ILTIZAM UMNO & PAS SEMAKIN JELAS

on Sunday, April 27





Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika hadir ke majlis penutupan Minggu Saham Amanah Malaysia 2014 (MSAM2014) di Dewan Utama, Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Tunjong, Kota Bharu, Kelantan, hari ini. 


Malaysia muncul sebagai negara Islam yang berperanan penting mengukuhkan sistem kewangan Islam ke persada antarabangsa.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata usaha memartabatkan Islam secara terancang dan menyeluruh atau syumul menjadi agenda penting kerajaan.

"Peranan Malaysia ini diakui komuniti antarabangsa seperti Sudan, Tunisia, India, Jepun dan lain-lain," katanya ketika Majlis penutup Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2014, di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di sini, sebentar tadi.

Kemudiannya,  Tan Sri Muhyiddin Yassin meluangkan masa melawat TG Nik Aziz di Pulau Melaka. Gambar kiriman rakan di Kota Bharu, Kelantan.





KAKITANGAN SABAH/SARAWAK PATUT TERIMA ELAUN COLA, CABARAN KEPADA CUEPACS

on Wednesday, April 23

Rakyat Sabah Teguh Di Belakang Kerajaan
Elaun COLA (Cost Of Living Assistance) mula diperkenalkan kerajaan pada tahun 1970an dahulu, pernah diberhentikan dan diperkenalkan semula pada tahun 2012 melalui pekeliling JPA ini.

Walau bagaimanapun, kakitangan Sabah/Sarawak tidak diberikan Elaun Cola dengan alasan kakitangan Sabah/Sarawak atau kakitangan yang berasal dari Semenanjung Malaysia tetapi berkhidmat di Sabah/Sarawak telah diberikan Elaun Insentif Wilayah.

Isu ini sudah dibangkitkan sejak beberapa tahun yang lalu sama ada oleh parti pemerintah mahupun parti pembangkang di Sabah, tetapi masih tidak ada keputusan sama ada telah disampaikan atau tidak kepada pihak JPA.

Baru-baru ini, dalam satu perbincangan dengan kakitangan kerajaan di Sabah, mereka meminta saya menulis perkara ini, kerana mereka berasa tidak adil. Sudah tentu saya mesti menulisnya, kerana saya mesti menyuarakan isu ini supaya pihak Cuepacs sedar dan pihak kerajaan pun akan mengetahuinya. Jika saya tidak menulisnya bermakna saya tidak berlaku amanah kepada YAB Perdana Menteri yang perlu mengetahui isu ini. 

Kita tidak boleh mengambil pendekatan tunggu dan lihat, kerana kesan teknik bertahan yang dilakukan oleh David Moyes di Manchester United akhirnya memakan diri, di mana Moyes disingkirkan dan Manchester United gagal ke perlawanan kelab Juara-Juara Eropah. Kita tidak mahu isu ini dimanupulasi oleh pihak pembangkang dengan cara yang buruk seperti demontrasi. 

Sebagaimana kata YAB Perdana Menteri kita, kita mesti ke depan menyelesaikan masalah, bukan di belakang menunggu masalah.

Saya berharap pihak Cuepacs terutamanya, supaya mengambil perhatian yang berat tentang isu ini kerana harus diingat kakitangan kerajaan di Sabah/Sarawak adalah penyokong tegar kerajaan persekutuan sejak sekian lama. 

Pihak Cuepacs harus keluar dari kepompong lama, janganlah hanya memohon bonus setiap kali Bajet diumumkan kerana kita semua tahu Kerajaan kita pasti akan memberinya. Sejak sekian lama, sama ada semasa senang atau susah, kerajaan kita sentiasa memberikan bonus ataupun bantuan setiap kali pembentangan Bajet. Jadi Cuepacs tidak perlu lagi mengejar populariti ini.

Pihak Cuepacs janganlah hanya kelihatan memperjuangkan kakitangan kerajaan 'orang semenanjung' sahaja kata mereka. Perasaan-perasaan seperti ini hendaklah dihapuskan kerana sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, YAB Dato' Seri Najib tidak pernah membeza-bezakan rakyatnya. Malah beliau tegas berkata, "every single person" sangat penting kepadanya. Malahan YAB Dato' Seri Najib sendiri memberitahu bahawa segala keperluan rakyat Sabah dan Sarawak mesti diberi perhatian serius.

Di dalam hal ini, kita tidak boleh salahkan JPA sebaliknya pihak kesatuan sekerjalah yakni Cuepacs perlu ke depan untuk meyakinkan pihak JPA mengapa kakitangan Sabah/Sarawak atau Semenanjung yang berkhidmat di Sabah/Sarawak perlu menerima juga Elaun Cola. 

Jika Cuepacs tidak ada kertas kerja mengenai perkara ini bagaimana JPA hendak memahami emosi mereka? Semalam sahaja di Dewan Negara sudah ada isu-isu emosi kakitangan awam dibangkitkan. Jika Cuepacs tidak pernah menyuarakan hal ini kepada YAB Perdana Menteri, bagaimana Perdana Menteri boleh tahu perasaan kakitangan Sabah/Sarawak? Jika saya tidak menulisnya pula, saya akan menjadi orang yang tidak sensitif dan tidak membantu kerajaan kerana hanya berdiam diri. Sedangkan kerajaan perlu tahu isu ini.

Dalam laman rasmi Cuepacs, saya mendapati mereka ada menyentuh tentang Elaun Cola tetapi hanyalah tuntutan kenaikan daripada RM300 kepada RM450 dan tuntutan supaya diselaraskan tanpa mengira kawasan luar bandar dan bandar. Amat malang sekali, Cuepacs langsung tidak berminat untuk memperjuangkan Elaun Cola kepada kakitangan Sabah/Sarawak ataupun kakitangan Semenanjung Malaysia yang berkhidmat di Sabah/Sarawak. Mereka bertanya saya, apakah perjuangan Cuepacs hanya untuk kakitangan orang Semenanjung Malaysia sahaja?

Sabah Sarawak Sudah 50 Tahun Dalam Malaysia 
Nation Building
Cuepacs harus faham kita bukan setakat bercakap isu elaun Cola ini, tetapi kita sedang bercakap tentang isu kenegaraan, our nation building yang melibatkan isu-isu a sense of ownership/a sense of belonging. Negara kita Malaysia ini adalah meliputi Sabah dan Sarawak juga, kita sedang bercakap tentang perpaduan nasional, patriotik nasional bukan lagi Malay centric tetapi Malaysia centric. YAB DS Najib adalah Perdana Menteri kepada semua rakyatnya termasuk di Sabah dan Sarawak.

Dari segi politik sahaja, kita lihat tanpa sokongan rakyat Sabah dan Sarawak kerajaan kita sudah tumbang lama sejak 2008 lagi. Oleh yang demikian, sokongan mereka perlu diberi penghargaan yang sewajarnya.

Oleh yang demikian, saya merayu kepada pihak Cuepacs supaya berfikir dengan lebih terbuka dan melihat isu ini sebagai isu yang mesti diselesaikan segera sebelum PRU14. Mengapa tidak sebagai hadiah Hari Pekerja pada 1 Mei ini !

Sekiranya pihak Cuepacs berjaya meyakinkan YAB Perdana Menteri dan pihak JPA, saya tidak nampak perkara ini tidak boleh diberikan. Jika pihak Cuepacs boleh menyediakan justifikasi yang betul dan implikasi kewangan yang jelas, saya fikir pihak JPA akan mempertimbangkannya dengan wajar.

Janganlah berfikiran kakitangan Sabah/Sarawak sudah menikmati elaun insentif Wilayah maka tidak perlu mereka menerima  elaun Cola pula. Ini adalah idea lama, sedangkan YAB DS Najib sudah bercakap tentang 'new politic'.

Pihak Cuepacs harus membuka semula buku sejarah, bahawa Elaun Wilayah mempunyai sejarahnya yang tersendiri dan terkandung di dalam Perkara 20. Jika ada pihak yang membangkitkan isu ini, maka perbincangan topik ini akan menjadi panjang lebar dan rumit.

Sejarah pembinaan negara kita, sejarah politik negara kita, dengan isu-isu keselamatan yang semakin mencabar, saya berharap pihak Cuepacs membuka minda mereka jauh ke hadapan.

Bayangkan anggota keselamatan di sempadan wilayah Esszone, mereka memperjudikan nyawa mereka di sana untuk nation building kita, bayangkan guru-guru yang bertugas di kawasan Tanduo, dan sebagainya, alangkah gembiranya mereka, keluarga mereka jika perkara ini dapat diperjuangkan sehingga berjaya.

Malah saya yakin kakitangan dari Semenanjung Malaysia yang berkhidmat di Sabah/Sarawak pasti akan turut gembira sekiranya perkara ini dapat direalisasikan.

Kepada kepimpinan Cuepacs, marilah kita membantu YAB DS Najib dan kerajaan memantapkan lagi sokongan padu rakyat kepada kerajaan.

Kepada kakitangan Sabah/Sarawak dan dari Semenanjung Malaysia yang berkhidmat di Sabah/Sarawak, bagaimana pandangan anda?






PRESIDEN FAM : TENGKU MAHKOTA JOHOR BELUM SAMPAI MASA

on Sunday, April 20

Sejak setahun yang lepas, segelintir pihak agak celupar, terlepas cakap malah agak kurang hormat kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang menerajui FAM. Isu bolasepak adalah isu nasional, maka saya berminat untuk memberi sedikit pandangan.

Pada awal tahun 1980an dan 1990 ketika bolasepak negara kita gah di persada Asia dan Asia Tenggara, para pengkritik muda ini baharu di bangku sekolah pun. 

Kini, pasukan bolesepak negara kita semakin meningkat dengan memenangi beberapa piala seantero seperti Sukan SEA, Tiger CUP dan sebagainya yang dahulunya dimonopoli oleh pasukan Thailand, Vietnam, Singapura dan Indonesia. Ramai juga pemain kebangsaan bermain dengan pasukan luar negara.

Baru-baru ini, semasa Sultan Pahang menjalani rawatan kesihatan di Institut Jantung Negara (IJN) pun, mereka terus mengkritik dengan kritikan-kritikan keras ke atas Sultan Pahang, walaupun mereka tahu Sultan Pahang tidak mungkin boleh menjawab kritikan-kritikan itu ketika tuanku sedang gering. Apakah ada menteri kita tidak tahu Presiden FAM menjalani rawatan kesihatan di IJN?

Apabila pasukan Malaysia menjuarai pertandingan Piala Tiger dan Piala Sakan SEA mereka berdiam diri, apabila pasukan Malaysia tewas dalam kejohanan persahabatan pun mereka menuntut Presiden FAM meletak jawatan, sebagaimana yang terjadi di Stadium Selayang tidak lama dahulu.

Hari ini kita membaca dalam akhbar jawatan Presiden FAM akan ditandingi juga oleh Tengku Abdullah anakanda Sultan Pahang dan turut juga disertai oleh Tengku Mahkota Johor yang juga presiden PBNJ.

Bagi saya, Tengku Mahkota Johor lebih baik mengundur diri atas beberapa sebab antaranya secara peribadi beliau masih terlalu muda dalam kancah bola sepak di peringkat nasional dan antarabangsa. Pencalonan yang diterimanya pun tidaklah besar walaupun sebelumnya diuar-uarkan kononnya 8 ke 9 negeri akan mencadangkan namanya.

CABARAN TENGKU MAHKOTA JOHOR
Saya akui, JDT adalah pasukan yang hebat kerana berjaya mengumpul pemain-pemain utama negara di samping berjaya memancing pemain bola sepak antarabangsa yang sudah tua seperti Pablo Aimar. Semasa saya belajar di Johor Bahru, Pablo Aimar bermain untuk pasukan belia Argentina di Stadium Larkin. Hari ini, Pablo Aimar membuat kejutan untuk meminta dilepaskan daripada pasukan JDT! Apa sudah jadi? 

Begitu juga cabaran kejurulatihan pasukan JDT yang dahulunya oleh Fandi Ahmad, kemudiannya kini oleh Bojan Hodak dan Rajko Magic. Tidak termasuk isu pasukan penyokong JDT yang hebat itu tetapi sering terjebak dalam pergaduhan oleh/dengan pasukan-pasukan lain. Isu pergaduhan di lorong persalinan pun masih menjadi misteri. Isu-isu seperti ini memerlukan perhatian yang serius oleh kepimpinan JDT.

Bagi saya secara peribadi, individu yang paling sesuai menerajui FAM ialah Sultan Ahmad sendiri, ataupun Tengku Abdullah. Dua personaliti ini bukan kerana mereka Raja atau sudah lama di dalam FAM, tetapi kedua-dua mereka telah berkecimpung lama di dalam pembangunan bolasepak negara sejak lebih 30 tahun dahulu. Kedua-duanya kini telah melakukan transformasi dengan kebanyakan kuasa memilih pemain diberikan sepenuhnya kepada Jurulatih pasukan. 

Saya bimbang, jika FAM diterajui oleh anak muda yang belum lagi berpengalaman luas dalam urusan bolasepak di peringkat nasional, Asia dan dunia, saya bimbang pasukan bolasepak negara kita akan melakukan banyak kesilapan besar. 

Saya sedar Tengku Mahkota Johor mendapat sokongan padu rakyat Johor, namun pasukan JDT hendaklah membuktikan mereka lebih baik dengan menjuarai Piala Malaysia, Piala Liga, Piala Sumbangsih dan piala-piala lain. Kehebatan sesebuah pasukan bukan dikira jika anda berNaib Juara, tetapi hendaklah menjadi Juara terlebih dahulu. Ini adalah cabaran besar kepada JDT dan kepimpinan PBNJ.

Bersambung tajuk kedua, isu Program Pembangunan Bola Sepak Negara kerana saya melihatnya seperti tidak 'sink' dengan FAM!

Selamat Membaca.
Selamat Berhari Minggu.
















PERSIDANGAN CENDEKIAWAN BUGIS SABAH

on Thursday, April 17

Minggu lalu saya telah bertemu beberapa cendekiawan masyarakat Bugis di Sabah, yang terdiri daripada pelbagai disiplin profesional dalam bidang masing-masing. Mereka bertanya kenapa saya sudah lama tidak menulis tentang masyarakat Bugis Sabah? 

Saya baru tersedar sudah lama saya tidak menyentuh isu Sabah. Kali ini saya menulis tentang masa hadapan masyarakat Bugis di Sabah kerana hal-hal sejarah masyarakat Bugis di Sabah sebelum kedatangan penjajah Inggeris dan Belanda sudah diterbitkan secara ilmiah oleh UMS, ITNM malah tesis-tesis sarjana daripada Universiti Nasional Singapura dan Universiti di Australia juga sudah ada dibukukan. Barangsiapa yang belum membacanya, silalah beli dan baca.

Jika kita melihat di sekeliling kita, terdapat ramai masyarakat Bugis Sabah telah berkahwin campur dengan masyarakat Kadazan, Dusun, Cina, Murut, Bajau, Iranun, Tidung, Melayu, Arab, Suluk dan sebagainya. Percampuran ini menunjukkan bahawa asimilasi budaya telah berlaku sejak dahulu lagi, tanpa menggadaikan agama anutan mereka iaitu agama Islam.

Oleh kerana masyarakat Bugis terkenal dengan semangat kuat bekerja, maka syarikat-syarikat perladangan sawit ataupun kilang-kilang kayu, perikanan, perkebunan dan sebagainya telah mengimport pekerja-pekerja orang Bugis dari Indonesia. 

Mereka ini adalah generasi baharu yang diambil secara besar-besaran oleh Syarikat-syarikat British seperti Syarikat British Borneo Utara, Syarikat Hindia Timur Inggeris dan lain-lain lagi pada tahun-tahun 1950an, 1960an. 

Kemudiannya juga oleh kerajaan-kerajaan negeri Sabah pada tahun-tahun 1970an, 1980an, 1990an sehingga sekarang 2000an. Generasi awal sudah tentulah yang sudah wujud sejak zaman sebelum Belanda pada tahun 1880an. Isu kerakyatan ini berlaku juga di sempadan Siam-Kelantan, di mana terdapat isu dua kerakyatan di sana yang belum selesai.

Tanpa mereka, ada orang berkata sesebuah ladang sawit di Sabah ataupun kilang-kilang sawit dan sebagainya boleh tutup dan mengalami kerugian berjuta-juta ringgit.

Pada hari ini, di mana-mana jabatan kerajaan persekutuan mahupun kerajaan negeri, sudah pasti akan ada orang Bugis, kalau tidak sebagai ketua jabatan ianya sebagai kakitangan mereka. Tidak perlulah dihuraikan masyarakat Bugis yang sudah berjaya dengan syarikat sendiri dan perusahaan sendiri.

Sudah ramai masyarakat Bugis di Sabah yang berjaya dalam bidang profesional seperti doktor perubatan, pakar perubatan, consultan perubatan, pakar bedah, doktor PhD, peguam, majistret, akauntan, pensyarah, guru kanan, guru jurulatih utama, pengetua, gurubesar, Pengarah dan Timbalan Pengarah jabatan-jabatan kerajaan persekutuan dan negeri, IR engineering, dan sebagainya. Bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi untuk menyatakan bahawa masyarakat Bugis di Sabah sama-sama memberi sumbangan yang besar kepada pembangunan negeri Sabah, di dalam sektor kerajaan dan sektor swasta. 

Jika mereka guru, mereka juga mengajar anak-anak Kadazan, Dusun, Murut dan lain-lain dengan dedikasi. Jika mereka sebagai doktor, mereka akan merawat dengan bersungguh-sungguh anak-anak orang Kadazan, Dusun, Murut dan sebagainya. Begitu juga pensyarah-pensyarah yang berkhidmat di UMS, UITM, Institut Pendidikan Guru di seluruh Sabah.

Sebab itulah dahulu saya berharap, pihak kerajaan negeri di bawah kepimpinan YAB DSP Musa Aman mengambil inisiatif yang lebih terbukti dan berani untuk menyelesaikan masalah-masalah mereka di Sabah. 

Salah satu masalahnya ialah tentang isu-isu di dalam RCI. Apabila disebut RCI masyarakat Bugis di Sabah tidak perlu takut dan risau kerana penubuhan RCI bukan bertujuan untuk menangkap mereka atau menarikbalik kerakyatan mereka.

RCI
Tujuan Suruhanjaya RCI ini pada umumnya untuk menyelesaikan isu-isu yang lebih besar seperti Kad Pengenalan palsu. Jika kamu memiliki Kad Pengenalan di kedai-kedai kopi, kamu memang wajar ditangkap? Jika kamu memiliki Sijil Lahir orang atau Kad Pengenalan orang atau apa sahaja cara memiliki dokumen diri orang lain, kamu memang wajar ditangkap? Sebabnya sangat mudah, ternyata itu salah di sisi undang-undang.

Tetapi jika kamu memiliki Kad Pengenalan dengan cara yang betul mengapa perlu takut? Tiada siapa boleh mempertikaikan Kad Pengenalan kamu jika kamu berhak memilikinya dengan cara yang betul mengikut undang-undang.

Isu-isu Kad Pengenalan bukanlah ditujukan kepada orang Bugis sahaja tetapi kepada semua orang di Sabah yang memiliki Kad Pengenalan Palsu melalui sindiket dan sebagainya. Jika seorang Cina dari Tarakan, Indonesia berkahwin dengan orang Cina dari Tawau... orang Cina Tarakan itu juga tidak mungkin akan memiliki Kad Pengenalan secara automatik. Dia pun akan memohon juga dengan peraturan-peraturan yang sama.

Undang-Undang di negara kita bukan dikhususkan kepada orang Bugis sahaja, tetapi kepada semua orang baik dia kaya atau miskin, berpangkat atau tidak, dan sebagainya.

Oleh itu, saya bersetuju dengan cadangan beberapa orang cendekiawan Bugis di Sabah supaya dibuat satu Persidangan Cendekiawan Bugis Sabah yang akan mencadangkan rumusan-rumusan berkenaan permasalahan orang Bugis Sabah kepada Kerajaan Negeri Sabah dan juga kepada Kerajaan Persekutuan.

Persatuan yang sedia ada boleh terus menggerakkan aktiviti mereka, barangkali persidangan ini boleh membantu. 

Ada yang mencadangkan supaya persidangan ini dibuat dengan kerjasama PKBS, Persatuan Rumpun Melayu Bugis Sabah dan NGO-NGO Bugis yang sedia ada. Bagi saya sesiapa pun kita menerima seadanya. Bagi saya, kita mesti tunjukkan kesungguhan kita kepada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan, bahawa kita mahu memberi kerjasama yang terbaik untuk kebaikan negeri Sabah dan negara kita Malaysia.

Bagaimana pula pandangan anda? Sila berikan idea yang bernas sahaja. 







BEZA DS HISHAMUDDIN KETIKA BERDEPAN WARTAWAN

on Thursday, April 10

TRAGEDI MH370 kini menjadi satu lembaran sejarah yang paling tragis dalam dunia moden hari ini, khususnya kepada negara kita, apatah lagi tragedi ini melibatkan pesawat negara kita dan juga penumpang negara kita, dan negara lain.

Saya ingin berkongsi dengan pembaca tentang pemerhatian saya ketika DS Hishammuddin Tun Hussien (DS Hishammuddin) berhadapan dengan ratusan wartawan dan media dalam serta luar negara. Perkara ini penting kerana ianya berkaitan masa hadapan negara kita.

Di hadapan ratusan wartawan dalam dan luar negara, di hadapan percikan cahaya kamera, sportlight yang sudah pasti panas, soalan bertubi-tubi, soalan provokasi, mikrofon, stesen-stesen TV dan radio antarabangsa, ketika berjuta-juta dunia menghala ke arah anda. Cuba bertanya adakah anda mempunyai kekuatan minda, kekuatan stamina dan kekuatan kenegaraan selama lebih 30 hari, hampir setiap hari, untuk berhadapan kondisi ini.

Dalam kalangan wartawan senior, anda mungkin tidak mengetahui bahawa dahulu ada seorang bekas Menteri apabila anda hendak mengemukakan soalan anda mesti menyediakan skrip soalan terlebih dahulu, tidak boleh menyoal soalan yang sukar, sebaliknya hendaklah soalan yang senang dan memberikan berita yang baik, malah khabarnya kaki anda akan dipijak sekiranya anda cuba menyoal soalan yang boleh menjatuhkan imejnya. 

Malahan, jika anda menyoal perkara yang membangkitkan kemarahannya, anda akan dimarahi, sebab itulah ada yang keluar perkataan, "jika you ulang, i saman". Sebenarnya, ugutan-ugutan seperti ini sangat-sangat tidak demokratik kepada wartawan dan rakyat. Tatkala anda bercakap tentang kompeten, transperancy dan keterbukaan sebaliknya anda diugut dengan saman menyaman. 

Berbeza dengan DS Hishammuddin, apabila seorang wartawan luar negara bertanya, "adakah Menteri sepupu kepada DS Najib?". DS Hishammuddin tidak menengking wartawan itu dan tidak juga mengugut untuk menyamannya, sebaliknya beliau menjawab dengan tenang. Satu Malaysia tahu DS Najib adalah bersepupu dengan DS Hishammuddin sejak dahulu lagi. Akhirnya wartawan itu memalukan dirinya sendiri. 

Di Malaysia, anda tidak akan bertanya kenapa DS Anwar, Nurul Izzah dan isterinya Dr. Wan Azizah sekaligus menjadi wakil rakyat? Ramai orang berkata macam tidak ada orang lain? Baca ulangan di sini . Siapakah yang menuduh kerajaan KKN (Kronisme, Korupsi, Nepotisme)? Dan siapakah kini yang mengamalkan KKN?

Bahasa Inggeris
Perkara kedua ialah penggunaan bahasa Inggeris DS Hishammuddin lebih lembut dan lancar berbanding seorang bekas Menteri yang berpengaruh itu. Keupayaan menggunakan bahasa Inggeris, memahami laras-laras bahasa seperti bahasa Diplomasi, bahasa Politik, bahasa Provokasi dan sebagainya akan memberi mesej yang jelas. Dalam hal ini, DS Hishammuddin berjaya menguasai kehendak para wartawan, walaupun terdapat wartawan yang mengemuka soalan yang belum ada jawapan. Contohnya, apakah perbualan di dalam kotak hitam itu? 

Namun, kepada saya, kekuatan DS Hishammuddin sebenarnya terletak kepada keikhlasannya, kejujuran dan keberanian. Beliau memberi maklumat yang sama kepada keluarga pesawat, wartawan, pemimpin kerajaan dan pembangkang, pemimpin luar negara dan tidak menyembunyikan maklumat-maklumat penting.  

Bayangkan, ketika beliau sedang membuat press conference di atas pentas, tiba-tiba beliau dihulurkan sekeping kertas bertulis tangan mengenai maklumat terbaharu, beliau tidak membuang masa terus membaca maklumat itu malah menunjukkannya kepada para wartawan yang dahagakan berita eksklusif.

Ketika DS Hishammuddin berkejar ke Hawai untuk mewakili negara dalam persidangan antarabangsa Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN, juga pertemuan dengan Menteri-Menteri Pertahanan daripada kuasa-kuasa besar, hasilnya kita berjaya mendapatkan bantuan berharga daripada kerajaan Amerika dan Britain dalam usaha SAR di Lautan Hindi. Adakah anda berfikir cukup dengan menelefon dan menghantar sms untuk memohon bantuan kepakaran kuasa-kuasa besar itu? Diplomasi pertemuan DS Hishammuddin di Hawai tempoh hari ternyata membuahkan hasil, bukan untuk dirinya, tetapi untuk pesawat MH370 dan negara kita.

Oleh yang demikian, tidaklah mengejutkan kepada saya apabila rata-rata rakyat termasuklah penyokong pembangkang mula memerhatikan potensi beliau. Bagaimana pula pandangan anda?

Selamat Membaca. 
Selamat Berhari Jumaat.

#PrayForMH370
#DoaUntukMH370
#MH370 











RHOMA IRAMA LEBIH BAGUS DARIPADA ANWAR IBRAHIM

on Tuesday, April 8

Rhoma Irama  Saatnya Tunjuk Cinta Kepada Islam, Bangsa Indonesia & Negara Indonesia
Kenyataan-kenyataan DS Anwar di luar negara mengenai tragedi MH370 sangat menjelekkan, kata orang Indonesia. Di Jakarta, walaupun penyayi dangdut terkenal Rhoma Irama tidak mungkin akan menduduki jabatan Presiden dan Wakil Presiden Indonesia walaupun hatinya mahu ke arah itu, tetapi Rhoma Irama lebih patriotik, bertatanegara dan bersusila negara.

Berita terkini di Jakarta, Rhoma Irama merancang untuk mengadakan konsert terbesar di Jakarta di kawasan Monumen Nasional dengan cita-cita kehadiran penonton sebanyak 4 Juta orang. Rhoma Irama mengimpikan 4 Juta orang ini akan sama-sama menyanyikan lagu kebangsaan Indonesia Raya! Saya sangat-sangat 'jempol' manusia yang seperti ini sangat mencintai negaranya walaupun dirinya tidak mungkin bisa berada di persada Istana Presiden.

Ketika seluruh dunia bersedih dan berdukacita, Anwar membuat kenyataan kononnya kerajaan Malaysia menyembunyikan maklumat. Pakar undang-undang yang juga bekas CEO MAS, Tan Sri Abdul Rahman Arshad berkata, apa yang MAS atau kerajaan hendak sembunyikan kerana maklumat yang diminta itu memang tidak ada. Kita sedang bertungkus-lumus mencari maklumat itu, dan misteri ini bakal terungkai apabila kotak hitam pesawat MH370 ini berjaya ditemui.

Anwar hanya menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sekitar tahun 1995-1998. Anwar masih diulit mimpi indah kononnya ketika dia menjadi TPM dan Menteri Kewangan, dia meluluskan pemberian radar yang boleh mengesan apa sahaja penerbangan di ruang angkasa Malaysia. Anwar lupa tahun ini tahun 2014 bukan 1998, radar-radar yang ada di Malaysia sudah dinaiktaraf disesuaikan dengan pemodenan sistem radar dunia. Apakah kamu fikir Malaysia masih menggunakan sistem radar tahun 1998?
http://www.telegraph.co.uk
Tiada siapa mahu tragedi ini berlaku. Tiada mana-mana Perdana Menteri yang mahu rakyatnya mati terbunuh sedemikian rupa. Malaysia bukan Israel, Malaysia adalah Malaysia. Tiada Perdana Menteri Malaysia akan berkata, "I support all efforts to protect the security of the state of Israeli" (Wall Street Journal Asia). Di Indonesia, tiada Presiden mahupun Wakil Presiden yang akan memuji dan memuja Israel!

Semalam Presiden Partai Gerindra Indonesia, bapak Prabowo yang turut bertanding jawatan Presiden Indonesia 2014, hadir di Mahkamah Tinggi Kota Bharu untuk menyokong Satu orang (Satu Jiwa) rakyatnya yang dibicarakan atas pertuduhan membunuh majikannya. Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, warga Indonesia itu terlepas daripada hukuman mati. Yang menarik kepada saya dalam kes ini ialah, Prabowo datang dua kali ke Malaysia hanya semata-mata mahu memberi sokongan kepada Satu orang rakyat Indonesia, dan ternyata sokongan itu berhasil!

Anwar lupa, di dalam pesawat MH370 itu, ada lebih 50 orang rakyat Malaysia. Seperti dinyatakan oleh DS Najib Tun Razak dan DS Hishammuddin bahawa kerajaan Malaysia tidak akan berhenti mencari pesawat tersebut dan penumpangnya walaupun kos pencariannya kini mencecah ratusan juta ringgit.

Bagaimana pandangan anda?









JUSUF KALLA ITU MANUSIA LUAR BIASA, APAKAH DIJAGAIN MALAIKAT ATAU WALI

on Thursday, April 3

Pertama kali saya berjabat salam dengan bapak Jusuf Kalla, mantan Wakil Persiden Indonesia sesi 2004-2009 iaitu pada tahun 2007 ketika Jusuf Kalla menerima gelar Doktor Honoris Caucas dari Universiti Malaya. Saya datang bukan sebagai wakil pejabat pemerintah, saya datang sebagai rakyat biasa-biasa, mahu mendengar ucapan bapak Jusuf Kalla, karena sudah lama saya mahu mendengar pidatonya.

Kemudiannya saya berpeluang berbicara agak panjang dengan bapak Jusuf Kalla. Ternyata bapak Jusuf Kalla seorang pendengar yang baik, pemberi pendapat yang ikhlas, dan yang paling terpenting ialah bapak Jusuf Kall bisa membedakan di antara kepentingan peribadi dengan kepentingan negara (national interest).

Di halaman rumah peribadinya saya kira, di Jakarta Selatan, kebetulan tidak begitu jauh daripada rumah keluarga saya di Prapanca. Kelihatan warga apa sahaja, berjalan kaki, bersepeda, warung biasa-biasa gitu, semuanya lancar berusaha tanpa adanya halangan mahu pun ketakutan. Ini suatu kondisi yang luar biasa, karena biasanya orang-orang besar agak susah didekati rumahnya apatah lagi orangnya. Tapi tidak kepada bapak Jusuf Kalla.

Apakah Jusuf Kalla Dijagain Malaikat Atau Wali Allah SWT?
Dua para di atas itu hanyalah pembuka bicara saya sahaja. Yang ingin saya bicara sebenarnya suatu rahsia, sesuatu yang sangat luar biasa yang saya tidak pernah tulis di mana-mana.

Pada masa itu, saya tidak ingat tanggalnya, tetapi ianya berlaku pada bulan Juni, 2013. Saya pun tidak tahu bagaimana harus saya mulakan di sini.

Ianya begini, pada hari Sabtu, berlaku suatu peristiwa yang luar biasa, sangat-sangat luar biasa di dalam rumah saya begitu. Apakah peristiwa itu, saya tidak mahu ceritakan di sini, kecuali jika ianya perlu. Sudah tentu bahan buktinya peristiwa itu saya simpan.

Saya berbincang dengan keluarga saya apakah sebenarnya di sebalik peristiwa itu? Saya terfikir semula, rupa-rupanya sehari dua yang lalu saya ada menyinggung perasaan bapak Jusuf Kalla, sudah pasti juga keluarganya rasa tersinggung. Namun begitulah, sebagaimana saya sebutkan di atas tadi, bapak Jusuf Kalla jika sesuatu perkara itu lebih baik kepada kepentingan negara, lebih baik kepada majoritas rakyat apatah lagi ummah, saya melihat bapak Jusuf Kalla  bisa saja dengan tuntas melupakan kepentingan dirinya sendiri.

Maksud saya, apakah bapak Jusuf Kalla itu dijaga oleh malaikat? atau dijaga oleh wali-wali? Karena mana mungkin suatu peristiwa yang luar biasa boleh terjadi begitu-begitu sahaja. Pasti ada yang keluarbiasaan. Pasti bapak Jusuf Kalla seorang kurniaan Tuhan untuk bangsanya.

Sehingga di saat ini, saya masih tertanya-tanya, bapak Jusuf Kalla itu luarbiasa sekali firasat dirinya, bapak Jusuf Kalla itu luarbiasa sekali kesinggungannya, luarbiasa sekali marahnya, luar biasa sekali jika sakit hatinya, luar biasa sekali jika tersinggung hatinya. 

Karena semuanya itu bisa sampai kepada kita walaupun kita nun jauh beribu-ribu batu di antara Jakarta dengan Kuala Lumpur. Kita bisa diperlihatkan keluarbiasaan itu di depan mata. Maha Besar Allah SWT yang menunjukkan tanda-tanda itu.

PILPRES INDONESIA 2014
Selanjutnya, apabila sudah tiba masanya Pilpres Indonesia bulan April ini, saya memberanikan diri saya untuk mendedahkan kisah ini. Sebelumnya, sudah tentu warga Indonesia lebih bijak dan lebih tahu siapa calon Presiden dan calon Wakil Presiden yang sesuai untuk negara besar Indonesia.

Saya hanya menyatakan, seandainya bapak Jusuf Kalla itu terbukti seorang yang luar biasa, bukan luar biasa daripada pandangan mata kasar sahaja, terpilih sebagai calon wakil Presiden Indonesia, mengapa tidak sokong saja bapak Jusuf Kalla. Rakyat Indonesia harus mengambil peluang di atas keluarbiasaan bapak Jusuf Kalla ini untuk membantu Presiden Indonesia mengemudi negara besar ini. Karena negara besar seperti Indonesia ini harus diketuai oleh seseorang yang berjiwa besar, merakyat sifatnya apatah lagi kalau dia memiliki tanda-tanda yang sangat luar biasa!

Sampai usai ini, saya belum ada jawapan apakah bapak Jusuf Kalla dijagain oleh Malaikat atau wali-wali Allah? Saya pun tidak pernah menceritakan hal ini kepada sesiapapun, juga kepada bapak Jusuf Kalla sendiri tidak tahu akan hal ini. Karena saya sendiri tidak berkesempatan ketemu dengannya. Hanyasanya, saya terfikir, sudah sampai masanya saya mendedahkan hal ini sesuai dengan Pilpres Indonesia yang berlangsung sekarang.

Terserah kepada rakyat Indonesia mahu pilih siapa, karena sudah pasti mereka lebih mengetahuinya. Saya hanya membuka minda, agar supaya rakyat Indonesia bisa memikirkannya.

Salam sore.










#MH370 KUASA KEJAHATAN DI SEBALIK PESAWAT

on Tuesday, April 1

Pertembungan politik di dalam dunia hari ini bukan lagi di antara Blok Barat vs Blok Komunis. Semasa era Perang Dingin juga, dunia menyaksikan pembaratan ke atas seluruh dunia yang diketuai oleh Amerika, sebaliknya Russia (ketika itu Soviet Union) mewakili negara-negara miskin. 

Apabila runtuhnya Tembok Berlin (1989), tandanya pertembungan tamadun dunia bukan lagi berasas kepada Blok Barat vs Blok Timur, ianya merebak kepada pertembungan ekonomi, budaya, politik dan paling penting pertembungan agama.

Negara kita adalah negara Islam fundamental sebagaimana diisytiharkan oleh Tun Dr. Mahathir pada tahun 2002. Ketika itu, puak Yahudi dan negara Israel menghentam Tun Dr. Mahathir kerana dikatakan anti Semetik anti Israel anti Yahudi. Tun Dr. Mahathir tidak akan berkata, "I support all efforts to protect the security of the state of Israel", kerana Malaysia bukan berhutang apa-apa dengan Israel.

Henry Kesingger bekas Setiausaha Negara Amerika sendiri berkata dunia masa hadapan akan menyaksikan kemunculan kuasa-kuasa baharu di seperti kuasa Islam, China, Jepun, Barat, Ortodoks dan mungkin juga India. Henry Kesingger atau pun Profesor Samuel P. Huntington tidak menyebut Israel dan Yahudi? Kenapa?

Siapakah Kuasa Jahat itu? Amerika? China? atau Russia?

Apabila negara kita satu-satunya negara yang mula-mula mengiktiraf negara China pada tahun 1974, ianya sangat mengejutkan kuasa-kuasa besar di barat. Kemudiannya, apabila Tun Dr. Mahathir melaksanakan dasar "Buy British Last" (1981) ianya turut menggegarkan mereka. 

Kini jenama paling berprestij negara kita iaitu Petronas sudah mula menyaingi Exxon-Mobil dan British Petroleum di dalam dunia ini dengan Petronas sudah berjaya memasuki negara-negara lain seperti Sudan, Iraq, Iran, Amerika Selatan dan puluhan negara lain.

Dalam buku "The Clash of Civilization and The Remarking of World Order" ada mendedahkan bahawa negara-negara baharu yang muncul dengan begitu cepat akan menjadi musuh-musuh yang berbahaya kepada tamadun barat yang didukungi oleh Amerika. Sudah tentu negara-negara baharu itu salahsatunya ialah Malaysia!

Yang kita tidak cuba fahami ialah siapa dia di dalam Amerika itu? Adakah Republikan atau Demokrat? 

Sebenarnya bukan itu, sama ada Republikan atau Demokrat, misinya adalah sama kerana kedua-duanya dikuasai oleh sebuah gerakan dalam yang sangat-sangat berkuasa iaitu sebuah kumpulan Yahudi Amerika pro-Israel yang bertopeng di sebalik gerakan Freemason, Demokrasi ala-mereka, Ekonomi Kapitalisme, Illuminati dan pelbagai gerakan bertopeng.

Mereka merupakan pelobi-pelobi Yahudi pro-Israel yang sangat-sangat berpengaruh daripada sudut kewangan, maklumat, teknologi dan kuasa. Antara yang terkenal ialah Howard Berman. Siapa orang Malaysia pernah jumpa Howard Berman? Apa mereka bincang?

Marilah kita memerhati semula NGO-NGO mereka yang sudah bertebaran di mukabumi ini khususnya rangkaian mereka di Malaysia. Saya sebut beberapa yang popular antaranya NED, NDI, OSI, Becket Fund, Jewish World Watch, The Elders, CFR, ICG dan banyak lagi. Mereka yang bersekongkol tidak pernah menjangka kesan buruk kepada negara kita.

Di Geneva seminggu yang lalu (21/3/2014), negara kita dan negara China dihentam habis-habisan oleh NGO-NGO khususnya dari Barat dalam usaha mereka untuk merosakkan ketamadunan Islam yang bertapak di Malaysia, dan ketamadunan Buddha yang bertapak di China.

Oleh itu, saya mengajak rakyat Malaysia supaya bersatuhati dan bersatupadu berhadapan dengan saat sukar sekarang, khususnya isu-isu yang berlegar di sekeliling MH370 yang hilang itu. Hanya dengan perpaduan negara kita akan selamat kerana itulah yang sangat ditakuti oleh mereka di luar sana.

Negara kita yang kecil ini sedang berhadapan dengan kuasa-kuasa jahat yang sangat jelas tujuan mereka. Jika mereka mahu menghancurkan negara kita, kehidupan aman kita, menghancurkan ekonomi negara kita, ianya semudah mereka memetik jari.

Pemergian DS Najib ke Perth esok menggambarkan tahap serius beliau menangani perkara ini dengan penuh tanggungjawab. Kita semua mesti berdiri di belakang usaha kerajaan kita yang sukar ini.

Bersambung...














Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan