NORMAN FERNANDEZ DAP JOHOR SAY WELL DONE TO DS HISHAMMUDDIN

on Sunday, March 30


KISAH ANAK DS HISHAMMUDDIN, H20 LEBIH NEGARAWAN BERBANDING ANWAR IBRAHIM

on Saturday, March 29

Bahasa Wajah : Tanggungjawab, Kesedihan, Kekuatan
SEMASA Perhimpunan Agung UMNO 2013, DS Hishammuddin tidak dapat hadir kerana ditahan hampir sebulan di Hospital akibat masalah jantung. 

Ahli UMNO dan rakyat Malaysia ramai yang tidak tahu bahawa sehari dua sebelum beliau dimasukkan ke hospital, draf ucapan DS Hishammuddin sudah siap untuk dijadikan panduan semasa ucapan penggulungan beliau. Jika ada pembaca yang mahu membaca draf ucapan itu, saya boleh sahaja menunjukkannya, walaupun saya tahu DS Hishammuddin tidak suka menunjuk-nunjuk atau mencari populariti mudah. 

Dalam kes kehilangan MH370, DS Hishammuddin konsisten dengan maklumat yang benar, berani dengan info yang disahkan, dan tidak berhelah-helah atau berbunga-bunga bahasa semata-mata untuk menyenangkan hati keluarga dengan andaian-andaian bersifat spekulasi.

Beliau menunjukkan sifat negarawan yang terserlah, sudah mula membayangi sifat negarawan ayahnya Tun Hussien Onn dan sudah mula menunjukkan warisan ketegasan datuknya Dato' Onn Jaafar. Saya percaya beliau mempunyai masa hadapan dan harapan yang besar kepada rakyat Malaysia. 

Pemikir barat seperti Profesor Samuel P. Huntington dalam bukunya yang terkenal "The Clash Of Civilizations and Remarking Of World Order" yang sudah diterjemahkan di dalam bahasa Melayu dan bahasa Indonesia, ada menyatakan bahawa kebolehan seseorang pemimpin menyerap arus deras dari musuh-musuhnya akan melahirkan sebuah tamadun bangsa yang hebat di masa hadapan. Dalam hal ini, DS Hishammuddin berjaya mencitrakan nation building negara kita dengan cermat tetapi meyakinkan.

DS Anwar Ibrahim (Anwar) walaupun lebih senior di dalam politik, tetapi beberapa ulasan Anwar di dalam media dalam negara dan luar negara seringkali bertentangan. Sebagai contoh, semasa Anwar berucap di Australia tidak lama dahulu, Anwar menyindir PAS sebagai sebuah parti konservatif dan tidak memahami maqasid syariah. Namun, apabila berada di dalam negara, Anwar memuji-memuja PAS sampai ke langit. 

Begitu juga ketika menjadi Timbalan Menteri Pertanian, Anwar dalam satu perjumpaan tertutup mempertahankan hak-hak Melayu dan Bumiputera malah mempersoalkan "orang lain" yang bukan penduduk asal negara ini. Apabila sudah hilang jawatan, Anwar berubah 360 darjah di mana mula bercakap tentang kesamarataan, itu tidak adil ini tidak adil, sana kronisme sini nepotisme tetapi Anwar sudah terlupa kini dia, anaknya dan isterinya ketiga-tiga adalah kronistik dan nepostistik. Semalam DS Zahid Hamidi berkata, nampaknya Anwar sudah mula nyanyuk! Baca ini.

Semasa saya mengunjungi DS Hishammuddin, kebetulan anak-anak beliau berada di rumah, saya berkata "Datuk Seri mesti mendidik, memperkenalkan dan mendedahkan anak Datuk Seri supaya mewarisi kepimpinan Datuk Seri dan datuk moyangnya yang terdahulu". 

Saya terkejut apabila DS Hishammuddin menjawab, "Oh tidak, saya tidak akan membenarkan anak lelaki saya menceburi bidang politik sekarang". Sebagai ahli sejarah, saya telah mengkaji kelangsungan bakat kepimpinan keluarga DS Hishammuddin sejak zaman Dato' Jaafar Abdullah lagi Mentri Besar pertama Johor. Maka, saya tahu bahawa survival itu akan diperturunkan kepada anak lelaki DS Hishammuddin. Bagi saya, Allah SWT akan menunjukkan jalan itu jika itulah ketentuannya pada masa yang tepat.

Berbalik kepada isu MH370, kesimpulannya yang saya hendak tunjukkan ialah rakyat Malaysia hendaklah terus memberi sokongan, doa dan kepercayaan kepada DS Hishammuddin yang sekarang ini mengetuai sidang akhbar operasi SAR MH370. 

Percayalah, DS Hishammuddin tidak menyembunyikan hatta satu perkataan pun kepada kita semua dalam isu ini. Lihatlah ketika DS Hishammuddin berkata, pesawat MH370 telah membuat 'turning back' di mana ketika itu ramai orang tidak mempercayainya, tetapi hari-hari berikutnya terbukti ianya pendedahan yang berani dan sangat bertanggungjawab. Jika beliau mahu menyembunyikan sesuatu kerana maklumat itu maklumat radar tentera, sudah tentu beliau tidak akan mendedahkannya bukan.

Janganlah kamu mempercayai berita dari luar negara seperti CNN, kerana saya bimbang kamu terketawa terbahak-bahak apabila CNN sebuah rangkaian TV Internasional akan memberikan kamu maklumat "Kuala Lumpur in Indonesia" dan "Najib Rahman". Mungkin selepas ini CNN akan menulis, mantan Perdana Menteri Ibrahim Anwar didapati bersalah dan akan dipenjara di Penjara Sungai Buloh, Indonesia!.

Selamat Berhari Minggu.
PWTC. Kuala Lumpur.



DOA KHAS : BACAAN YASSIN, AL-FATIHAH, SURAH LAZIM, SURAH AL-MULK KEPADA SAUDARA KITA MH370

on Monday, March 24







Mudah-mudahan Allah SWT mengampuni setiap dosa-dosa yang kita lakukan sama ada yang disedari atau tidak disedari, semoga Allah SWT Tuhan sekalian alam ini, Tuhan Yang Maha Pengampun, Tuhan Yang Maha Pengasih & Tuhan Yang Maha Penyayang memberi keampunan dan keredhaan kepada saudara-suadara kita yang terkorban dalam pesawat MH370. Dari Allah SWT kita datang, dan kepada Allah SWT jua kita kembali semula. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui apa-apa perkara yang kita tidak ketahui. 

Kepada seluruh keluarga MH370, semoga bersabar dan tabah dengan ujian yang maha besar ini. Percayalah, sesungguhnya Allah SWT Maha Penyayang & Maha Mengasihi hamba-hambaNYA. Bersabarlah... 





REFORMASI 2.0 TOTALI GAGAL, CONTOHI POLITIK MATANG INDONESIA

on Saturday, March 22

Muram 
Kajang, 22/3/2014 - Semalam saya berjalan-jalan di sekitar Stadium Kajang, sama ketika saya berjalan-jalan di Kuala Lumpur sekitar 26 hingga 28 September 1998. Saya ingin melihat perbezaan suasana tahun 1998 dan tahun 2014. Apakah emosinya masih sama?

Ketika itu, rentak Reformasi 1998 begitu kuat hinggakan di mana-mana sahaja orang bercakap tentang Reformasi. Baik di dalam keretapi, di lapangan terbang, dalam teksi, di kampus ketika itu saya di USM, dalam surat khabar dan sebagainya.

Tentu anda masih ingat bagaimana DS Anwar (Anwar) dan jenteranya mengumpul massa di dataran merdeka dan khususnya di Masjid Negara. Anda tentu masih ingat bagaimana Anwar melarikan diri menggunakan motorsikal ketika itu.

Sebaliknya di Kajang semalam, suasana Reformasi kelihatan lembab, lembik dan tidak bermaya. Jika tidak ada gerai-gerai jualan keadaan akan lebih sunyi. Ianya umpama perhimpunan di pasar malam.

Di dalam acara besar dan penting ini, Tiada kelibat Presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi Awang dan Timbalan Presiden PAS Mohd. Sabu, Datuk Mustapha Ali Setiausaha Agung PAS juga tiada. Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim tidak kelihatan. Saya melihat tidak ada kesungguhan.

Gambar Di Bahagian Belakang Stadium
Keluasan Stadium Kajang yang boleh memuatkan 10,000 orang hanya dihadiri lebihkurang 4,000-5,000 orang sahaja. Saya melihat dengan mata saya sendiri ketidaksungguhan sebilangan yang hadir. Juga amat mengejutkan saya kurang sekali orang Cina hadir dalam pembukaan Reformasi 2.0 semalam. 

Tidak jauh dari Kajang, umat Islam juga berkumpul di Putrajaya dalam acara Selawat Ke Atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Anda saksikan sendiri kehadirannya. Dari hadapan bangunan Perdana Putra, di dalam Masjid Putra, sehingga jauh ke Bangunan Putrajaya Holding lautan manusia membanjiri Putrajaya mengucapkan Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. 

Alangkah indahnya ketika kita bibir kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Perdana Menteri Bersama Umat Islam Berselawat Ke Atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW
Umat Islam Berselawat Ke Atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW
Ratusan Ribu Memenuhi Putrajaya  
DS Najib Bersalaman Dengan Orang Ramai
Perdana Menteri Berpelukan Dengan Habib Syech Bin Abdul  Qodir Asseqaf Dari Indonesia

Isteri Perdana Menteri Turut Bersama Bersalawat Ke Atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW
Kesimpulannya mudah, saya ingin mengajak Anwar supaya membatalkan sahaja Reformasi 2.0 kerana Majoriti rakyat sudah tidak ada mood, tidak ada keinginan dan tidak lagi melihat Reformasi 2.0 itu sesuatu yang perlu. 

Zaman sudah berubah, masa reformasi sudah berlalu, generasi baharu mahukan kehidupan yang lebih aman, tenang dan rileks. Mereka mahu menikmati kehidupan dengan bahagia dan mereka mahu bekerja dengan gembira.

Negara jiran kita Indonesia sudah tidak lagi berReformasi di jalanan kerana kehidupan rakyat Indonesia dari sudut politik sudah kelihatan bahagia. Mereka sudah jarang berteriak-teriak di jalanan, mereka sudah tidak lagi ada ketaksuban membuta tuli, mereka sudah semakin matang di dalam berpolitik. 

Apabila Habibie tidak menjadi Presiden Indonesia, adakah Habibie merosakkan negaranya di jalanan? Apabila Jusuf Kalla tidak berjaya menduduki jabatan Presiden Indonesia atau Wakil Presiden Indonesia, adakah Jusuf Kalla merosakkan negaranya di jalanan? 

Saya bersetuju negara kita memerlukan pasukan pembangkang yang kuat, tetapi saya juga bersetuju negara kita memerlukan sebuah kerajaan yang lebih kuat.

Manusia yang ganjil ialah manusia yang tidak mahu menerima kekalahan (S.Ogata).

*Bacaan Iringan : http://www.anwaraidc.com/?p=45205 dan http://khairulryezal.blogspot.com/2014/03/live-laporan-reformasi-20-laungan.html









PUISI PERDANA MENTERIKU NAJIB

on Friday, March 21


Ketika mula aku menjadi Perdana Menteri
Aku bersyukur kepadamu Ilahi
Kerana Engkaulah yang menentukan
Qada dan Qadar hidupku
Lalu aku berusaha menjadi
Perdana Menteri terbaik kepada rakyatku,
Aku berusaha memenuhi apa jua
Keperluan rakyatku,
Aku bersungguh-sungguh 
Siang dan malam
Kerana aku mahu rakyatku bahagia
Dan mendapat keredhaanMU
Di dunia dan di akhirat.

Hanya kepadamu Ya Ilahi

Aku mengadu dan berserah
Jiwa dan ragaku
Hidup dan matiku

Ya Allah Tuhan Sekalian Alam

Engkau menguji hambaMU yang terdahulu,
Dengan seribu satu macam dugaan,
Mana mungkin aku tidak diuji
Jua seribu satu macam cabaran,
KepadaMU jua ya Allah
Aku kembali bertafakur berdoa
Semoga Engkau selamatkanlah
Rakyatku di dunia dan di akhirat,

Ya Allah Tuhan Yang Maha Penyayang

Jika segala usaha sudah ku tebar
Andai segala daya sudah ku hampar
Tika segala hayat sudah ku serah
KepadaMU jua aku kembali
Tawakkal Tu Ilallah
Selamat Di dunia dan di akhirat.

Rakyatku yang tersayang

Berat mata memandang
Berat lagi bahu memikul 
Tiada apa ku pinta
Hanya mengajak marilah kita bersatuhati
Berdoa kepadaNYA
Allah Azza Wajalla
Moga dirahmati dikasihi dan disayangi
Kerana dari DIA kita datang
Kepada DIA jua kita kembali

Jika airmatahatiku bisa kau rasa

Jika degupkalbuku bisa kau sentuh
Jika dalam mataku bisa kau lihat
Sesungguhnya aku tidak akan mengalah
Demi rakyatku yang tercinta
Jiwa dan raga aku serah
Kerana kalian adalah kekuatanku
Sejak sekian lama,
Terima kasih rakyatku...

Nukilan:
Hj. Al-Azharri Siddiq Hj Kamunri
Perdana Putra, Putrajaya.
















DS HISHAMMUDDIN BERKORBAN APA SAHAJA DEMI MH370 WALAU BERDEPAN KERENAH WARTAWAN LUAR NEGARA

on Wednesday, March 19







WALAUPUN KELETIHAN, DS HISHAMMUDDIN MELAYAN BAIK TEMURAMAH DENGAN CCTV WALAU BERDEPAN KERENAH WARTAWAN LUAR NEGARA


SEJAK 8 Mac, 2014, sekiranya anda memerhatikan kelibat DS Hishammuddin, saya percaya beliau tidak pernah cukup rehat dan tidak pernah tidur lena memikirkan keselamatan para penumpang MH370. Kita boleh saksikan mata beliau keletihan ketika sidang media, tetapi beliau tetap setia berdiri menjawab apa jua soalan wartawan dalam dan luar negara, walaupun soalan yang tiada kaitan sebagaimana yang ditanya oleh seorang wartawan dari negara Perancis. 

Kini kita tahulah bukan semua wartawan luar negara bijak, ada juga yang mendedahkan kebodohan diri sendiri. Apabila Air France terhempas dan semua penumpang terkorban, kita tidak bertanya soalan kepada Presiden Perancis adakah dia mempunyai skandal dengan Naomi kerana ianya soalan nakal yang tidak berkaitan. Barangkali wartawan itu tidak pernah belajar Etika Kewartawanan sebab itu juga dia tidak tahu berpakaian sopan di negara timur seperti Malaysia. 

Adakah apabila sesi Press Conference DS Anwar Ibrahim, dia akan bertanya kenapa anak kamu, isteri kamu dan kamu sendiri semua hendak jadi Ahli Dewan Rakyat dan ADUN? Adakah anak-anak kamu yang lain akan turut bertanding dalam PRU14? Agaknya wartawan itu akan bertanya perkara yang sama tak kepada Lim kit Siang ataupun Lee Kuan Yew?

Sebagai Menteri yang berpengalaman, DS Hishammuddin tidak pernah mengaitkan isu kepartian krew MH370 kerana bukan itu prioritinya. Keutamaan DS Hishammuddin ialah keselamatan dan nyawa penumpang MH370 tanpa mengira warna kulit, agama, bahasa, negara dan fahaman politik. 

Keutamaan DS Hishammudin juga ialah menjawab sebaik mungkin dan setepat yang boleh soalan-soalan yang dikemukakan wartawan. Walaupun soalan sebodoh wartawan Perancis itu ianya dijawab dengan jujur. 

Ada orang bertanya maklumat kerajaan lambat berbanding info dari luar negara dan penyiasat persendirian. Dalam hal ini, beliau telah menerangkan bahawa Kerajaan sebagai petanggungjawab lepada rakyat tidak boleh menerima bulat-bulat berita yang tidak disahkan, berita ragu-ragu atau berita yang hanya untuk menyenangkan hati keluarga penumpang pesawat MH370. Kerajaan akan mengambilkira semua pandangan tetapi Kerajaan juga mempunyai mekanisme ketat untuk memeriksa semula maklumat-maklumat tersebut sebelum disahkan dan dimaklumkan kepada orang awam. 

Begitu juga, dengan isu yang ditimbulkan oleh segelintir YB pakatan, di mana DS Hishammuddin boleh juga memberi penerangan berkenaan isu MH 370 sebagaimana kepada BNBBC sekiranya ada permohonan daripada pihak pakatan rakyat. Dalam hal ini, semua pihak tidak perlu ragu-ragu kerana sepanjang saya mengikuti DS Hishammuddin beliau adalah seorang ahli politik yang telus, bertanggungjawab dan bercakap yang benar sahaja.
Bersambung...

BAHASA KO-PILOT MENDEDAHKAN DIA SEDANG MENGAWAL & MENYELAMATKAN MH370

on Tuesday, March 18

"Baik, selamat malam,” adalah kata-kata terakhir dari kokpit pesawat MH370.

Cuba kita menyebut perkataan "Baik" dalam 3 situasi. Ketika kita tenang, stress dan marah.

Ketika dalam keadaan tenang kita akan mengucapkan kata-kata "Baik" dengan penuh kegembiraan, meraikan dan hati yang seronok.

Sebaliknya, jika ianya diucapkan di dalam keadaan tertekan atau ketakutan, kita akan bercakap "Baik" dengan raut wajah berkerut, cepat dan pendek.

Sebaliknya juga, jika kondisi ketika itu dalam keadaan marah cara kita mengucapkan "Baik" sudah tentu dengan kadar ucapan yang pendek dan laju, mimik muka masam dan panas, benci dan geram.

Dalam konteks MH370, pihak berkuasa MAS menyatakannya kata-kata di atas disebut oleh pembantu juruterbang, tetapi tidak dijelaskan dalam kondisi yang bagaimana ianya diucapkan.

Juruterbang dikatakan berumur 27 tahun, biologi dan psikologi seseorang yang berusia 27 tahun adalah sudah cukup matang, baik, boleh kontrol keadaan tetapi boleh jadi terkejut, ketakutan, mengikut arahan, berfikiran separuh panjang sekiranya berhadapan dengan situasi sulit.

Jika anda membaca ilmu psikik nombor 2 + 7 = 9. Angka 9 adalah angka yang bagus untuk seseorang seperti pembantu juruterbang itu untuk meningkat di dalam kariernya dan kehidupannya. Datuk Dr. Fadzillah Kamsah mungkin boleh memberi ulasan lebih baik perkara ini kerana beliau mempunyai ilmu yang lebih baik. Saya hanya membaca daripada sumber yang lain.

Kita harus mengambil kira juga, ko-pilot turut bertandang di surau kediamannya dan juga beramah mesra dengan jirannya. Maknanya beliau bukan seorang yang suka menyendiri atau mengasingkan diri. Ko-pilot juga ditunjukkan seorang yang friendly, mesra, mempunyai ramai kawan dalam dan luar negeri. Maka, saya menolak teori ko-pilot menghadapi masalah mentaliti atau psikologi.

Kembali kepada perbualan terakhir tadi. Perkataan kedua dan ketiga ialah "Selamat Malam". Kenapa bukan Selamat Pagi? Pukul 1.07am hingga 1.30am adalah waktu pagi bukan? 

Jika benar, maknanya pembantu juruterbang itu dalam keadaan keliru, ketakutan, tidak sedar apa yang dijawabnya dan kebingungannya. Percakapan beliau tidak seiring dengan minda (mind) di mana beliau tidak dapat membezakan waktu 'pagi' dan waktu 'malam', ketika kondisi stress.

Dalam konteks itu juga, ko-pilot tersebut kelihatan mengikut arahan seseorang kerana tidak banyak perkataan keluar dari mulutnya. Jika lebih perkataan, sudah tentu beliau dalam kondisi gembira, senang hati dan enjoy the flight.

Jika anda mendengar dengan teliti perbualan pilot atau ko-pilot di mana-mana syarikat penerbangan ketika dalam keadaan kecemasan sepertimana apa yang pernah terjadi kepada JAL Airlines, MAS, Adam Air, Ethiopian Airlines, Lufthansa ataupun Shuttle Colombia, kita akan mendapati ada sesuatu yang luar biasa berlaku dengan perbualan dalam kokpit MH370. Semua perbualan dalam kokpit penerbangan-penerbangan di atas, saya tidak jumpa satu pun rakaman yang begitu ringkas dan pendek! 

Oleh itu, saya melihat daripada sudut percakapan "baik, selamat malam" yang diucapkan oleh ko-pilot tidak dalam keadaan normal sebaliknya dalam keadaan berlaku sesuatu yang di luar kebiasaan.

Perbualan terakhir itu berlaku 11 minit sebelum MH370 hilang dari radar kawalan lalul lintas udara Malaysia pada jam 1.30 pagi, 8 Mac. 

Jika ditolak 1.30 - 11 minit, maknanya perbualan itu dicatat dalam minit yang ke 1.19 dan 1.21. Tidak mungkin 3 perkataan itu diucap dalam tempoh 5 saat!

Ini juga bermakna sebelum ACARS dimatikan pada 1.30am, berlaku percakapan lain dan perbuatan lain di dalam kokpit dalam tempoh beberapa minit itu! ACARS itu sepatutnya berfungsi lagi sehingga 1.37 menurut pihak MAS bukan.

Daripada aspek bahasa "baik, selamat malam" yang saya huraikan di atas jelas menunjukkan penggunaan bahasa ko-pilot itu dia dalam keadaan ditekan, tertekan tetapi berjaya mengawal keadaan. 

Maksud saya 'berjaya mengawal' keadaan ialah ko-pilot berjaya memberitahu kepada kita bahawa dia sedang berusaha mengawal emosinya, dia sedang berusaha mengendalikan kokpit dan dia mahu kita tahu bahawa dia memerlukan bantuan segera. 

Nota : "Jika saya berpeluang mendengar perbualan ko-pilot itu daripada aspek intonasi bahasanya, tempoh masa perbualan, cara alat perbualan itu dimatikan, bunyi backround perbualan itu, status kebisingan ketika berbual dan sebagainya, saya mungkin boleh memberi ulasan yang lebih tepat". Wallahu'alam.












MH370 DAN KISAH ANWAR : ULANGTAHUN KE-10 DIBEBASKAN (2004-2014)

on Sunday, March 16

Regime Change in Southwest Asia
Nampaknya ramai yang membaca analisa ini . Kajian saya mendapati, sebenarnya beberapa NGO dari Amerika Syarikat dan negara-negara barat sudah mula bertapak secara perlahan-lahan di Malaysia sejak awal 1970 lagi, tetapi di negara-negara jiran ianya lebih awal sedikit.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) agaknya sudah terlupa untuk menyambut ulang tahun yang ke-10 (2004-2014) pembebasan DS Anwar Ibrahim (Anwar) dari penjara Sg. Buloh. 

Oleh kerana saya amat meminati mengkaji pemikiran tokoh-tokoh politik era awal 1900an seperti Dato' Onn Jaafar, Tunku Abd. Rahman, Lee Kuan Yew, Sukarno, Mahatma Ghandi, Jawaharlal Nehru, Mao Ze Dong termasuklah Anwar Ibrahim.

Saya yakin ramai ahli-ahli PKR sendiri hatta Rafizi belum membaca buku kompilasi ucapan Anwar bertajuk "Menangani Perubahan" (1985) dan "Asia Renaissance" (1995). Saya juga yakin tidak semua orang PKR tahu bahawa Anwar semasa awal 1970 pernah dilatih di negara jiran. 

November, 1998 - Al-Gore, Naib Presiden Amerika Syarikat datang ke Malaysia memberi sokongan terbuka kepada DS Anwar Ibrahim (Anwar), sebenarnya selepas diminta oleh pihak Wall Street dan IMF. Ketika itu, Paul Schiff adalah Presiden Wall Street dan suami kepada anak Al-Gore. Beliau adalah keturunan Jacob Schiff orang penting dalam Revolusi Bolshevik. Manakala Michael Camdessus adalah Pengerusi IMF.

8.8.2000 - Anwar dihukum penjara oleh Mahkamah Persekutuan. 

11.8.2001 - Anwar menulis dalam penjara Sg. Buloh dan mengeluarkan kecaman ke atas Mohd. Atta dan Osama ben Laden serta Saddam Hussien dalam majalah Time dan International Herald Tribune, New York. Kecaman Anwar sangat mengejutkan dunia Islam ketika itu.

2.9.2004 - Anwar dibebaskan daripada penjara Sg. Buloh.
Oktober, 2004 - Pertemuan penting dengan Paul Wolfowitz di Jerman, Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat. Gus Dur turut hadir.
2005 - Apabila Anwar berhijrah ke United Kingdom, Anwar dilantik sebagai Ahli Lembaga Penasihat Investment Management Group (IMG) yang dipengerusikan oleh Al-Gore.
George Soros pula melobi Anwar sebagai pensyarah pelawat di St Anthony's College di United Kingdom. Christopher Patten adalah Pengerusi St. Anthony's College dan beliau adalah kroni George Soros. 
Soros juga turut melobi perlantikan Anwar sebagai Ahli Jawatakuasa ICG (International Crisis Group) sebuah NGO yang mendapat suntikan kewangan dari Soros.


2006 - NGO Foundation For The Future (FFF) yang diketuai oleh Dick Cheney dan anak peremuannya Liz adalah bertujuan mempromosi Regime Change di negara-negara Asia Tenggara. Wikileaks mendedahkan Anwar memohon bantuan dana dari NGO Amerika kononnya untuk perubahan di Malaysia.  

Julai, 2006 - Anwar dilantik Pengerusi FFF, apabila kontraknya sebagai konsultan di bahagian governance and accountability, Bank Dunia tamat.

1.10.2006 - Sebagai Pengerusi FFF, Anwar menulis surat kepada Robin Cleveland supaya Shaha Ali Riza dipindahkan dari Bank Dunia ke FFF. Riza dikenali dengan cerita skandal dengan Paul Wolfowitz.

15.12.2006 - Melalui NGO AccountAbility, Anwar yang dilantik sebagai Penasihat Kehormat memohon bantuan dana daripada Soros Fund Management.
Gambar Anwar digantung di Pejabat Anwar di Amerika Syarikat
2007 - Anwar Ibrahim & Associate (AIA) memohon bantuan National Endovment For Democry (NED) melalui Presiden NED Carl Geshman. Manakala Pengerusi NED, Madeline Albgriht melantik Anwar sebagai Panel Pemikir NED dan CFR (Council on Foriegn Relations). James Wolfonson pula melantik Anwar sebagai Penasihat Antarabangsa, Institut Brookings.

7.8.2008 - Anwar didakwa di Mahkamah kerana meliwat bekas pembantunya Mohd. Saiful Bukhari yang difailkan sendiri oleh bekas pembantunya itu.

1.9.2009 - Pak Lah meletak jawatan dan Anwar menjangka Pilihanraya Umum Ke-13 akan diadakan bila-bila masa.

25.9.2009 - Anwar bertemu Richrad Haass di New York. Richard Haas adalah Pengarah Perancangan Dasar Luar Negara yang turut bertanggungjawab menasihati Presiden Amerika menyerang Iraq.

2010 : Anwar Ibrahim May Well Become Prime Minister
2010 - Di New York, Anwar diuar-uarkan sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia. Kempen "mengkehadapankan" Anwar sebagai Perdana Menteri diperbesarkan di New York dan Washigton DC.

2011 - Anwar dalam satu majlis di University College of London mewakili Al-Gore (Al-Gore Foundation) sebuah foundation yang sangat-sangat pro-Israel.

9.1.2012 - Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar daripada tuduhan liwat. Namun Mohd. Saiful Bukhari mengemukakan rayuan.

24.1.2012 - "I support all efforts to protect the security of Israeli " (TWSJ)

5.5.2013 - Anwar dan PR tewas dalam PRU13. Anwar menyalahkan kerajaan Malaysia dengan tuduhan pengundi Bangladesh dan isu Dakwat Kekal.

28 Januari, 2014 - ADUN Kajang meletak jawatan tanpa sebab dan Anwar Ibrahim bercadang memenangi PRK Kajang untuk menjadi Menteri Besar Selangor, sebuah jawatan Ekskutif tertinggi peringkat negeri.

28 Februari, 2014 - Anwar berusaha membatalkan pemilihan Peguam Kanan TS Shafee Abdulah kali ke-3 tetapi gagal.

7 Mac 2014 - Tiga panel hakim Mahkamah Rayuan memutuskan Anwar bersalah dalam kes sodomi-II. Anwar Ibrahim memohon rayuan.

8 Mac 2014 - Tidak sampai 24 jam, tiba-tiba berita yang amat mengejutkan MH 370 dilaporkan hilang.

PERSOALAN BESAR :
1. NGO-NGO di Amerika Syarikat dan sekutunya telah melabur begitu banyak dana, selepas Anwar dibebaskan dari penjara pada 2004-2014.

2. Persoalannya, dengan begitu banyak pelaburan NGO-NGO di Amerika dan sekutunya membina semula imej Anwar, apakah tuntutan penaja-penaja itu selepas Anwar gagal menjadi Perdana Menteri pada 16 September 2008 dan selepas PRU13 pada tahun lepas?

3. Kini dengan keputusan 3 panel Hakim yang memutuskan sebulat suara Anwar bersalah dan dijatuhkan hukuman 5 tahun penjara, apakah Anwar hanya akan berdiam diri dan merelakan dirinya memasuki penjara lagi?

4. Secara peribadi saya ingin ulangi seruan saya sebelum ini, bahawa, “marilah kita rakyat Malaysia bersatu hati melawan kejahatan, kerana dengan izin Allah SWT, kejahatan itu akan tewas”. Insyaalah penumpang MH370 mudah-mudahan semuanya akan selamat. Yakinlah dengan Malaysia!

DS HISHAMMUDDIN : TEGAS, TENANG & TIDAK TERPENGARUH PROVOKASI

on Saturday, March 15

SUASANA di Hotel Sama Sama KLIA khususnya di tempat Sidang Media MH370 bukanlah tidak teratur, hanya apabila ratusan wartawan dalam dan luar negara memenuhi kawasan tersebut sambil menanti Sidang Akhbar ianya bagaikan semut berjumpa gula. 

Sebagai pemerhati, saya amat berbangga dengan ketegasan DS Hishammuddin mengendalikan sidang akhbarnya. Rata-rata wartawan media yang saya temui berpuashati dengan cara DS Hishammuddin memberi jawapan. 

Mereka kata oklah kerana DS Hishammuddin tidak memberikan harapan palsu, tidak melayan berita palsu dan DS Hishammuddin berjaya membawa mesej utama kerajaan bahawa Keutamaan Kerajaan ialah "Berusaha Menyelamatkan" penumpang pesawat MH370.

Walaupun beliau diprovokasi oleh segelintir wartawan dengan membawa berita-berita daripada pelbagai sumber, DS Hishammuddin menjawab dengan tegas, tenang dan meyakinkan.

Sebeum itu, saya telah menghantar mesej kepada DS Hishammuddin bahawa, dalam berhadapan dengan wartawan pelbagai negara dan pelbagai persoalan yang ditimbulkan, saya katakan "kalau boleh Datuk Seri mesti berada setiap hari di Press Conference tersebut". 

Saya sampaikan mesej kepada DS Hishammuddin bahawa isu ini melibatkan nyawa manusia, nama baik negara dan beliau mesti berada di hadapan. Pihak DCA, MAS dan Angkatan Tentera Malaysia juga penting tetapi yang lebih penting ialah DS Hishammuddin berjaya menjadi 'jurucakap' yang berkesan.

Apabila wujud spekulasi oleh wartawan bahawa benarkah pesawat tersebut masih terbang 4 jam selepas dikesan hilang? DS Hishammuddin menjawab dengan tegas ianya tidak benar dan memberitahu bahawa syarkat Boeing Rolls-Royce sendiri menafikannya. 

Begitu juga apabila diasak dengan pertanyaan wartawan yang seolah-olah tidak percaya tentang pesawat tersebut 'turning back'. Beliau berkata ya, radar tentera mengesannya berpatah balik dan akhirnya pasukan-pasukan dari luar negara turut mengesahkannya pesawat tersebut membuat 'turning back'.

DS Hishammuddin juga berjaya menjawab dengan tenang tetapi meyakinkan berkenaan isu terjumpa tumpahan minyak, pintu kapal terbang, rakit penyelamat malah rumors kononnya satelite China mengesan imej pesawat tersebut ternyata tidak benar. 

Sehingga ke hari ini, DS Hishammuddin tidak pernah mengatakan pesawat tersebut terhempas, ianya masih kekal dengan status hilang. Hilang tidak bermaksud terhempas. Kita masih berusaha supaya menemui pesawat dan penumpang tersebut.


Lebih daripada 10 buah negara, dengan beberapa negara masih menawarkan bantuan seperti Iran dan Bangladesh. Ianya operasi yang sangat besar dalam dunia. Malaysia sendiri mengerahkan semua aset tenteranya mengesan pesawat MH370. Jika Amerika negara kuasa besar dengan segala macam teknologi dan kemampuan insfratuktur ketenteraan juga tidak mampu mengesan pesawat MH370, mengapa merendah-rendahkan usaha negara sendiri.

Saya tidak setuju Ketua Operasi diberikan kepada negara luar khususnya Amerika. Operasi ini mesti diketuai oleh Malaysia kerana pesawat MH370 itu milik Malaysia dan didaftarkan di Malaysia. 

Kepada DS Hishammuddin, teruskan berada di Hotel Sama-Sama, KLIA setiapkali adanya maklumat penting. Kita tidak boleh benarkan negara luar menentukan masa hadapan rakyat kita dan negara kita.

Kepada rakyat Malaysia, yakinlah dengan Malaysia!







MH370 : SEOLAH-OLAH ADA SESUATU YANG DIA TAHU

on Thursday, March 13

ANALISIS KHAS :
7 Mac 2014 Mahkamah yang bersidang dengan 3 Panel Hakim telah sebulat suara memutuskan DS Anwar Ibrahim (Anwar) bersalah dan dijatuhi hukuman 5 tahun penjara. Namun begitu, Anwar memfailkan rayuan dan hukuman tersebut ditangguhkan.

8 Mac 2014 : Negara kita dikejutkan dengan berita kapalterbang MAS MH370 hilang. Ianya masih hilang sehingga artikel ini ditulis. Hilang tidak bermaksud terhempas!

Apakah kaitan peristiwa 7 Mac 2014 dan 8 Mac 2014

Keputusan Mahkamah Rayuan itu menyebabkan rancangan-rancangan Anwar di antaranya untuk menjadi Menteri Besar Selangor tidak menjadi. 

Namun anda harus ingat, Anwar dan PKR kini sudah all out dengan Kerajaan kerana Anwar masih berfikiran keputusan Mahkamah Rayuan sebagai konspirasi Kerajaan. Tian Chua pula dalam tweeternya menuduh Kerajaan. 

Tweeter Tian Chua
Saya ingin berkongsi pandangan peribadi saya mengenai skrip di bawah kepada anda.

Peguam Kanan Shafee
Pasukan peguam Anwar yang diketuai peguam berpengalaman Karpal Singh berusaha bermati-matian menghalang perlantikan Peguam Kanan Shafee tetapi tidak berjaya. Kegagalan mereka itu membawa kepada kekalahan pasukan peguam Anwar pada 7 Mac 2014. 

Reformasi 2.0 
Azmin Ali berusaha menarik emosi rakyat supaya kembali di jalanan dengan Reformasi 2.0, namun rakyat tidak memberi respon di mana pada malam 7 Mac 2014 itu Reformasi 2.0 gagal sama ada di Jalan Tun Razak (Jalan TAR) dan di Stadium Kajang. Kedua-duanya tiada sambutan. Rakyat sendiri menggagalkan pelan Reformasi 2.0 itu. 

Boikot Parlimen
Kemudian Anwar mencuba untuk memboikot Sidang Parlimen, namun akhirnya mereka datang juga ke Parlimen kerana mereka sendiri merasakan ianya tindakan merugikan. Mereka kelihatan bodoh di mata rakyat apabila memboikot Parlimen sedangkan mereka mesti berada di dalam Parlimen untuk membahas masalah rakyat. 

Pencalonan Wan Azizah Di Kajang
Anwar seorang startegis yang mempunyai idea-idea yang gila. Saya tidak kata Anwar seorang yang gila. Sebenarnya di pihak PKR tiada siapa mahu bertanding di Kajang kerana mereka tahu tindakan "Kajang Move" sudah gagal. Sebab itulah Wan Azizah  diletak sebagai calon PKR untuk mendapat undi simpati. Beberapa ahli PKR sendiri dalam tulisan mereka meluahkan kemarahan mereka dengan isu undi simpati ini.
Anwar Ibrahim Dalam Satu Perjumpaan 
Anwar Ibrahim & Association (AIA)
American Jew Association
Seorang bekas ahli Dewan Kongres Amerika Syarikat, Mr. Paul Findley mendedahkan bahawa setiap detik percakapan anda, setiap saat perancangan anda, apatah lagi jika anda sudah bergelumang dengan para strategis American Yahudi, maka anda akan menerima nasib yang sungguh malang. Pergerakan anda akan diintai sepanjang masa, di mana-mana.

Wang dan dana tidak pernah menjadi masalah kepada ahli-ahli politik Yahudi sama ada di Amerika Syarikat atau di Israel. 

I support all efforts to protect the security of the state of Israel
Seluruh dunia menjadi saksi bahawa Anwar berkata "I support all efforts to protect the security of the state of Israel". Anwar tidak akan berkata sedemikian jika tanpa sebab bukan? Beberapa perkataan ini sudah cukup untuk meyakinkan para pelobi Yahudi di Washington DC, dan sudah tentu amat menggembirakan negara Israel. Kita mudah lupa akan hal ini.
The New Ledger : The Reversal of Anwar Ibrahim
MH370
Saya telah membuat penyelidikan sendiri tentang isu MH370. Apabila isu Lahad Datu diceroboh, Anwar bersuara setiap hari. Semasa dan selepas keputusan PRU13, Anwar tidak pernah berhenti bercakap tentang pengundi hantu dan pengundi Bangladesh. 

Tetapi apabila kes MH370 ini, Anwar berdiam diri, menjauhkan diri dan berusaha menutup mulut. Bacalah blog peribadi Anwar ataupun Keadilan Daily tiada dan hampir tiada kenyataan mengenai MH370. Kenapa? Anwar dan PKR paling diam dalam isu besar ini berbanding UMNO, PAS, DAP dan rakyat Malaysia. Seolah-olah ada sesuatu yang disembunyikan?

Kita sedia maklum bahawa Amerika Syarikat adalah kuasa besar yang menguasai teknologi komunikasi di angkasa lepas, di dalam laut, di daratan dan di kabel internet anda. 

Namun kita juga harus sedar bahawa negara China sudah mengalahkan Amerika Syarikat dalam banyak hal sama ada di angkasa lepas, di dalam laut, di daratan mahupun di internet anda. Sudah tentu anda sedang menggunakan peralatan gajet yang kebanyakannya di buat di China walaupun ianya sekadar under licence

Presiden Obama dijangka akan mengunjungi Malaysia pada bulan April, 2014 selepas menangguhkannya pada bulan Disember, 2013. Saya melihat sungguh ramai orang mahu menggagalkan lawatan itu! 

Anwar Ibrahim Consulting Association
Seruan
Kepada seluruh rakyat Malaysia, marilah kita memperkuatkan semangat jati diri kita, tanamkan dalam diri kita jiwa Islam, jiwa Melayu, jiwa Malaysia, semangat negarawan yang unggul dan bersatu menolak anasir subversif yang jahat.

Yakinlah supaya MH370 akan selamat dengan iltizam, kesabaran, ketenangan, usaha dan seterusnya doa kepada Allah SWT supaya semua ini akan berakhir dengan kegembiraan. Kita jangan mengalah, insyaallah dengan izin Allah SWT kita diberi petunjuk kejayaan. 

Kepada keluarga para penumpang MH370, bersabarlah dengan kuat, bertenanglah dengan kuat dan berdoalah bersungguh-sungguh.

Yakinlah, "Kita boleh kalahkan musuh jika kita bersatu dan kita boleh menang jika kita bersatu hati". 
Paul Findley : Dares To Speak Out Again
Paul Findley : Deliberate Deceptions : Facing the Fact About The U.S. Israeli Relationship















RAHSIA PEGUAM KANAN TAN SRI SHAFEE & ULASAN PEJABAT PM

on Saturday, March 8

ULASAN - Saya mendapati pasukan peguam DS Anwar Ibrahim (Anwar) yang diketuai oleh peguam berpengalaman Karpal Singh telah melakukan yang terbaik untuk membela Anwar sejak sekian lama. Sudah tentu kos guaman sangat tinggi. 

Namun begitu, kekalahan pasukan paling berpengalaman itu amat mengejutkan selepas mereka menang banyak kali kes membabitkan Anwar sebelum ini. Kini, baharulah semua orang faham kenapa Anwar bermati-matian mahu menghalang Peguam Kanan Tan Sri Shafee Abdullah (TS Shafee). 

Beberapa tahun yang lalu semasa bertugas, saya sering hadir dalam sesi press conference dan seminar perundangan di mana TS Shafee membuat ulasan dan academic talk tentang beberapa isu semasa. Beliau seorang yang humble, biasa-biasa saja dan saya anggap beliau peguam mesra rakyat.

Ketika menunaikan ibadah Haji pada tahun 2012, saya bertemu lagi dengan TS Shafee di Lapangan Terbang Jeddah. Beliau bersama anak lelakinya, dan kami berbual ringkas sahaja bersalam khabar berita. Seperti saya katakan tadi, beliau seorang yang humble dan mesra rakyat di mana beliau tidaklah seperti orang ternama lain yang sukar didekati.

TS Shafee dan Anwar bukanlah musuh peribadi, mereka rakan semasa di tingkatan 6 dahulu. Sama seperti Karpal Singh, sebelum tahun 1998 Karpal Singh banyak kali menuduh Anwar macam-macam, namun selepas 1998 Karpal pusing memihak kepada Anwar. Seperti kata Tun Dr. Mahathir, di dalam politik tiada kawan yang kekal dan tiada musuh yang kekal.

TS Shafee adalah seorang peguam yang luar biasa, jika anda mempunyai kes dan memerlukan khidmat guaman atau nasehatnya, anda perlu bersedia bila-bila masa tidak kira masa makan, masa tidur atau di subuh hening. 

Beliau umpama seorang penulis genre penerima Hadiah Nobel, ketika seorang penulis tetiba mendapat idea ianya perlu ditulis dengan segera sebelum idea itu hilang dalam visual minda kita. Begitu juga dengan TS Shafee, sekiranya beliau mempunyai sesuatu yang penting, bukti baharu, perkara baharu dan sekiranya ianya perlu berjumpa ketika pukul 2 pagi atau 3 pagi, anda mesti bersedia untuk berkejar jika beliau memanggil.

Itulah antara cara beliau bekerja, sangat komited dan teliti.

Semasa Anwar dibebaskan pada Januari 2013, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah berkta Mahkamah tidak 100% pasti mengenai kewibawaan sampel yang diambil untuk ujian DNA daripada Mohd. Saiful kerana sampel tersebut telah dicemari sebelum ia tiba di Jabatan Kimia untuk dianalisis. 

TS Shafee pula semasa berhujah bahawa tidak ada bukti sampel itu diusik kerana bungkusan itu  masih tertutup (patri tidak rosak) meskipun diletak dalam sampul oleh pegawai penyiasat Jude Pereira. 

Kedua, TS Shafee juga berhujah bahawa kredibiliti pakar asing pembelaan boleh dipertikai kerana memberi keteragan berdasarkan Buku Teks Manual sedangkan pakar Tempatan menganalisis sampel DNA daripada Mohd. Saiful. 

Ketiga, TS Shafee juga menjelaskan bahawa rakaman CCTV menunjuk dengan jelas menunjukkan ketibaan dan kepulangan Anwar dan Saiful dalam premis tersebut.

Saya mendapati pasukan peguam Anwar gagal menjawab hujahan TS Shafee di atas dengan meyakinkan (seakan beyond reasonable doubt), malahan peguam berpengalaman Karpal Singh tidak membalasbantah hujahan-hujahan TS Shafee di atas. Sebaliknya Karpal Singh memohon penangguhan. Ketika itu, pasukan peguam Anwar dan Anwar sendiri kelihatan kelam-kabut, emosional, terjejas dan akhirnya Anwar sendiri meminta supaya perbicaraan diteruskan.

Akhirnya, Datuk Balia Yusuf Wahi yang mengetuai 3 panel Hakim sebulat suara membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi 6 tahun lalu.

ULASAN PEJABAT PERDANA MENTERI
Hukuman penjara lima tahun ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd. Saiful Bukhari Azlan, adalah keputusan Mahkamah Rayuan dan bukannya keputusan pihak kerajaan.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat petang ini menegaskan, Malaysia mempunyai sistem kehakiman yang bebas.

Hakim-hakim pula, katanya, akan mencapai keputusan mereka hanya setelah mempertimbangkan semua bukti yang ada dengan cara yang seimbang.

''Anwar dan barisan peguam belanya mempunyai hak untuk merayu keputusan hari ini ke Mahkamah Persekutuan.''

Kes tersebut membabitkan dua individu dan hanya melibatkan mahkamah dan bukannya pihak kerajaan.

''Oleh itu, demi menghormati proses undang-undang dan hak-hak mereka yang terlibat, adalah tidak wajar bagi kerajaan untuk mengulas lanjut mengenai perkara itu,'' kata kenyataan tersebut.

Mahkamah Rayuan dalam keputusannya hari ini mendapati Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersalah meliwat Mohd. Saiful selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan ke atas pembebasannya.




Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan