ANWARISASI MENYUSUP

on Wednesday, January 21

Ramai orang sudah lupa, mungkin kerana mereka mudah lupa. Apabila TV3 memberi nafas kepada DS Anwar Ibrahim, ramai yang terkejut.

Sebabnya mudah, selain daripada lupa, ianya juga disebabkan mereka tidak belajar sejarah atau lupa kepada sejarah.

Anwar Ibrahim adalah seorang yang bersifat revolusioner. Semasa belia, Anwar berlatih pelbagai taktik, teknik dan modus operandi yang berkesan dalam kepemimpinan di Indonesia.

Apabila pulang ke Malaysia, Anwar menjadi hero di Universiti Malaya, di jalanan Kuala Lumpur hanya dengan isu bahasa Melayu di iklan dan papan tanda. 

Walaupun Anwar bukan pengasas ABIM tetapi Anwar menguasai ABIM atas kekurangan pengasas-pengasasnya. 

Di peringkat antarabangsa, Anwar beruntung kerana seringkali mewakili NGO Islam seperti ABIM, IIIT ke persidangan belia Islam dan NGO Islam khususnya di Arab Saudi. 

Ada dua orang yang pernah membantu Anwar. Pertama ialah TS Sanusi Junid ketika Anwar memulakan perniagaan Yayasan Anda dan juga ketika Anwar mengambilalih (ada yang berkata merampas) ABIM. Sebenarnya, salah seorang pengasas ABIM ialah TS Sanusi Junid.

Kedua pula ialah Tengku Razaliegh Hamzah yang mencadangkan nama Anwar kepada kerabat diraja Arab Saudi yang ketika itu sedang mencari pemimpin NGO Islam untuk diberikan dana menjalankan aktiviti-aktiviti Islam di Malaysia.

Dalam tempoh 28 tahun (1970-1998), Anwar berjaya merekrut pemimpin-pemimpin bawahannya dan meletakkan mereka di tempat-tempat yang strategik. Apatah lagi di dalam media. Saya tidak hairan apa yang berlaku di TV3 baru-baru ini!

COGANKATA ANWAR
Sejak dahulu lagi Anwar membahasakan perjuangannya sebagai 'Ubah'. Anwar mahu mengubah segala-galanya. Sebab itu jika kita kaji kenapa Anwar menggunakan istilah Reformasi (1998), kerana sebelum itu pada tahun 1985, Anwar menggunakan istilah 'Menangani Perubahan'. Empat tahun sebelum kejatuhannya, Anwar membawa mesej Renaisance.

Pada tahun 1998, Anwar sepatutnya sudah menjadi Perdana Menteri tetapi tidak menjadi kerana kesnya itu. Kesempatan kedua Anwar menjadi Perdana Menteri ialah selepas PRU-13 (2013), juga tidak berjaya. Saya melihat, Anwar tidak akan menjadi Perdana Menteri melalui pilihanraya. Satu-satunya cara untuk Anwar menjadi Perdana Menteri ialah melalui penyusupan, penyerapan, dan rekonsiliasi.

Adakah anda berfikir TV3 sedang menyusup dan menyerap semula Anwar di dalam arus perdana? Adakah anda mengetahui sejarah kepemimpinan TV3 dengan sebenar-benarnya? Apa yang hendak dihairankan, wakil rakyat UMNO sendiri mahu Anwar dibawa masuk semula ke dalam UMNO. Nampaknya, pada tahun 2015 ini, Anwar sangat lemah-lembut dengan kerajaan yang ada sekarang. Malah, ada ketua jabatan yang terang-terang berkata jika Anwar berucap, seluruh pegawai kerajaan akan berpusing 360 darjah untuk menyokongnya. 

Semua ini bermaksud, Anwarisasi sedang mengembangkan sayapnya melalui dalam. 

bersambung...









0 Komen:

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan