SAMAN RM2 JUTA : DS NAJIB BANTU HJ. HADI AWANG ...

on Tuesday, February 25

Keikhlasan & Kemesraan Yang Terbuku
KEPUTUSAN Mahkamah Tinggi mengarahkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (TG Haji Hadi) membayar saman berjumlah RM2 juta berikutan penghakiman ingkar yang diperoleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd. Shamsul Mat Amin membawa 1001 macam konotasi. 
Jika saman itu dari UMNO dan BN ianya suatu perkara yang tidak mengejutkan, tetapi oleh kerana ianya datang dari parti sepakatan dan Ketua Umumnya pun tidak menunjukkan semangat a sense of belonging untuk menyelesaikan isu ini di luar mahkamah, maka terdisamanlah TG Haji Hadi sebanyak RM2 Juta itu.
TG Haji Hadi juga diarahkan membayar 5% faedah daripada writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500 setelah kegagalan memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Mohd. Shamsul sebelum ini.
Sebagai Ketua Umum yang paling berkuasa di dalam PKR, sebenarnya DS Anwar boleh memecat YB Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR seterusnya secara automatik jawatan Menteri Besar pun terpecat dengan sendirinya. 

Mudah sahaja bagi DS Anwar jika dia mahu lakukan, hanyasanya apa yang berlaku di Kajang adalah tarik tali antara MB Khalid dan Azmin untuk menyanatijahkan kehendak Anwar sebagai Menteri Besar sahaja. 

Dengan begitu senang sahaja ADUN Kajang berhenti di Kajang tanpa sebab, tanpa sakit dan tanpa keputusan Mahkamah. Ianya adalah dirancang, malahan sehingga ke hari ini mantan ADUN yang berhenti itu tidak memberi alasannya walaupun diminta oleh pihak PAS. 
Maka itu juga, mengapa DS Anwar tidak mengarahkan calon ahli PKR itu menarik balik samannya ke atas Haji Hadi? Mengapa membiarkannya berlarutan sekian lama? Sudah pasti ada tujuannya. Politik adalah seni mencapai tujuan melalui pelbagai cara. DS Anwar boleh menghalalkan apa jua cara untuk mencapai matlamat politiknya, hatta membiarkan TG Haji Hadi terpaksa membayar RM2 Juta itu. 
Akhirnya Menghulur Tangan Menerima Keputusan PRU13
Dalam pada itu, saya telah pernah menulis bahawa DS Najib adalah Perdana Menteri yang mahu menjadi yang terbaik pada zamannya. DS Najib mahu menjadi Perdana Menteri kepada seluruh rakyatnya di mana beliau mahu dikenang sebagai Perdana Menteri yang akan memenuhi keperluan every single person di dalam negara ini, walaupun ianya sukar dan berliku. 

Sebab itu juga, apabila DS Anwar menyerangnya daripada seluruh angel dan di seluruh dunia, akhirnya DS Anwar hadir melutut maruah politiknya di parlimen. DS Anwar akhirnya terpaksa mengakui kemenangan DS Najib dan melupakan pula hasratnya untuk retired dan seterusnya menjadi pensyarah di Amerika.
TG Haji Hadi Berkata "Suatu Hari Mereka Akan Faham Unity Government"
Dalam isu ini, saya ingin mencadangkan supaya DS Najib dan UMNO memberi bantuan dan sokongan moral kepada TG Haji Hadi ketika beliau kini berdepan saman RM2 Juta itu. 
Inilah masa yang sesuai menunjukkan semangat "Rekonsiliasi Nasional" serta konsepsual dan kontekstual "Unity Governmentyang pernah disuarakan oleh TG Haji Hadi dahulu (2009). Jika Allahyarham Datuk Asri Muda boleh bertemu Allahyarham Tun Abdul Razak di Eropah untuk penyatuan dahulu, mengapa kini tidak. 

Saya tidak bercakap soal penyatuan UMNO dengan PAS, atau PAS kepada UMNO, atau UMNO kepada PAS. Kedua-duanya harus terus berjalan, namun apa salahnya kini berseiringan. Islam itu agama persaudaraan.
DS Najib dan TG Haji Hadi kedua-dua pemimpin ini berperawakan sederhana sesuai dengan ajaran agama Islam yang menekankan kesederhanaan. Kedua-dua pemimpin utama ini terserlah keikhlasan mereka dan menghormati keakuran parti masing-masing.
Kepada DS Najib Tun Razak, bantulah TG Haji Hadi...

TG Haji Hadi Awang Tidak Terburu-Buru Merealisasikan "Unity Government"



PENGALAMAN BEKERJA DENGAN CALON BN CHEW MEI FUN

on Monday, February 24

Chew Mei Fun bersama Perdana Menteri Singapura
Saya mula hightlight kemunculan kembali Datin Paduka Chew Mei Fun pada 24 Disember, 2013 dalam posting ini di sini dan kemudian sekali lagi saya hightlight gambar beliau pada 4 Februari 2014 di sini. Saya telah berkata kepada beberapa pemimpin MCA bahawa di kalangan Naib Presiden MCA, beliau adalah calon yang paling sesuai di Kajang.

Semasa beliau menjadi Timbalan Menteri (2009-2010), saya bertemu beliau di lobi Parlimen untuk bertanya pelbagai isu-isu di kementerian beliau ketika itu.

Chew Mei Fun adalah seorang yang tegas semasa memberi pendapat, juga semasa menjawab soalan-soalan lisan di Parlimen. Beliau juga seorang yang cepat bertindak apabila mendapat laporan daripada pegawai-pegawai mengenai kementeriannya.

Apabila beliau menyatakan hasrat untuk meletak jawatan dalam parti dan kerajaan sekiranya Datuk Chua Soi Lek memenangi pertandingan Presiden MCA tahun 2010 dahulu, saya terkejut dan bertanya kepadanya, mengapa?  Ketika itu, saya melihat beliau seorang pemimpin MCA yang boleh membawa masyarakat Cina ke hadapan.

Chew Mei Fun Bersama Pemimpin Negara Asing
Beliau berkata ianya berkaitan dengan prinsip dirinya yang tidak akan bekerja dengan orang yang dipertikaikan moralnya. Ternyata, ketegasan beliau itu benar-benar dilakukannya. Chew Mei Fun meletak jawatan bukan sahaja di dalam parti tetapi juga di dalam kerajaan.

Namun, baru-baru ini, apabila Chew Mei Fun 'come back' dalam pemilihan MCA yang lepas, beliau menang salah satu jawatan Naib Presiden MCA. Saya terkejut tetapi saya melihat ianya satu sinar yang baik kepada MCA dan masyarakat Cina di Malaysia.

Chew Mei Fun perlu menang di Kajang supaya kesinambungan kepimpinan beliau di dalam parti MCA, mungkin juga akan  ke kabinet dan seterusnya kepada warga Kajang boleh diperkasakan lagi. 

Pengalaman Chew Mei Fun di dalam kerajaan akan menguntungkan masyarakat Cina di Kajang, kerana kita tidak mahulah seperti seorang Timbalan Menteri yang diberi peluang oleh Perdana Menteri tetapi oleh kerana beliau tiada pengalaman di dalam kerajaan, dia gagal dan meletak jawatan. Chew Mei Fun juga pernah menjadi Ahli Parlimen di kawasan Petaling Jaya Utara (1999-2008)

Masyarakat Cina di Malaysia memerlukan kepimpinan Chew Mei Fun yang tegas, berprinsip tetapi bersikap sederhana.

Jika berlaku rombakan Kabinet selepas MCA melalui EGM Khasnya menerima semula untuk kembali kepada Kabinet di peringkat pusat dan negeri, maka saya berpandangan masyarakat Kajang akan lebih beruntung seandainya Chew Mei Fun awal-awal lagi dicadangkan untuk kembali kepada kabinet.

PKR PATUT DEDAHKAN BUTIR-BUTIR PERTEMUAN MEREKA DENGAN UMNO DI LONDON

on Tuesday, February 18

DS Najib bersama-sama umat Islam bersolat Jemaah
DS Najib bersama-sama umat Islam baru-baru ini
Pada 12 Februari 2014, Ulama tersohor dunia Dr. Yusuf Al-Qaradawi mengutus surat penghargaan kepada DS Najib atas sumbangan kepada kesejahteraan dunia Islam khususnya di Palestin, selatan Thailand, selatan Filipina, masalah Rohingya serta isu-isu berkaitan kesejahteraan umat Islam di negara Syria dan Mesir.
DS Najib sedang mengambil wuduk

DS Najib sedang membaca surah Yasin
Kemudian pada 13 Februari 2014, DS Najib meluangkan masa kira-kira 3 jam di Masjid Wilayah Kuala Lumpur. Dengan penuh rendah diri dan penyerahan yang tulus kepada Allah SWT, orang ramai bersama-sama beliau membaca surah Yasin, bersolat jamaah, mendengar ceramah agama dan seterusnya merapatkan silaturrahim.
DS Anwar ketika berucap di Gereja Holy Family, Kajang
Manakala pada 16 Februari 2014, DS Anwar Ibrahim yang akan bertanding di Kajang dalam Pilihanraya Kecil telah membuat lawatan dan ucapan di Gereja Holy Family untuk tujuan meraih sokongan masyarakat penganut Kristian di Kajang.

Kita harus faham, persaingan politik mereka di atas bukanlah suatu pergaduhan peribadi. DS Najib dan DS Anwar tidak ada permusuhan peribadi, malah mereka berdua boleh sahaja duduk bersama, minum bersama, berborak berdua dan bergambar bersama-sama.

Dalam hal yang lain, Ketua Pemuda PAS menulis dalam statusnya baru-baru ini, "Namun pendedahan itu tidak menyenaraikan secara penuh individu yang terlibat. Iaitu nama Saifudin Nasution sengaja dicicirkan dari berita tersebut sedangkan sebelum tiba individu yang disenaraikan oleh TMI, Sdr Saifudin Nasution telah sedia berada di dalam bilik hotel tersebut bersama Dato' Zahid Hamidi di London. Saya difahamkan pada mulanya Tuan Guru Presiden turut disarankan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim agar pergi bertemu Dato Zahid Hamidi di London kerana menurut Dato Seri Anwar, ada beberapa perkara yang akan diperkatakan oleh Dato Zahid Hamidi. Namun Tuan Guru Presiden menguzurkan diri dari menghadiri pertemuan tersebut dan saya jangka ini adalah langkah Tuan Guru Presiden yang sangat berhati - hati setelah menelan pengalaman getir menangani isu Unity Government sebelum ini".

Selanjutnya Ketua Pemuda PAS menambah,"Saya tidak mahu ianya ditolak mentah - mentah sebagaimana berlaku penolakan terhadap Unity Government pada 5 tahun yang lalu. Sementelah saya juga tidak mahu ianya diterima bulat - bulat hanya kerana ia datang dari Dato Seri Anwar Ibrahim tanpa melalui proses kajian, penelitian, perbahasan dan konsensus sesama parti - parti kompenan Pakatan Rakyat terlebih dahulu" .

Bagi saya, PKR perlu mendedahkan butir-butir perjanjian (penawaran dan permintaan) jika ada, atau konsensus yang dibicarakan ketika perjumpaan di London itu, memandangkan Presiden PAS Tuan Guru HJ. Hadi Awang telah menyuarakan dengan ikhlas supaya terma-terma konsensus nasional itu diperincikan.

Pertemuan di London itu adalah sangat penting kerana di pihak PAS idea "Unity Goverment" yang dibawa oleh Tuan Guru Hj Hadi Awang telah ditolak awal. Kini atas nama 'konsensus nasional' pula didatangkan oleh DS Anwar Ibrahim dengan matlamat yang hampir-hampir serupa.

Manakala di pihak DS Najib telah menyatakan dengan jelas maksud 'National Reconciliation' di sini.

Sama ada "Unity Government", "Konsensus Nasional" atau pun  "National Reconciliation" semua pihak hendaklah ikhlas dan jujur.

Rakyat tidak boleh dijadikan bahan ujikaji, kerana kesannya akan diterima oleh rakyat juga. Pertemuan di London bukanlah rahsia lagi kerana sudah banyak didedahkan oleh portal dan blog, cuma ianya samar-samar dan tidak jelas.

Oleh kerana DS Anwar akan bertanding di Kajang, seeloknya pihak PKR menjelaskan butir-butir pertemuan itu. Saya pasti pihak DAP pun mahu tahu, dan sudah tentu ahli-ahli PAS dan UMNO juga mahu tahu.







KSN DAN KPPA WALK THE TALK

on Saturday, February 15


KETUA SETIAUSAHA NEGARA, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Tan Sri Mohamad Zabidi Bin Zainal semalam menaiki kapal terbang kelas ekonomi semasa menjalankan tugas rasmi.

Ianya sesuatu yang mengejutkan tetapi menghibahkan tatkala negara kita memerlukan sokongan rakyat dan penjawat awam, KSN dan KPPA menunjuk contoh teladan yang murni, walk the talk dan sangat menyentuh perasaan.

Sekeping gambar benar-benar memberi seribu makna. Tahniah kepada KSN dan KPPA atas kerendahan hati, kesanggupan dan amalan berhemah. Ianya menjadi kekuatan dan membakar semangat kakitangan awam untuk istiqamah, jujur dan bertanggungjawab kepada negara Malaysia.

Tahniah KSN dan KPPA. Proud of you both...

NAJIB SEMAKIN ISLAMIK (SIRI 2)

on Thursday, February 13


SEMALAM DR. YUSUF AL-QARADAWI UTUS TAHNIAH KEPADA NAJIB, MALAM INI NAJIB DI MASJID WILAYAH PERSEKUTUAAN KL.
Ilmuan Islam terkemuka Prof Dr Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi mengutuskan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana pelbagai sumbangan dan tindakan penting beliau untuk masyarakat Islam di seluruh dunia.

Ini termasuk lawatan Najib ke Gaza, pertemuannya dengan penduduk Palestin, pendirian beliau dalam isu Syria dan Mesir serta usaha perdana menteri untuk membantu umat Islam di Filipina dan Thailand.

Penghargaan presiden Kesatuan Ilmuan Islam Antarabangsa (IUMS) itu disampaikan kepada Najib oleh wakil khasnya Dr Ahmad Amer Ali, yang juga anggota jawatankuasa IUMS, pada pertemuan mereka di pejabat perdana menteri di sini Rabu.

Dr Ahmad tiba di bangunan Perdana Putra pada pukul 2.45 petang dengan diiringi bekas Timbalan Presiden PAS Dr Nasharuddin Mat Isa bagi menyerahkan surat al-Qaradawi kepada Najib.

Bercakap kepada pemberita selepas pertemuan itu, Dr Ahmad berkata al-Qaradawi memuji kunjungan Najib ke Gaza untuk menunjukkan sokongan beliau kepada rakyat Palestin dan menyuarakan keyakinannya bahawa perdana menteri mampu memainkan peranan penting dalam menyatupadukan umat Islam di Asia Tenggara.

Dr Ahmad berkata al-Qaradawi juga memuji pendekatan Wasatiyah yang menjadi amalan Malaysia dan penubuhan Institut Wasatiyah Malaysia.

Katanya ulama Mesir itu masih ingat layanan baik yang beliau terima ketika berkunjung ke Malaysia untuk menerima anugerah "Tokoh Maal Hijrah 2009".

Dr Ahmad berkata al-Qaradawi berharap dapat berkunjung ke negara ini sekali lagi dalam tempoh terdekat, mungkin bulan depan.

Sementara itu, Nasharuddin berkata beliau difahamkan Dr Ahmad, yang merupakan sahabatnya, menyampaikan sendiri surat yang diutus al-Qaradawi kepada perdana menteri dalam pertemuan itu.

Kata Nasharuddin beliau difahamkan antara kandungan surat yang dibawa Dr Ahmad itu ialah keyakinan al-Qaradawi terhadap kemampuan perdana menteri dan parti pemerintah dalam mewujudkan penyatuan dan perpaduan ummah di Malaysia serta di seluruh dunia Islam.

"Saya difahamkan, secara spesifik, al-Qaradawi juga memuji lawatan Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan ke Malaysia baru-baru ini yang menyaksikan banyak kerjasama dan persefahaman dalam pelbagai isu dicapai.

"Al-Qaradawi ada menyebut bahawa Malaysia dan Turki sebenarnya adalah model negara Islam yang sederhana, yang sepatutnya menjadi contoh kepada dunia Islam keseluruhannya," kata beliau.

Nasharuddin berkata beliau berpendapat kenyataan al-Qaradawi berhubung penyatuan dan perpaduan ummah di negara ini serta di peringkat antarabangsa, adalah saranan yang bernas dan perlu mendapat respons semua pihak.

Hari ini 13/2/2013 - DS Najib mengajak umat Islam bersama-sama dengan beliau di Masjid Wilayah Persekutuan untuk Majlis Ilmu yang akan mengambil masa kira-kira 3 jam acara akan berlangsung. Di antaranya, bacaan ayat suci Al-Quran, solat berjamaah Maghrib dan Isyak, Ceramah agama Islam, selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan acara santai bertemu mesra dengan umat Islam. Semua dijemput hadir.

PENGHINAAN ANDARTU : FAEKAH KELUARLAH DEMI MARUAH

on Saturday, February 8

Jika kita melihat polemik politik yang berlaku di Selangor sekarang, nampaknya api yang kecil semakin membara.

Semalam sahaja, adik kepada YB Azmin Ali (Azwan Ali) telah melempiaskan kemarahannya kepada Faekah Husin, bekas Setiausaha Politik TS Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor dan kini CEO Menteri Besar Incoroperate (MBI). Pembaca boleh membaca sendiri apa yang ditulis oleh Azwan Ali di atas.

Sebagai seorang selebriti yang berpengalaman adalah sangat tidak manis malah kurang etika seorang yang pernah menjadi figure anak muda melepaskan gejolak marahnya dengan kata-kata yang sedemikian di atas itu, apatah lagi kepada kaum perempuan yang dijadikan oleh Allah SWT dengan lemah lembut.

Bercakap tentang jodoh, dalam Al-Quran ada menyebut, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu baik bagimu. Dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu, padahal itu amat buruk bagimu.(Mengapa?) Allah Maha Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui" (Surah Al-Baqarah, ayat 216).

Juga disebut, "Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)." (Surah An Nur : Ayat 26)

Maka, siapakah kita untuk menghukum lagi menghina seseorang sebagaimana tweeter di atas?. Berapa ramai kaum hawa di luar sana tersindir, terhina dan marah dengan penghinaan itu?

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., daripada Nabi s.a.w., sabdanya bermaksud: “Orang yang berusaha membantu wanita yang tidak bersuami dan orang miskin, adalah seperti orang yang berjuang di jalan Allah.” (Al-Bukhari)

Seseorang yang berjuang di jalan Allah SWT adalah pejuang Allah SWT. Orang yang membantu wanita yang tidak bersuami adalah seperti orang yang berjuang di jalan Allah SWT. 

Perumpamaan yang diriwayatkan daripada Imam Malik pula meletakkan orang yang membantu wanita tidak bersuami ini seperti orang yang mendirikan solat malam tanpa rasa lemah dan yang berpuasa tanpa berbuka.

Inilah berita gembira kepada wanita yang tidak bersuami yang telah dikhabarkan oleh kekasih Allah SWT, junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Inilah pesanan yang telah ditinggalkan baginda kepada umat Islam supaya sentiasa menjaga kebajikan wanita yang tidak bersuami. 

Pesanan ini juga jelas menunjukkan wanita tidak bersuami adalah golongan yang mendapat keprihatinan khusus daripada manusia paling utama kedudukannya di sisi Allah SWT.

Lantaran itu, saya berpandangan eloklah Faekah mufaraqah daripada PR yang telah menghinanya lagi menjatuhkan kehormatan dirinya dan keluarganya itu, apatah lagi penghinaan itu dibuat oleh seseorang yang mempunyai kaitan keluarga dengan kepimpinan tertinggi PR. 

Saya tidaklah bermaksud Faekah harus menyertai PAS atau UMNO, tetapi perjuangan masih boleh dilakukan melalui NGO yang sesuai. Apakah gunanya berada di dalam pakatan sesudah Faekah dihina keterlaluan sedemikian rupa? 
Dahulu, saya mengajak Datuk Dr. Hassan Ali supaya mufaraqah daripada PR kerana perjuangannya mendaulatkan agama Islam sukar dilaksanakan di dalam PR. Lebih 10 artikel saya tulis mengajak Datuk Dr. Hassan Ali supaya berfikir semula kedudukannya di dalam PR dan alhamdulillah Allah SWT membuka hati beliau. Di antaranya, di sini http://www.al-azharrisiddiq.com/2011/12/surat-dato-dr-hassan-ali.html . Bukanlah bermaksud kerana surat itulah beliau mufaraqah.

Saya juga menulis lebih 10 artikel mengenai Datuk Nasharudin Mat Isa supaya meninggalkan sementara PAS kerana di dalam PR, beliau berdepan kesukaran untuk mempertahankan kemuliaan-kemuliaan agama Islam kerana tekanan-tekanan yang diberi oleh ahli politik bukan Islam di dalam PR. Kini beliau memperjuangkan kemuliaan Islam itu di persada dunia dan nasional melalui Yayasan Nassar. Antaranya di sini http://www.al-azharrisiddiq.com/2013/02/semua-mata-menunggu-masa-yb-nasha-petik.html

Faekah pun boleh meneruskan perjuangan yang sedia ada, khususnya di dalam bab ekonomi melalui mana-mana NGO yang sesuai. Anda tidak sepatutnya membiarkan diri anda dihina sedemikian rupa!. 

Selamat Berhari Minggu.
KLIA.














PRK KAJANG : SPR TIDAK PERLU TERBURU-BURU

on Tuesday, February 4

Datuk Paduka Chew Mei Fun, Naib Presiden MCA
Kekosongan Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Kajang telah berlaku tidak disebabkan oleh implikasi keputusan mana-mana mahkamah, atau pun disebabkan oleh kematian penyandangnya. Penyandangnya diberitakan memohon maaf kepada pengundi Kajang beberapa hari selepas meletakkan jawatan tersebut. 

Sementara itu, beberapa pihak di dalam PAS khususnya pihak Pemuda PAS menuntut PKR menghormati rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat dan turut mendesak mantan Adun Kajang memberikan sebab-sebab beliau meletak jawatan. Namun, sehingga ke hari ini permintaan Pemuda PAS itu tidak dilayan. 

Mengikut Undang-undang Pilihanraya, jika seseorang Ahli Parlimen terpaksa mengosongkan kerusinya dengan apa jua sebab sekalipun sewaktu Dewan Rakyat berada di awal sesi perkhidmatannya dan tidak kurang daripada dua tahun sebelum dewan terbubar, satu pilihanraya kecil perlu diadakan bagi memenuhi kekosongan tersebut. Saya fikir hal ini terpakai dalam kes Kajang.

SPR TIDAK PERLU IKUT RENTAK PKR
Saya berpendapat Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak perlu terburu-buru untuk megadakan atau mempercepatkan PRK di Kajang. Sebabnya sangat mudah, penyandangnya sebelum ini sihat walafiat dan dia tidak dikenakan hukuman penjara ataupun denda melebihi RM2,000 oleh mana-mana mahkamah.

Oleh kerana PRK Kajang adalah masalah dalaman politik PKR, maka tidak perlulah SPR menyusahkan diri mereka memenuhi nafsu mereka. PRU13 baru sahaja 7 bulan berlalu, apakah rasionalnya mengadakan PRK semula tanpa sebab yang konkrit? Antara kumpulan awal yang menentang PRK Kajang ialah kumpulan BERSIH dan Pemuda PAS.

Beberapa hari sebelum perletakan jawatan Adun Kajang itu, beberapa peristiwa besar telah berlaku di dalam PKR. Pertama, pergeseran ataupun lebih jelas perebutan jawatan MB antara kem Azmin Ali dan kem MB Khalid Ibrahim. Kedua, isu Nurul Izzah yang diketahui ramai itu. Ketiga, isu besar Anwar dihalau keluar dari Jepun. Ketiga-tiga insiden besar ini perlu diatasi dengan mengadakan suatu politik besar, dan politik besar itu ialah Anwar bertanding di Kajang. 

Di samping itu, Anwar juga mengetahui bahawa kesnya dengan bekas pembantunya Saiful Bukhari akan disebut semula pada bulan Februari. Kes keduanya untuk menghalang peguam kanan DS Shafiee Abdullah juga didengar pada bulan Februari.

Anwar dan PKR mahukan PRK yang segera dan cepat. Pertama, kerana mereka masih beranggapan kemenangan di Kajang semasa PRU13 masih harum lagi, dan mereka sangat yakin akan memenangi Kajang semula. Mereka lupa, bekas pemimpin mereka Zaid Ibrahim pun tewas kepada bekas guru Datuk P. Kamalnathan.

Makanya, jika rakyat Kajang tiada wakil rakyatnya jangan salahkan sesiapa pun. Salahkan penyandangnya yang meletak jawatan tanpa sebab, dan salahkan partinya (PKR) yang sudah pasti sudah membincangkan pengundurannya.

Bagi saya, Suruhajaya Pilihanraya Malaysia tidak perlu terburu-buru dalam kes Kajang. Mengapa perlu terikut-ikut dengan rentak PKR yang mengsengajakan PRK Kajang?




Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan