MUZAKARAH HUDUD UMNO-PAS BERJALAN LANCAR

on Thursday, May 29

DATO' DR. MAHFODZ MOHAMED, AJK PAS PUSAT
Sesi pertama Muzakarah Jenayah Syariah Kebangsaan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, UKM menampilkan dua tokoh iaitu Dekan Istac, Prof Dato Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan AJK Pas Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamed.


Muzakarah kedua, Pelaksanaan Hudud Menurut Perspektif Perlembagaan dan Perundangan Malaysia oleh dua pakar undang-undang iaitu Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz dan mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad.

Muzakarah ketiga, bertajuk Model Pelaksanaan Undang-undang Hudud Masa Kini: Cabaran, Halangan dan Peluang. Kertas-kertas kerja oleh Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dato' Dr Mohamed Fadzli Dato Hassan, Ahli Dewan Ulama PAS, Dr Mohd Khairudin Aman Razali dan Prof Madya Dato Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Moderator adalah Ahli Parlimen Kepala Batas, Dato Seri Reezal Merican Naina Merican

KEHADIRAN SANGAT MENGGALAKKAN

HARAPAN PENCARIAN MH370 : DS HISHAMUDDIN KONSISTEN, ELAK BERMAIN EMOSI, ELAK PERCAYA RUMORS

on Friday, May 23

JANJI DS HISHAMMUDDIN KONSISTEN, PENCARIAN MH370 AKAN DITERUSKAN SEHINGGA DITEMUI
Saya mendapati laporan The Malaysian Insider ini amat meragukan malah tidak dapat diterima bulat-bulat kerana dapatannya hanya mengambil kesempatan daripada emosi segelintir keluarga penumpang MH70. Harus diingat, masih ramai keluarga penumpang yang masih berharap agar kerajaan Malaysia tidak berputus asa sebaliknya konsisten meneruskan pencarian tersebut.

Di dalam hal-hal keselamatan rakyat dan negara, kita tidak boleh bersandarkan emosi dan andaian untuk membuat keputusan yang tepat.

Jika terdapat 3 konsultan kardiologi (cardiologis) berjuang untuk menyelamatkan nyawa seorang patient. Ketiga-tiga cardiologis tersebut sudah pasti memiliki pengalaman dan knowledge yang berbeza-beza, management yang tidak sama, tetapi mereka mempunyai harapan yang sama iaitu menyelamatkan nyawa patient tersebut.

Begitu juga, pasukan tentera (ATM), DCA dan agensi-agensi keselamatan negara sudah pasti memiliki pemikiran dan pendekatan yang berbeza, namun sudah pasti mereka mempunyai satu tujuan yang sama, iaitu menyelamatkan secepat mungkin penumpang pesawat MH370. 

Kita harus ingat, tragedi ini adalah pengalaman pertama negara kita Malaysia, tetapi kita beruntung kerana mendapat sokongan seluruh dunia dalam usaha pencarian pesawat MH370. Ia suatu rekod dan pencapaian yang menakjubkan, dan ianya bukan mudah untuk meyakinkan negara lain membantu negara kita. Dalam hal ini, DS Hishammuddin telah berjaya dan ianya turut diakui oleh pemimpin-pemimpin pembangkang dalam negara kita.

JANJI DS HISHAMMUDDIN
Janji DS Hishammuddin sebagai Menteri yang bertangggungjawab ialah akan meneruskan pencarian ke atas pesawat MH370 sehingga berjaya, walaupun mengambil masa yang lebih lama berbanding kes Air France yang mengambil masa dua tahun itu.

Perdana Menteri turut memberi jaminan bahawa pencarian akan diteruskan sehingga pesawat MH370 tersebut ditemui. Jaminan oleh kerajaan ini hendaklah diterima dengan rasa syukur dan kerajaan tidak meminta apa-apa balasan, melainkan bagi saya marilah kita pula memberi sokongan yang sewajarnya.

Kita juga harus ingat, DS Hishammuddin sebagai Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan telah berusaha siang dan malam, dalam negara dan luar negara, 30 hari pertama beliau tidak pernah memperdulikan rehat dan kesihatan, malah tidak balik ke rumah semata-mata untuk memastikan setiap maklumat terkini dapat diguna dan disalurkan, supaya nasib penumpang dan krew MH370 dapat diusahakan.

Jika kerajaan atau pun DS Hishammuddin berniat untuk menyembunyikan maklumat-maklumat penting kepada keluarga penumpang, saya percaya DS Hishammuddin tidak perlu membuat pengumuman bahawa pesawat tersebut membuat 'turning back'. Bukankah pada ketika maklumat tersebut diumumkan oleh pihak tentera, ramai orang tidak mahu mempercayainya sehinggalah satelit Immarsat dan data-data dari satelit antarabangsa membuktikan kebenarannya.

Pesawat pejuang tentera, di mana-mana negara pun adalah mustahil untuk mengambil keputusan menembak jatuh mana-mana pesawat awam yang dipenuhi oleh  penumpang awam. Dalam sejarah moden, pesawat tentera kuasa-kuasa besar seperti Amerika, China, Britain, Perancis dan Russia tidak akan menembak pesawat awam sewenang-wenangnya apatah lagi ianya pesawat sendiri malah bukannya pesawat tentera musuh.

Di titik pesawat MH370 dikesan hilang dari radar, dan tatkala dikesan oleh radar tentera membuat turning back, kapten MH370 tidak membuat sepatahpun komunikasi dengan mana-mana menara kawalan dengan mana-mana negara yang dilaluinya, atau dengan mana-mana pesawat yang lalu lalang di sekitarnya.

Sekiranya pesawat tentera Amerika atau China berada di kawasan tersebut, dan mengesan kondisi pesawat tersebut, apakah anda memikirkan pesawat itu (MH370) perlu ditembak? Apakah keluarga penumpang pesawat MH370 mengharapkan supaya mana-mana pesawat tentera menembak pesawat MH370 yang tidak diketahui apa kejadiannya ketika itu?

ELAK PRASANGKA BURUK, NEGARA JIRAN TERSINGGUNG LAPORAN RUMORS MEDIA
Kita tidak harus wujud prasangka buruk kononnya ianya suatu 'pelan' untuk menghilangkan pesawat MH370 itu. Jika teori itu ada logiknya, mengapa pula pasukan tentera di negara-negara yang pesawat MH370 itu lalui turut tidak dapat dikesan oleh radar mereka? Apakah anda juga bermaksud negara Vietnam, Laos, Kemboja, Thailand, Indonesia, Singapura dan Australia turut bersekongkol dengan Malaysia untuk menghilangkan pesawat MH370 itu?

Satu perkara yang saya sangat yakin DS Hishammuddin tidak akan lakukan, iaitu mengarahkan pihak tentera menembak pesawat MH370 sedangkan pada masa itu kita yakin ianya bukan pesawat musuh. 

Pada ketika itu, kita yakin ianya adalah pesawat komersial yang sedang terbang dengan operasi biasa, pihak tentera sudah pasti mempunyai alasan kukuh untuk tidak mengganggu operasi terbang pesawat itu. Sekiranya setiap kali pesawat komersial membuat turning back, adakah setiap kali itu pesawat tentera kena mengekori pesawat komersial tersebut? 

Jika anda mempunyai fikiran kerajaan Malaysia menyembunyikan maklumat tentang pesawat MH370, adakah anda juga menuduh negara-negara sekeliling seperti Thailand, Filiphina, Indonesia, Amerika Syarikat dan China turut menyembunyikan maklumat kepada keluarga penumpang?

Sudahkah anda membaca artikel terbaharu Tun Dr. Mahathir Mohamad, beliau mahukan anda tujukan soalan kepada CIA dan Boieng. Ternyata tidak ada jawapan kerana CIA dan Boieng pun turut tidak ada jawapannya! Misteri kehilangan pesawat MH370 ini adalah yang pertama kali berlaku di dalam dunia ini, di mana pakar-pakar penerbangan, pakar-pakar keselamatan turut kebingunan. Namun mereka tidak pernah 'fed up' berusaha, malah mereka juga tidak termakan dengan teori-teori yang bersifat spekulatif dan andaian semata-mata.

Pemimpin kerajaan Indonesia sendiri melahirkan rasa marah apabila terdapat media yang tidak bertanggungjawab melaporkan bahawa "radar tentera Indonesia patut dapat mengesan dan mengetahui pesawat itu terbang di ruang udara mereka", walaupun jika dengan mata kepala logik anda radar tentera Indonesia patut dapat mengesannya kerana perjalanan pesawat itu ke Lautan Hindi melalui ruang udara berdekatan negara Indonesia.

Kerajaan Singapura turut tidak melayan rumors media kononnya "Singapura patut dapat mengesan laluan pesawat tersebut semasa membuat turning back". Kerajaan Thailand dan Vietnam sendiri tidak mempunyai jawapan walaupun titik hilang dan titik turning back pesawat tersebut berada di dalam lingkungan ruang udara mereka.

Sebagaimana yang ditunjukkan oleh DS Hishammuddin, jika beliau mempunyai maklumat terkini, walau dengan hanya sehelai kertas, beliau akan memaklumkannya dengan segera. Malangnya, seperti kata pakar-pakar penerbangan dan pakar-pakar keselamatan dalam negara dan dunia luar, para penumpang mahukan sesuatu maklumat yang tidaka ada. Mereka mahukan maklumat yang advanced sedangkan kerajaan Malaysia tidak mungkin akan menyalurkan maklumat yang samar-samar, maklumat "google search" dan "hear say".

Semasa ditanya dalam program Four Corners, wartawan tersebut bertanya dalam konteks tentera dan DS Hishammuddin menjawabnya dalam konteks ketenteraan itu, yakni tentera tidak menghantar jet pejuang untuk menembak pesawat yang diketahui pesawat komersial.

Pada 8 Mac 2014, sekitar jam 1:21 pagi itu, apabila transponder berhenti memancar signal semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, anda harus tahu DCA dan agensi keselamatan negara kita bukannya tidur, tetapi mereka menghubungi semua menara kawalan dan pesawat-pesawat yang berada di laluan MH370 jikalau mereka ada membuat komunikasi.

Saya bersetuju dengan pandangan DS Hishammudin bahawa, jika DS Hishammudin mengambil keputusan mengeluarkan arahan menembak pesawat komersial MH370 itu, dan semuanya pasti akan mati terbunuh, sudah tentu tidak ada harapan lagi untuk mencari. Dan kesilapan ini akan lebih membunuh masa hadapan negara kita.

Mari kita bertanya diri sendiri, apakah anda bersetuju pesawat pejuang kita menembak pesawat MH370 yang ketika itu membuat turning back dan tidak diketahui pergerakannya hendak ke mana dan tidak diketahui apa yang sedang berlegar dalam minda kaptennya! Bagi saya, DS Hishammuddin memberi jawapan yang sesuai sebagai seorang Menteri Pertahanan.

Sudah pastilah dalam keadaan gawat, dalam kondisi keselamatan penumpang MH370 diutamakan, pelbagai idea dan langkah dicadangkan dan dilaksanakan secepat yang mungkin. 

Sudah pastilah DCA turut meminta bantuan pihak tentera selepas segala mekanisme dan prosedur asal keselamatan awam dan antarabangsa telah digunakan. Bukan sahaja kepada pihak tentera, kita turut meminta bantuan para nelayan, pemancing ikan dan orang-orang kampung sekiranya mereka ada melihat kejadian pelik pada subuh 8 Mac itu. 

KESIMPULAN 
Kepada keluarga penumpang MH370, yakinlah bahawa kerajaan Malaysia tidak pernah berhenti walau sesaat pun dalam usaha mencari pesawat MH370 dan penumpangnya. Kerajaan Malaysia tidak pernah memikirkan soal kewangan kerana keutamaan kerajaan sekarang ialah mencari pesawat MH370 tersebut sehingga ditemui.

Rumors yang meragukan boleh membunuh harapan anda. Ketua pembangkang Malaysia pernah membuat rumors dan tuduhan kononnya kerajaan memadamkan data kargo pesawat MH370, apabila kerajaan mendedahkan data-data kargo pesawat MH370 itu baru-baru ini, beliau sudah tidak boleh bercakap lagi.

Begitu juga tinjauan oleh Merdeka Centre tidaklah boleh dipakai 100% kerana mereka adalah entiti yang tidak bebas sebaliknya sejarah menunjukkan mereka sering memberi laporan yang berat sebelah dan tidak adil. Terdapat banyak laporan negatif mengenai Merdeka Centre, maka kebolehpercayaannya adalah dipertikaikan.

Memainkan sentimen dan emosi keluarga pesawat MH370 yang hilang memang mudah membakarnya, namun sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, melayan rumors dan spekulasi yang tidak bersandarkan fakta lebih buruk kesannya kepada keluarga penumpang MH370 dan masa hadapan negara kita.

Bagi saya, DS Hishammuddin telah berusaha sebaik yang terdaya, sebagai seorang manusia biasa beliau memahami emosi dan harapan keluarga penumpang pesawat MH370, sebagai seorang Menteri beliau membawa nama baik negara dan rakyat Malaysia. Jika baru dalam tempoh tiga bulan kita belum berjaya menemui MH370, adalah tidak bertanggungjawab jika sebuah portal menyalahgunakan emosi keluarga penumpang untuk memberi gambaran awal kononnya usaha tersebut sudah gagal sedangkan kerajaan tidak pernah berhenti.

Sepatutnya, sebagai sebuah warganegara yang bertatanegara, patriotik dan mempunyai semangat 'a sense of ownership', kita hendaklah bersatu hati memberi sokongan kepada usaha pencarian pesawat yang paling sukar dalam sejarah dunia ini sehingga berjaya. 

Nasehat saya, janganlah mendahului ketentuan Tuhan. Kita bukan Tuhan untuk mengetahui dengan detail apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Tangggungjawab kita ialah meneruskan pencarian sehingga berjaya menemui penumpang dan pesawat MH370. 






JAWAPAN SURAT SAIFUDIN NASUTION KEPADA TUN DR MAHATHIR

on Saturday, May 17

Dr Ismail Faruqi
  • Oleh kerana  belum ada sesiapa yang mahu membela Negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad di atas tuduhan Saifudin Nasution ini, saya tampil membela Tun Dr. Mahathir. Saya fikir Saifudin melatah dan 'kekwat' dengan syarahan terbaharu Tun Dr. Mahathir di Jakarta.

    Izinkan saya menceritakan kepada Saifudin yang mudah lupa, siapakah yang mengambil Anwar pada tahun 1981 dan diangkat ke pelbagai jawatan kanan dalam kerajaan dan parti UMNO sehingga tahun 1998? Tahukah Saifudin bahawa Dr Ismail Faruqi pada tahun 1981, terbang ke Malaysia bertemu Tun Dr Mahathir untuk memujuk Tun Dr. Mahathir supaya menerima Anwar memasuki UMNO dan kerajaan?

  • Saifudin berbangga kononnya Anwar rapat lebih lama dengan Dr Ismail Faruqi? Kita harus dedahkan perkara sebenar bahawa Dr. Ismail Faruqi diragui pemikirannya oleh tokoh-tokoh agama seperti Syeikh Hassan Al-Banna malah bekas Mufti Selangor turut tidak bersetuju dengan Dr Ismail Faruqi seperti dalam kes kalimah Allah apabila Dr. Ismail Faruqi menyamakan kalimah Allah dengan "Dewa Air". Adakah pembunuhan Dr. Ismail Faruqi di Amerika sama kes dan modus dengan pembunuhan Rafik Hariri (Lubnan), Benazir Bhutto(Pakistan) dan Osama Laden (Arab Saudi)?

  • Begitu juga Dr Sheikh Taha Jabir Al-Awani, Sheikh Hassan Turabi, Dr Rashid Ghanoushi, Sheik Mehdi Aqif dan ramai lagi yang dibangga-banggakan Saifudin itu? Kalau begitulah hebatnya Anwar dalam dunia Islam sudah tentu kita sangat terkejut kenapa Anwar membela Israel musuh utama umat Islam. Apakah ilmuwan-ilmuwan tersebut gagal mendidik Anwar? 

  • Bagi kita yang cetek ilmu ini, tidak akan ada ulama Islam hatta tidak akan ada mana-mana tok-tok guru akan menyokong musuh utama Islam dengan kata-kata yang cilaka dan mengguris hati umat Islam ini, "I support all efforts to protect the security of the state of Israel" (WSJA)

    Tun Dr. Mahathir walaupun tidak berlatarbelakangkan pendidikan Islam, tetapi Tun Dr Mahahthirlah satu-satunya pemimpin Islam dalam dunia yang berani mengutuk dan menegur kekejaman Israel dan Yahudi ke atas umat Islam di Palestin? Kepada Saifudin Nasution, apakah Anwar ada keberanian mengutuk dan menegur kekejaman Israel dan Yahudi ke atas penduduk Islam di Palestin? 

  • Malah Tun Dr Mahathirlah satu-satunya pemimpin yang berani mengisytiharkan negara Malaysia sebagai negara Islam fundamental (2003). Sebaliknya, apakah Anwar ada keberanian untuk berkata dia akan mengisytiharkan Malaysia sebuah negara Islam dan melaksanakan Syariah Islam (Maqasid Syariah) jika dia menjadi Perdana Menteri Malaysia? Kalau Anwar berani, saya akan tutup blog ini!

    Saifudin tidak patut menuduh Tun Dr Mahathir memfitnah Anwar mengenai masalah moralnya! Jika begitu, apakah Saifudin bermaksud Saiful bekas pekerja Anwar itu dipaksa oleh Tun Dr Mahathir? Apakah Saifudin juga bermaksud Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan dipaksa oleh Tun Dr Mahahtir untuk menjatuhkan keputusan dalam kes Anwar baru-baru ini?

    Siapa fitnah Siapa
    Adalah sangat murah politik Saifudin kerana menyandarkan hubungan Anwar dengan nama-nama besar dalam dunia Islam untuk membela masalah Anwar di Malaysia!

    Saya rasa Saufudin buta aspek kenegaraan dan tidak memahami struktur pentadbiran negara kita. Bagaimana Saifudin boleh menuduh Tun Dr. Mahathir mempengaruhi Hakim-Hakim untuk memenjarakan Anwar sedangkan Perdana Menteri tidak ada kuasa untuk mempengaruhi Kehakiman negara. Anwar dibela oleh pakar-pakar peguam termaha hebat dalam dan luar negara, mereka pakar melengah-lengahkan dan menangguh-nangguh. Perdana Menteri hanya berkuasa di dalam pentadbiran kerajaan sahaja, sedangkan hal-hal Kehakiman dan Mahkamah di bidang kuasa yang berasingan. 

  • Kerajaan tidak ada masalah jika universiti di seluruh dunia mengundang Anwar, bagaimana Saifudin boleh menuduh kerajaan menyekat pergerakan Anwar sedangkan Anwar bebas memegang pasportnya dan Anwar bebas ke mana sahaja?

    Saifudin dengan bangga berkata pernah berpergian bersama Anwar ketika Anwar menyampaikan syarahan di Mesir, Turki, Singapura, Indonesia dan negara-negara lain. Saifudin bertanya, siapa yang hadir mengikuti syarahan Anwar? Saifudin dengan bangga berkata, mereka ialah menteri-menteri, tokoh-tokoh pemikir dan sarjana Islam, golongan korporat, pimpinan media, professor universiti, tokoh-tokoh ekonomi dan teknokrat. Kalau begitu sepatutnya Anwar patut mempunyai keberanian untuk membela umat Islam yang terok ditindas di Palestin! Dan sepatutnya Anwar mempunyai keberanian mengutuk kekejaman Israel bukan membelanya! Sebaliknya lain pula yang berlaku bukan, Anwar kelihatan sangat takut kepada Israel dan kumpulan Yahudi di Washington.

    Saifudin juga memetik nama Dr Rashid Ghanoushi menjemput Anwar menyampaikan pandangannya kepada ahli-ahli parlimen dan anggota jemaah menteri Tunisia. Saya tidaklah hairan, umat Islam yang tahu siapa dia Dr. Rashid Ghanoushi juga tidak akan teruja. Mari kita tunjukkan secara ringkas siapa dia Dr Rashid Ghanoushi:-
Charles Kurzman dalam bukunya ‘Liberal Islam menyenaraikan nama Rashid Ghanoushi sebagai salah seorang tokoh Islam Liberal yang termasuk dalam katogeri memperjuangkan demokrasi.
Laman angryarab menyebut Ghanoushi adalah pelindung kepentingan Israel dan tidak akan memasukkan frasa mengutuk zionisme dalam perlembagaan Tunisia.
“Oleh itu, adalah tidak menghairankan bahawa dia (Ghanoushi) berani menyatakan kepada akhbar British bahawa jika memegang jawatan presiden di Tunisia, dia boleh bertolak ansur untuk membenarkan penjualan arak, dan membiarkan wanita memakai pakaian renang.
“Kenyataan ini adalah sukar untuk dipercayai; bagaimana dia boleh menerima seorang wanita yang menanggalkan sebahagian besar pakaian ditubuhnya di khalayak ramai, manakala pada masa yang sama menegaskan bahawa wanita harus menutup rambut mereka?, soal Abdul Rahman Al Rashed dalam alarabiya.net
Tentang syariah Islam, egyptindependent.com melaporkan Ghanoushi berkata “Mempraktikkan Syariah Islam bukan keutamaan lagi sekarang,” katanya. “Kami mahu memastikan akan tiada lagi pemerintahan diktator.”
Maka, adakah kita hendak berbangga dengan Ghanoushi ini?
  • Kupas topik Islam
    Saifudin bercakap tentang Turki dan Anwar, tetapi jika kita berjalan-jalan di negara Iraq, Jordan, Palestin, Arab Saudi, Mesir dan di mana-mana sahaja dunia Islam dan bukan Islam, apabila kita memperkenalkan diri dari Malaysia, mereka akan berkata, "Oh Malaysia, Mahathir Mohamad, Malaysia Boleh, Malaysia Bagus"!

    Tun Dr. Mahathir adalah negarawan yang tidak perlu menjaja dirinya atau melantik concultant untuk mempromosikan dirinya di seluruh dunia. Tun Dr. Mahathir tidak ada DrMahathir Mohamad Consultant tetapi semua orang tahu Anwar menubuhkan Anwar Ibrahim Consultant (AIC) yang berpusat di Amerika untuk menjaja dirinya di seluruh dunia.

  • Bagi saya, Anwar dan Indonesia adalah mitos sahaja, saya tahu hanya beberapa kerat sahaja pemimpin di sana bersama Anwar, tetapi persahabatan Tun Dr Mahathir dengan keluarga Presiden Sukarno dan Presiden Suharto adalah sangat-sangat akrab! Jika Jokowi yang bernaung di bawah PDI-P (Megawati Sukarno-Putri) menang, bagaimana agaknya kondisi anda? 

  • Kalau Saifudin berkata Anwar boleh berbicara karangan Shakespeare, Confucius, Mohamad Iqbal, Rabindranth Tagore, Jose Rizal atau mendeklamasi puisi Rendra, bolehkah saya tahu apakah karya-karya Anwar yang boleh dibanggakan? 

  • Setahu saya, Anwar tidak pernah menulis buku. Sudah tentu tidak perlu saya senaraikan buku-buku Tun Dr. Mahathir. Mungkin tidak ramai rakyat Malaysia tahu bahawa Anwar hanya membaca buku-buku Shakespeare semasa di dalam penjara tahun 1999-2004 dahulu.

  • Saifudin juga berkata Anwar giat mempelopori maqasid syariah, tetapi saya yakin jika ahli-ahli PAS mendengar syarahan Anwar di Australia tidak lama dahulu, mereka pasti akan marah kepada Anwar!

    Saifudin juga berkata, "Tidaklah menghairankan sebaik keluar dari penjara Anwar dilantik sebagai fellow di Universiti Oxford dan menjadi professor di Universiti New Hopkins Amerika Syarikat". Saya rasa ramai orang akan ketawa membaca kenyataan ini kerana Saifudin membayangkan seluruh umat Islam di Malaysia boleh diperbodoh dengan mudah.

  • Anwar hanya menjadi pensyarah pelawat di St. Anthony College, University Oxford saya fikir tidak sampai setahun. Anwar tidak memiliki PhD, perlantikannya hanya kerana dia berkawan dengan orang-orang Liberalistik seperti AlGore, Chris Patten, Mary Robinson dan penyagak matawang George Soros yang kebetulan mempunyai rangkaian penajaan dengan universiti tersebut. Tidak perlu saya senaraikan NGO-NGO mereka yang berkaitan kerana ianya sudah diketahui umum. Apabila baru-baru ini Al-Gore mencadangkan supaya Anwar berhijrah dan menetap di United Kingdom bukanlah satu perkara yang pelik. Mereka semuanya berkampung di sana.

    Saifudin mempromosikan Anwar dilantik penasihat ekonomi Qatar suatu masa dahulu. Berkenaan hal ini, biar saya menulis sedikit tentang Yayasan Masa Hadapan (Foundation For The Future, FFF):- 

  • Foundation For the Future  diumumkan oleh Condoleeza Rice (United States Secretary of State) semasa merasmikan Forum For The Future pada 12 November 2005, di Bahrain. FFF di Bahrain adalah projek usahasama antara Middle Eastern North African Nations dan The Group of Eight (G -8) yang Penaja utama forum ini adalah IMF, World Bank, ADB dan The International Finance Corporation. Menurut kenyataan US State Government, penaja utama The G8 Broader Middle East and North African Initiative (BMENA) adalah The United State Agency for International Development (USAID) dan The US Middle East Partnership Initiative (MEPI). MEPI adalah projek US Department of State dikendalikan oleh Elizabeth Cheney (anak Dick Cheney-Naib Presiden US) yang berjawatan sebagai Principal Deputy Assistant Secretary of State Near Eastern Affair dan Coordinator for Broader Middle East and North Africa Initiatives (BREMA).  Ini bermakna Foundation for the Future bukannya projek negara-negara Islam Tetapi projek yang dikawal sepenuhnya oleh US Department of State. Penyelenggaranya adalah Elizabeth Cheney atau Liz Cheney dengan bantuan kewangan daripada USAID, MEPI, Bank Dunia, IMF dan NED.
Saya percaya Saifudin tidak jelas hal di atas, Saifudin patut memperbanyakkan bacaan dan kajian lagi. Janganlah hanya jadi pengikut sahaja! Jadilah pemikir!

  • Bunuh karekter: Senaraikan Musang Berbulu Ayam Dalam Kerajaan & UMNO
    Elok juga saya mengingatkan Saifudin yang membela Anwar, dengan menulis surat itu Saifudin masih tetap gagal memenangi Timbalan Presiden PKR, sebaliknya Saifudin tetap terperosok di bawah. Saifudin juga sudah ditolak rakyat dalam PRU13, Saifudin juga ditolak ahli PKR di dalam pemilihan yang penuh tragik cacamerba baru-baru ini. Menulis surat menghentam Tun Dr Mahathir bukan cara yang menguntungkan untuk menang dalam pemilihan PKR atau bukan satu cara yang baik untuk mengambil hati Anwar.

    Saifudin menuduh penjawat-penjawat kerajaan dengan kenyataan "Ramai kenalan saya di dalam Umno yang kini menduduki jawatan-jawatan utama dalam parti dan kerajaan mengakui hakikat ini. Cuma yang tiada pada mereka ialah keberanian untuk berkata benar di hadapan pemimpin pencipta fitnah". 

  • Siapa mereka, sebutkan nama mereka, bukankah Anwar berkata , "Berani Kerana Benar, Kalau Takut Dilambung Ombak Jangan Berumah Di Tepi Pantai, Kalau Takut Berkata Benar Usah Bicara Soal Perjuangan? Kepada Saifudin Nasution "Kalau Kamu Berkata Benar, Senaraikan nama mereka di dalam kerajaan dan UMNO yang kononnya menyokong Anwar?" 

  • Kita cabar Saifudin, kalau Saifudin tidak senaraikan, bermakna Saifudin telah memfitnah mereka, merosakkan imej mereka, merosakkan periuk nasi mereka dan meletakkan mereka dalam situasi 'ketakutan'!

    Kita juga mahu mengulangi pertanyaan Saifudin, bagaimana sebenarnya Anwar mahu diingati? Mahu diingati dengan sejarah banyaknya menagguh-nangguh kesnya di mahkamah, atau mahu diingati dengan tuduhan-tuduhan tidak berasasnya kepada kerajaan? Menuduh pengundi hantu dalam PRU13, sedangkan pemilihan PKR sendiri terdapat laporan pengundi berlebihan daripada senarai asal, menuduh blackout sedangkan laporan  bergambar jelas menunjukkan kertas undi PKR dikira dalam bilik hotel, dan banyak lagi cacamerbanya sebagaimana berlaku sekarang.

    Ketika Anwar masih terus bermimpi untuk menjadi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir terus gagah menulis dan berbicara menyedarkan rakyat tentang bahayanya anasir liberalistik, tentang bahayanya musuh luar yang bertopengkan NGO itu NGO ini. Bagi Tun Dr. Mahathir, selagi kudrat masih ada dia perlu berusaha menyelamatkan negara ini daripada dihancurkan oleh tangan-tangan asing yang bermaharajalela atas nama human right, kebebasan dan kesamarataan yang palsu.

    Dalam usia Anwar mencecah 70 tahun menjelang PRU14, saya ingin berpesan kepada Saifudin, nasehatilah Anwar supaya menunaikan janjinya untuk bersara kerana dia sudahpun tewas dalam PRU13. Nasehatilah Anwar supaya menulis kisah hidupnya sendiri selepas bersara nanti.

  • Seburuk-buruk Saifudin menghina Tun Dr. Mahathir Mohamad, sekurang-kurangnya Tun Dr. Mahathir Mohamad telah diizinkan oleh Allah SWT untuk memasuki Ka'abah yang suci itu. Sehebat-hebat Saifudin mengagungkan Anwar Ibrahim konon rangkaiannya termaha hebat dengan pemimpin-pemimpin Arab dan ilmuwan Arab, adakah Anwar sudah pernah memasuki Ka'abah?

  • Saya berdoa semoga Anwar Ibrahim mendapat hidayah dari Allah SWT.

  • Al-Azharri Siddiq,
  • Presiden Penaja,
  • Yayasan Pendidikan Islam & Masa Hadapan Negara,
  • Kuala Lumpur.

UMAT ISLAM KECEWA HUDUD DITANGGUH

on Thursday, May 15

CALON BEBAS DI BUKIT GELUGOR BAWA PERJUANGAN HUDUD
BILA JAWATANKUASA PUSAT TEKNIKAL HUDUD AKAN MULA? BOLEHKAH HUKUM HUDUD DIBENTANG SEPTEMBER, 2014?

JAWATANKUASA TEKNIKAL berkenaan Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Negeri Kelantan atau lebih popular disebut Hukum Hudud dtangguhkan oleh parti PAS dengan alasan memberikan peluang kepada Jawatankuasa Teknikal tersebut memperhalusi dan mempermudahkan perlaksanaan Hukum Hudud di negeri Kelantan.

Oleh itu, PAS Pusat mengambil keputusan untuk tidak meneruskan cadangan membawa Rang Undang-Undang Persendirian di Dewan Rakyat bulan hadapan.

Ramai ahli-ahli PAS terkejut dan semacam tidak percaya dengan keputusan mengejut itu. Ada yang marah, ada yang malu dan ramai juga yang wala' dengan alasan kepimpinan PAS Pusat lebih mengetahui apa yang sesuai. Timbalan Presiden PAS adalah orang yang paling mengembirakan DAP di atas kejayaan menangguhkan cadangan Hudud ke Parlimen.

Isunya kini sampai bila hendak tangguh? Selepas PRK Bukit Gelugor? Selepas PRK Telok Intan? Tahun hadapan?

Menteri Besar Kelantan adalah orang yang paling kecewa dengan politiking PAS di peringkat pusat ini, kerana beliau sudah bersungguh-sungguh untuk melaksanakan Hukum Hudud selepas pertemuan dengan DS Najib dan pemimpin-pemimpin Kerajaan Pusat. 

Fasiliti seperti Mahkamah Syariah sudah pun siap di Kota Bharu, malahan Kerajaan Kelantan sudah mempunyai senarai nama Hakim-Hakim yang berkelayakan untuk melaksanakan Hukum Hudud di Kelantan. Kerajaan Pusat pula sudah sedia ada pasukan keselamatan seperti PDRM di Kelantan untuk membantu perlaksanaan Hukum Hudud di Kelantan. Pendek kata tidak ada sebab ditangguhkan.

Maka itu, seluruh umat Islam mahu Jawatankuasa Teknikal antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Kelantan menyegerakan kerja mereka. Jangan lagi bertangguh-tangguh. Tak kanlah Jawatankuasa Teknikal ini mengambil masa berbulan-bulan untuk melaksanakannya?

Apa yang tidak cukup di negara kita? Hakim-hakim Islam ramai, peguam-peguam syariah melambak, tetuan-tetuan guaman berlambak, angggota Polis berlambak, Menteri Besar Kelantan tidak ada masalah, Kerajaan Pusat tidak ada masalah. Pendek kata dari segi kewangan untuk membayar gaji sudah sedia ada, Mahkamah Syariah yang paling indah tersergam sudah siap, Apa yang tidak cukup?

Oleh kerana PAS meletakkan seolah-olah Jawatankuasa Teknikal inilah penyebab kepaada ditangguhnya cadangan membentang Hukum Hudud di Parlimen bulan hadapan, seluruh umat Islam yang cintakan Islam mahu isu ini diselesaikan dengan segera.

Janji Presiden PAS ialah apabila sudah selesai cadangan-cadangan oleh Jawatankuasa Teknikal mengenai Hukum Hudud ini, maka mereka akan membawa Cadangan Persendirian Hukum Hudud ke Parlimen. Jika tidak sempat persidangan Parlimen bulan Jun ini, ianya boleh dicadangkan semasa sidang parlimen bulan September 2014. 

Tak kanlah Jawatankuasa Teknikal ini tidak boleh memutuskan sesuatu sehingga bulan September, 2014?

Umat Islam mahukan jawapan, Umat Islam mahu melihat kesungguhan, bukan alasan dan retorik politik. 

Rayuan sudah dibuat di sini 

HUAN CHENG GUAN YANG SAYA KENALI

on Monday, May 12

Huan Cheng Guan Sudah Bersedia
Saya mengenali Datuk Huan Cheng Guan sekitar tahun 2008 dahulu, ketika itu beliau Naib Presiden GERAKAN tetapi tewas dalam PRU12. Walaupun beliau tewas ketika itu, tetapi belliau telah dilantik sebagai setiausaha Barisan Nasional di Parlimen atas pengalamannya sebagai bekas Wakil Rakyat.

Selepas beliau tewas (2008), kami bersembang pengalaman beliau selama menjadi wakil rakyat dan azamnya untuk terus berkhidmat kepada rakyat Pulau Pinang. Sebagai bekas seorang tentera, ciri-ciri personaliti "smart", menepati janji dan tetap pendirian masih kekal dalam diri beliau. 

Sehingga ke hari ini, apabila saya menelefon beliau baru satu dua kali deringan beliau sudah mengangkat telefon, sungguh cepat. Beliau mendengar perbualan kita dengan cermat dan memberi pandangan yang baik.

Beliau adalah bekas tentera laut jika saya tidak silap, pernah berkhidmat di Labuan sebelum bersara dan melibatkan diri dalam politik Pulau Pinang.

Berdasarkan rekod PRU 2004, Datuk Huan Cheng Guan memenangi kerusi parlimen Batu Kawan dengan jumlah undi 17,097 undi jauh meninggalkan calon DAP yang hanya memperolehi 6,552 undi.

Pada tahun yang sama juga di Bukit Gelugor, Karpal hampir tewas dengan memperolehi undi 22,529 undi manakala calon MCA Lim Boo Chang memperolehi 21,268 undi.

Saya berpendapat, pengalaman Datuk Huan Cheng Guan di dalam tentera, kerajaan dan NGO sangat sesuai kepada rakyat di Bukit Gelugor. Saya pasti beliau tidak akan mengecewakan jika terpilih di Bukit Gelugor.









UCAPAN SULTAN LAKSANA HUDUD SEGERA, MAT SABU UMUM PAS TANGGUH

on Sunday, May 11


TITAH SULTAN HASANAL BOLKIAH TERUSKAN HUKUM HUDUD
Sementara itu, berita yang mengejutkan PAS menangguhkan cadangan untuk membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian (private bill) berkenaan pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 Kelantan dalam sesi parlimen akan datang.
Membaca kenyataan media bagi pihak Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata PAS akan bekerjasama dengan kerajaan pusat untuk meniliti semula pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.
“PAS pusat bersetuju dengan cadangan penubuhan satu Jawatankuasa Teknikal antara kerajaan pusat dan dan kerajaan negeri Kelantan untuk meniliti semula pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 Kelantan.
“Oleh kerana itu cadangan membawa Rang Undang-Undang Persendirian di Dewan Rakyat pada persidangan bulan Jun ini tidak akan diteruskan. Ini bagi memberi ruang kepada Jawatankuasa Teknikal untuk merumuskan cadangan dan tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Pusat PAS disini hari ini (11 Mei 2014)
PARTI PAS UMUM TANGGUH
SULTAN BRUNEI PERINTAH LAKSANAKAN HUKUM HUDUD 





SURAT, ANWAR ANGKATLAH TANGANMU KETIKA UNDIAN HUDUD DI PARLIMEN

on Saturday, May 10

DS Anwar Ibrahim 
Assalamualaikum Warahmatullahih Wabarakatuh,

Datuk Seri Anwar, masa berlalu begitu cepat, tahun 2014 datang dengan cepat sekali, seolah-olah baharu semalam PRU13. Usia kita pun semakin dekat, wajah kita pun semakin dimamah usia, kesihatan kita pun semakin cerewet.

Semasa DS di Universiti Malaya dahulu (1970an), pelbagai demonstrasi DS ketuai seperti menentang penggunaan bahasa Mandarin dan bahasa Inggeris di papan-papan iklan di sekitar Kuala Lumpur. Semasa saya bertemu Tun Abdul Rahman, mantan Menteri Pelajaran dan Ketua Menteri Sarawak, beliau memberitahu saya DS memang suka berdemo. Barangkali DS terpengaruh dengan latihan politik semasa berkursus di negara jiran pada zaman belia dahulu.

Saya rasa pengikut-pengikut DS ada yang tidak pun membaca buku-buku di awal politik DS seperti 'Menangani Perubahan"(1985) dan "The Asian Renaissance"(1995). 

DS beruntung kerana di awal tahun 1970an, pemimpin negara Arab bersetuju mendermakan dana yang besar kepada DS dan ABIM kerana mereka diberitahu ABIM sebuah pertubuhan Islam. Saya membaca dalam sebuah buku yang lain, sebenarnya Tengku Razaliegh yang mencadangkan nama DS kepada pemimpin Arab Saudi itu. Kerana itulah NGO Islam seperti World Assembly of Muslim Youth (WAMY) di Arab Saudi dan The International Institute For Islamic Thought (IIIT) di Amerika mudah DS menunjukkan diri dengan mudah. Tak apalah itu cerita lama.

Hukum Hudud
Kini, umat Islam di seluruh dunia begitu teruja dengan perlaksanaan Hukum Hudud di negara Brunei. Bukan tidak ada tekanan mencurah-curah khususnya dari luar, tetapi Sultan Brunei tetap istiqamah, tidak berganjak, tidak menghiraukan implikasi bisnesnya di luar negara, tetap mengumumkan perlaksanaan Hukum Hudud tanpa rasa takut. Takutnya Sultan Brunei hanya kepada Allah SWT.

Bukan sahaja Sultan Brunei, tetapi Perdana Menteri DS Najib tidak henti-henti mendekatkan dirinya kepada Islamisasi. Beliau mengunjungi dan dikunjungi Ulama Dr. Yusuf Qardawi, beliau melakukan Umrah setiap tahun, beliau menunaikan ibadah Haji, beliau menghadirikan dirinya ke Semenanjung Gaza membantu rakyat Palestin, beliau bersungguh-sungguh di selatan Filipina sehingga bangsa Moro (Melayu Islam) berjaya mendapat autonomi, beliau berusaha selamatkan umat Islam di selatan Thai dan Rohingya, beliau menghadiri majlis bacaan Yasin serta ceramah, beliau menghadiri program Cinta Rasulullah berjam-jam lamanya. 

Malah dalam konteks Hukum Hudud, DS Najib menerima dan mendengar kunjungan MB Kelantan, meminta ditubuhkan Jawatankuasa Teknikal Peringkat Pusat tentang Hukum Hudud di antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, menyegerakan pembinaan Kompleks Mahkamah Syariah di Kota Bharu, kunjung mengunjugi Dato' Dr. Harun Din, Dato' Nik Aziz Nik Mat dan sebagainya.

Semuanya ini bukan kerana politik. Tetapi DS Najib lakukan kerana ianya tanggungjawab beliau kepada Allah SWT, tanggungjawab beliau kepada umat Islam.

Oleh kerana itu, saya merayu kepada DS, supaya ketepikanlah rasa risau atau takut kepada DAP, undilah dan sokonglah perlaksanaan Hukum Hudud di Kelantan. Parti PAS sudah lebih 20 tahun hendak melaksanakannya, ketika semua wakil rakyat Islam dalam UMNO dan PAS bersatu hati atas nama Islam untuk menyokong undi Hukum Hudud dalam parlimen nanti, tak kanlah DS tidak mahu menyokongnya. Tidak adakah di dalam hati DS sekelumit rasa cinta kepada Islam, sekelumit rasa takut kepada Allah SWT?

Ini Hukum Allah, bukan Undang-Undang British yang negara kita warisi kesan daripada penjajahan British. Kita sudah 57 tahun merdeka, kita sedang bergerak ke arah maqasid syariah perlahan-lahan. Bersama-samalah dengan UMNO dan PAS untuk mengagungkan syariat Islam ini.

Pedulikanlah dengan DAP
Pedulikanlah dengan DAP, takutlah dengan Allah SWT. Kasihlah kepada Rasulullah SAW nabi kita. Apabila kita mati esok, bukan DAP yang akan tolong kita, tetapi Allah SWT yang akan mengasihani kita, syafaat Rasulullah SAW yang akan menyelamatkan kita. DAP tiada nilai di sisi Allah SWT. Sebenci-benci DS kepada UMNO dan PAS kerana Hukum Hudud ini, sekurang-kurangnya mereka adalah umat Islam, kita bersaudara.

Setidak-tidaknya, sepanjang perjuangan dan perjalanan hidup DS sejak hampir 50 tahun ini, ada sesuatu yang akan diingati oleh umat Islam di Malaysia ini. Kita hanya kekurangan 4 Undi sahaja di Parlimen untuk melihat salahsatu Hukum Islam (Hukum Hudud) terlaksana di bumi Malaysia ini.

DS, istiqamahlah, yakinlah bahawa Allah SWT Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pengampun. Angkatlah tanganmu, sokonglah, ketika Undian melaksanakan Hukum Hudud di parlimen nanti. Bayangkanlah DS betapa gembiranya umat Islam tatkala melihat tangan DS diangkat semasa mengundi Hukum Hudud di parlimen nanti, pasti berlinang air mata kegembiraan. Janganlah takut kepada DAP, takutlah kepada Allah SWT. Allah SWT yang akan menentukan hidup kita, bukan DAP. 

Sesungguhnya dari Allah SWT kita datang, kepada Allah SWT jua kita akan kembali. Saya menulis dengan ikhlas, saya tidak punya apa-apa niat yang buruk, saya berjuang dengan penulisan sahaja.

Assalamualaikum Warahmatullahih Wabarakatuh.

Hj. Al-Azharri Siddiq Hj. Kamunri,
Presiden Penaja,
Yayasan Pendidikan Islam & Masa Hadapan Negara,
Kuala Lumpur.


Puisi Lama (2012)



WATCH MIRROR : CNN DIMALUKAN OBAMA BERKENAAN ISU MH370

on Friday, May 9


Barack Obama has become the latest public figure to mock CNN's coverage of the disappearance of Flight MH370.
The US president joins ex-CNN stalwart Larry King in slamming the network's virtually non-stop coverage of the vanished Malaysia Airlines Flight.
In a speech at the annual White House Correspondents' dinner, Obama told an audience of journalists: "I am happy to be here even though I am a little jetlagged from my trip to Malaysia - the lengths we have to go to to get CNN coverage these days."
He then added: "I think they're still searching for their table."
In an interview with the Capital New York website, the bespectacled former TV host said: "I miss being live, which I did all my life and I miss the big story, though I will tell you, I am glad I am not on CNN now with this missing plane.
"Because that has been turned into the most absurd news story.
"It was a great news story and then it went absurd."
MH370 disappeared on March 8 while en route from Kuala Lumpur, Malaysia to Beijing, China.
There were 239 people on board.
An international search and rescue effort remains ongoing in the Indian Ocean although to date no trace of the missing plane has been found.


ISU KESELAMATAN DI SABAH, CUBALAH PENDEKATAN SEJARAH & BUDAYA

on Wednesday, May 7

Muka Hadapan Berita Harian 7 Mei 2014
KEJADIAN penculikan kali kedua dalam masa yang terdekat di perairan Semporna dan Lahad Datu nampaknya semakin serius. Saya berpedapat mekanisme yang lain perlu difikirkan untuk menyelesaikan isu keselamatan di wilayah Esszone. 

Di sempadan bandar Tawau-Pulau Sebatik/Nunukan ianya sama suasananya dengan sempadan di Pengkalan Kubur,Kelantan-Thailand yang dipisahkan oleh Sungai Golok. Suasananya juga tidak berbeza dengan Sandakan-Zamboanga atau Semporna-pulau Jolo di Filipina.

Salah satu persamaannya ialah aktiviti ulang-alik antara dua buah negara ini berjalan sepanjang masa. Perniagaan batter-trade berlaku setiap hari. Suasana ini sudah berlaku sejak beratus tahun lamanya, bukan baharu. 

Ianya kerana dahulunya di Sabah sebelum datangnya penjajah, sudah wujud Kesultanan Brunei di pantai barat, Kesultanan Sulu di pantai timur dan Kesultanan Bolongan di Selatan Sabah. Tiga Kesultanan besar ini tidak boleh terpadam begitu sahaja. Sejarah tidak boleh dipadamkan, tetapi sejarah tetaplah menjadi sejarah pula. Walaupun Singapura itu dahulunya milik Kesultanan Johor dan Pulau Pinang itu milik Kesultanan Kedah (Pulau Pinang masih membayar sewa tahunan kepada Kedah), ianya tidak boleh diambil semula dengan cara yang mudah. 

Maka benarlah kata pengkaji sejarah seperti Profesor Samuel Huntington bahawa tiap-tiap bangsa itu akan mempunyai lebih daripada satu negaranya, tetapi mereka hanya mempunyai satu Tamadun sahaja. Sebab itulah, bangsa Cina ada di Indonesia, Filipina, Malaysia, Amerika, Australia tetapi Tamadun China hanya ada satu sahaja.

Begitu juga orang Sulu ada di Filipina, di Malaysia malah di Amerika tetapi Tamadun bangsa Sulu ada satu sahaja. Samalah seperti orang Bugis ada di Washington, Jerman, Belanda, Malaysia, Indonesia tetapi Tamadun bangsa Bugis ada satu sahaja. Begitulah juga Tamadun Arab, Tamadun Amerika, Tamadun Jepun dan sebagainya.

Di Sempadan Tawau-Pulau Sebatik/Nunukan, beratus tahun tidak pernah ada penculikan, tidak pernah ada serangan, kehidupan sempadan di sana aman dan damai. Apakah sebabnya? Mengapakah di Semporna dan Lahad Datu sering berlaku serangan dari luar dan penculikan? Sudah tentu jawapannya boleh dilihat apabila kita mengkaji Sejarah dan Sosio-Budaya masyarakat di sempadan Tawau-Pulau Sebatek/Nunukan. 

Muka Hadapan Sinar 7 Mei 2014
SEJARAH, BUDAYA & AKTIVITI KENEGARAAN
Oleh itu, saya berpendapat kita perlu menggunakan pendekatan Sejarah dan Budaya untuk menyelesaikan isu keselamatan di Sabah. Ianya tidak semata-mata dengan jumlah tentera yang ramai, jumlah senjata yang banyak kerana terbukti kini kes penculikan masih berlaku.

Kita mesti mengkaji Sejarah dan Budaya masyarakat di sempadan Semporna/Lahad Datu. Sistem kemasyarakatan mereka, sistem perekonomian mereka, budaya kehidupan mereka, tamadun mereka dan sebagainya. 

Adalah sangat mustahil menghalang perhubungan di antara keluarga Sulu di Filipina dengan keluarga Sulu mereka di Sabah. Apatah lagi dengan kecanggihan teknologi zaman sekarang yang memungkinkan mereka mendapat maklumat yang lebih tepat dan cepat.

Oleh yang demikian, di samping kita memperkuatkan pertahanan negara di sempadan, perlu juga ada mekanisme lain khususnya dari sudut Sejarah dan Budaya untuk menyelesaikan isu-isu keselamatan di sempadan-sempadan di negeri Sabah.

Aktiviti-aktiviti Kenegaraan dan Patriotik perlu dilipatgandakan di kawasan Esszone. Saya tertarik dengan aktiviti-aktiviti Patriotik yang pernah dijalankan oleh Datuk Ibrahim Saad, Pengarah BTN Sabah seperti Konvoi Merdeka Jelajah Sabah dan Konvoi Merdeka Jelajah Borneo sambil mengadakan aktiviti-aktiviti Kenegaraan. Ianya patut diteruskan bukannya dimatikan, kerana ianya memberi kesan positif kepada rakyat Sabah dalam pembinaan sebuah nation building yang kukuh dan berjatidiri Malaysia. 

Saya tidaklah memberi kupasan yang detail di sini, cukuplah dengan memberikan buah fikiran ini sahaja sebagai sebuah lagi sumbangan idea saya kepada pihak kerajaan.










Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan