif dalam aktiviti-aktiviti dan acara-cara kami.

"Kami terbuka untuk berbincang dengan semua pihak dan kami boleh gunakan Parlimen, termasuk menubuhkan jawatankuasa dwipartisan untuk membincangkan isu-isu yang menjejaskan perpaduan nasional," katanya.

IDEA PERPADUAN NASIONAL: NAJIB LEBIH AWAL, ANWAR LAMBAT
Najib berkata beliau mengilhamkan idea perdamaian nasional selepas pilihan raya umum lepas, namun beberapa pihak tidak responsif terhadap rayuannya untuk bekerjasama.

"Kesahihan pilihan raya malah dipersoalkan oleh mereka dan ia terbukti tidak berasas. Saya kini menjadi lebih bersemangat apabila melihat Pembangkang menggesa bagi satu konsensus dan saya percaya mereka akan mengalu-alukan perkembangan baharu ini," katanya.

"Tidak seperti idea-idea yang kabur mengenai konsensus, pelan perdamaian nasional yang diusahakan kerajaan akan berasaskan empat teras utama iaitu sosial, politik, kerajaan dan hubungan antarabangsa dan terus maju.

"Saya akan mengetuai pelaksanaan perubahan-perubahan yang kita harap akan menjadikan semua rakyat Malaysia lebih rapat," katanya.

Najib berkata kebebasan seseorang untuk menyuarakan pandangan akan terus dipertahankan, tetapi ini juga mesti diiringi dengan tanggungjawab.

"Bagi membolehkan semua ini berjaya, kita semua mesti berjanji untuk mengelak daripada menyebarkan perbohongan dan fitnah, yang akhirnya dapat menghentikan politik kebencian," katanya.

Najib berkata juga terdapat keperluan untuk kembali semula kepada akar umbi dan mendekati rakyat bagi membina komitmen mereka ke arah mencapai visi bersama bagi sebuah negara Malaysia yang aman, berjaya dan harmoni.

"Kita juga perlu melibatkan belia kita dalam inisiatif-inisiatif ini untuk menyatukan rakyat. Kita perlu mengusahakan dan merumuskan Model Perpaduan Sosial yang akan dapat membantu menjamin perpaduan kekal menjadi objektif bersama dalam aktiviti-aktiviti generasi akan datang.

"Dalam beberapa bulan akan datang, anda akan menyaksikan perubahan-perubahan yang akan membantu menjadikan Malaysia lebih kuat, lebih bersatu dan sebuah negara yang padu. Saya menjemput semua rakyat Malaysia untuk menyertai saya dalam perjalanan ini," katanya.

SIGNAL DARI NAJIB KEPADA ANWAR

on Monday, January 27

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan mempertimbang cadangan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Barisan Nasional untuk bekerjasama dan bermuafakat ke arah 'pelan damai', dengan berunding bersama Jemaah Menteri.

Perdana Menteri berkata yang penting ialah negara sentiasa aman dan dapat menentukan kesejahteraan rakyat yang sentiasa menjadi keutamaan kerajaan.

"Biarlah saya berunding perkara ini dengan Jemaah Menteri nanti.

"Apapun ideologi politik atau kefahaman politik, yang penting kita bertindak mengikut lunas undang-undang dan menjaga sensitiviti kaum, agama dan menghormati hak masing-masing berlandaskan prinsip Perlembagaan negara dan undang-undang peringkat pusat dan negeri," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku 'Maps of Malaya and Borneo: Discovery, Statehood and Progress' di sini isnin.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tawaran Anwar Ahad lepas yang dilaporkan mengajak kepada permuafakatan nasional terutamanya berkaitan keharmonian agama dan kaum di negara ini.

Najib juga berkata selepas pilihan raya umum lalu, beliau telah membangkitkan mengenai permuafakatan nasional dan apabila pilihan raya selesai, kedua-dua pihak mesti menghormati keputusan yang dibuat oleh rakyat.

PRASYARAT
"Itu sebagai prasyarat untuk mencapai permuafakatan nasional tetapi kita tahu pihak pembangkang tidak mahu menerima keputusan tersebut yang telah membuat perhimpunan dan terus menuduh kita membuat penipuan melibatkan kononnya 40,000 pengundi warga Bangladesh.

"Semuanya jelas terbukti fitnah dan tidak ada asas sama sekali. Sekarang timbul pula cadangan yang kita telah buat pada peringkat awal," katanya.

Mengulas mengenai isu kalimah Allah yang antara lain terkandung dalam cadangan Anwar, Najib berkata kerajaan membuat pendirian berhubung perkara itu seperti yang dinyatakan selepas Mesyuarat Tertinggi Umno baru-baru ini.

"Pendirian dah jelas dan kita harap semua pihak dapat menerima pendirian ini supaya ia tidak menyentuh penganut agama lain untuk mengamalkan agama mereka dalam keadaan aman dan bebas.

"Pendirian kita dah jelas dalam hal ini, yang penting untuk semua pihak memahami akan keputusan yang dibuat oleh kerajaan," katanya.(B)

PELAJAR DI JEPUN - KAMI MALU DENGAN PERBUATAN BAKAR & PIJAK BENDERA JEPUN

on Sunday, January 26


Pelajar-pelajar Malaysia di Jepun kesal dan malu dengan demonstrasi penyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memijak dan membakar bendera Jepun di kedutaan negara itu di sini, Selasa lepas.

Perbuatan mereka ekoran Anwar dilarang memasuki Jepun selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada Ahad lepas dan diarah untuk pulang segera atau diusir keluar.

Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Jepun (MSAJ) Zed Al Habshee Syed Abdul Hamid berkata berikutan demonstrasi itu, mereka yang berada di negara matahari terbit itu malu untuk bersua dengan penduduk setempat.

"Kami sebagai rakyat Malaysia yang berada di Jepun berasa malu untuk bersua muka dengan penduduk setempat, apatah lagi memulakan bicara atau bertanyakan tentang isu itu kepada mereka.

"Ironinya, selepas insiden itu, kami masih dilayan baik, tidak menerima apa-apa tekanan atau kesan negatif yang secara langsung daripada guru-guru, rakan-rakan mahupun orang Jepun yang lain.

"Malah, stesen televisyen di sini juga masih menyiarkan rancangan tentang tempat-tempat percutian menarik di Malaysia pada minggu sama insiden itu berlaku. Itu yang menyebabkan kami malu," katanya dalam e-mel kepada Bernama di sini, hari ini.

Zed Al Habshee berkata layanan baik itu menunjukkan rakyat Jepun lebih berfikiran matang dan sentiasa mahu menjaga erat hubungan diplomatik yang dijalinkan dengan Malaysia.

"Dalam masa sama, mereka juga yakin terhadap Malaysia. Itu sebab mereka tenang meskipun tahu ada rakyat kita memijak dan membakar bendera mereka," katanya.

Pada masa ini, kira-kira 3,000 pelajar Malaysia sedang menuntut di Jepun terutamanya di Kanto (Tokyo) dan Kansai (Osaka) selain Hokkaido, Tohoku, Shikoku dan Kyushu.

Kebanyakan mereka mengambil jurusan kejuruteraan.

Zed Al Habshee berkata tindakan penyokong Anwar adalah kerana mengikut emosi tanpa memikirkan akibatnya kepada masyarakat dan negara.

"Tidakkah mereka fikir usaha 'Dasar Pandang ke Timur' yang dilakukan oleh (bekas perdana menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad yang melebihi 30 tahun kini, boleh rosak dan musnah dek kerana tindakan mereka?

"Lagipun, perlakuan sesetengah pihak walaupun hanya segelintir, akan sekaligus melambangkan identiti keseluruhan rakyat di sesebuah negara itu," katanya.

Dalam insiden itu, kira-kira 30 penyokong Anwar berhimpun di luar Kedutaan Jepun bagi membantah tindakan Jepun menghalang Anwar memasuki negara itu kerana pernah disabitkan kes rasuah pada 1999 seperti yang terkandung dalam Perkara 5.1 Kawalan Imigresen Jepun dan Akta Pengiktirafan Pelarian.(BERNAMA)

KJ PERLU BERTINDAK DALAM ISU MURID SEKOLAH DIBINATANGKAN

on Saturday, January 25

Beberapa isu besar yang dihadapi khususnya oleh orang-orang Melayu dan umat Islam telah tidak mendapat tindakan yang sewajarnya oleh Ketua Pemuda UMNO. Saya bersetuju dengan DS Najib dalam Perhimpunan Agung UMNO yang lepas (2013) bahawa tulang belakang kepada UMNO sekarang adalah Pergerakan Wanita UMNO.

Saya melihat perkara ini sebagai sindrom bisu, di mana kelihatannya Ketua Pemuda UMNO sekarang amat berbeza sebelum dan selepas dilantik menjadi menteri penuh. Sebelum dilantik sebagai menteri penuh, beliau sangat peka kepada isu-isu besar yang melibatkan kebajikan orang Melayu, sebaliknya sesudah dilantik sebagai menteri penuh kondisinya kelihatan lembek, bermusim dan banyak membisu dalam hal-hal yang sepatutnya.

Semasa bertemu YB KJ di dalam suatu majlis, saya berkata kepadanya bahawa saya akan mengkritik kepimpinannya jika saya melihat ada yang tidak kena. Walaupun begitu, bukanlah ianya suatu lesen untuk saya terus mengkritik beliau. Saya juga pernah memujinya seperti ini http://www.al-azharrisiddiq.com/2013/07/lim-guan-eng-salah-khairy-jamaludin.html .

Semua ahli UMNO perlu sedar bahawa parti UMNO ini bukan milik sesiapa sendirian berhad, ianya milik semua ahli UMNO dan kita berhak menyuarakan perkara yang kita lihat tidak kena.
Salah satunya ialah insiden seorang guru Cina mendenda anak muridnya dengan suatu perbuatan yang di luar tabie kemanusiaan, suatu bentuk denda yang menghina manusia yang dibinatangkan sedemikian rupa, dan ianya adalah suatu penderaan kepada anak murid itu. 

Saya sangat yakin murid-murid yang diperbinatangkan itu tidak mungkin akan melupakan penderaan dan penghinaan itu sampai mereka besar.

Saya bersetuju dengan sebahagian kenyataan ini bahawa sekiranya ianya melibatkan kaum lain, nampaknya Ketua Pemuda kita ini antara yang tersangat cepat memberi respon dan tindakan.

Sepatutnya, di dalam isu maruah bangsa sendiri, YB KJ hendaklah memberi komen segera bukannya memberi komen dua tiga hari selepas peristiwa itu berlaku. 

Cuba bayangkan sekiranya ianya dilakukan oleh seorang guru Melayu ke atas seorang murid Cina, sudah tentu berhalilintarlah gegak-gempita suara-suara Pemuda DAP, Pemuda MCA, Pemuda Gerakan membelah langit Malaysia ini.

Seperti pernah saya tulis, YB KJ ya agak baik sebagai menteri kabinet sudah tentu kerana pendekatan dan persembahan beliau yang lebih moden dan kebaratan.

Oleh itu, saya mendesak Ketua Pemuda UMNO sendiri keluar dari kepompong, bertindaklah dengan bijak kerana isu ini juga melibatkan penghinaan kepada orang Melayu dan umat Islam. 

Ianya mesti diurus dengan cepat, kerana kita tidak mahu implikasi lain seperti kemarahan orang Melayu tidak dapat dikawal. 

Di samping itu, bantulah Perdana Menteri dengan cara mengembalikan semangat perpaduan, semangat a sense of belonging dan semangat 1Malaysia.

Pemuda hendaklah seorang yang bukan tegap di askar wataniah sahaja tetapi juga gegap dalam berdepan isu yang mencabar bangsanya. 

Seorang pemuda bukanlah hanya pantas di meja pidato sahaja tetapi juga hendaklah selangkah di hadapan ketika melihat bangsanya terhina. 

Dan seorang pemuda tidak akan menjadi lembek ketika dia sudah ternama sebaliknya menjadi semakin keras apatah lagi ketika sudah berada di kedudukan yang mantap. 

Dalam apa jua isu bangsa kita, Pemuda mestilah on time dan ada pemuda yang on call. Barulah Presiden akan mengembalikan kata-kata Wanita tulang belakang kepada Pemuda tulang belakang.

Selamat Berhari Minggu.













JOURNALIST INDONESIA PUJI NAJIB, TKI PUJI PEMERINTAH MALAYSIA

on Tuesday, January 21



Ini yang Dilakukan Pemerintah Malaysia ketika Harga Barang Naik

Meski jadi bulan-bulanan di sosial media karena mengomentari turunya harga kangkung, namun apa yang dilakukan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak patut diapresiasi tinggi. Seorang Perdana Menteri rela mengomentari harga yang oleh pemerintah Indonesia tidak akan pernah dipikirkan.

Perdana Menteri mengatakan bahwa harga kangkung turun dan saatnya masyarakat Malaysia memuji pemerintah, karena waktu harga kangkung naik pemerintah yang disalahkan.

Rakyat Malaysia memang tengah mengeluhkan mahalnya harga-harga kebutuhan pokok. Dan pemerintah langsung merespon.

Bandingkan dengan pemerintah kita. Passca kenaikan BBM, rakyat menderita, bahan kebutuhan pokok melambung tinggi, tarif dasar listrik menyusul naik, rakyat tercekik tapi pemerintah tidak mau tahu.

Rakyat Indonesia berjibaku sendirian , bertahan hidup dengan sebisa-bisanya. Pemerintah cuma bisa menghimbau, tidak pernah seorang menteri pun yang mengomentari tentang bagaimana upaya pemerintah menekan harga. Harga dipasar naik gila-gilaan tanpa bisa dikontrol oleh pemerintah.
Ketika rakyat Malaysia mengeluhkan tingginya harga kebutuhan pokok, apa yang dialakukan pemerintah? mereka bertindak cepat . Rabu kemarin wakil perdana Menteri Malaysia Tan Muhadin Yasin langsung membentuk komisi khusus yang menangani kenaikan harga barang -barang.
Mereka tidak langsung membuat peryataan bahwa pemerintah tidak bisa mengontol harga. Mereka juga tidak lepas tangan dan saling menuding siapa yang bertanggung jawab. Mereka sadar, bahwa kenaikan harga barang harus di intervensi oleh pemerintah.

Untuk satu hal ini, pemerintah kita harus berkaca dan studi banding ke sana. Luar bisa keberpihakan pemerintah kepada rakyat. Mereka tidak lepas tangan dan membiarkan rakyatnya seperti yatim piatu.

Untuk rakyat Malaysia,
banggalah anda masih punya pemerintah yang peka terhadap penderitaan kalian,dan meskipun untuk sekelas perdana menteri ” tidak pantas ” mengomentari harga kangkung menurut sebagaian besar rakyat Malaysia percayalah itu jauh lebih baik ketimbang memiliki pemerintah yang sama sekali tidak sensitif terhadap kenaikan harga-harga yang mencekik leher masyarakat.



Ulasan pendek : Kadang-kadang kita tidak merasai kebajikan dan kebaikan yang ada di tanah air kita, sebaliknya orang lain dapat merasai kebajikan dan kebaikan pemerintah di tanah air kita.

Sumber : http://luar-negeri.kompasiana.com/2014/01/17/yang-dilakukan-pemerintah-malaysia-ketika-harga-barang-naik-627042.html

TAHNIAH REEZAL NAINA MERICAN BERJAYA MATIKAN ISU KANGKUNG & SELAMATKAN MARUAH PM

on Sunday, January 19

Saya tidak mengenali YB Datuk Seri Reezal Naina Merican (gambar), Ahli Parlimen Kepala Batas secara dekat. Sekiranya beliau masih mengingati saya, kami pernah bersama-sama di rumah lama (JKR) Pak Lah semasa membantu menyelesaikan masalah parti SAPP dahulu. Bacaan ulangan di sini http://www.al-azharrisiddiq.com/2008/06/perbincangan-dengan-pak-lah.html

Semalam, Datuk Seri Reezal Naina Merican berjaya mengetuai penentangan orang Islam dan orang Melayu di atas penghinaan Lee Khai Loon yang bertindak keterlaluan menyumbat kangkung ke dalam mulut replika gambar DS Najib. 

Apapun fahaman politik kita, DS Najib adalah seorang Islam, DS Najib juga seorang Melayu, sudah pasti orang-orang Islam dan orang Melayu terasa marah dengan perbuatan biadap itu. Lee Khai Loon sudah tentu tidak merasa kebiadapannya, tetapi orang-orang Islam & Melayu amat terasa akan kebiadapannya itu. 

Sepanjang perarakan itu, orang-orang Islam & Melayu membawa pelbagai sepanduk mengecam tindakan ADUN PKR dan kerajaan DAP Pulau Pinang yang membisu dalam isu berkenaan.(U)

Reezal Merican mencabar Lee Khai Loon supaya mengulangi perbuatan biadab tersebut.

Kata Reezal, "Rakyat berasa amat terkejut dengan penghinaan terhadap Perdana Menteri yang dipilih secara sah dalam pilihan raya umum lalu".

Kata Reezal lagi, "Kepada Khai Loon, kalau beliau berani dan benar-benar anak jantan, saya cabar buat sekali lagi. Kita tengok dalam masa sejam, apa yang akan kami lakukan,".

Saya secara peribadi mengucapkan Tahniah kepada YB DS Reezal Naina Merican atas inisiatifnya. Setelah beberapa minggu negara kita dilanda sindrom 'kangkung', akhirnya ianya ditamatkan oleh seorang penggerak yang kepimpinannya telah dibuktikan semasa di GPMS lagi.
Tulang Belakang
Kepada pergerakan pemuda UMNO khususnya yang sepatutnya menjadi tulang belakang kepada orang-orang Islam & Melayu, hendaklah belajar bagaimana untuk mengurus isu (management issues) pada masa yang sesuai (time management) dan kepada massa yang sesuai. 

Semalam semasa saya sedang membaca sebuah akhbar, saya agak pelik apabila seorang exco Pemuda beria-ia hendak pergi ke Eropah, walhal sudah ada biro lain yang lebih sesuai dalam isu-isu luar negara. Ianya tidaklah salah tetapi kurang bijak kerana biro sendiri belum lagi menunjukkan apa-apa kemajuan yang boleh dibanggakan. 

YB KJ sendiri dalam temuramahnya dengan sebuah akhbar menyatakan kekecewaannya bahawa biro tersebut masih belum tersusun. Barangkali inilah yang dimaksudkan syok sendiri, wallahu'alam.

Bantahan pada hari kedua hari ini (19/1/2014) memperlihatkan kemarahan sebenar orang-orang Islam dan Melayu di Pulau Pinang bilamana seorang Cina telah menjadi mangsa kemarahan kerana khabarnya dia telah mengeluarkan perkataan bodoh kepada orang-orang Islam & Melayu di sana. Ini bacaan anda http://www.utaranews.com/2014/01/adun-cina-pkr-machang-bubuk-lari.html

Saya ingin menyejukkan bacaan anda, saya berharap parti-parti berunsur Cina seperti MCA, Gerakan, DAP dan sebahagian PKR supaya menghentikan perkara-perkara berbentuk provokasi melampau sebaliknya menukarkannya dengan elemen perpaduan sesama kita. 

Mari kita mulakan dengan menggunakan bahasa Kebangsaan yang difahami oleh semua orang. Bayangkan jika anda mempunyai dua orang rakan sekerja keturunan Cina, ketika berbual mereka berdua menggunakan bahasa Mandarin dan anda tidak memahaminya. Apakah perasaan anda? 

Pengalaman saya ketika mengajar di Kuala Lumpur dahulu, seorang guru India telah memarahi dua orang pelajar Cinanya kerana menggunakan bahasa Mandarin yang dia tidak faham. Begitu juga, seorang doktor India memarahi pelajar perubatan keturunan Cina kerana menggunakan bahasa Mandarin di hadapannya. Jawapan kepada isu ini ialah, gunakanlah bahasa Kebangsaan. 






ANWAR MAHU PENSYARAH UNIVERSITI TEMPATAN, SEBUT UITM & UKM

on Saturday, January 18

Anwar & Ihsan
Selepas Pilihanraya Umum ke-13, saya akhirnya gembira kerana pemimpin-pemimpin oposisi khususnya DS Anwar Ibrahim (Anwar) tidak lagi menentang keputusan PRU13 di jalanan. Beliau sudah boleh menerima kekalahan dengan hati yang terbuka walaupun sedikit terluka, agaknya.

TS Zainudin Maidin (Zam) berkata buat masa ini belum ada yang layak untuk menggantikan DS Najib di sini. Zam juga berkata perlunya Tun Dr. Mahathir menyertai semula kerajaan di sini. Jika Tun Dr. Mahathir kembali dalam kerajaan, saya percaya Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim akan sesak nafas. 

Sebelum PRU13, Anwar berjanji untuk mengundur diri dan menyatakan hasratnya untuk menjadi pensyarah di sini. Saya tidak fikir Anwar akan mengotakan janjinya itu, ianya hanya janji politik sahaja dalam period PRU13 ketika itu. 

Namun begitu, jika ada universiti tempatan menawarkan tempat kepada Anwar sebagai pensyarah, saya percaya Anwar akan berfikir semula. Hasrat Anwar itu di sini.
Anwar Ketika Di Institut Teknologi Bandung 
ANWAR SEBUT UITM & UKM
Ramai di kalangan kita terlepas pandang untuk menyelami akan kemahuan Anwar bahawa beliau mahu menjadi pensyarah. Sebagai pensyarah beliau mahu melontarkan seribu satu macam ideanya yang terbuku tentang demokrasi, kesamarataan, sistem Presiden dan sebagainya.

Sudah sampai masanya Anwar diberi peluang menamatkan khidmat politiknya melalui kepartian. Sudah sampai masanya Anwar mengotakan hasratnya untuk menjadi pengwacana ilmu, pengucap umum, pembicara isu dan sebagainya.

Soalnya universiti tempatan mana hendak menawarkan kepada beliau jawatan pensyarah? pensyarah jemputan? profesor barangkali? Anwar sudah pernah menerima anugerah Doktor Kehormat dari luar negara antaranya dari Mindanao (1988), Khartoum (1995) dan Manila (1996). Saya tidak pasti jika Universiti Selangor (UNISEL) sudah pernah menganugerahkan Doktor Kehormat kepada Anwar.

Sekiranya Anwar bersara dari politik, sudah pasti PKR akan dipimpin oleh generasi baharu seperti Azmin Ali, Nurul Izzah, Tian Chua dan barangkali Ihsan yang khabarnya akan mewarnai PRU14.

Saya percaya jika Anwar ditawarkan oleh universiti tempatan, Anwar akan menolak tawaran dari universiti luar negara khususnya dari Amerika dan Indonesia.

Barangkali anda tidak bersetuju. Silakan pemikiran anda.















TUJUH CARA BAGAIMANA KERAJAAN BOLEH TOLONG RAKYAT

on Friday, January 17

CONTOH RUANG KECIL PEJABAT DALAM RUMAH
1. BEKERJA DARI RUMAH
Cadangan ini bukanlah baharu, cuma kita belum lagi mempunyai garispanduan yang jelas untuk memulakannya. Kerajaan dicadang supaya segera menyediakan dasar dan peraturan yang sesuai kepada mana-mana jabatan kerajaan yang bersesuaian menggunapakai sistem ini.

Contoh mudah, mereka boleh bekerja seperti biasa, bermula seawal 8.00pagi, kehadiran boleh dibuktikan melalui sistem elektronik atau suatu mekanisme mudah. Arahan kerja boleh dikemaskini dari semasa ke semasa melalui sistem perhubungan di antara ibu pejabat dengan pekerja melalui sistem emel/whatapps/sms dsbnya.

Apakah kelebihan idea ini? Di antaranya mengurangkan masalah parking, mengurangkan kos elektrik, telefon, fax dan sebagainya. Di samping itu, kerajaan dapat membantu kakitangannya yang berada ditahap kritikal dari sudut kewangan untuk bekerja dengan seronok di rumah. Hikmah-hikmah yang lain dari sudut kekeluargaan, keibubapaan, keselamatan dan sebagainya tentulah lagi banyak. 

Mereka yang berpendapatan tinggi atau mempunyai kemudahan pengangkutan, tol, telefon dan sebagainya tentulah tidak terasa sangat dengan kos hidup yang semakin tinggi di bandar-bandar besar.

Saya sedar beberapa syarikat swasta dan mereka yang bekerja sendiri sudah lama mengguna pakai atau mengubahsuai sebahagian ruang bilik mereka untuk tujuan tersebut.

CONTOH KEMUDAHAN KEPADA RAKYAT
2. SAMAN KENDERAAN
Kerajaan hendaklah mengeluarkan satu garispanduan yang lebih bersifat 'kekitaan' di mana saman-saman yang dikeluarkan ke atas kenderaan, pemandu, terlanggar lampu isyarat, tersalah parking, parking sekejap di bahu jalan, kemalangan dan sebagainya boleh diberikan rebat/diskaun melalui mekanisme 'win-win sitution'. Yakni kerajaan tidak rugi dan rakyat tidak merasa rugi.

Kita hendaklah mendidik rakyat bahawa saman adalah untuk tujuan pendidikan bukannya sebagai sumber pendapatan kerajaan. 

Pemikiran sebahagian besar rakyat bawahan ialah, contohnya jika seseorang hanya berpendapatan bersih RM1,000 ke bawah sebulan di mana saman perlu dibayar mencecah RM300.00, sudah tentu rakyat akan terasa tersiksa dan automatik mereka akan membenci kerajaan. Sebaliknya, jika kita mempunyai suatu cara yang lebih bersifat 'kekitaan' dan bertolak-ansur sudah pasti rakyat boleh menyayangi kerajaan sebagaimana yang diharapkan.

SUASANA SEBUAH HOSPITAL DI NEGARA ARAB
3. MENGGALAK RAKYAT BEKERJA DI LUAR NEGARA
Lulusan dan kemahiran rakyat Malaysia dari institusi pengajian tempatan adalah diiktiraf oleh negara luar. Beberapa contoh, antaranya lulusan doktor perubatan dari UM dan UKM sangat laku di Singapura. Jurutera-jurutera dari Malaysia sangat diperlukan di Arab Saudi, Eropah dan Amerika Syarikat. Manakala guru-guru dan pensyarah dari Malaysia sangat diperlukan di Brunei dan negara-negara Arab.

Untuk mengurus semua ini, kerajaan perlu mewujudkan Kementerian Tenaga Kerja yang khusus sebagaimana di Filipina dan Indonesia.

TAN SRI HARRIS SALLEH, JASANYA DIINGATI 
4. BERI PERALATAN SEKOLAH PERCUMA
Suatu masa dahulu, ketika negeri Sabah diperintah oleh kerajaan parti BERJAYA, Datuk Harris Salleh sangat disayangi oleh majoriti rakyat Sabah. 

Selain aspek ekonomi, Datuk Harris Salleh telah melaksanakan sistem pendidikan percuma. Antaranya pakaian sekolah percuma dua kali setahun (awal tahun dan pertengahan tahun). Pakaian sekolah meliputi Baju Sekolah Lelaki & Perempuan/Stoking/Kasut/Tudung serta alat tulis seperti Buku Latihan/Pen/Pensil malah kertas lukisan. Semuanya diberi percuma bermula Darjah 1 hingga sekolah menengah.

Kementerian Pelajaran di peringkat persekutuan perlu memikirkan hal ini dan mencari mekanisme yang bersesuaian. 

ROKOK DAN JANTUNG
5. MAKANAN & ROKOK
Laporan ini http://beta.malaysiakini.com/news/181284 memberi indeks kemewahan bahawa di Asia Tengggara dan Asia, rakyat Malaysia merupakan antara yang tergemuk. Apabila menyebut gemuk, tafsiran majoriti ialah rakyat kita berkemampuan dalam bab makanan. Tidak perlulah saya menghurai bab obesiti dan keburukannya, ianya boleh dibaca dari sumber lain.

Memandangkan kos hidup semakin meningkat khususnya di bandar-bandar besar, adalah dicadangkan supaya kita mengubah cara makan. Contoh mudahnya, jika selama ini kita biasanya memilih lauk dua tiga jenis kurangkanlah. Jika selama ini kita biasa makan di restoran berjenama apa salahnya bertandang di warung jika tidak berkesempatan ke rumah. Jika selama ini kita tidak berpuasa sunat Isnin/Khamis bolehlah mengamalkannya. 

Jika selama ini kita merokok, berhentilah merokok. Jika harga rokok RM10 sehari X 30 hari = RM300.00 sebulan untuk rokok jika diganti dengan beras Wangi boleh mendapat 60Kg yang boleh dimakan selama kira-kira dua tiga bulan.

Namun begitu, adalah lebih baik membawa bekal makanan dari rumah sekiranya berkesempatan. Inilah masa ibubapa di rumah melipatgandakan pahala.

SISTEM PENGANGKUTAN DI KUALA LUMPUR UNTUK KESELESAAN RAKYAT 
6. PENGANGKUTAN
Di Malaysia, sistem pengangkutan adalah yang terbaik di Asia. Maknanya, sekiranya selama ini kita menaiki kapal terbang untuk ke Langkawi atau Johor Bahru dari Kuala Lumpur. Apa kata ubah kepada menaiki bas ekspres atau pun keretapi.

Tol adalah suatu hal yang tidak boleh dielak, di dalam hal ini saya mengajak syarikat-syarikat Tol supaya memberi rebet dan diskaun kepada pengguna tetap lebuhraya mereka atau yang mengggunakan sistem touch n go di mana penggunaan pekerja tol dapat dikurangkan, yang bermaksud syarikat boleh menjimatkan penggunaan pekerja. Sebaliknya, rakyat boleh diajak menggunakan kenderaan jimat seperti Hybrid, kereta cc kecil dan mengggunakan gas NGV menggantikan minyak.

BUKU GAJI YANG BAGUS DIBACA
7. PINJAMAN DALAMAN
Di negara Britain dan Komanwealth, terdapat suatu amalan di mana pekerja boleh meminjam atau memohon sebahagian gaji mereka ketika di pertengahan bulan.

Sebagai contoh, jika seseorang itu berpendapatan bersih RM1,000 sebulan pada 25hb setiap bulan. Dia boleh memohon pinjaman kepada majikannya untuk meminjam/memohon RM500 gajinya pada pertengahan bulan iaitu pada 15hb setiap bulan. Baki R500 lagi akan diperolehinya pada hujung bulan seperti biasa.

Tujuan sistem ini ialah supaya pekerja yang mempunyai keperluan terdesak di pertengahan bulan boleh menggunakan wang tersebut tanpa menunggu hujung bulan. Keperluan terdesak itu seperti sekiranya ada kematian, anak sakit, kereta rosak dan sebagainya.

Namun begitu, sistem ini bukanlah paksaan atau kemestian, ianya adalah pilihan terkawal sahaja.

Salam Jumaat.
17 Januari 2014.
KLIA.




SPRM MALAYSIA DICADANG TAMBAH PERKATAAN "BEBAS"

on Thursday, January 16

Bersama TS Abu Kassim Mohamed, Ketua Pesuruhjaya SPRM Selepas Sesi Dialog Baru-Baru Ini.
Dalam satu sesi dialog yang berasingan dengan SPRM, saya melihat kesungguhan yang amat tinggi oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed untuk meletakkan SPRM kepada satu tahap yang diyakini, dihormati dan dibanggakan oleh seluruh rakyat Malaysia serta dunia luar.

Beliau mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa SPRM boleh menjadi suatu suruhanjaya yang berkesan sekiranya semua ahli parlimen sama ada blok BN atau blok Pakatan memberi sokongan kepada penambahbaikan SPRM yang akan dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi.


Saya memuji tindakan SPRM kerana kerap mengadakan sesi dialog dengan parti-parti politik dan NGO untuk menyampaikan info terkini SPRM di samping berdialog dengan mereka. Ianya suatu pendekatan yang sangat bijak lagi berkesan di mana pihak media, parti politik, NGO dan individu boleh menghebahkan maklumat terkini SPRM kepada masyarakat.

Saya difahamkan pihak SPRM sudah juga menerima kunjungan wakil-wakil dari Pakatan Rakyat yang diketuai YB DS Anwar Ibrahim dan turut memberi komitmen untuk menyokong sebarang usaha menambahbaik SPRM. Pertemuan dengan YB Lim Guan Eng, YB Lim Kit Siang serta kepimpinan DAP juga telah dilakukan untuk mendengar pandangan mereka.

Walaupun Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah (ICAC) Hong Kong menjadi antara model penting kepada SPRM di negara kita, saya berpendapat SPRM juga boleh melihat kesungguhan Komisi Pembanterasan Korupsi (KPK) Indonesia yang kelihatan bebas dan kelihatan amat menyakinkan rakyat Indonesia.

Barangkali suatu usul yang kecil seperti menambah perkataan "Bebas" menjadi Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah (SBPRM) Malaysia boleh difikirkan. 

Antara rasionalnya ialah, apabila pihak SPRM mendambakan sebuah suruhanjaya yang lebih bebas dan berkesan seperti Suruhanjaya Kehakiman sudah tentu aspek-aspek integriti, kredebiliti dan kebebasan akan menjadi keutamaan.

Rasional yang kedua barangkali sedikit kekeliruan masyarakat di antara Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia yang kadang-kadang tersebut SPR/SPRM adalah sama dengan singkatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ianya hanya sedikit cadangan dari saya, barangkali boleh difikirkan apabila dibawa masuk dalam Parlimen pada bulan Mac nanti.

Berita berkaitan :
Pemuda MCA menggesa semua Ahli Parlimen sebulat suara menyokong cadangan pindaan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang dijadual dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat, Mac ini.
    
Ketuanya Chong Sin Woon berkata wakil kerajaan dan pembangkang perlu mengetepikan kepentingan politik masing-masing dengan menyokong pindaan Akta SPRM 2009 bagi memantapkan pembanterasan gelaja rasuah di negara ini.
    
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan sesi dialog dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed, di ibu pejabat SPRM di Putrajaya semalam.
    
Chong juga berkata Abu Kassim memaklumkan kepada beliau bahawa SPRM akan melantik lebih ramai pegawai SPRM dalam kalangan kaum Cina.
    
Pada 3 Disember tahun lepas, Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) Tan Sri Abu Zahar Ujang mengumumkan bahawa penambahbaikan akan dilakukan terhadap Akta SPRM 2009 dengan pindaan pada Seksyen 23 dan Seksyen 36.
    
Menurutnya, pindaan terhadap Seksyen 23 adalah untuk memastikan anggota pentadbiran dan penjawat awam di peringkat nasional dan negeri tidak memanipulasi sebarang kelemahan yang terdapat dalam peruntukan undang-undang terutama melibatkan pemberian  tender,kontrak, tanah dan projek kerajaan.

Pindaan Seksyen 36 pula bertujuan membolehkan SPRM terus menyiasat pemilikan dan harta seseorang yang disyaki terlibat dengan rasuah tanpa perlu ada siasatan awal sebagaimana peruntukan undang-undang di Hong Kong.

Menurut Abu Zahar pindaan itu memerlukan sokongan Ahli Parlimen pembangkang yang mempunyai 89 kerusi bagi mendapat sokongan dua pertiga.(BERNAMA)

TOK BERUMUR 88 TAHUN, SAMA DR. MAHATHIR - BARANGKALI DIA MAKAN SAYUR KANGKUNG

on Wednesday, January 15

Pagi tadi saya berurusan dengan sebuah jabatan kerajaan di Kuala Lumpur. Sambil menunggu giliran, saya bersembang dengan dua orang nenek.

Selepas beri salam, saya bertanya urusan apa datang dan siapa hantar? Yang seorang tu petah sikit bercakap, yang seorang pula pendiam. 

Dia membahasakan dirinya 'Tok'. Mulanya saya tak faham sebab biasanya Tok merujuk kepada lelaki ataupun 'atuk/atok'. 

Dari cara dia bercakap saya cuba meneka, "mak cik dari Kedah ker?". Dia segera menjawab dari Jitra. Tapi anak-anak dia selalu bawa ke Kuala Lumpur dan Singapura.

Saya pun masuklah, "Oh satu negeri dengan Dr. Mahathir lah mak cik".

Dia nampak seronok berbual dengan saya. Dia sebut Che Det tak sebut Dr. Mahathir. Katanya, "Che Det orang Tanjung, Tok orang Darat".

"Kalau jumpa orang lama-lama, saya dengan Che Det adalah bau-bau bacang, tapi kita tak sebut lah, kalau jumpa kenal lah".

Saya pun tak faham apa maksud Dr. Mahathir dari Tanjung. Yang saya ingat di Malaysia ini ada Tanjung Tokong, Tanjung Dawai, Tanjung Tuan. Orang Kedah mungkin boleh beri komen sikit bab Tanjung ne.

'Tok nak ke Singapura, datang sini nak buat pasport. Anak hantar, dia tengah cari parking kereta'.

Dalam bersembang tu, saya pun seronoklah, saya pun sambung, "Makcik umur berapa?"

Yang petah tu berkata 88 tahun, yang seorang lagi berkata perlahan 75 tahun.

"Alhamdulillah panjang umur mak cik. Orang Kedah panjang umur dia yer mak cik, Dr. Mahathir pun 88 tahun.  Apa petua mak cik amalkan", saya bertanya lagi.

"Tok tak dak la amalan luar biasa, lepas solat Tok bacalah Al-Quran sikit-sikit. Tok pula tak makan ikan, tak makan daging, tak makan telur. Tok makan nasi dengan sayur saja!"

Saya terkejut "Sayur!!!".

Yang tua tu sambung lagi, "Tok ne kalau jalan satu batu boleh lagi. Kalau ulang alik dua batu boleh lagi".

Saya sangat kagum dengan kesihatan mereka berdua. 

Kami bercerita agak panjang sebab anak mak cik belum sampai lagi, saya agak tentu masih berpusing-pusing mencari parking.

Perbualan kami terhenti apabila anak perempuannya dalam lingkungan 40an sudah sampai dan sempatlah dia mengeluh betapa sukarnya mencari parking.

Katanya ada kenduri kahwin keluarga di Singapura pada 19 Januari ini. Sebab itulah datang untuk membuat pasport.

Selepas bersalam dengan mak cik itu kami pun beredar. Saya terpegun makcik atau 'Tok' yang berumur 88 tahun itu menghulurkan tangannya dengan melapikkan tangannya dengan kain tudungnya. Sungguh dia menjaga kesucian Islam sampai ke tahap begitu.

Falsafah Sayur Kangkung
Satu perkara yang saya lupa tanya, sayur apa dia makan?

Adakah sayur kangkung?. 

Jika sayur kangkung, maknanya DS Najib tidak bercakap kosong. DS Najib bercakap dengan falsafah yang mendalam tentang sayur. 

Bukankah falsafah sayur kangkunglah yang membolehkan pembesar Melaka melihat wajah sebenar Maharaja China suatu ketika dahulu?

* Cerita di atas adalah cerita benar. Sayang sekali saya tidak mengambil gambar kenangan. Jika keluarga dia terbaca cerita ini, alangkah bagusnya jika saya dapat bertemu semula.











P. KAMALNATHAN TIMBALAN MENTERI BERJIWA RAKYAT

on Monday, January 13

YB Datuk P. Kamalanathan Di KLIA Ketika Menunggu Kepulangan Pelajar Malaysia Dari Mesir (2013)
Saya terkejut dengan berita YB. Datuk P. Kamalnathan ditumbuk http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kamalanathancederaditumbuk/Article. 

Sepanjang saya mengenali YB Datuk P. Kamalnathan, beliau adalah seorang yang sangat prihatin, mesra rakyat dan seringkali ingin mengambil tahu masalah rakyat tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik.

Perkhidmatan beliau adalah merentas sempadan negeri dan sebagainya. Beliau adalah contoh Timbalan Menteri yang bagus untuk rakyat Malaysia.

Pada tahun 2010, saya didatangi oleh seorang guru dari Kelantan kerana masalah perkhidmatan beliau yang sudah lama terhenti kerana sebab-sebab tertentu. Pada masa itu, YB Datuk Kamalnathan belum lagi menjadi Timbalan Menteri tetapi beliau sudi mendengar dan menjawab panggilan telefon saya. Bacaan ulangan di sini http://www.al-azharrisiddiq.com/2013/06/kenapa-tidak-pertikai-yang-tidak-fasih.html

Beberapa hari kemudian, beliau telah memberikan surat sokongan dan berhubung sendiri dengan pihak Kementerian untuk membantu menyelesaikan masalah guru tersebut.

Kita harus faham, Ahli-Ahli Yang Berhormat sebagai Ahli Dewan Rakyat merupakan pembuat dasar dan polisi-polisi penting negara kita di dalam parlimen. Perlaksanaan dasar-dasar itu dilaksanakan oleh kakitangan kerajaan sebagai peneraju penting sesebuah kerajaan. 

Ahli-ahli Yang Berhormat tidak mempunyai kuasa veto untuk menukar seseorang guru yang hendak bertukar, namun beliau boleh memberi sokongan. Di Kementerian Pelajaran, sudah ada sistem yang disediakan dan ada budi bicara yang diberikan seperti rayuan dan sebagainya. 

Kalaulah semua Menteri dan Timbalan Menteri memaksa Kementerian Pelajaran supaya menuruti kehendak mereka agaknya apa akan jadi kepada sistem pertukaran guru kita. Sudah pasti ianya akan kelam-kabut dan memberi kesan kepada proses pembelajaran anak-anak kita. Kerajaan dan negara kita bukan kerajaan kukubesi, sosialis atau komunis untuk memaksa kakitangan kerajaan untuk menuruti kehendak mereka secara diktator.

Oleh itu, kita perlukan kesabaran di mana khabarnya suatu sistem baharu penempatan dan pertukaran guru yang lebih mudah dan bersifat lebih baik sedang diusahakan oleh kerajaan seperti mengikut suami/isteri, berdekatan tempat tinggal dan sebagainya. Walaupun ketika memohon pekerjaan ramai yang sanggup menerima penempatan di mana sahaja.

Di dalam kerajaan kita, surat-surat sokongan bukanlah sebagai suatu surat kepastian. Saya sudah pernah menceritakan perkara ini di sini http://www.al-azharrisiddiq.com/2013/12/tnb-proton-dan-ds-najib.html
YB P. Kamalnathan Tekun Mendengar Isu-Isu Semasa Ops Piramid 2013 di KLIA
Begitu juga semasa pelajar-pelajar kita dari Mesir dibawa pulang ke Malaysia tahun lalu (2013), di mana YB Datuk P. Kamalnathan datang seawal pagi untuk menanti kepulangan pelajar-pelajar kita dari Mesir. Beliau menanti dengan sabar, memberi ucapan semangat dan memberi penerangan kepada ibu bapa.

Saya tidak bersetuju dengan perbuatan yang dilakukan ke atas YB Datuk P. Kamalnathan walau apapun alasan yang diberikan. Ianya adalah perbuatan yang tidak boleh diterima dan tidak bertamadun. Agama kita Islam sendiri melarang perbuatan tersebut dan kita sepatutnya beristighfar dan berasa malu dengan perkara ini.

Saya menyarankan supaya beliau memohon maaf kepada YB. Datuk Kamalnathan, sesungguhnya memohon maaf adalah perbuatan yang terpuji di dalam agama Islam. Semua orang ada melakukan kesilapan, tetapi apa salahnya memohon maaf. 

SURAT KEPADA KJ

on Thursday, January 9

Assalamualaikum Warahmatullahih Wabarakatuh,

Saya menulis surat terbuka ini kerana kebimbangan yang sangat mendalam saya kepada kemajuan pasukan siber di bawah Pergerakan Pemuda UMNO. Secara peribadi, kita harus mengakui bahawa pasukan siber UMNO oleh Unit Media Baru (UMB) yang terdahulu sudah meletakkan asas yang kukuh dalam membantu kemenangan besar UMNO dalam period 2008-2013. 

Dalam pada itu,sebenarnya ada beberapa lagi pasukan siber yang pro UMNO/BN bergerak di luar pasukan UMB di mana mereka juga memiliki pasukan yang berkesan. Tidak perlu saya nyatakan siapakah mereka, namun mereka semua turut memberi sumbangan yang besar kepada kejayaan UMNO/BN semasa period 2008-2013.

Saudara harus ingat, jika saudara sahaja yang hebat, saudara sahaja yang kedepan, saudara sahaja yang menonjol, UMNO/BN tidak akan ke mana dan tiada jaminan UMNO/BN akan menerajui semula kerajaan persekutuan dalam PRU14.

Oleh hal yang demikian, kita perlu sebuah pasukan siber yang hebat, besar dan berkesan. Kita perlu sebuah pengendali yang pantas, mahir dan boleh diterima oleh semua pasukan siber di dalam UMNO, komponen BN dan individu-individu yang menyayangi kerajaan ini.

Selepas satu bulan Perhimpunan Agung UMNO (Disember, 2013), saya tidak nampak suatu gerakan oleh pasukan siber Pemuda yang ampuh, bertenaga dan berpandangan ke hadapan. 

Kita tidak boleh lambat berfikir dan lambat bertindak kerana setiap hari isu-isu baharu akan muncul dan kita tiada masa untuk menunggu. 

Apakah saudara berfikir pasukan siber DAP/PKR/PAS akan berhenti rehat sekejap (take five)? Adakah saudara berfikir jika saudara seorang one man show pun sudah boleh mengatasi isu-isu ini berseorangan? Saya yakin saudara akan keletihan, dan keletihan itu akan membawa kepada kekalahan. Saudara tidak akan cukup tangan untuk menangani isu-isu dalam parti, luar parti, parlimen, global, nusantara dan isu-isu besar yang lain.

Sepatutnya, UMB itu diupgrade. Kelihatannya sekarang ianya mengundur kebelakang tanpa adanya perancangan yang tersusun sehingga tahun 2018 (PRU14). Sepatutnya kekuatan dan kelemahan UMB digarap supaya menghasilkan sebuah pasukan siber yang lebih mantap dan berkesan.

Kita tidak boleh membiarkan pejuang-pejuang siber yang sedia ada bergerak sendiri tanpa sokongan. Kita mesti membantu mereka dengan kadar segera, sudah tentulah orang yang boleh membantu mereka ialah orang yang berpengalaman dan berpengetahuan di dalam bidang peperangan siber, teknik dan solusi. 

Ianya bukan sekadar instagram, lifestyle, tweeter, FB, portal dan blog semata-mata. Medium peperangan siber ini luas dan perlu mendapat sokongan daripada minda baharu dan minda lama, media konvensional dan media baharu.

Janganlah saudara kelihatan sudah menang Ketua Pemuda maka menjadi slow di dalam parti. Sebagai Pengerusi Pergerakan Pemuda BN, apakah saudara sudah menggerakkan suatu usaha menubuhkan pasukan siber BN yang meliputi Gerakan, MCA, MIC, PBS, PBB dan lain-lain komponen BN. Saya tidak nampak adanya usaha ke arah ini? UMNO sebagai parti teras di dalam BN hendaklah menggerakkan usaha ini, percayalah kita tidak boleh mengharapkan parti-parti komponen yang menggerakkannya.

Sebab itulah amat penting memilih pemimpin yang berkualiti, berpengalaman luas dan berfikiran luas untuk memimpin sebuah gerakan siber yang berkesan. 

Saya perlu memberikan kritikan kerana kita tidak mahulah pasukan siber UMNO kelihatan lemah, longlai dan tidak bermaya. Jika kritikan dilihat sebagai penentangan, hasilnya ialah dendam kesumat dan kebencian. Jika kritikan dilihat sebagai ubat, jawabnya ialah cemerlang, gemilang dan terbilang (meminjam slogan Pak Lah).

Saya menulis surat ini kerana saya dapati tiada siapa berani menyuarakan kebimbangan mereka, kelihatan orang yang saudara lantik telah dipertikai oleh majoriti khalayak siber, saya juga mengesan pasukan siber DAP/PKR/PAS tidak ada rasa ketakutan dan gerun kepada pasukan siber yang ada sekarang. 

Bagaimanakah mereka hendak gerun jika bloggers UMNO sendiri tidak respect dan tidak yakin kepada pemacunya. Janganlah biarkan kita terus ditertawa.

Sekian, Salam hormat.

Yang Ikhlas,

Al-Azharri Siddiq.
Kuala Lumpur.



















Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan